Isnin, Oktober 24, 2011

Tuan Rumah cam Gampang! (direct ok!)

kali ni nak post entry meroyan lagi..
ganggu mood isnin betul lah..baru je bersemangat waja nak tulis story best2 hari ni..

gini, alkisahnya pasal tuan rumah aku yang pondan tua hodoh dan berangan tu la!
semalam aku mesej dia tanya pasal bilik kosong yang sebelah bilik aku tu..
mesej aku berbunyi begini:"salam, nak tanya. kalau ada member nak sewa bilik sebelah ni boleh tak?"

pastu tengah hari tadi dia baru reply:"Tak boleh sekarang. Sebab anak sedara saya akan duk sane beberapa hari lagi. Dan tolong jangan bawak orang luar masuk umah. TQ!"

(rumahku syurgaku..tapi sekarang rumah ku dah macam neraka!!! sebab tuan rumah cam sialll)


apa korang rasa bila dapat mesej macam ni? tak ker rasa macam terbakar jiwa kejap???
kuang ajo kan?
salah ker bagi salam dulu b4 nak hanjengkan aku?
layaklah dengan wajah hazab tuh! sesuwaaiiii sangat ngan perangai uolss!!
pastu yang dia nak emosi nak warning2 aku tu apehal?
aku bayar sewa rumah tu ok!!! aku bayar dan tak pernah tertunggak lagi selama ni...
kalau part mintak duit sewa kemain laju.siap call bagai..
tapi bila aku mesej tanya apesal bil api tertunggak sampai RM900 xreti2 nak reply. babi la orang camni! Melayu kan...(bukan nak menghasut sesapa tapi inilah lumrah sewa rumah orang kita, kalau ngan bangsa lain tenang je...pandai je depa berbudi bahasa)

ok, pasal nak fire2 aku bawak orang masuk rumah tu kan...
korang rasa layak tak dia nak lazer aku? apa hak dia?
ada aku buat party liar atau party buih atau party bogel ke dalam umah ko yang nak runtuh tuhhh? adaaaa?
kalau tak tahu menahu siapa yang aku bawak balik umah tu jangan pandai2 je nak sound orang sesuka hati.
aku bawak orang balik umah pon terus masuk bilik aku. langsung tak guna harta benda ko lah bodohhhh! (ada ker harta benda masalahnya???)
dan sekali lagi aku ingatkan, aku bayar duit sewa dan hak aku nak bawa sesapa pun masuk tempat yang aku bayar sewa.
lagi satu aku confuse, camana dia tau aku bawa sesapa masuk umah?
stalker wehh! scaryyyyy~

orang lain tak de hal pon bawa orang masuk umah..siap boleh feeling2 bersekedudukan lagi.
ni baru je bawak member2 balik umah (bersebab ok!), dah kalut2 mesej bagi warning! lancau punya tuan rumah!!!

bukannya aku buat maksiat dalam rumah tu! memang celaka la mulot pondan nih!
kalau aku bawak famili masuk umah pon dah kene bagi warning bagai, beter ko jangan bagi sewa kat aku. aku boleh dapat rumah lain la bodoh! haiii...orang Melayu..orang Melayu...

kalau dari sisi positifnya (bak kata Shiren), dia tuh jeles ngn aku...
katanya sebab aku lagi hot dan ramai yang nak datang umah tu berbanding dia yang muka desa tu!
dan mungkin jugak dia jeles sebab dia pernah ada hati kat aku!hahahaha...bodo la...
geli aku nak lesbo2 nih!

memang dulu dia ada puji aku...wah tetibe nak citer..
gini, ada satu masa tu dia masuk umah tau..aku topless..haha
tup2 sukahati mak bapak dia je bukak pintu bilik aku...
pastu cakap aku makin hensem! gila ka hapa???kuangjaq kan???
then, bagi tv la bagai...pastu siap soh aku add dia kat fb.
kao gila??? cantekkk nak aku add ko??? cantekkk??? tak ok! tak!!!

hmm... itu saja lah buat masa sekarang..now emosi tengah tak stabil dan boleh sengat sesapa je..
sesapa ada bilik kosong untuk disewakan sila la bagi tau ek..aku nak sewa weh!
confirm korang akan puas hati tinggal ngan aku...dah la cantek, baik hati, berbudi bahasa..adeiihhh..anak sapa lah ni ek?hehe..xoxo!

cHiao~

Ahad, Oktober 23, 2011

Famous?

