Ahad, Januari 01, 2012

Sorotan Destinasi Pilihan

Seperti yang dijanjikan, aku nyatakan beberapa lokasi percutian idaman untuk tahun 2012.
kalau tahun lepas, beberapa tempat sudah aku lawati dan pelbagai kenangan pahit dan manis berjaya aku timba. Permulaan tahun 2012 mungkin menjadi permulaan untuk aku menimba sebanyak mungkin pengalaman berguna di tempat orang. Pendek kata, jauh berjalan luas pemandangan.

Berikut merupakan lokasi menarik yang telah aku jelajahi sepanjang tahun lalu 2011:

1- Bali, Indonesia
percutian ni sempena dengan proses penggambaran budaya Adikarma dengan Mekar Bhuana di Bali pada pertengahan tahun ni. menarik dan banyak ilmu dapat aku timba walau dalam tempoh singkat tak sampai seminggu pun di sana. Bali was a nice place! tapi kena berhati-hati, salah pilih tempat maka takkan dapat rasa pengalaman unik di sana.


2- Universal Studio, Singapura
ini kembara backpacker yang pertama aku bersama beberapa orang rakan sebelum stesen keretapi Tanjong Pagar dipindah milik sepenuhnya kepada kerajaan Singapura. naik keretapi wooo! siyes sonot! sempat juga habiskan masa seharian di Universal Studio Singapura yang sangatlah besar dan menyeronokkan!

3- Macau
kota perjudian yang paling feymes di dunia selain las vegas. kat sini siap ada sekolah yang ajar cara berjudi lagi. nak makan susah sket sni melainkan korang benar2 pandai pilih kedai makan. nanti termakan cik babs uol! dalam pada proses dorang tengah membangun, dorang masih kekalkan khazanah dan reka bentuk bangunan jajahan Portugis di sana.


4- Disneyland, Hong Kong
Disneyland memang tarikan utama di HongKong selain membeli-belah di Ladies Market dan outlet barangan branded yang pelbagai. Disneyland ni korang kene spend masa lebih sehari, unless korang comolot dengan PR Disneyland yang akan menolong korang tak payah beratur dan dapat naik semua permainan secara ekslusif, macam aku dapat!hhhaa...


5- Mulu, Sarawak
terokai alam semulajadi yang serba indah dan mempesonakan taglinenyer!hahah...kalau korang pencinta alam sekitar, Mulu is the best place. siapa kata Malaysia tak ada tempat menarik dan khazanah alam yang memukau? nak belajar stalagtik dan stalagmik, perilaku kelawar, penciptaan sungai batu kapur, boleh ke sana..kalau dapat pemandu pelancong bernama Richard Anak Burong, korang dikira bertuah sebab dia baaaaaaanyak pengalaman! yang penting aku dapat kayu hujan panas hadiah daripada dia...itu kayu penunduk tau!




Sasaran lokasi percutian 2012 pula seperti berikut:

1- Langkawi & Pulau Perhentian
kenapa langkawi? sebab aku dah lama tak kesana. memandangkan tak lama lagi sepupu aku akan tinggal kat kedah bersama hubby dia, aku amek peluang untuk ke Langkawi semalam dua dengan famili. Perhentian pulak sedang dalam proses perancangan bersama rakan2 len. nak g surfing la kat sana...*pengsan*


2- Phuket, Thailand
Phuket terkenal dengan pantai voghel2...ofkosla aku nak g sana. tapi aku taknak naked! malu sebab saiz aku tak macam mat saleh! (saiz badan yer! fikiran korang...kotor!) tapi, sebenarnya aku nak g Krabi gak. apapun tak kesahla mana2, asalkan pulau area sana. sebab Phuket, Krabi, Kohlanta antara pulau dan pantai terchantek di Thailand.


3- Pnom Phenh, Kemboja
Nak lawat Angkor Wat dan lihat semua bangunan kat sana yang hanya setinggi tiga tingkat sebab tak nak bagi lebih tinggi daripada Angkor Wat. What the!!!!


4- Milan, Itali
Its fashionista babe!!!itu kota kemegahan fesyen dan aku nak rasa naik sampan kat kota Venice. feeling2 pakai baju sejuk (walaupon!), dan minum teh panas pagi2 hari...memandangkan scandel orang sana dah ada, penginapan dah tak payah fikir lagi. Wahai si pereka barang kemas merangkap pereka fesyen itu, ini mesej kepada anda! thanks 4 everything in advance!haha...ingat plan kita (menuntut janji!)~


5- Agra dan Kathmandu, India
Agra ada Taj Mahal, nak kesana sebelum Taj Mahal itu dirobohkan...tsk!tsk!Kathmandu adalah kota yang penuh warna warni dan ada budaya yang tinggi. tapi aku takut la...orang2 kat sana tak ramai puteh2...+aku anti makanan mamak! ada alternatif kaaa?


6- Christchurch, New Zealand
pertamanya, aku nak g fotoshoot ngan kambing biri-biri macam ANTM tu (ushar gambar bawah nieh!). kau ada? tak ada kan? aku nak pakai dress camtu jugak! kedua aku nak backpacker je sana dan mengembara daripada belah selatan ke utara NZ. lagi cun kalau dapat sewa caravan dan menginap dalam tu. nak gak tengok keindahan kanyon kat sana dan alam semulajadi yang indah permai. lagipun, kat NZ ramai orang Melesia kan? so...

7- Bandung dan Malang, Indonesia
Bandung itu tujuannya shopping semata-mata. shopping barang kawen, barang nikah dan segala barang lah. Malang ada apa ek? kerajaan Mataram? apa itu? ayuh kita belajar sejarah di sana ek~



Itu saja, sesungguhnya kita hanya mampu merancang tapi Allah yang Maha Berkuasa menentukan segalanya. Semoga terlaksana semua impian ini...Amin

cHiao~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan