Rabu, Disember 08, 2010

BORIA upacara kaum SYIAH?

(pasukan Dr Muda, SK Bintong Kangar-gambar sekadar hiasan)


Jika kita terdengar perkataan Boria,semestinya kita akan terbayang kilauan pakaiannya yang terang benderang, menghelip-ghelip, perlakuan dan tarian yang mencuit hati dan juga aksi-aksi lucu sketsanya.Walaupun ia adalah saluran untuk menyampaikan pesanan kepada penontonnya, ia masih lagi dianggap sebagai hiburan ringan bagi sesetengah pihak.


Tapi tahukah anda dari mana asalnya persembahan teater ini?



Asalnya adalah upacara untuk memperingati tragedi kematian Saidina Husssein dan Hassan, putera kepada Saidina Ali (cucu kepada Rasullullah SAW) yang dibunuh tentera-tentera Muawiyah bin Abu Suffian dari kaum Syi’ah di Padang Karbala.


Ia dilakukan setiap tahun pada 10 Muharram diperkuburannya.


Dalam upacara tersebut diadakan pelbagai persembahan termasuk lakonan, syair dan nyanyian beramai-ramai berkumpulan dari seluruh pelosok daerah. Bendera putih yang disimbahkan warna merah pula menjadi simbolik kepada peristiwa yang dikenali sebagai Ta’ziya.



Selain itu ia juga menjadi satu upacara meratap, menjerit-jerit dan memukul diri hingga berdarah bagi memperingati dan menebus dosa kaum Syi’ah ini.



Upacara ini lama-kelamaan berubah sedikit demi sedikit hingga ia dipermudahkan dan syair-syairnya tidak lagi berkisar tentang peristiwa kematian tersebut malah ia diselang-selikan dengan cerita rakyat dari timur dan peristiwa-peristiwa dalam kitab Injil dan Taurat.

Lakonannya pula dilakonkan sejajar dengan tajuk syair yang dinyanyikan.

Lama kelamaan ia menjadi sebuah persembahan yang berubah, dari fahaman Syi’ah kepada kisah rakyat, serta medium untuk menyampaikan fahaman politik sehingga semakin banyak kumpulan-kumpulan yang wujud dan bersaing untuk mencari rezeki.


Oleh sebab itulah teater ini dikatakan berkembang selari dengan kefahaman Syi’ah. Dimana sahaja terdapat kaum Syi’ah pasti saja teater ini wujud. Maka berkembanglah teater ini ke Parsi, India dan kemudiannya dibawa ke Pulau Pinang dan sudah menjadi sinonim dengan Pulau Mutiara ini. Ingat Boria,ingat Pulau Pinang.ARIBBA……RANCAK!!

(pasukan boria USM yang memenangi Festival Boria MAKUM 2008-gambar sekadar hiasan)





(ihsan dari Pusat Pengajian Seni, USM dan KPKK)

Selasa, November 23, 2010

vaavi

wah!entry kali ni bunyi cam meletop2 je kan?

bukan saje2 je tau! wa ni bukan jenis nak cari fofularitis murahan macam sesetengah warga manusia ni buat.
wa tau standard wa kat mana kalau nak compare ngan sapa2 yang rasa cam BAGOS tu.

tapi kalau kita tengok banyak2 kali, perkataan BAGOS tuh bole jadi BANGANG kan?
(wa..ideologi baru ker ni)
ish3! tak lah...

berbalik kepada entry wa yg meletop giler vaavi nih.
wa sebenarnya nak perkenalkan kat ampa semua ni sebuah band yang ditubuhkan pada sekitar tahun 70-an di Finland yang diberi nama 'Vaavi'.
wa suka la penggunaan perkataan tu.


kalau nak translate mungkin banyak pula tafsirannya.
tapi, wa nak translate kan ikot kepala hotak mak bapak datuk nenek tok cik tok ngah wa yang wa nak resemble kan perkataan 'Vaavi' dengan satu manusia ni yang wa kategorikan 'Baabi'.
(gune kaler merah menyala lagi kan...pasalnye wa nak kasik ampa suma bukak mata buals2 sket)

ahha!ada bran ke ampa smua?

oh ye! di kesempatan ini wa nak wish jugak la TQ berry mush to those yang dah tak anggap wa kawan tapi masih lagi bergedix nak singgah mai jenguk n then kuarkan statement yang bersifat 'libelous' kat wa.
wahahaha...freedom of speech sgt kan?

okla, memandangkan wa nyer promosi pasal album kumpulan 'Vaavi' pon dah sudah, wa nak mintak diri dulu lah k..
sapa2 yang rasa terpengaruh ngan penulisan wa yang 'HEBAT GIIILER' ni silalah dengarkan lagu2 yang didendangkan kumpulan 'punk' berkenaan yer.

tata-titi-tutu


*hati kalau dah busuk nak mampos memang tak leh wat pe dahhh~

Isnin, November 22, 2010

men power for AJL 25

Sempena sambutan jubli perak Anugerah Juara Lagu 2010 tahun depan, 10 daripada 14 buah lagu yang layak ke pentas akhir didominasi oleh barisan artis lelaki.

Untuk membuat pertimbangan awal mengenai siapa juara dan siapa kecundang adalah satu tindakan yang pesimis dan berat sebelah! Maka, adalah baik jika kita tidak menyandarkan mana-mana artis untuk merangkul gelaran 'Lagu Terbaik' atau 'Juara Lagu' sepertimana bekas juara AJL tahun lalu; Aizat menerusi lagu 'Pergi' ciptaan Pete Teo. Bimbang pula lain yang diharap lain pula yang dapat!

Namun, khabar angin yang bertiup baru-baru ini menyatakan siapa juara sudah sedia direncanakan sejak bermulanya peringkat pencalonan sesebuah lagu itu malah, setiap pergerakan rancangan ini sekadar untuk menarik penonton dan penyokong fanatik untuk memberikan satu 'drama' bagi menimbulkan elemen sensasi.
Benar atau salah, hanya penganjur sahaja yang tahu.


Jika diimbau kembali perjalanan Muzik-Muzik sejak zaman 80-an, pemenang pertamanya (pada 1986) disandang oleh individual wanita iaitu Francesca Peter menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran.