(ada gaya macam hartes tak?ha...jangan main2 korang...gambar ini diambil ketika Malam Pesona Bintang Adikarma tahun ini)



sebelum mengulas lanjut, ku nak tanya kalian smua...
adakah saya ini femes?haha...

sebabnya baru-baru ni kan masa ku berassignment, ade orang tegur ku...
katanya begini:

Orang Itu (OI): Awak dari mana?
Aku (A): Kosmo.
OI: Oh..buat bahagian mana?
A: Hiburan..tapi dulu kat rencana.
OI: sebelum ni?
A: study...fresh grad la kiranya..hehe..
OI: Erm..kawan Syida ek? (Syida tuh repoter hiburan Sinar Harian)
A: Haah..aik macam mana leh kenal dia?
OI: satu company ngan dia..erm..dulu dok rencana kan?
A: Yep..nape ek?
OI: Nama sapa?
A: Khairul
OI: Khairul Amri??? (dia teruja!!!)
A: haah..nape? nape?
OI: saya suka baca tulisan awak! (wah gituuuuuuuuuuuuu!)
A: Haha...yelah tu...teruk la.
OI: Tak..siyesly! best!
A: wahaha..terima kasih..banyak lagi nak kene belajar (merendah diri aii ni okey)
OI: Itu sebablah saya suka beli Kosmo..Tapi siyesly, tulisan awak memang power habis! seronok bila baca...hehe..kiranya saya ni peminat awak la..

tetibe ada orang menyampuk!
Marina, si repoter Sinar gak..haha..

Marina (M): Wah!!!kerlast kao..dah ada peminat.
A: hehehehe...(sengih2!)
M: lepas ni boleh la buat fan club.


erkkk? senyum kambing lah ku sepanjang esaimen tu..
mampoo ngkau nak buat fan club bagai?
rasa macam nak belanja semua org, tapi apekan daya David Teoh bagi makan percuma kat semua..haha..
apapun, thanks to wanita itu...sory saya tak tau nama awak..
teruskan menyokong perjuangan seni saya...(eh!eh!), i mean teruskan menyokong Kosmo..nescaya hidup anda akan bahagia selamanya.

thanks so much atas puji2an itu skali lagi..
ia menambahkan motivasi saya untuk terus berjuang memartabatkan seni tanah air(ehhhh!)
maksud saya untuk bekerja dgn lebih gigih...hehe...

peluk ciom, Nikki. (aihhh!!!!pulak dahh)

nota kuku kaki kurap: saya dah femes, anda bila lagi... (p/s: Chiyo Chan!!!hahahahaha)
cHiao~

Khamis, Oktober 20, 2011

hong kong!

yer...saya sedang menghitung hari untuk jejakkan kaki ke bumi Hong Kong..
itu saja...:)

kenapa saya ke sana? dengan siapa?
haha..nantikan entry khas dari saya tak lama lagi..(pasti2 la lepas balik dari sana kan...)

xoxo!
ape yang ada kat sana ek? share mai~

Isnin, Oktober 17, 2011

Beli Mekap

ok! lama kan meminggir diri? lepas kluar post meroyan2 terus hati xde mood nak update belog.
tapi memandangkan atas permintaan ramai pembaca sekelian, aku ceritala sikit kn...

ni kesah yang berlaku semalam..
lepas hi-tea kat starbuck sambil menjamu selera dgn donut2 big apple, aku ke Sungei Wang jap..
sebabnyer nak beli eyeshadow...haha..

kenapa nak beli? satg aku ceita..tapi ni situasi yang berlaku kat dalam kedai tuh.

Penjual (P): (gelak terkekek2!) yer, selamat datang...
Aku (A): (hanya mampu membalas senyum itew)
P: Nak cari apa yer?
A: Kejap yer..nak tengok2 dulu.
P: erm, barang2 laki tak de kat sini..
A: EH! sapa cakap saya nak beli barang laki?
P: Yela, sini jual mekap je..
A: Habis tu? ada masalah?
P: Ehe..tak de lah..sebab tu saya tanya encik nak cari apa.
A: Saya nak beli eyeshadow pallet!
P: Oh! sini encik. (sambil tunjukkan lokasi pallet2 itu..coiii..macamla aku buta!)
A: (amek semua kaler yang aku nak n blah!)


