Selasa, Oktober 02, 2012

Tahun Kedua

Guys!
1 Oktober 2012 kalau korang nak tau 2nd anniversary aku kerja kat Kosmo! alaa... Kosmo newspaper tuh! bukan Cosmopolitan bukan juga Kosmopoint!

Kalau nak cerita balik kenangan hari pertama aku jadi staff Kosmo 2 tahun lalu memang bukan sekarang lah. Walaupun entry ni fokusnya sambutan tahun kedua bergelar ornag berkerjaya! heh.
Sebabnya kalau si Adlalina Sup Sup baca confem dia akan hencap aku balik cakap aku pendendam sebab aku ungkit balik cerita aku ditinggalkan sorang2 di meja berita dan mereka bertiga ke meja hiburan. Haaa! tengok kan dah mengungkit!

OK...tune balik ke matlamat asal. Sempena tahun kedua anniversary ni kami xcelebrate mana-mana pun. Xg klabing apatah lagi mabok2 sampai tido dalam longkang. (i xcarut mana2 artis)
Semalam kami berempat kerja sampai malam. Oh tipu jap! Aku ngan Alif je kerja sampai malam. Shreen jadi OC so balik awal. Lan balik rumah terus lepas abis assignment.


 



So, kami putuskan utk melepak di Mekdi Ampang. 1st time doh g sana. Lepak2 adela 3-4 jam then balik rumah tido.
Itu ajela cara celebrate kami. Ya! aku akui boring so what huh?

2 tahun kerja pasti banyak berubah. Meh sini aku citer sorang2...

Alif: Aku mulakan ngan dia pasainya dia orang yang interviu sesama masa 2nd grup. Then nampak dia hari pertama kerja rasa eksaited sebab dia satu2nya orang yg aku kenal. (katakau!). Sekarang, dia dah dapat 'perkara' yang dah lama dia nanti. CINTA! Tahniah... Dia bertemu cinta dia ujung tahun lepas. Selepas 1st year anniversary working kami. hihik! Dia baru pindah rumah sekarang. Semalam gak dia dok emo pasal perabot dia beli sampai lewat. Pasal kerja plak, Alif dah bertukar2 meja a few times. Antaranya: Jenayah (fiwit...gerak khas siot), asal dulu meja Sensasi Bintang (interviu Aaron Aziz ketar2 katanya), pastu meja berita (itu wajib) then finally sekarang sangkut kat meja Rencana (buat Stailo: ruangan fesyen). Ya, dia memang bergaya.


Shreen: Shreen datang lambat woooh masa 1st day kerja. Gila otai pompuan neh. Masa dia masuk tu memang dah ada CINTA dalam hati. Bertunang dan dah kahwin pun bulan Jun ritu. Kawen masa besday. Kau mampu? Aku eksaited nak tunggu dia pregnant sebab boleh hencap dia banyak2 dan boleh latih anak dia jadi penari wannabee... Shhh! Jangan bagitau orang niat suci aku nanti orang ingat aku xiklas! Shreen masuk meja Hiburan dari awal dan sampai sekarang stay meja Hiburan. Mungkin bakal jadi Editor hiburan Kosmo satu hari nanti... tapi si Alif kata dia bakal jadi manager artis xpun PR. Wuttherheck! Dia nak g menetap di Singapore lah sebab nak main roler koster Universal Studio stp minggu. Hoh brutal!



Adlan: Adik kami nih sentiasa feeling muda. Ye2! Aku akui muka dia awet muda dan badan dia kecil so nampak lagi muda. Oh silap! Bukan badan kecik tapi badan kurus kering so nampak muda...(ergh!) Dia kini sedang dalam misi memburu CINTA! sebab bos besar bagi cabaran 6 bulan bertemu jodoh. Xpela Lan, jodoh xleh paksa...Aku doa ko akan jumpa juga seseorang 1 hari nanti. Kerja? Dia dulu masuk meja Hiburan then rotation g meja Sukan 2 minggu. Sekali ngan aku masa tu. Lepas tu g meja news, luar negara n Sensasi Bintang (interviu Siti Musliha uols...kau ada?) Last skg dia sangkut kat meja Rencana (wat ruangan Infiniti: gajet2 n teknologi). Kalau nak beli TV, hp, vacuum clener jumpa dia! Xpun nak tukar rumah jadi robot pun jumpa dia.

AKU: Xdak apa...CINTA? ermmm, ya saya sayang dia sangat2! Banyak kali plan nak kawen tapi belum stabil lagi masing2...tunggu lah. Kerja? Aku penah rasa dok Berita, Sukan, Rencana, Jurnal dan sekarang kat Hiburan. Alhamdulillah pengalaman tu semua... Aku tengah kumpul harta lagi ni. Banyak perancangan dah disusun tapi kene jalan satu persatu. So stay tuned!!!

Nampak gayanya itu saja lah merepek meraban aku kali ni. Korang tolongla klik iklan Nuffnang tuh. Nak gak rasa duit kepok2 dari blog macam Hanis Zalikha...(dah kenapa)



nota kuku kaki kurap: bila nak jadi stap terbaik of the month nih?