Antara artis wanita yang pernah mendapat jolokan 'Juara Lagu' adalah:
Zaiton Sameon (Menaruh Harapan, 1987)
Ramlah Ram (Kau Kunci Cintaku dalam Hatimu, 1988)

Aishah (Janji Manismu, 1990 dan Cinta Beralih Arah, 1995)

Fauziah Latif (Teratai Layu Di Tasik Madu, 1993)
Siti Nurhaliza (Jerat Percintaan, 1996, Cindai, 1998, Balqis, 2000)

Misha Omar (Bunga Bunga Cinta, 2003)

Jaclyn Victor (Gemilang, 2005)
Adibah Noor (Terlalu Istimewa, 2006)



Persoalan yang ditimbulkan sekarang, mampukah gelaran lagu terbaik AJL kali ni dirangkul oleh insan bergelar wanita kalau dilihat pada finalis-finalis yang diumumkan tadi? Hanya empat lagu yang dinyanyikan wanita berjaya menempah tiket ke final pada 9 Januari tahun depan dan mereka adalah:

1) Adira (Ku Ada Kamu)
2) Cinta Sempurna (Yuna)

3) Jahat (Stacy)

4) Tolong Ingatkan Aku (Ana Rafali)


Manakala, bakinya dikuasai lelaki dengan lagu-lagu berikut:
1) Hanyut (Faizal Tahir)
2) Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir)

3) Noktah Cinta (Hafiz)

4) Drama King (Meet Uncle Hussain feat Black)

5) Pelita (A.P.I)

6) Berlari (Tomok)
7) Sofea Jane (Black)

8) Mencari Konklusi (Hujan)

9) Selamat Malam (Faizal Tahir)

10) Ekstravaganza (Bunkface)


Daripada jumlah ini, ada pula suara-suara yang berbicara terdapat lagu yang sepatutnya menempah tiket ke final ditolak ketepi kendatipun lagu-lagu itu berkualiti. Maka, timbul pulalah isu kredibiliti juri yang dipilih untuk separuh akhir kali ini berkenaan kenapa 'dia' dilantik dan 'dia' pula tidak dilantik. Menjawab isu ini, mungkin ada rasionalnya pemilihan yang dibuat pihak penganjur. Lumrah pertandingan, ada menang ada kalah dan isu rumah siap pahat berbunyi adalah perkara biasa.

Namun, tahniah diucapkan kepada lagu-lagu yang tersenarai untuk ke peringkat akhir AJL 2010. Lakukan yang terbaik demi memartabatkan industri muzik tanah air.

Kepada yang tidak terpilih, bukanlah bermakna anda tidak layak. Sememangnya anda semua mengagumkan! Secara peribadi, saya memuji kesungguhan Alyah menerusi lagu 'Realiti Dewi' dan persembahan itu amat membekas di hati peminat anda.
Begitu juga lagu dendangan Adibah Noor; Sejujur Hatimu yang dikira antara lagu berkualiti yang pernah dihasilkan. Selain bait-bait lirik yang bermakna, ritma lagu yang meruntun hati adalah gelombang besar yang telah anda hadiahkan kepada peminat.

Tidak lupa juga kepada penyandang trofi 'JuaraLagu' tahun lalu; Aizat, tidak terpilih mungkin ada hikmah tersendiri.

Beberapa lagu lain yang turut menerima nasib serupa dengan lagu yang disenaraikan di atas seperti Nadiku (Sabhi Saddi), Cinta (Mohd), Inilah Cinta (Akim), Oh Juwita (Nubhan), Cinta Kosmik (Fabulous Cat), Bersamamu (Joe Flizzow) dan dua lagu nyanyian kumpulan nasyid Mirwana, jangan mengalah dan usaha lagi!



*kali ni ulasan saya benar-benar skema! jangan marah semua...mood nak menulis mai lagu ni, nak wat camner. =P

Rabu, November 17, 2010

ulasan separuh akhir II muzik-muzik

kegigihan wa dah mai lagi utk mereview persembahan penyanyi2 tempatan kita ni sempena separuh akhir dua (II) senin lepas.

ok..wa nak komen tanpa tak ikot susunan ok...

1) MIrwana & Noh Hujan (Tika Masanya) ***
-opening yg wa rasa agak rancak dan panasss!dan tika masa ini jugak la ampa punyer 'harmoni' out! pakaian korg erm...

2) Black (Sofea Jane) ****
-cool r blek!wa caya sama lu...memang feel habeh!!!suka...
-ade member aku tanya (time kami nonton), 'sejak bile sofea jane kuar lagu baru weh?'
then aku jawab 'ye2, ko tengok jelah...tajuk lagu dia hitam'
showmanship, well not bad. kalau wa leh feeling abis tu means that ang nyer pembawaan tuh sampai la..
-sora ang sebijik miming!giler hebat...

3) Hujan (Kau Harus Ada) **
-wa xleh nak kasik star mlebih2 la uols. wa tak rasa uols nye performance ni all out!
-mayb sbb irama lagu ni yg agak mendayu2 kot (motip?)
-ok then, wa tak la reti sgt bab2 muzik ni...tapi wa sbg pndengar n penonton 'LIVE' wa tak rasa syok!

4) Mirwana & Fiq (Manifestasi Cinta) **
- dari kumpulan nasyid ke genre pop!
what can i say huh? uols tak ready lagi kot.mayb dalam studio semua cacat cela uols dapat disapu tapi bila dah live suara masing2 macam nak compete sesama sndiri. awat lagu ni?

5) Meet Uncle Hussain & Black (Drama King) ***
- suara black tok sah cakap la kan...giler punyer best wooo!
memang tak sempot, tak pecah, tak lari pitch n semua ok la..
tapi mayb lagu ni yang kurang 'umph!' dah kot..

6) Adam & Stacy (Menggegar DUnia)***
- Adam, ang punye sora berterabur sana sini la wei...
tak nak! tak nak!huhu...
- Stacy, ang terbaik ok..stamina memang kuasa kuda punyer!haha...
-showmanship: tak faham lak certain part. susah wa nak tafsir.

7) ANa Raffali (Tolong Ingatkan AKu)****
-wa suka dengar lagu ni..CATCHY!
-tapi kekurangan ang cuma showmanship je...
dah nampak yang ang feel all out, tapi part make up tuh wa memang nak complain sgt2...
ang touch up sendiri ke ana? kening senget sebelah la...kesian wa tgok ang!
tapi ang dah buat yg terbaik kan..so, all the best!

8) Stacy (Jahat) ****
- Lagu ang memang ada kelainan. so, kekuatan pd lagu tuh dah ada...
-Showmanship: toksah cakap! memang THE BEST la ang...
wa tak leh nak bayang mane ang dapat kuasa kuda nak menari sambil nyanyi (dgn perfect) dua buah lagu lak tuh...giiiiiler ah!
-Vokal: two thumbs up! dengar live lagi best la...

9) Aizat (Susun Silang Kata)***
- Wa dah jemu la dengar lagu ni...radio selalu main sangat (apekah tibe2 kan?)
- Tapi ang nyer sora memang superb la...
cuma ade pecah sket tym ang nak tarik awal2 tu...ok je!

10) Faizal Tahir (Adrenalin)***
- Showmanship ang memang la best. Tapi wa tengok ang macam OVER sangat la...tak suka okeh!
- Sora, ok je...macam biasa. ang ade aura. tapi last2 tu mic ang rosak kan?
pasal ang tuh yg over sangat...so tak pasai2 spoilkan show ang!