Apa kesimpulan yang hangpa boleh buat?
ada masalah ker kalau laki beli barang mekap?
mungkin hanya ada tiga kebarangkalian kan?
1) dia mungkin ingat aku nak beli mekap untuk awek aku
2) dia mungkin ingat aku ni mekap hartes
3) atau pun pondan drag malam2 buta!

hahaha...
apa jua kebarangkalian itu, janganlah sesekali anda meletakkan label pada sesiapa.
adalah hak pembeli untuk memilih barang yang dia maukan..adalah hak penjual untuk melayan dan memberikan apa yang pembeli maukan.bukan main hencap je sesuka hati.

giler beb aku panas kot semalam!
tak de masalah kan kalau aku nak beli mekap...mungkin ada la sebab kenapa seorang lelaki tu masuk kedai alat solek...lagi pun, sekarang ni bersolek bukan hanya untuk kaum hawa saja...
ada jugak laki yang bersolek..tapi bukan yang stail bereyeshadow bagai la...sekadar merapikan wajah...ingat ok! 'merapikan'...

ok, berbalik pada kisah kenapa aku beriya2 sangat dan konfidennya masuk kedai alat solek nak beli mekap?
sebabnya, esok aku ada acara besar yang memerlukan khidmat dan bakat aku untuk menyolek wajah beberapa aktor demi menjadikan wajah mereka selari dengan pembawaan watak! ececece...
nak tau apa?haha...tungguuuuu...

phew! dalam pada tangan dok terkekek2 menaip ni hati pun gusar dan berdebar2...aduuuhhh...
lama tak perform bila tetibe nak kene naik stage ni agak gugup disitu yer anak2..
ok, nak sambung kerej. petang ni pektis lagi rakan2 yer...jangan memonteng je keje! (p/s: Chiyo Chan!)ahahhaa...

okbai!cHiao~

Selasa, Oktober 11, 2011

Rambutku Mahkotaku!

bunyi entry kali ni macam sejuk2 beku je kan?
tapi ini sebenarnya entry yang sangat membakar hati!

ceritanya begini:
aku masuk ke ofis tadi, lepas berlunch di gerai depan bersama2 dua rakan seperjuangan.
tetibe ada sorang orang besar (no mention any name) ni panggil aku ke tempat dia..
dah la tak pernah nak amek inisiatif untuk tahu nama aku! demmittt!

Orang Besar (OB): Mari sini kejap! duduk! (sambil hulur kerusi)
Aku (A): OK..(juz guna bahasa tubuh je, then duduk la aku)
OB: Saya nak ambil gambar awak.
Aku: (blurrr)
OB: Duduk tegak pandang ke kiri.
Aku: (buat sepertimana disuruh!)
OB: Berdiri. Nanti bila awak dah jadi orang besar saya nak tunjuk balik gambar ni..
Aku: (erkkk!)
OB: (sambil ambik2 gambar) Awak tahu tak ada anak saudara saya sorang ni..dia panggil saya Baba, selalunya bila saya bawa dia keluar dia akan cakap nak buat rambut berdiri.
Aku: (so??)
OB: cantik ke buat rambut macam ni? kalau pergi event yang ada menteri mesti mereka tak percaya awak reporter.
Aku: (then?)
OB: Awak jangan nak tiru Kumara...dia lain (ok...sape tiru siapa sebenarnya?i'm trendsetter ok!)
Aku: oh! habis tu?
OB: Awak tahu tak En Z dulu buat rambut macam ni lah..sekarang tengok apa dah jadi kat dia?
Aku: Hmmm...


Nota: nasib baik ada senior aku yang back up. Aku malas nak bertekak! nanti emosi mencurah2!
now, belum pun masuk setengah hari aku dah tak bersemangat nak kerej! demmmm! idea semua dah lari..cover tak sempat nak siap..story lagi la..
thanks to my senior sudi membantuku..baling bunga!!!

sesungguhnya, rambut adalah mahkota setiap insan. tak perlu nak pertikaikan apa dan mengapa.. manfaaatkan ia sementara usia muda remaja ini sebelum uban memutih di kepala, sebelum helaian gugur ke bumi satu persatu.
Trend? might be...diz is not 80's! and diz is Kuala Lumpur...

