Ahad, Februari 05, 2012

Eksiden 2 Januari

Cilakak kan awal2 tahun dah mula dengan titik hitam!
Baru je bajet nak feeling2 cantik tahun ni, bersama mood yang sejahtera aman makmur sentiasa sepanjang tahun (at least la bulan 1st ni). Tapi kepala hotak yang dok gila ni g terciom bontot keta Cina pulak.

Alaaah, bukannya rabak ke hapa. Juz keta aku tergerak sikit je. Tak tekan minyak pun. Cina tu pun bangang g berhenti masa keta tak dak tu kenapa? Dah la perangai cam cib**! Tak menyempat2, masa tu jugak nak keluar keta buat onar! Cenggini lah kawan2 kalau berdepan dengan makhluk yang tak bertamadun! Hati2 yer...

Pastu aku bagi sign la ketepi, baru nak masuk keta then menggelabah macam bontot keta dia tu dah lunyai. Then, aku pun ketepi la selepas trafik light bukit bintang yang menghala ke bulatan kg pandan tu selepas dia dok hon2 kuat2 macam aku ni perangai cam gampang nak lari lar. Babi punya olang!
Then aku kuar dengan penuh stail dan cantek sambil kibas rambut ketepi!


Cina Puaka (CP)
: Apa ni? Lu buta ka?!
Aku (A): Ayooo, sorry la encik. Saya ingat dah lepas tadi.
CP: Apa punya olang la. Bawak keta macam bodoh!
A: Eh! Apa pasal pulak nak cakap macam tu?
CP: Gila lah! Tak tau bawak keleta dok rumah liam2! (hanjeng tak?)
A: Ok! Lu nak apa sebenarnya?
CP: Bayar arrr!
A: Ha..nak brapa?
CP: Selatus! Bayar2 cepat!
A: Larh! aku tengok kepala hotak ko tak pecah pun. Elok je lagi. Kalau nak aku bayar seratus meh aku rabak kan lagi keta ko. Aku ada 50. Ko nak, amek. Tak nak, blah!
CP: Ini keleta baru cat woo. Tengok sikalang sudah calar.
A: Alah, keta aku pun calar. Ok now ko bawak aku g bengkel keta yang ko kenal then aku bayar semua kos yang ko kata calar tu!
CP: Aaahhh! Dahla..bayar2!
A: (dalam hati dok menyumpah2 ni) Ha, nah! Kira settle k.
CP: Ok2...Settle. (tapi datang amek no plat keta aku)

nampak tak kesan apa2 kat keta dia?

Bila dia buat jahanam amek2 gambar plat keta orang aku pun apa lagi. Balas la balik. Bawak kuar tab aku yang gedabak tu snap semua keta wira putih dia tu. Memang spoil kan? Di mana keadilan yer rakan2?
Aku tau aku salah tapi apa salahnya kalau dia tu beradab sket. Aku ni ada budi bahasa. Bila orang buat taik aku pun baling dengan taik balik. Aku bukan orang bodoh yang akan blah lepas langgar orang (langgar ker?). Aku diberi pendidikan, diasuh dan diajar untuk bertanggungjawab!
Baru mula tahun baru dah jadi camni...Nasib...Nasib...

cHiao~
nota kuku kaki kurap: mulot Cina tu berbau macam makan bangkai! siyes~

Birthday 50th Mama

Itu saya (baju oren) dan Mama saya live dari puncak Banjaran Titiwangsa

Tahun ni genap lah usia Mama ke angka 50 tahun. Setengah abad kehidupan dia yang hampir separuhnya didedikasikan khas untuk aku dan adik2 aku.
Syukur Alhamdulillah, Allah memberikan peluang untuk Mama masih bersama kami adik beradik.
Syukur Alhamdulillah rezeki masih dicurahkan kepada kami sekeluarga.
Syukur Alhamdulillah Mama diberikan kesihatan yang sempurna untuk mencurahkan kudrat dan kasih sayangnya kepada kami. Terima kasih Ya Rabbi.

Sempena ulang tahun kelahiran Mama tahun ni yang jatuhnya pada 9 Januari lalu, tak ada apa yang dapat aku berikan melainkan ucapan Selamat Hari Jadi pada 10 Januari lepas bersama setitis iringan air mata.
Jauh dimata tapi Mama aku tetap di hati! Selamanya!!!

Maka, terpaksalah kami adik beradik tunggu sampai aku balik KB baru leh celebrate even kecil kecilan. Yelah, ikut kemampuan dan bersederhana saja. :)
Kebetulan masa aku cuti tu birthday adik bongsu aku, Nisa yang jatuhnya pada 27 Januari. So, sambutan hari jadi Mama dan Nisa kami sekalikan.hehe..