11) Adira (Ku Ada Kamu) ***
- wa suka lagu ang! tapi wa dengar crita lagu ang lagu CIPLAK? ops!!!
- showmanship: penari2 balet ang tu kot yg bg more FEEL..suka step part korus lagu ni!
- vokal: hmmm...ok sajo.

12) Fabulous Cat (Cinta KOsmik) **
-wa tak nak kasi ampa banyak bintang! nanti riak...
- tak best sangat la...macam adeyang tak kena je ngan korang.
wa selalu nampak cat farish selalu buat muka time belakang kamera (means tym penonton kt umah tak nampak kt TV la)
- sora pon ade out sket2...huhu..

so, itu jela stakat ni...minggu ni penyanyi berkumpulan mendominasi pentas.
rasa berat je wa tengok nye...
tapi wa paling suka la show rahmat mega! memori sangat! cuma awal2 tuh ang lupa lirik sket..takpa2...dimaapkan!~ (famili ang dok blakang wa sepanjang show mlm tu, tak tau plak kan...)

next week camne lak? erm, kita sama2 nengok k...
rasa nya dah bole predict sapa yang terpilih kowt! aksi spider minggu depan!nantikan...




*stacy sangat cumells ok...adira, ang kuat melatah!siapla...hahaha~

Rabu, November 10, 2010

Winnie the POoh masuk panggung

*sumber Associated Press US

Pooh baru beridentiti lama

Sequel terbaru, Winnie the Pooh yang dalam proses pembikinan oleh Walt Disney Animation Studios akan menemui peminat ciliknya pada bulan Julai tahun depan.

Filem lakaran tangan ini akan mirip kepada filem klasik sekitar tahun 60 dan 70an.

Menurut pengarahnya, Peter Del Vecho, mereka mahu terbitkan filem itu ke layer perak kerana mahu menghidupkan semula imaginasi kanak-kanak yang merealisasikan patung yang tak bernyawa kepada kehidupan nyata.

Filem ini akan menggunakan suara Jim Cummnings sebagai Pooh dan Tigger serta John Cleese sebagai pencerita. (gambak: John Cleese)

Turut menggunakan teknologi 3D, Winnie the Pooh kali ini turut memuatkan 5 runut bunyi baru khas untuk filem animasi ini.









* filem animasi sekarang semakin digilai penonton. Adakah kualiti pelakon sekarang dah semakin merosot?

Selasa, November 09, 2010

Megamind #1 in US



Memetik sumber dari AFP, filem animasi Megamind mengungguli carta filem pecah panggung di Amerika Syarikat sejak ditayangankan. Filem ni berjaya kutip 47.7 juta dolar dah.


Selain itu, Megamind berjaya ketepikan dua filem lain yang ditayangkan pada waktu yang sama iaitu Due Date dan For Colored Girls. Masing-masing dengan kutipan 33.5 dan 20.1 juta dolar.


Tangga keempat pula dipegang oleh filem Red yang dibintangi Bruce Willis, Morgan Freeman, John Malkovich dan Helen Mirren dengan pungutan 8.6 juta dolar.


Sempena sambutan Halloween, filem Saw 3D menemui penonton di sana yang berjaya mengutip 8.2 juta dolar.


Pun begitu, filem Social Network yang ditunggu-tunggu oleh peminat di Malaysia hanya mampu berada di tangga ke 10 dengan kutipan 3.6 juta dolar sahaja.


Berikut adalah ranking terkini filem yang ditayangkan di US yang turut menemui penonton di Malaysia.


1- Megamind (47.7 juta dolar)

2- Due Date (33.5 juta dolar)

3- For Colored Girls (20.1 juta dolar)

4- Red (8.6 juta dolar)

5- Saw 3D (8.2 juta dolar)

6- Paranormal Activity 2 (7.3 juta dolar)

7- Jackass 3D(5.1 juta dolar)

8- Hereafter (4.2 juta dolar)

9- Secretariat (4 juta dolar)

10- The Social Network (3.5 juta dolar)



Selamat menonton kepada peminat tegar panggung wayang yeah!

Mizz Nina - Noh Hujan bakal bertunang?


benarkah gosip yang diterima dari beberapa taulan ini?
jika benar sama-samalah kita panjatkan syukur semoga mereka berdua kekal hingga ke gerbang perkahwinan...amin~


*hak cipta terpelihara

ulasan separuh akhir I muzik-muzik




cekal & gigih tak wa nak mengulas bagai?

hahaha.. uol smua musty dah mentengok kan separuh akhir I muzik-muzik malam tadi? hmmm, ape komen korang? agak2 ada tak antara diorang tuh dapat ke final? pe kata kita teka-teki-teku...nak tak? (ayyo ayat..very da tuuut sangat!)
jom kita komen2 ikot kronologi persembahan semalam k...

1) azlan bersama mesin taip @ azlan & the typewriter (Gerak Hati) ***
- wa suka lontaran vokal lan!memang tak ubah macam lagu asal depa kan?
alah, memang dari dolu2 lg dia mmg berbakat...bak kata org, campak kt laut jadi pulau, campak kt darat jadi gunung! tak kesah lah ang p mana pon, kalau dah sora sedap, bakat ada memang aset la ang...
dari segi persembahan, overall ok...xde masalah...depa nampak matang dah...
-tapi, wa tak rasa persembahan depa utk AJL jubli perak nanti ni...hmmm...


2) Akim (Inilah Cinta)***
-kellas ang siap ade fan bagai dah sekarang...GAFIM katenyer...
elokla tuh, at least depa akn support ang tym ang kene condem pasal demand2 ni...haha...wa xnak campor isu tuh!
vokal; ok la...ade gak dgr terkuchil sket2...
showmanship; so-so jewh! wa expect something special u bring to d table en akim oi...
but dgn cara ang dok sebut "saya suka awak" tu banyak2 kali rasa cam annoying pon ade...
meyb tuh trademark lagu ni kot...semoga ang berjaya...


3) Shahir (Kebahagiaan Dalam Perpisahan)****
-ang nampak makin berisi...memang bahagia lah!chaiyork2~
-wahai geng2 KRU, kalau ampa dah hebat buat lagu sedap2 ampa toksah dok takotla..sure jumpa kat final nanti nyer...dun wory lah!
-vokal; ai sukaaaaaaaa! especially part last2 tu...siap buat ala2 qasidah bagai...memang tuh kekuatan ang kot...
-showmanship; ang bole kontrol keseluruhan pentas wei...hebat ang!


4) Hujan (Mencari Konklusi)***
-Noh, ang buat style rambut gitu dah tak nampak macam ang la...walau wa benci rambut panjang ang tuh, wa rasa wa lg benci rambut ang skarang nih!
-sora ang memang mantap ahh! bole challenge lan...
-showmanship; not bad beb! aku suka part last2 bila ang dah macam sasau siap guling2 atas stage ni...nampak sangat lagu tuh menyerap masuk dlm jiwa ang!hehe..


5) Mohd (Cinta)***
-Apsal wa rasa ang kurang pektis?
-try ang rujuk balik kak ziana, kot2 dia bole bg komen tersendiri...
-vokal ang memang mantopp..kalu tak xde la nak jadi juara bagai kn...
-showmanship; ang nampak cam takot2 la..nape?pentas tuh kan dah biasa bg ang...
hope ang ade tempat utk final nt...


6) Hafiz (Noktah Cinta)**
-ang nampak sempott weh! sorry wa ckp gini...tapi tu lah hakikatnya..
wa tengok ang macam nak pegi nyanyi depan taska sebelah umah la wei..dengan cekak bagai...nampak xproper...
-vokal ang pon agak xde power...
hmm...kalau ang xdpt p final pon ang memang terbaik! prove more!

7) Ana Raffali (Hujan Bunga di Kuala Lumpur)***
-ang ade buat olahan ke ana? lagu ang bunyi cam lain...
-tapi vokal ang memang dah ok...toksah risao..
-bab showmanship ang je wa nk komen...baju ape ang pakai tuh? n MOTIP bunga matahari kat mic stand tuh?feeling2 mood ceria la? sorry beb!tak sampai...
make up ang cam nak sabotaj ang jeh..apekah eyeshadow biru itu?huhu...sayang la!
-xpe2 ang improve utk lagu kedua ang k...jangan dok ngarut2 sangat..nampak tak cool n tak smart!


8) Sabhi Saddi (Nadiku)****
-ang nampak sangat semput! kesian wa nengok ang weh...
dah macam takde nafas dah...
-but!vokal ang cukup mantap weiiii...siries...wa yakin ang terpilih nanti!
-showmanship; ok la..sesuai dgn lagu..nanti kalau ang dapat p final buat gempak2 k...kasik mleleh segala ayaq!


9) Yuna (Cinta Sempurna)****
- wa suka persembahan ang! cool, rieeelak n bersahaja..
ang dah nampak semakin matang! meyb sbb ang p rekod album kt obersea kot..(pe kne ngene lak?)
-vokal ang toksah ckp la...no doubt! Norah Jones Malaysia!!!
-all the best yuna...mendayu2 sgt~


10)Nubhan (Oh Juwita)**
-beb! so sorry...wa tak berkenan langsung ngan persembahan ang...
-ang nampak sangat over!over okeh....nampak cam plastik pon ade..tu bukan jiwa ang kot...
lagu ang best...tapi entah la..macam ade yg tak kena...
-ang bunyi cm menjerit2 kdg2 tu...


11) Adibah Noor (Sejujur Hatimu)****
-memang jujur persembahan akak! sukaaaa sangat tengok...
-vokal tip top!
-showmanship; dah cukup akak sorg je kt stage...semua bole terpukau!
-all the best 4 final!


12) FT (Hanyut)****
- smart ngan sweater n spec itam tuh!
-vokal memang sejibik cam album...n ade improvisasion!
-showmanship: terbaaaaaek!


kita sama-sama tunggu apa pula hidangan minggu hadapan yer...
see ya!

Sabtu, November 06, 2010

separuh akhir muzik-muzik

wa nak mengkhabarkan kat semua rakyat jelata yang minat arena seni suara tanah ayaq ni... pastinya ampa semua menantikan ketibaan AJL tahun ni kan...bersama gimik2 marvellous penganjurnya TV3...

tapi, wa nak kongsi sikit info pasal separuh akhirnya yang bakal berlangsung bermula minggu depan ni dah...


kali ni depa wat tema2 uols pada setiap malam separuh akhir tu... haha..xsabao weh!

Akan bersiaran secara langsung dari S
tudio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

(ketiga-tiga mereka tercalon sekali lagi tahun ini...sama2 nantikan siapa layak ke final)

8 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 80an.
  1. Gerak Hati – Azlan & The Typewriter: Lake & Light / Lake & Light
  2. Inilah Cinta – Akim: Akim/Akim
  3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir: Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  4. Mencari Konklusi – Hujan: Noh Hujan / Noh Hujan
  5. Cinta – Mohd: Iswandy / Iswandy
  6. Noktah Cinta – Hafiz: Ajai / Shah Qalam
  7. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali: Ana Raffali / Ana Raffali
  8. Nadiku – Sabhi Saddi: Omar K / Zel Firdhaus
  9. Cinta Sempurna – Yuna: Yuna / Yuna
  10. Oh Juwita – Nubhan: 6ixth Sense / 6ixth Sense
  11. Sejujur Hatimu – Adibah Noor: Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
  12. Hanyut – Faizal Tahir: Audi Mok / Faizal Tahir

(kellas hang ana, tup2 dua lagu terus tercalon!)

15 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 90an.
  1. Tika Masanya – Mirwana & Hujan: Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
  2. Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana: Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
  3. Kau Harus Ada – Hujan: Noh Hujan / Noh Hujan
  4. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black: Taja / Tun Teja
  5. Menggegar Dunia – Adam & Stacy: Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  6. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali: Ana Raffali / Ana Raffali
  7. Jahat – Stacy: Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  8. Susun Silangkata – Aizat: Aizat & Anas / Aizat & Anas
  9. Cinta Kosmik – The Fabulous Cats: Alibi Hustler / Alibi Hustler
  10. Ku Ada Kamu – Adira: Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  11. Sofea Jane – Black: Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
  12. Adrenalin – Faizal Tahir: Audi Mok / Faizal Tahir

(bolehkah lagu yang dikatakan 'simple' ni dibawa ke final nanti alyah?)

22 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema Milennium.
  1. Realiti Dewi – Alyah: Omar K / Zel Firdhaus
  2. Pelita – A.P.I: Loque / Loque
  3. Berlari – Tomok: Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
  4. Extravaganza – Bunkface: Sam Bunkface / Bunkface
  5. Bersamamu – Joe Flizzow: Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
  6. Selamat Malam – Faizal Tahir: Audi Mok / Faizal Tahir


*malam last ni depa hadkan utk 6 lagu je pasal nak umum semua finalis sekali...takot nanti drag masa berjam2 laks kan...hehe~




*FT ade TIGA lagu kali ni okeh!

Selasa, November 02, 2010

DIA yang bernama LUTZ

giler jiwang nak mampoih tajuk entry kali neh...
sila p muntah smua!!!

semenjak dua menjak ni wa dilanda kesibukan yang terlampau weh...
siyes la penat...p sana, kejar sini...
kadang2 ase cam nak terputuih empat tulang temulang kaky ney. (sadis2!!!)

tapi xpe, ampa smua sudi lg bertandang...
especially to those yg TAK anggap wa sbg kawan...wa terharu ampa sudi singgah mai...

okla, tadi wa menterima satu panggilan phong dari seseorang! teruja sket2~
dia ada criter isu baru yang diungkit dari isu lama..(so, cnsider isu lama lah kan?)

ampa de ingt x posting wa yang berbunyik baru vs kertu?

isu ni sebenarnye berulang lagi doe!
wa sebenarnye malas nak komen momen ni...takot dianggap wa suka jaga tepi ain olang. So? Do I care kah?..hahaha..

sebenarnya kalau difikirkan tak la serius mane pun...cuma kalau dibiar lama2 jadi barah beb.
so, adalah baiknya kita cuba selesaikan ye anak2...

kali ni mereka (yang baru) dilanda dilemma utk buat atau tidak.(fullamak!ayat belit2 siott)
gini2...
tok ketua depa tu skg ni dok pushing depa (memandangkan depa ni absolutely fantasizing great!)...
tambah ngan grup lama ni dok rajin nak mensabotaj grup baru (jeles koooottt)

depa berdepan dgn masalah utk buat @ tidak...
ade dua acara besar depa (grup baru) nak kene handle...
1- pertandingan grande
2- persembahan voggg di obersea...


dua2 ni dikacao oleh grup lama yg ala2 diva tak nak ngalah ngan idea baru ni ha..
esok ni grup baru ade show...walaupon msg2 bz dok mentelaah pelajaran psl nk exam depa pon buat la jugak...
yang tak tahannye, tibe2 grup lama ni masok campoir!apekahhh kan?dok bagi ilmu yg ntah pape...
depa nk bersuara tak de daya (wa pon xtao psai pe)...kalu wa lah, wa sound direct beb! (brutal kan?)

tp meyb depa ni jenis baek2 kot..xreti nak lazerh2 olang!haha..xpela..
sabao jela k..

pastu si ketua grup baru ni plak dok kene push sehari-harian utk setelkan semua bende yg patutnye bkn keje dia..(cam pressure sket la ni)

so, ape patut buat uols? (ayat mak hayam sket)

A) buat bodoooo~~~

B) buat2 pandai & memandai2...

C) jadi baek giler2 nyer, turut jeh ape depa mao...

D) semua di atas!

dah2!gilo la smua jawapan tuh!...ni ha...wa nak nasehat sket la kat depa especeially grup baru ni..
memandangkan ampa tu baru, ampa kene la tunjukkan yg ampa ni cool...
maknanya, ampa kene bertindak secara bijaksana laksana laksamana hang tuah!(ape perkaitannye?)

means, ampa kene pandai guna teknik saiko sket!
kalau depa tu dok push ampa takde sebab memang ampa patut memberontak la..
caranya:
1)ampa boikot depa smua...(termasuk tok ketua tuh)
- ampa bole buat bodo n buat2 bodo..cthnye: buat derrrk je kalu depa panggil ampa, xlayan, xamek bahagian dlm sbrang acara depa...biarkan depa buat sendiri!
- tapi qaedah ni nampak cam jahat sket la...it's good if ampa gertak je depa...jangan wt betoi2...tapi kenela sepakat membawa berkat k!
2)ampa jadi la budak baek!
- fikir positip...meyb ade sebab depa buat cmtu kat ampa..
-adakalanya kata2 org tua ni betul...mereka dah makan garam berbuku2 lg banyak drp kita yg muda ni (termasuk wa okeh!note that)
-ampa buatla sepertimana yg depa nak...mana tau ade hikmah disebalik kejadian...
-banyakkan bersabar k...
3)rundingan dua hala
-ampa cari 1 masa sesuwai, kumpul semua anak2 buah n then open table ..soh tok ketua bayar la...
-then, time tu ampa discuss elok2 ngan depa tu pasai pe wat kat ampa sptmana skg ni...pastu ampa kene la bg cadangan ampa skali..samada depa suka @ x tu blakang kire...
- jangan ampa jadi api kalau depa tuh dok marah2 n emo xpasai2...jadila air yg sifatnya menenangkan...then bagitau rasionalnya kenapa ampa ckp begitu n begini...hasilnya pasti marvelous!

wah3!dah jadi pakar saikologi ka wa ni?okeh2! tu je la yg wa bole tolong dari kejaohan ni...
semoga ampa & depa bole bekerjasama dalam satu rumpun yg aman & damai...
tata titi tutuuuu~


* ape kene ngene tajuk dengan konten ni haaa?

Khamis, Oktober 21, 2010

ver-ver

bunyi cam misteri tak tajuk entry kali ni?ahaha...
saja nak kasik suspen memandangkan ramai pengunjung belog ini misteri orangnya. saya suka!!!=)

bercakap isu misteri ni, semalam wa sempat meluangkan masa wa yg sangat amat bz neh utk memergi ke sebuah event anjuran JKKN, KPKK Melesia kat Auditorium DBKL.
Event yer berbunyik Malam Gala Inspitari 2010 (1st time tao acara nih)...so rugi teramat la klu ampa terlepas nengok! memang pecah panggung!!!hahaha..
pun begitu, aku tetap diberi layanan KHAS memandangkan wa adalah media yg vog gedabasss! (ko ada?sik adaaaa)

ada dua persembahan yang amat menarik minat wa sementelah dengan intro misteri wa td tu..
1) JKKN Pahang - Burung Krak Nasi
2) JKKN Kedah-Gerak Timpuh

y i said that? sebabnye kedua2 persembahan ni pakai topeng muka!haha...suka nya wa!
depa suntik elemen misteri tu dalam persembahan depa yg memang 4surela malatoppp!
wa nk komen lebih2 pon nt xpasai2 kene kondem!haisshhh...sekarang musim orang kondem mengondem tau...+ saman menyaman tu dah jadi perkara biasa...
opsss~

so, kepada yg terlepas tengok show yg meletop itu nantikan di RTM ok..depa akan siar kat tv nanti.
(gambak, tu antara suvenier wa dpt, siap ade ros bagai..auuu, sweetnyeh!)

kembali kpd tajuk entry wa yg hebat td tu...ver-ver ni maksudnya berangan atau dlm bhs len verangans... y tiba2 wa kuarkan tajuk cengginih? pasalnya, wa dimaklumkan ade beberapa pihak tak semena2 terasa dgn statement wa + beberapa post wa dalam belog wa yg kuul n mantap ni. ishhh! bole pulak cmtu...


patut kah wa ulas semua entry wa sbelom ni uols?tak kot..ampa pon bole faham kan?
wa dah banyak kali kasik WARNING siap ngan font merah menyala lg.
pastu, wa nak ingatkan kepada mana2 pihak yg menjadi pembaca setia belog wa ni toksahlah dok dengki na...apa wa dapat, apa wa lalui, apa wa lepasi tu semua HAL WA...
nasihat to 'hadeq2' yg wa dgr dah macam orang bangang ni, 'mind your own business'... abehkan dulu belajar n dapatkan keje yg elok2 drp wa ni then baru bole nk cakap hal orang len...haha...so pathetic!

pastu, nasihat kat mana2 pihak gak FAHAMI apa yang wa tulih ni dulu b4 nak melatah tak tentu fasal...pasal latahan tuh diklasifikasikan sbg FITNAH! Thanks to Faris & co. atas nasihat menyaman phk2 tertentu itu...demafation...claim...ntahla,wa pon blaja x pandai so nak citer lbey2 xreti...
tapi!wa bukanlah orang yg JAHAT NAK MAMPOS! ampa nak buat apa ampa buatlah...tu semua urusan ampa ngan TUHAN...sesungguhnya Dia Maha Adil & Saksama...
bukan hak wa utk saman2 orang atas tuduhan fitnah ke libelous accusation ke or wutsoever kan...
bak kata bekas PM kita, "biaq p lah"...haha...suka2!!!

kalau ada wa analogikan apa2 dengan sapa2 tu wa memang sasarkan kpd 'sapa2' yang wa tujulah, yang org len dok trasa tuh pasai pa? pasai pa?!
pastuh, ni belog wa, sukaaaa ati wa lah nak tulih pe pn kn..kan..kan... klu ampa nk menulih cam wa n dpt fofularitis cam wa ni ampa pon wat la belog...


so, wa nasihatkan ampa toksahlah dok rajin nak baca belog wa yang hebat giler ni kalau ampa nak main tudh sembarangan tanpa usul periksa...kalau nak baca pon FAHAMI isi dan kandungannya betul2. kalau tak faham tanya wa dulu b4 nk bg any libelous accusation (bak kata Faris & co.)...
beter ampa bunuh wa terus drp dok cangan (ngata) bukan2..iyo dok?
last but not least, jangan mudah nak ver-ver...


last n certainly least (ado ke?), wa nak MINTAK MAAPlah kalau ade pihak2 yg tersinggung dgn mana2 yang wa tulih ni? wa xkuaser nak cari2 gado aih...banyak lg wa nak pikiaq...dgn kehidupan serba glamz ni kan...
kalau betui2 tak faham apa yg wa tulih bole je tanya wa sndiri...(which is preferred!) ..takla nt main serkap jarang jehs~


k la, wa nak kuar p scan berita wa yang disiarkan utk upload kt sini, nanti senang ampa nak baca..kih3... pasport nak p Dubai pon xsetel lg neh...huhu...tata uols!~



*ibu, ibu...engkaulah ratu hatiku...

Rabu, Oktober 13, 2010

tripl3 SHOT

bole baca tak tajuk entry ni beb?
wa nak tulih TRIPLE SHOT...

sejak dua tiga hari kebelakangan ni wa agak sibuk sket...
masuk opis, kuar opis...merewang2 n then balik opis balik...
ketuk2 story pastu balik umah..
nak sampai umah tu kemain lg gigih! naek bas-->naik lrt-->naik bas lagi-->jalan kaky-->baru sampai umah!
so, kalau dah camnila stp hari mau tak merana?haha...
bila dah nampak katil yang cumels2 ni pe lg, membuter r!

tapi nak dijadikan rezeki aku berkhidmat untuk company ni, dua tiga hari lepas aku amat berdedikasi tym keje doe! amat sangat! tapi FB kat opis tetap rutin lps kul 8mlm okeh!~
11 Oktober lalu, aku n partner keje aku bernama Shreen (ampa leh pronounce tak nama dia?) ditugaskan utk membuat tinjauan di Stesen Bas Sementara Bukit Jalil..Kene interview pemandu2 bas ekspres yang lalu ikot lebuh raya PLUS tempat excident yang membabitkan 12 kematian tu.

So, berbekalkan kecekalan rembang petang tu kami pon p lah bersama sorang fotograper Aszre (ampa leh pronounce tak nama dia?haha...kelaas kan nama2 depa...)
sesampainya kami ape lagi trusla serbu mana2 drebar yang agak2 nampak cam free jeh...
tiba2 ade sorg pegawai sana mai marah2 kami! ape kes wei?
katenyer nk buat apa2 interview sini kne mintak kelulusan daripada urusetia. Pergh!!!
wa cakap r elok2 yang kami nak wat tinjauan rambang je. bukannye nak amek gambak @ repot sal tempat depa. pastu, bole abg tu ckp ala2 diva kerek ngan kami? wa dah mula baran r...
sib bek si shreen penyabar. deal punya deal ngan urusetia at last depa kasik la...siap ngan syarat2 lagik uolllllz! Apa ku kesah??!

then, mula la balik sesi memburu pemandu bas yang kami target td...lepas sorg2 kami interbiu...sapai dah cukup 4 orang kami masih gigih nak tambah lagi dua tiga orang.haha...last2 dapatlah 6 orang semuanya.

Balik opis, kami watla ala2 tinjauan kasar cam slalu dok wat tu...tapi!bos tiba2 cakap nak pangjang lagi, sorang dalam 2,3 para. pastu, dgn otak yang dah agak2 sebal2 ayam ni kami pun tambahla lagi quotation depa kasik panjang.
sampai la bos mai sendiri kat kami cakap soh wat berita. wawawawa!nak nangessss! ingatkan tinjauan bese2...then, bertambahlah kegigihan kami nak siapkan berita tu sampai lah pkui 10 lebey okeh! *(dah bole claim OT ni)

sesiap story itu, kami pon membaliklah. b4 that kami melahap kat Kg Baru jap then depa (Shreen + Acip) antar wa kt LRT Titiwangsa. tym tu dah dkpt kul 12pm.
tak diduga, LRT tu katenyer dah tutup. (menurut pegawai kat sana la). tapi aku mentengok ade je lg orang dok kuar msk tak guna pass pn...
pastu aku pon tanye r elok2, psai pe aku xleh msk kn?
dia dah mula2 ckp cam bajet bezzz je...kerek dohhhh!pastu mula nak maki hamun aku!
wa pe lg...mula r kuar ayat2 pedas wa! (nampak je wa baik, tapi kalu dh sampai tahap wa ganas beb, brutal tak?)...nak bertumbuk kjap tym tuh! tp memandangkan wa sdar diri wa sorang public figure yg disegani ramai wa kuul daun jeh! wa chow r...
mintak acip antar wa balik...huhu...

hari yang agak malang bg wa. dah la pagi2 tu wa dah menggigihkan diri ke UPM kat Serdang sana nuh!nek bas, lrt, interchange station, komuter, teksi (harge berbelas hinggt walau dekat jeh)...
tapi sampai sana xdak sorang pon wartawan mai.
tanye PR sana, mmg xdak penyampaian anugerah pn. cuma petang la baru ade PC nenek trima PhD.wa tanye bos pe patut wat. then, arahan ye soh wa balik opis. cekallah balik sampaikan pagi tu saje dkt RM50 melayang bersama tangan kosong!giler babunnnn!!!