Kalau di mata anda semua manusia adalah salah, maka mungkin ada benarnya anda yang bersalah! Kalau benar nasihatmu benar, maka betulkan dulu dirimu sebelum nasihatkan insan lain...(fahami betul2...)


Sentap? well, seharusnya!
muhasabah? ermm...kejap perlu fikir kenapa..mungkin lingkaran hidupnya masih konvensional...masih dlm dunia 'silam'nya..it's ok..senyum saja...

Bila dah demotivated, mulalah fikir negatif akan semua hal..nak berenti la..nak tukar profesyen la..macam2 la..adakalanya, perlu juga ikut kata hati jika ada lubuk lain yang menjanjikan lebih hasil yang lumayan...ermmm..jap nak fikir petang ni...mungkin esok pagi bila dah bangun tido boleh dapat inspirasi ka...(sangat Diana Amir!)

esok harus kena tukar fesyen...barangkali sikat ketepi kalau dalam ofis dan pacak2 ke atas kalau dh selangkah ke luar pintu pagar...grrr!
walau apa fesyen rambut sekalipun, ia adalah hak individu itu...
rambut adalah mahkota setiap insan (tak kira laki mahupun perempuan). semua dilahirkan punyai mahkota itu. hargai sementara ia masih mekar...tata~

cHiao~

Khamis, Oktober 06, 2011

Cinta Monkey!

geli aku baca entry kali ni..
tapi nak jugak kongsi citer ngan kamu semua memandangkan sekarang ni musim harties2 mengawan kan...haha..

(ni cover album aku! ok, propa je!)

ok, kisahnya berbunyi begini yer..
dulu, tym sekolah2 menengah (form 3) jew, ade sorang minah tu tau..
namanya Saidatul Amira (binti aku lupe darrr!)

selalu, aku suka giler kacau dia..
tak tau lah nape...sawan might be!

setiap kali dalam kelas dok pandang2 dia...
pastu suka gila petang2 main lastik biji selasih guna strow..alah, biji2 itam macam telur katak yang orang dok jual tepi2 jalan dalam air sirap tu la...
beli air sirap pastu kumpul biji selasih then sumpit kat tudung dia...celidak nya ngkao!!! (*celidak=jijik)

kesiankan, mesti susah nak cuci..
tak pun, aku ni suka giler selongkar meja atau beg dia...
kadang2 terjumpa bende2 tak sepatutnye! (siot perangai cam setan!)

lepas tu, aku pon cobalah ngorat dia...hantar surat okey! geli merks!!!
then, dia reply tau...
kadang2 guna posmen muda (means budak2 hingusan) mintak deliveri kat dia kalau petang2...yela2, face to face jadi gugup! (how meh??)

lepas dua tiga bulan, kantoi ngan member2 sekelas...
kene gosip...konon menyangkal dakwaan bercinta..tapi dalam hati berbunga2 weh!
then, lepas tu selalu balik sekolah sesama...naik basikal jew! ingat lagi, basikal aku kaler biru dan dia nyer kaler merah...
umah lak dekat2, lepas aku sampai simpang masuk umah aku, lambai2 kat dia...pasal umah dia jauh lagi...ayoyoyo!tak gentleman kn?

sampailah dekat2 ngan percubaan PMR...
aku dapat tau ade sorang mamat dalam kelas aku ni berjaya mentackle dia!!!
hanjjjjj sangat kan?

punyer frust menonggeng sebabnye mamat tu member baek aku! ciiiiibay lah lu!
rase nak tumbuk je muka...tapi tak per...be profesional ok! cool!
maka, putus sudah kasih sayang yang tak berapa nak lama tu..

akhirnya aku amek keputusan nak belajar sungguh2 then kuar drp sekolah tu...
tak maoh amek tau dah pasal depa sampai bila2...
usaha aku berjaya tau kalau nak tau! then kuar lah merantau...tak nak toleh ke belakang...

sampailah baru2 ni aku dapat tau dia dah bertunang! oh! yeke???
ok, good 4 her...
aku doakan dia bahagia selama2nya yeah...
cHiao~


p/s: tu dulu...sekarang dah lain...walau masih single (ker???), aku tetap jugak bahagia...tata!

Isnin, Oktober 03, 2011

Patutkah Sentap?

(ini kawan2 aku...kitorang dari 1st year lagi sentiasa bersama...mengharu-birukan USM pn bersama2...dari kiri belakang, Shark, Camp, Ren, Aku n yang depan Tino)

hye uol,
aku hari ni bukan nak citer masalah aku yang suka sentap kat orang tak tentu pasal ni...
tapi insiden ni terjadi kat aku baru-baru ni...

Kadang-kala terfikir2, patutkah aku luahkan kat belog segala benda?
Tapi bila difikirkan balik, aku rasa patut! sebab 1- Aku tak der tempat mengadu, 2- Orang itu patut disedarkan, 3- Aku betul2 sentap giler!!!rasa nak tumbuk dinding je ni...

ok, mcm ni yer anak2...
perjalanan aku ke Penang baru-baru ni dirancang terlebih dahulu sebenarnya...awai aku plan tau...
so, dalam pada memplankan diri untuk ke sana, macam2 perasaan bercampur baur!
yela, dapat jumpa kawan2 lama yang dah dekat setahun berpisah..dulu, tiap2 malam dok sakai kat USM tu...
jadinya aku berjaya mengapply cuti selama seminggu untuk acara konvokesyen USM kali ni..lama kan? mujur aku ada boss yang cool, sporting dan baek hati yang memahami situasi aku..huhuk~(baling bunga kat bos!)

sepanjang persiapan ke sana, aku berjaya dapatkan kostum 70-an yang disewa dari KL untuk dibawa untuk show di Penang, aku jerih perih mengumpul harta sikit untuk dibawa kesana, cuba untuk carikan hotel/motel untuk kawan yang mungkin agak sussah untuk dapatkan kemudahan itu. Semua itu adalah kudrat, tenaga dan masa...bukan percuma! kos perhubungan pon bukan percuma...tapi aku tak berkira..yang penting dapat jumpa kawan2 dah cukup hepi. hepi sampai rasa nak nangis tau!

tapi, bila sampai sana layanan lain yang aku terima.
sampah i think!!! well, as saying goes 'expect the unexpected'! then i'm done there!
i dah dapat apa yang i tak pernah terduga untuk dapat...
why, some people treat their friend like HELL? why? why???

sumpah aku terasa giler beb! giler!
macam aku pernah cakap, aku boleh tolong sedaya yang termampu...
tapi kenapa nak jadikan aku rasa bersalah giler? aku datang Penang untuk enjoy ok. bukan nak pening kepala sebabkan sesuatu perkara. fine if that was a punishment for me...tapi punishment for frikin what?huh! chill jap~


ok, abis that part! actually, sekarang baru aku percaya yang manusia boleh berubah...sama macam pepasir tepi pantai..sekali datang ombak, muka dan rupanya terus berubah...
tapi kenapa perlu berubah? adakah itu menandakan kematangan? nope!

perubahan ni macam2 sebenarnya, ada yang positif dan ada yang negatif..tapi bila sampai part negatif itu yang membuatkan kita rasa len macam dan tak puas hati kan?
tak perlu nak berubah kalau jadi budak jahat! bukan macam ni solusi sesuatu masalah kn kawan2?


ok, abis dengan perubahan perangai yang mengganggu jiwa...
ni part yang lagi best! selama ni aku selalu cakap yang Bebee aku tu tak pernah rasa bontot aku kat seat belakangnye kan..ha! now dia dah boleh rasa! hehe...
p/s: Bebee tu nama kete aku! jangan pk lain!

akhirnya for the first time aku tido dalam kereta & tak mandi seharian...siot je kan?
macam korang sedia maklum tadi, aku ade citer yang sebelum g penang aku berusaha keras nak tempah hotel kan..time tu murah lagi...tapi dek kerana kata2 yang meyakinkan aku supaya tak tempah hotel then aku pn tak cancelkan semua tempahan..balasannya, tak der tempat tinggal dan tido dalam kereta! demmmmmm!