Tak ada hadiah besar2 pun tahun ni. Tak macam tahun lepas.
Tapi diharapkan hadiah kecil daripada aku tahun ni mengubat sedikit sebanyak susah payah Mama selama 50 tahun ni.


Untuk Nisa, belajar rajin2 dan jadilah pandai macam saya. (Wah!)



cHiao~

Khamis, Februari 02, 2012

Konsert Kak Ani


Entry kali ini bunyi macam pengumuman je kan?
Hakikatnya tidak sama sekali yer tuan2 dan puan2.
Ini sekadar angan2...sebab baru2 ni aku ada terborak2 dengan member sepenarian aku yang mai KL dari Penang, Nato. Masa tu tengah otw nak g layan konsert Awie & Ella kat IB.

Borak nyer borak tetiba tercetus idea, kenapa industri seni kita kurang cakna akan perkembangan artis yang berlatarbelakangkan irama etnik macam Kak Ani, Bob AF (yang suaranya pun not bad bawak lagu2 asli), Haziq, Syura, Dior (walau ramai tak kenal dia) dan lain2 yang seangkatan dengan mereka.

Kita sering terlepas pandang mereka kan?
Apa kata satu masa nanti IB ker, atau mana2 produksi pilih Kak Ani yang banyak kali kut muncul juara persembahan terbaik AJL combinekan semua show dia dullu2 tu sekarang. (faham tak ayat nih?)
Maksud aku combine semua lagu yang dia menang persembahan terbaik AJL dan persembahan2 lainnya yang meletop dalam satu konsert. Y not kan?

Konsepnya fokuskan persembahan irama malaysia dan etnik kreatif saja. IB pun dah lama sepi lagu2 cmtu kan? Jadi tak salah rasanya.

Tapi kenapa Kak Ani? Sebab bagi aku dia masih lagi ikon irama malaysia dari dulu sampai sekarang kat Malaysia ni. Macam dah serasi kan Kak Ani dan genre itu. Lagipun haritu masa jumpa dia kat Restoran Seri Melayu aku ade borak2 pasal industri muzik irama malaysia dan etnik kreatif ni.

Katanya memang dia rindu nak berkecimpung balik dalam genre tu tapi sekarang ni halangannya adalah market yang susah nak masuk. Tak caya baca kat sini! Kesian...TAPI tak per Kak Ani, anda tetap ada peminat sendiri dan peminat anda bukan sikit yer...(wah! lepas ni nak claim royalti lar)hihik!

Tambahan, pencapaian Kak Ani dalam industri muzik tanah air kita bukan calang2 kan? Bermula dengan Album Pop Etnik Terbaik AIM 1997, 1998, 1999 (Album Terbaik AIM jugak tahun itu), seterusnya disambung balik kemenangannya tahun 2004 dan 2009 maka dia adalah calon yang paling layak!

Maka, tertimbullah idea aku selaku maknusia yang fanatik dengan dunia tarian dan taksub dengan seni dan budaya kita untuk menyenaraikan konsep dan format persembahan untuk penyanyi kesayangan saya itu. Ala2 wishlist la ni...

Opening: Ofkos tak sah kalau tak ada elemen tarian dalam show dia. Mula dengan overture tarian semua lagu dia yang pernah masuk final AJL (sebab aku rasa AJL adalah pentas paling berprestij untuk karyawan muzik kita). Macam lagu Dikir Puteri, Ngajat Tampi, Tandang Bermadah dan Ayuh Juragan. lagu2 ini unik dan memperkenalkan siapa Kak Ani. Lepas letup2 semua, barula Kak Ani masuk.

Mungkin boleh intro dengan lagu Mengulek then Kak Ani diarak masuk then terus dengan lagu Dikir Puteri. Biar penonton dah boleh expect tapi bagi aku lagu tu cukup kuat untuk menjadi lagu intro simbolik gak sebagai sebuah lagu yang memperkenalkan Kak Ani suatu masa dulu.

***Kak Ani tukar wardrobe

Masih dalam mood istana yang kaya dengan adat dan persalinan songket barangkali, Kak Ani masuk balik dengan lagu yang mengubat rindu penggemar lagu2 zapin dan irama Hadratul Maut dan petikan gambus. Penuh autentik!hehe

1) Inang Merindu - Slow down sikit mood kita. Bagi seasli mungkin! Nak tradisional habis la...Tukar arrangement kasik klasik pun boleh.hehe.. Panggil Haziq skali boleh?

2) Manira - Nak mood lagu ni sederhana je...tak nak yang terlampau rancak macam lagu sebenar. Pastu lagi syok kalau ada back up dancer yang pakai baju samrah. Macam artistana IB pakai masa Citrawarna 2011 yang kaler purple tu.

