Sabtu, Januari 07, 2012

Cinta Datang Tanpa Diundang

Hari ni (which is Jumaat tadi) aku off. maka, aktiviti harian di kala cuti adalah membuter dan membuter. Tapi entah kenapa tapi petang aku rasa badan tak sedap dan terpaksala jugak keluar kan.

Nak dipendekkan cerita, aku terjumpa seorang ni. Kenapa hati rasa lain? Kenapa pandangan tak bisa teralih ke tempat lain? Kenapa rasa nak pandang je dia? Kenapa? Kenapa?

*ok, nak bagi peringatan awal2..sesapa rasa meluat, tak le terima cintan cintun tolong beredar. sebab sekarang entry makin jiwang.

Maka, aku dengan rasa confiden g tegur dia! Oh kenapa lagi sekali???
Dan dia respons. Simple saja dia. Tak banyak perlu di kagumi atau diperendahkan. Dia sempurna di mata saya. Aku rasa selesa dengan dia.
Maka, kami memulakan bicara. Kenapa setiap kali tersentuh dia aku rasa berdebar. Terbukti sampai ke akhir pertemuan tangan tak henti shaking! Sampai sekarang lah!


Kami banyak persamaan! Even destinasi percutian tahun ni pun dia aim tempat yang sama. Dia nak g Pulau Perhentian. Oh Gosh!!! Kenapa sama??? Kenapa?

Dia pengguna Digi... begitu juga aku! Dia suka apa yang aku suka dan aku suka apa yang dia suka. Kata dia, aku ada aura boleh buat dia terus nak bersama aku.

Last, aku g hantar dia balik umah. sebab dia datang naik LRT je. It's my honour! sukarela...bukan nak minta balasan.
Bila dah sampai, rasa tak boleh lepas. Rasa nak terus bersama! Rasa lain rasa. Rasa yang dah lama aku tak rasa! Indahnya rasa itu kalau korang nak tau...
Tak diduga, mata dia bergenang tiba2 bila dengar lagu I Can't Make You Love Me by Adele. Adele membuai rasa kami. Adele menampar jiwa kami...

Dan dia pun berlalu...
Semoga esok masih ada untuk kami menyemai cinta bersama. It's all about acceptance~
Is this what we call 'LOVE'?
Thanks so much January for giving me this feeling, semoga dia pun rasa perkara yang sama semacam aku rasa...

cHiao~

4 ulasan: