Rabu, Disember 08, 2010

BORIA upacara kaum SYIAH?

(pasukan Dr Muda, SK Bintong Kangar-gambar sekadar hiasan)


Jika kita terdengar perkataan Boria,semestinya kita akan terbayang kilauan pakaiannya yang terang benderang, menghelip-ghelip, perlakuan dan tarian yang mencuit hati dan juga aksi-aksi lucu sketsanya.Walaupun ia adalah saluran untuk menyampaikan pesanan kepada penontonnya, ia masih lagi dianggap sebagai hiburan ringan bagi sesetengah pihak.


Tapi tahukah anda dari mana asalnya persembahan teater ini?



Asalnya adalah upacara untuk memperingati tragedi kematian Saidina Husssein dan Hassan, putera kepada Saidina Ali (cucu kepada Rasullullah SAW) yang dibunuh tentera-tentera Muawiyah bin Abu Suffian dari kaum Syi’ah di Padang Karbala.


Ia dilakukan setiap tahun pada 10 Muharram diperkuburannya.


Dalam upacara tersebut diadakan pelbagai persembahan termasuk lakonan, syair dan nyanyian beramai-ramai berkumpulan dari seluruh pelosok daerah. Bendera putih yang disimbahkan warna merah pula menjadi simbolik kepada peristiwa yang dikenali sebagai Ta’ziya.



Selain itu ia juga menjadi satu upacara meratap, menjerit-jerit dan memukul diri hingga berdarah bagi memperingati dan menebus dosa kaum Syi’ah ini.



Upacara ini lama-kelamaan berubah sedikit demi sedikit hingga ia dipermudahkan dan syair-syairnya tidak lagi berkisar tentang peristiwa kematian tersebut malah ia diselang-selikan dengan cerita rakyat dari timur dan peristiwa-peristiwa dalam kitab Injil dan Taurat.

Lakonannya pula dilakonkan sejajar dengan tajuk syair yang dinyanyikan.

Lama kelamaan ia menjadi sebuah persembahan yang berubah, dari fahaman Syi’ah kepada kisah rakyat, serta medium untuk menyampaikan fahaman politik sehingga semakin banyak kumpulan-kumpulan yang wujud dan bersaing untuk mencari rezeki.


Oleh sebab itulah teater ini dikatakan berkembang selari dengan kefahaman Syi’ah. Dimana sahaja terdapat kaum Syi’ah pasti saja teater ini wujud. Maka berkembanglah teater ini ke Parsi, India dan kemudiannya dibawa ke Pulau Pinang dan sudah menjadi sinonim dengan Pulau Mutiara ini. Ingat Boria,ingat Pulau Pinang.ARIBBA……RANCAK!!

(pasukan boria USM yang memenangi Festival Boria MAKUM 2008-gambar sekadar hiasan)





(ihsan dari Pusat Pengajian Seni, USM dan KPKK)