Khamis, September 27, 2012

Penangla Hawau

Hey Guys! Lama gila kan tak update. Ye yer je janji nak update walau sebaris ayat sehari. Propah itu semua! Jangan percaya. Baik, untuk menebus kesilapan I yang ala2 tak bersalah ini, meh I kongsikan sedikit cerita pasal hidup I yang kewl giler ni (tiru ejaan kewl tu mcm orang slalu komen pix fb).

Begini ya, kalau ditanya pasal kerja opkosla bizi manjang dok interviu artis sana artis sini. Fotoshoot lagi. Tak masuk bab follow up bagai. Kadang-kala ada gak rasa macam wutterheck!
Sebab I cakap camtu bila sampai part retis yang perangai macam lahanat! Macam-macam perangai lah kalau uols semua nak tau.
Ada yang susah nak angkat fon, susah nak jawab sms, wassap @ BBM (tipu sebab I xmampu pakai BB), cancel photoshoot last minit, propa kata busy shooting padahal dok bergelinjang kat mana2, bagi stetment pilih bulu (ops! I xmelucah okey), n macam2 lagi lah!
Kalau uols nak tau siapa perangai camna atau nak share gosip retis bolehlah hantar emel ke nickelodionzzz@yahoo.com! Confem anda akan dilayan... gitu promosi...

Konsep gambar, Tauhu Sumbat! Beebe I jadi saksi tau.

Ok, cukup pasal dunia glamer I. Sekarang nak kongsi pasal cerita I baru2 ni. Last week I ke Penang tanah tumpah ayaq mata cheq. Pasai apa cheq cakap camni sebabnya banyak momen berlaku kat cheq sana. Sedih, gumbira, emosi dan sebagainyalah. Penang gak mematangkan cheq sebenaqnya. Jadi orang lebih pandai n bijak memilih haluan. Gituuuu skema!

Cheq ke sana kali ini sebab BFF cheq iaitu Camberlinawati Sukarno Putri bergraduasi! Well, kira ini kali terakhir la cheq ke sana sebab lepas ini dah xg lagi. Dah abis dah member2 n junior konvo so nak p wat pa lg? Selain Cam, ade jugak dua, tiga orang junior lagi yang konvo masa tu. Antaranya Ecah, Ipin n Jimmy. Yang lain ramai lg tapi tak rapat mana... (p/s: I tak pilih bulu)

Ini Cam, Ecah & Epin

Sedikit intro pasal Cam: Dia ni diperkenalkan kepada I melalui Ucop cet cet cet masa 1st year. Kira antara orang2 awal yg cheq kenai la masa masuk USM. Mula2 tu persepsi I dia ni dah kenapa... Skema! Berspek bagai. Tapi tibe2 paaangg kluar kepompong jadi penari uols! Siap rebonding rambut lagi. Mampu? Lepas tu semangat join bola jaring masa 2nd year tubuh team Noq Sport (Paa dia?) Tapi, seperkara I suka pasal dia ni, budak nih memang cekal & sempoi. Xkisah dah orang cakap apa kat dia, lantak p lah. Tak pernah nampak dia emosi sepanjang kenai tau. Xtau la kot2 dia simpan dlm hati. Sekarang taraf dia dah bole jadi koreografer zapin yang meletop! Syabas bete! Apapu, TAHNIAH Cam hang dah graduate!:)

Keduanya, Ecah! Minah ni selalu g Liverpool sebab ahkak dia dok sana. Haa, mampu? Ok tak mampu kan... Dia kira junior setahun drp aku. Dok desasiswa sama yakni Tekun. Penari gak nih. Cantek at certain tarian... Kalau kontem ke moden ke, kemain nih. Siap wat tarian nurse masa mula2 menari. Ayoyo! Pastu penah gadoh kejap ngan dia pasai I xpilih dia p Fesco 2009. Well, its a tough decision!!! Sorry pasal kejadian tuh! huhu... Sekarang, dia dh nak jadi cikgu. Tahniah Ecah.

KEtiga, Epin. Budak kecik yang memang suka menjahanamkan diri sendiri. Patah lututla, patah lengan la. Jatuh motor, terjun longkang. Memang raja! Aku kenai dia masa dia mula2 join teater Ada Berita Kepada Kita sebagai props man. Kami dok ketok2 kayu bikin tiang lampu sesama. Heibat kan? Pastu, dapat kesan dia punya bakat buat grafik, hebat siotttt! Pun boleh menari gak. Well, Adikarmans always multitasking!!!

Ni kat Hammer Bay. Cam, Randy, Ecah, Shakir, Jimy, Epin, Lia n I

Begitulah sedikit sebanyak perkembangan terbaru I. P Penang pun dalam 4 hari je. Balik je dr Penang terus sakit2 badan sebab penat sangat kut driving.

Dari kiri: I, Cam, Randy, Shakir

Oh ya! I jugak dijemput untuk menjadi pengacara majlis sempena konvokesyen USM baru-baru ini. 1st timer uols. Very da gemuruh. Tapi feedback daripada kengkawan katanya ok. Suara sedap n ala2 Reza Propaganza sket. Motiffff?

Ini Erin, rakan emcee I. Peserta On Air katanya...


 Nota kuku kaki kurap: Sempat jenguk mural sekitar Lebuh Armenian Georgetown. Unik, klasik & lawa2...