so, hari tu saje dah 3-ple shot wa dah kene...siyes penat nak mampoih!siyes2!~

tapi berbaloi beb!...
pasainye story yang kami (wa + shreen) wat kuar KOSMO! hari ni...siap dpt byline lg (kalu sapa2 tak tau by line tu adalah nama penulis berita yang dikasik utk dipaparkan bersama beritanya)...
hehe...bangge doe!
pastu, wa check2 tup2 ade 3 story wa kuar KOSMO! hari ni...
1) page 3 - Kelibat Wanita Kendong Anak
2) page 13 - Cipta Lagu Malaysia (yang ni wa cover smalam kat Angkasapuri)
3) page 14 - Pan Pacific KLIA dapat award (tu pon hasil usaha wa smalam gak)

so, lagi 3ple shot wa dapat!!! Alhamdulillah....
yang bez nyer lagi ade member aku (xculy member spesel la) ckp kat wa yang story kelibat pompuan wa tu dijadikan Hot Chat kat HOT FM pagi tadi...nyesal wa bgun lewat hari ni...off nyer psai...huhu...

pastuh semalam lak, wa p lepak i-city lps abih keje ngan mmber2 uni wa dlu...Syida, El n Fifi (dia laki okeh, wlau nama ye kiut miut)...borak2, sembang2...pasai Syida ni dah nak p T'ganu esk...outstation uols!kelasss tak? wa dapat tau lak drp depa gambak wa masuk REMAJA...dua keping lak tuh...so, kpd pembaca REMAJA diluar sana jgn lupa beli latest edition yang ade gambak Lisa Surihani sbg cover dpn magazine tuh n cari muka wa dlm tu okeh...(bole gitu?)

Jadinye, di kesempatan ini wa nak ucap TAHNIAH & TERIMA KASIH kpd partner aku Ashreen yang sanggup btungkus lumus siapkan story tu 3,4 kali...TERIMA KASIH kat bos2 wa kt KOSMO! tu yang sanggup amek story wa utk dimuatkan dalam KOSMO! TERIMA KASIH utk rakan2 wa yg sokong wa, senior2 wa yg byk bantu wa, fmili wa yang siap kol bagai...(CEH!feeling2 dah macam dapat award plak dahh..)...sory2...ampa layan jek k...bkn slalu kot wa hepi gaban cmni...


nanti keratan akhbar tu wa upload len kali okeh...pasai scanner wat hal. pastuh bateri kamera wa lak cam bangang!huhu...tata uols...teruskan sokongan anda semua...(giler bajet nak mampos aku..kasik pluang skali ni je k)....haha...


*mood nak keje sungguh2 dah mai~

Selasa, Oktober 05, 2010

Airmata DI Balik Batu Bata part III

ni ha...

sambungan daripada episod lepaih...



ok...si dia dan si anak kucing itu terdiam kaku.
Masing2 kelu untuk berkata-kata. Agaknya malu2...
Seketika kemudian hujan renyai tamat sama sekali.

"HUjan sudah reda," luah si dia memecah kebisuan.
"Oh!yelah...," si anak kucing membalas.

Si dia bertanyakan kemana si anak kucing mahu memergi.
Sahut si anak kucing "tiada kemana".

Kedua-duanya terdiam lagi sekali.



Bammmm!!!

Suatu dentuman berkumandang tiba2...

Ada percikan cahaya putih menerobos dari celah2 batu batan tempat si anak kucing dan si dia berdiri.

Cahaya itu kadang kala menyilau hingga menyenakkan biji mata.
Ada sekumpulan bayang2 gergasi berkejaran ke arah mereka bersembunyi.
Sayup2 terdengar bunyi beberapa kucing lain mengiow...

Bunyinya seakan dalam marabahaya.
Ada yang memekik meminta tolong!
Ada yang melaung mengarahkan yang lain segera beredar!
Ada yang menangis teresak-esak!
Ada yang merayu meratib pilu!



Ada beberapa orang lelaki bertubuh besar dan membawa sebatang kayu yang dihujungnya ada jaring-jaring besar. Dan di tangan sebelahnya lagi ada sebuah kotak besi berwarna hijau gelap yang di dalamnya terisi beberapa rakan-rakan si anak kucing yang lain.


Si dia pantas menyambar tangan si anak kucing dan menarik nya untuk membuka langkah sehabis daya.

Si anak kucing tak mampu berkata apa-apa. Kakinya tidak merasa apa-apa. Umpama dia sedang berlari di awan. Terus digagahkan kuasanya untuk ikut sahaja kemana haluan di hadapnya.
Terkadang hampir tersungkur si anak kucing tatkala menyusur akar-akar yang bergelimpangan di perkarangan taman-taman di kotaraya itu.
Namun, itu bukanlah penghalang baginya untuk selamatkan diri.

Akhirnya! Pohon balau di tebing sebuah longkang besar menjadi tempat bersembunyi.
Si dia dan si anak kucing memanjat pohon tersebut untuk bersembunyi. Mujur! Masing-masing menghela nafas lega.

Tiba-tiba, si dia menendang si anak kucing sehingga jatuh tersungkur ke bawah. Tak sempat memegang apa-apa di sekeliling, si anak kucing tergolek-golek jatuh ke bawah tebing longkang besar itu. Kepalanya beberapa kali terhantuk pada batuan-batuan di tepi kiri dan kanannya. Kulitnya tertoreh dek kepingan botol-botol kaca pecah yang tertimbus jalinan akar dan rumput di tepi tebing. Badannya mendarat di atas sekeping besi buruk yang gamaknya terhenti di tepi tebing setelah dihanyutkan air banjir kilat tadi.

Di jenguknya ke atas tebing kelihatan si dia sedang ditarik oleh seorang lelaki berbadan besar untuk dimasukkan ke dalam kotak besi yang dijadikan tempat pemijak untuk membolehkannya mengambil si anak kucing.

Si anak kucing beberapa kali memekik memanggil nama si dia.
Namun si dia hanya memandang sayu ke arah si anak kucing. Tiada sepatah kata pun keluar dari mulutnya.
Titik-titik air mata mula menyembur dari alis mata si anak kucing yang sudah tidak mampu menampannya.

Semakin lama sorot-sorot cahaya putih kian pudar menghilang. Tiada bunyi suara lagi dari atas tebing. Semua kembali kelam zulmat. Malam turut menyepi. Membisu tanpa erti.

Air di longkang besar mengalir deras. Hanya deria pendengarannya mampu menangkap bunyi di sekeliling. Dibantu cahaya pudar dari lampu jalan di atas tebing, si anak kucing berjalan sendirian mencari tempat berteduh sementara sebelum esok kembali menjelma.


bersambung...