3) Zapin Pusaka, Ya Salam, Zapin Beradat, Ya Allah Ya Saidi - Speechless!

4) Hati Kama dan Lenggang Lenggok dimedleykan. - Boleh invite TokTi tak berduet?

5) Joget Mengindam Rindu dan Joget Dondang Sayang - Slow down balik mood kita tapi masih dalam slot yang sama. Kalau nak invite artis jemputan pun boleh, Dior combine ngan Bob AF ker, tak pun jemput je Syura (boleh nyanyi lagi ke dia?). Boleh masuk arrangement muzik 1Malaysia. hehe...
6) Intermeso dengan lagu Layar Battuta, Enjut dan Hatinya Tak Tahan. - Oh! Hebatnya...dah dapat aku imagine ni...Memang jawa habis kalau boleh. Kalau Kak Ani dapat menari macam show AJL 2004 memang the best la!

***Kak Ani tukar wardrobe

Then terus masuk ke latar suku kaum etnik peribumi Orang Asli, termasuk atmosfera dan mood keseluruhan dewan berubah sama, Kak Ani mula balik persembahan.

1) Ayuh Juragan - Well, tak payah aku nak describe! Lagu yang sangat2 unik bersama lirik yang sangat puitis dan penuh makna.

2) Iboq, Atine Ora Tahan, Juklah! Guru Abe (medley) - Sekurang2nya ada sedikit penghargaan buat Orang Kita. Lagi best kalau jemput grup dorang yang ketuk2 kayu tu. Penah aku tengok show dorang kat Dewan Filharmonik Petronas tahun lepas.

Then, transform wardrobe ke etnik Sarawak. Kalau dia dapat pakai baju iban yang kaler ijau masa dia pakai tym AJL tu memang terbaik! Ngajat Tampi boleh mulakan balik show dia.

2) Ngajat Tampi - Ingat lagi tak show Kak Ani yang sembur2 api? Kalau Kak Ani tak keberatan boleh tak buat lagi sekali? Pleaseeeee~

3) Tandang Bermadah & Panji Sumandak - Nak arrangement baru untuk kedua2 lagu ni...Nak ada petikan Sape Sarawak. Kalau dapat panggil Jerry Kamit pun boleh. Aku penah jumpa dia masa dia datang buat show kat USM dulu.hehe...
***tukar wardrobe lagi

Closing dah ni...masuk mood rancak dan lagu-lagu yang disusun semula.

1) Tinting, Dondang Dendang, Awallah Dondang - susunan muzik seakan-akan sama dalam ketiga2 lagu ni. Maka kita medleykan mereka. Kalau Kak Ani nak pakai headgear wayang kulit atas kepala macam show AJL 1999 kalau tak salah pun boleh.

2) Hala Timur - lagu unik yang menggunakan dialek Kelantan. bayangkan kalau lagu ni dorang combine dengan show yang JKKN Kelantan buat masa Inspitari 2011. Giler grand!

3) Lenggang Lenggok - cukup kuat kut lagu ni kalau nak diletakkan finale. tapi boleh dipertimbangkan untuk letak lagu lain. Mungkin penutup dengan lagu2 Zapin? ermmm...


Now, rasanya dah cukup konsert pengubat rindu Noraniza Idris. Walau bukan semua lagu dipersembahkan sekurang2nya sudah cukup untuk mengubat kerinduan peminat. Dah nama pun konsert pengubat rindu. Hehe... Semoga satu hari nanti bila aku dah ada produksi sendiri aku nak jemput Kak Ani buat konsert ni. Durasi aku bajet dalam 2 jam 30 minit tak pun 3 jam.

Memang aku gerenti semua balik tido lena!

cHiao~


nota kuku kaki kurap: Kak Ani steady lagi kan sekarang? Jangan pulak ade yang salah anggap Kak Ani akan buat konsert yer... ini sekadar angan2 kosong aku jer.

Rabu, Februari 01, 2012

Timur ke Utara

Hye semua, apa khabar hari ni?
Kepada yang bercuti sempena Hari Wilayah tu diharapkan memanfaatkan cuti anda dengan berhemat dan penuh bersemangat! (feeling)

Maka, sempena hari cuti ni aku pun nak jugak bercerita pasal kisah cuti aku baru-baru ni.
Nak baca teruskan, xnak sudehhh!hahaha..

Gini, masa balik cuti Raya Cina gongxi2 tu mama ajak g Kedah. ermmm...mana dah tempatnyer...erm...Pokok Sena kut kalau tak salah. Tujuan: hantar cozin aku yang kawen ritu umah shuben dia. (shuben=laki@husband)

So, tak nak dituduh derhaka aku ikut aje.hehe..
Yang tak le blahnyer, jaoh gaban! Rase nak pecah bontot driving dari Kelantan (my hometown yang hebat tu) ke Kedah. Dahla 2 hari sebelum tu driving dari KL ke KeLantan. 9 jam!
Ni ke Kedah lak. Bertolak kul 3 petang sampai around 1 pagi! Oh chicken syit!!!