tambah sadis, sifat plastik atau kepura-puraan menjelma dalam diri seseorang...
satu situasi ni, ketika perjalanan ke USM dalam kete borak2 baik2 je...tapi bila dah sampai USM, dah jumpa 'kawan sebenar' dia, terus berubah! totally! gila ngko!
sampaikan siap jeling2 aku...apedehal???kalau ye pn nak pergunakan aku, tak perlu nak sakitkan hati aku...better doakan aku mampos tengah2 jalan ke...atau awal2 lagi jangan bagi aku g Penang tuh! sentap siyal!


abis part plastik surgeri, ni part barang2 penuh dalam kete aku...
gini, sebelum aku bertolak ke Penang aku dimintak tolong supaya bawak lappy + iron...
lappy utk cut lagu sebab plan kami nak gathering & menari di sana..iron utk seterika baju la ape lagi! susah wooo! tau2 jelah lappy aku tu cam gampang! kene bawak sekali ngan skrin bagai..
tup2 sampai sana orang yang memintak aku bawa mendalah tu lak buat hal...bikin panas sampai aku rasa bodoh dan diperbodohkan...celaka tul hidup ini...


actually,baaaaanyak lagi insiden pahit yang aku terima kali ni...
aku tak tahu nak ngadu kat sapa...
terfikir nak blah dari tanah itu dan kembali ke KL tapi fikirkan balik apa perasaan rakan2 lain yang mungkin menantikan kehadiran aku...
apa kata mereka kn?
takpe lah, aku tolak ketepi dulu semua masalah bodoh tu...aku enjoy sepanjang tempoh yang masih berbaki di sana...dan syukur Alhamdulillah, ada mereka2 yang kesian kat aku n pelawa aku join show ngan dorang...thanks kawan2...xoxo!


sangat pedih! air mata? tok sah cakap la, berjujuran!!!...boleh buat hantaran kawen sultan mahmud melaka dh kot...sedih bila member2 buat aku camni...
janji nak keluar sesama...tapi larikan diri, menyepi...siap boleh g tengok wayang ngan orang lain twice! in fact langsung tak de masa untuk aku dan rakan2 lain*(yang dah janji awal2 nak jimba sesama!!!)...

fikir2 balik, adakah salah aku dimana2? andai ada, 10 jari ku susun mohon ampun...

i'm missing that old time..old you...and old segala bende lah..
fine jika itu pilihan/kehendak anda selaku manusia yang punyai akal untuk menilai kaca atau permata...
jika persahabatan yang dibina bertahun2 musnah dalam sekelip mata...
aku pasrah, reda dengan ketentuanNya...
semoga persahabatan yang masih berbaki bersama taulan2 terkini akan terus erat terjalin selama2nya... i LOVE u guys~

Ahad, Oktober 02, 2011

tilik kaki?

ada beberapa orang kawan aku dok tanya apesal aku tak update story tym g Bali beberapa bulan lepas...
then jawab aku macam biasa lah:"sibuk"

ni aku nak citer skit la kenangan atau boleh aku kategorikan 'insiden pelik' tym kat Bali...
camni, aku nyer flight awal pagi..around pukul 8 am camtu then dijangka sampai pukul 11 atau 12 tengah hari..
bile dah sampai sana (dalam keadaan terkontang kanting + blur2 sket), aku amek teksi ke Puri Maharani...(kelas kan nama?)
sepanjang perjalanan tu diisi ngan borak2 kosong aje..
driver teksi tu siap ofer nak bawak aku berlibur lagi malam nyer...katanya "Cewek sini gratis"
(ayoyo! pitam!!!)

done that part! bila dah sampai lokasi, dah jumpa kawan2 semua then petangnya sesi menjalan2!!!yuhuuu...
memang dinanti2 tuh!

sampaila di satu tempat beli belah femes ni..
namanya Pasar Seni Sukawati...suka sgt dengar namanya!!!

tadaaaa! ini lah tempatnya!

ok, kalau tuan2 & puan2 nak tau tempat ni memang femes sbg pusat membeli belah yang sangat murah di Bali...so memang wajib p ok!
tapi kamu semua kena pandai tawar menawar...sebab harganya boleh turun berlipat lipat lipat kali ganda! sumpah tak tipu!
tapi kalau kamu kaya apa salahnya beli barang dgn harga mahal...sedekah..