Khamis, September 30, 2010

baru VS kertu

Wah3...kemain lagik!
macam2 wa dengar.
Ada yang panaszzz! Ada yang suam2 kuku kaki, ada yang sejuk beku troih!haha...
walau apapun 'jenis' story tu masing2 ada keistimewaan tersendiri.
Thanks to little birdie for that news reporting!:)

Posting kali ni wa nak WARNING lagi skali 'tak ada kena ngena dgn sesapa pun samada yang masih menghembuskan nafas atau yang telah menghembuskan nafas yang terakhir'. Sekadar berkongsi pandangan sahaja. Tak berniat jahat pun!

Wa kasik analogi la k.

Nak dijadikan al-kisahnya, di sebuah kampung ada sekumpulan belia. Semuanya hebat-hebat! Tiada tolok bandingnya. Kumpulan itu hebat dari semua sudut; DUNIAwi & UKHRAwi.
Tapi kehebatan tu adalah 'pada suatu ketika dahulu'. (faham tak?)

OK...maksud wa kira korang kene 'flashback' la.
So, pada hari ini kumpulan itu dah kurang taringnya! Kureng menyengat!! Bukanlah tak hebat langsung. Tapi KURENG sikit. Sebabnya? ermm...sebabnya mungkin lah: Tak dak pengganti kepada ahli2 lama yang dah RETIRED kot...

Jadi, kumpulan itu pun jadilah kumpulan yang cukup sekadar ada. Kalau orang panggil maka panggil lah. Kalu tak, dok lah diam2 kat umah masing2. P ternak lembu ka, tanam gandum ka (feeling2 obersea sket), beranak ramai2 n jaga anak ka... ha...camtula lebih kurangnye...

Then, tak semena-mena adalah sekumpulan manusia ni datang berhijrah ke kampung itu. Katanya sedang mengembara mencari ilmu. (Wa pun tak pastilah ilmu apekah itu yer anak2...)
Tapi! ahli2 kumpulan baru ni semuanya hebat2. Handal2. Kira setanding dengan kumpulan lama yang dah ada kat kampung itu la...

Maka, bermastautinlah kumpulan baru itu di kampung itu dengan harapan kampung itu menganugerahkan seribu satu sinar baru buat mereka. Dan memang terbuktilah kehandalan dan kehebatan kumpulan baru itu di mata penduduk kampung. Mereka disanjung! Dipuji. Dijulang! dan paling penting DISEGANI! ahah...

Selama mereka bermastautin di kampung itu ramailah anak-anak muda berminat untk menyertai mereka. Tak lupe jua yang tua. Sebab dasar mereka "ilmu itu hak Allah, bukan hak kita untuk memilih siapa yang boleh dan patut belajar ilmu itu."
Ada yang putih, ada yang hitam, ada yang gumuk, ada yang kuros, ade yang pendek, ada yang tinggiiii...Senang citernye, macam adooo!

Maka, semakin fofularlah kumpulan baru itu. Macam-macam ragam manusia yang bertandang dari jauh semata-mata nak menuntut ilmu dari mereka. (walau ilmu itu cuma secebis senipis helaian kulit bawang). Bagi wa, yang penting TAK KEREK & TAK DEMAND!haha...

Pastu, apa lagi! Lumrah manusia...kalau tak DENGKI tak sah idop..haha...
Mulalah melata fitnah ditabur. Mulalah diri tak senang duduk. Caci, maki, hina, jerkah, sergah, marah...semua tak terkecuali dibuat. Memang betul2 anti la dengan kumpulan baru tu.

Sampai satu masa, TOK PENGHULU kampung nak satukan kedua-dua kumpulan itu.
Maka bergabung la!!! dah jadilah super-duper-human power!!!hahaha...(bohong aih!)
Kumpulan lama ni ahlinya lebih kurang 5,6 orang jer. Kumpulan baru ni ahlinya lebih kurang 50,60 orang.
Oleh kerana kumpulan lama ni mempunyai orang2 yang 'lebih berpengalaman & veteran', maka adalah layak untuk mereka (kumpulan baru) menghormati mereka yang telah lama ni.

Tapi, lain yang dibuat lain yang jadinya. Hormat yang disembah, pungkok pulak yang dibalas. Paham tak? Maknanya, kumpulan baru ni hormat kumpulan lama tapi kumpulan lama ni tak pernah nak hargai mereka malah di caci maki, marah2 la n macam2 lagik. Paham dah kannn?
haha...

Antaranya:
1) diskriminasi individu sebab saiz badan.
- ada antara ahli2 kumpulan baru ni kene caci & kene hina sebab saiz badan yang TERLAMPAU gemuk dan TERLAMPAU kurus. Katanya tak balance!Nak yang sedang2 je kalau nak bergabung. Ha,....kira tu syarat la kalau kumpulan baru nk combine ngan kumpulan lama. Kalah aih PGL.
2) karya yang TAK GRAND!
- orang kata seni itu subjektif. Tapi bagi mereka (kumpulan lama) karya itu adalah yang indah2 belaka. Tiada yang lain melainkan indah2 belaka. Itu tak leh. Ini tak leh. Kena itu. Kena ini. Salah itu. Salah ini.
3) ahli2 kumpulan lama je yang MALATOP ok!
- ahli2 kumpulan lama walau dh tak ramai tetap vog ok. Itu hebat. Ini hebat. Bole buat itu. Bole buat ini. Padahal....masing2 dah 'expired'. Faham betui2... Expired is not retired!
4) hanya KETUA kumpulan lama layak memilih siapa dan kenapa.
- untuk bergabung itu si ketua kumpulan lama je yang bole pilih siapa ahli daripada kumpulan baru untuk bergabung berdasarkan KREDIBILITI dan KEUPAYAAN seseorang itu. Yang setakat 'ala kadar' tu masok tong sampah!wah gitu~
5) konsep pilih kasih tu PRIORITY!
- kumpulan baru ni siapa la sangat kan... Budak2 kot! So, nak tak nak kena ikot! TOK PENGHULU plak dok beratkan kumpulan lama. Hello! Senior la katakan...Kumpulan baru ni kene kerja kuat! Yang lama biar mereka rest kuat2...

Itu adalah antara sekelumit senario yang berlaku apabila yang baru diminta bergabung dengan yang lama. Agak2 senario ni berlaku kat semua tempat ke? Atau di kampung itu sahaja?

Apakah yang perlu dilakukan oleh kumpulan baru untuk tidak terus ditindas seperti mana yang berlaku sekarang?
A) Adakah keluar daripada kampung itu?
B) Atau guna strategi baru yang lagi GANAS dan BERUTAL?
C) Tak pun pasrah ajelah labuuu...


Jawapannya ada pada pembaca sekalian. Sudilah membantu kumpulan baru yang hebat ini untuk mencari penyelesaiannya. Terima Kasih daun keladi (kenapa daun keladi ek?)