Sumpah aku serik!haha...
G sana berkonvoi uols, dalam 5 buah keta je..Nasib baek tak sewa bas. Kelas sgt kao Jah! karoke dalam bas la kekdahnyer ken...
Maka, sampai la sana...dorg bagi umah untuk rombongan hantar menantu ni. Rumah luas tapi facilities kurengggg! tandas sebijik! mampos nak share reramai?
makanya, tandas surau la jawabnyer... Nasib bek dekat surau.pheww~

Sepanjang dua malam sana aku tido atas lantai jew! sentapp...sakit belakang mak noq! tak der selimut, xde toto pun..sampai hati tauuu.tau tau...
tapi xpe, orang cakap tido atas lantai pengubat sakit belakang. tapi memang betul pun! bangun2 pagi terus sihat bermaya. No matter la orang2 dahulukala tido atas lantai je..cuma bukan atas lantai simen la...simen kan bahaya! no no no no!

Lepas tu sempat singgah Pekan Rabu yang aku imagine ia sebuah pekan yang hanya beroperasi pada hari rabu. oh! daku silap! fine!



Then. otw balik aku lalu ikut Cameron Highlands. Ikut Simpang Pulai, Perak. Jaraknya dari Pokok Sena 400km ++. Tapi ikut hiwayla...tak sentap mana la...haha..
Sampai Cameron, aku naek sampai ke ladang stroberi yang kita boleh petik sendiri buahnya n proses terus tu. Tapi malangnya, buah stroberi abis uols...sebab CNY. mencikkk! Ladang stroberi tu terletak sebelah je hotel Equatorial Cameron Highlands. Korang kalau gigih naekla lagi atas puncak tu...cari pe yang ada. Nanti citer kat aku keh.


Then turun sket singgah ladang teh Boh. Ala..tempat shooting Ombak Rindu tuy.. akhirnya dapat gak aku tau kat mana tempat indah itu.haha...sukalah!
Ladang teh?welll, cantik la..opkos! sejuk itu sudah tidak lagi. beza sungguh masa aku g Cameron 10 tahun lepas. Tengah2 hari rasa membeku. Ni tak! tengah2 hari kulit rasa kena salai! Pembangunan...pembangunan....


Oh ha..tips camna nak ke Ladang Teh Boh itu?
Kalau dari jalan utama menuju ke Cameron, anda cari signboard ke Tanah Rata atau ke Brinchang. Follow aje sampai anda jumpa pekan kecil Tringkap. Kat situ ada kedai2 tepi jalan yang jual cenderamata wutsoever. Tapi naek lagi then anda akan jumpa Bee Farm and Butterfly Farm sebelah kiri anda. tengok ke kanan anda akan nampak signboard Boh besar tapi terselindung sket. Jalan dia macam naik bukit. So, anda belok kanan then jalan je straight sampai jumpa tempat parking. Lokasi tu kat atas bukit. Kena menapak jelah..nak naek ngan keta pon boleh tapi make sure anda ada skandel ngan tokeh Boh atau anak kerabat raja mana2...(ok fine! tak kelakar)

Kat atas tu ada kilang Boh lama dan alatan yang memproses teh dulu2...bolehla kalau korang nak belajar proses teh. Ada jual teh opkos! Nak beli teh pelik2 ha kat sana la...Barang2 cenderamata pun ada untuk dihadiahkan buat yang tersayang!


Pastu dah puas kat sana, otw balik singgahla kat Tringkap tu membeli belah. Kat situ gak ada Ladang Ros. menarik gak kalau kebetulan g masa semua bunga ros tengah mekar. Stroberi pun ada dijual kat sana. Buah2an segar, sayur mayur. Fridge magnet. Baju2, bantal stroberi, aiskrim stroberi yang harga RM1 sebatang pun ada. (mahal shiyal!)

Lepas tu boleh la teruskan perjalanan balik ke kampung ikut hiway Lojing-Gua Musang yang tak der orang lalu tu...Sonot sebab boleh drift sampai kena bebel!fine mama..fine!
Perjalanan dari Cameron ke KB amek masa lebih kurang 5 jam kalau bawak keta macam aku. Kalau rasa berhemat macam uncle2 aku dalam 7 ke 8 jam gak la...hahha! carut!!!

cHiao!~

nota kuku kaki kurap: Nak g Langkawi tapi feri penuh! kena tempah sehari awal untuk setiap perjalanan. Gila ke hapa?