lagipun, penjual2 di sini kebanyakannya datang daripada keluarga miskin atau sederhana..
kesian tau...dorang yang mahir seni kat sini jual karya dorang dengan harga sgt rendah semata2 nak dapatkan duit utk sara keluarga..
cthnye aku beli lukisan besar yang ade gambar mcm topeng bermotifkan budaya Bali dengan harga 100,000 rupiah atau lebih kurang RM30 duit kita.
kalau lah kat KL, tak de maknanya lukisan tu boleh dpt dengan harga RM30...dahla besar, lawa, limited edition (hehe)...

tapi, yang paling menarik yang aku nak kongsi ngan kamu semua adalah pengalaman aku mencacah inai di betis..haha..
konon2 mcm tatoo la...coiii sgt perasaan itu!
seni dorang kreatif dan lawa jadi apa salahnya aku try sekali sekala...

kat sekitar perkarangan pasar seni tu ada raaaamai sgt penjaja yang sediakan khidmat mencacah inai tau..
dorang akan kejar kamu kemana saja kamu pegi..dan tawarkan dengan harga yang pelbagai..

ok, aku dapat dengan harga RM5 untuk tatoo yang besar gedabak penuh betis (ok tipu!)
tapi agak besar la...puas hati, dah la tahan lama...
tyme sorang abang dok lukis2 ni dia tanya aku dari mana...aku diam...

Abang Inai (AI): Dari mana mas?
Aku (A): Erm..sekitar sini aja! (ahah...pandai ko berbohong yer?)
AI: Dari Malaysia? (erkkk?)
A: (how come boleh tau?) Iya...
AI: Nama mas Mohd?
A: (terkejut beruk!!!) Aik! Macam mana mas tau?
AI: Ilmu datuk2 dulu.
A: Ohhh...Lagi? Apa yang mas tahu pasal saya?
AI: Mas ini orang filem? artis ya?
A: (Blushing***) Ish, mana ada...
AI: Iya, tapi kerja mas glamor kan?
A: Hehehe...adalah sikit.

So, kamu semua boleh bayangkan tak situasi tu?
takot sial!!! bayangkan dengan hanya sentuh kita dia boleh tau nama, asal usul & sebagainya pasal diri kita...phewww...seriau!
nasib baik tak expose cerita cinta aku! malu la kawan2 lain dengar time tu..haha...
mula2 masa dia sebut nama aku tu aku cm wat dono je...yela..ramai kot orang nama Mohd..tapi bila dia tau lebih drp tu then aku percaya, dia mungkin punyai ilmu tilik2 orang...

(inilah situasi di mana abang inai tu mentilik siapa diriku...huahaha)

Apapun, itu kepercayaan mereka dan masyarakat mereka...budaya, kalau dorang tak pelihara & pulihara siapa lagi kan? bak kata orang biar mati anak jangan mati adat! (apa kene mengene?)
ok2, enuf! tapi memang betul kan agama hindu kuno membolehkan seseorang penganut tu membaca minda dan menilik nasib seseorang kan? kan?kan?
now, aku percaya dah kenapa ada watak 'ketut' dalam filem Eat, Love, Pray tu...sebab perkara tu memang wujud, dan masih diamalkan lagi pada masa sekarang!

cHiao~

Sabtu, Oktober 01, 2011

Setahun Dah...

uols, kalau nak tau hari ni dah genap setahun aku bergelar wartawan di Kosmo!.
rase kejap giler beb! siyes..aku tak nak kelentong!

ingat lagi time pagi jumaat yang sunyi sepi, 1 Oktober 2010, aku dengan bangga diri masuk ke gate Utusan ni nak daftar diri sebagai staff...hehe...
tym tu kul 9 kalau tak salah...lepas sign otogeraf kat guard house (kawalan ketat uols), aku memergi ke bilik kaca..nampak 2 orang budak ni..(budak ker?).

Sorang tu aku rasa macam penah jumpa tym interview kat Bangi...sorang lagi ala2 lone ranger..dok sorang2 aje! feeling2 la tuh!
then,borak nyer borak ngan budak seinterview tu (konon ramah tamah), kenallah dia..
Alif namanya...urmmm..iklan minyak masak sangat!

pastu, ade sorang lagi masuk...wanita!
bertelekung! aku pon segera meramah tamahkan diri...katanya namanya Seri..adekah Sri? kuih Sri? atau apekah?ok2..dah! xmau kutuk member...
tapi dia bukan masok kosmo uols..dia dah eksekutif! fuhyooo...makan hati.

then., kami diminta naik atas. tempat admin utusan..tapi tunggu nyer tunggu orang len sampai..orang yang kitorang patut jumpa tu off pulaks..ok2 tak pe...
jap, yang aku maksudkan orang lain tu namanya Shreen atau aku selesa panggil Shiren.
bereyeliner uols...hitam pekat bawah mata! miss india sgt! free hair...
tapi sangat mesra alam dan sangat akak2! dia cam bole geng! so, berborak ler...sampai di suruh masuk ke opis KOSMO! kat bawah...

kak Su yang escort (nama betul Suhana Yusoff, wartawan news letoppp!).
bawak masuk ikot pintu belakang, n dia perkenalkanla sikit2 segmentasi kat kosmo ni..then, inisiatif kitorang la perkenalkan diri kat staf2 lain..

Giler cuak nak MAMPOS ok..terketar2 tu nak pekenalkan diri...
pastu, g sembahyang jumaat. tumpang kete abang yunus..dalam tu ade patung nightmare before christmas..tema ker uols?

balik ke opis, dengar taklimat oleh abang luqman..ganti bos katanya...

then, buat la pe yang patut sepanjang hari...berkenalan..n soo on..rasa macam lambat giler masa berlalu weh! tym tu aku merempat sana sini...transport tak der..harapkan ihsan orang je..naek teksi sajor..tak pun bas..jalan kaki tu perkara wajib...

ni la orang2 penting yang bersama aku setahun lepas..dari kiri Adlan Si Presiden Kelab Ledi Gagak, Aku (mata yang ala2 kuyu ithew), Shiren atau nama sebenar Shiren Au Chong Ching (mix chinese uals), n Alif atau Cip2...

hari ni, 1 Oktober 2011...
hari sabtu, aku kerja ok! tapi sorang2 aje...
Shiren g explorace 8TV, Aliff atau nama timang2an Cip2 g outstation Johor (kak Ani kawen tu), Adlan (budak yang ak cakap lone ranger tu lahhh) off day...maka, bersendirian di ofis...mengenangkan kisah awal2 pembabitan dunia ini rasa cam sebak pulaks...

hari ni dah banyak perubahan aku lalui, tempuhi dan alami..(bukan tu semua maksud sama ka???)
dah ada kenderaan sendiri...senang nak p mana2...siap boleh balik kampong, p penang, merayap sana sini lagi sesuka hati!
kerja dah berbeza, dulu kat news sekarang kat hiburan..dunia penuh glamor dan kepura2an..caittt!!!
tapi tak lupe gak, rencana pun penah ku lalui...sonot gak kat sana...banyak ilmu kita bole belajar...tak caya? cobalahhh...

emm..ape lagi ek?
oh ha! kediaman pon dah berubah..tak tinggal merempat lagi..
dah ada bilik sendiri..cantik lagi! ade privasi...tak kene kacau tym tido! n lots more lah!

hidup? (i mean pasangan hidup)
bersilih ganti bak kata jijie (opismate aku yang suka giler hencap aku stp hari!)
ye lah...memang benar pon..macam2 orang dah aku kenal...ade yang baik, jahat, suka amek peluang, n pelbagai ragam lagi...
kekasih hati?erm..ada yang meminta tapi aku belom sedia..aku mau enjoy! dah banyak penderitaan aku tempuh 2,3 tahun terkebelakang...trauma + fobia!
now, tym untuk aku balas balik kegembiraan yang direnggut itu (wah ayat! personafikasi, metafora sangat!)...

harapan pulak...

erm...nak terus membikin sukses la kot..tak kan nak kembali ke kehidupan asal?
pastu nak dikelilingi kawan2 n keluarga yang baik2 n supportive...
mohon supaya dilimpahkan rezeki supaya boleh bantu keluarga dan tunaikan hajat yang belum tertunai sampai ke hari ini...
dan nak sentiasa mendapat rahmat, keberkatan dan nikmat dari Yang Maha Esa..InsyaAllah...Amin..