Selasa, November 15, 2011

R.I.P poo

kalau tak salah aku, masa tu lepas exam SPM.
1st anak kambing daripada sepasang kambing kaler itam puteh n coklat yang mama bela lahir.
siyes seronok okey... macam menyambut kelahiran insan baharu ke bumi.
biarpun ia hanya seekor kambing kaler itam puteh (baka bapak dia), ia tetap makhluk Allah yang kelahirannya diterima bumi. Syukur Alhamdulillah...

sekarang dah hampir 5 tahun menyumbang bakti untuk kami sekeluarga, dah sampai masa ia kembali ke tempat asal ia datang. Poo sebahagian daripada keluarga saya, sebahagian daripada kasih sayang yang Allah cetuskan dalam sepotong hati.

Lepas dapat khabar sedih itu daripada mama petang tadi, saya cuba pujuk hati supaya jangan menangis. kata mama: "kesian anak-anak dia, masa Poo mati dua-dua anak dia jilat-jilat Poo sambil meraung"

indahnya kasih sayang yang tuhan ciptakan kan?
bayangkan macam mana dua-dua anak Poo yang baru je lahir hari raya Aidiladha hari tu nak terus survive tanpa ibu dia. belum sampai 10 hari lagi. masih kecil.

tadi, mama kalut ke sana kemari cari botol susu dan susu tepung untuk anak-anak Poo.
sebab tu mama tak sempat nak pos novel yang aku minta...
semoga Allah kuatkan, cekalkan hati kedua-dua anak Poo untuk teruskan hidup.

(ini Poo bersama dua anaknya yang dilahirkan pada hari raya pertama Aidiladha)

mai sini saya ceritakan kenapa namanya Poo.
1- nama tu adik saya no 3 yg kasik sebab masa baru lahir hanya ia saja warna putih. adik-beradiknya lain warna hitam dan hanya ia je betina.
2- jadi, Poo adalah singkatan daripada Putih.
3- masa kecik2 kambing tu suka sendeng2 kat kita kalau dia nampak orang pakai kain atau baju putih. kiut kan?

Poo ni kalau awak semua nak tahu sangat cekal. Ia pernah keguguran anak beberapa kali. Lepas keguguran dia jadi lain, kadang2 nampak macam tak betul. Nampak macam manusia meroyan kan? maha besar kuasa Allah.

mama kata dari petang semalam Poo xnak makan, rasanya mungkin sebab Poo termakan pulut basi yang orang buang. sebab kat rumah ada kenduri orang kawen, Poo ni suka sangat makan macam manusia makan. rumput pun dia makan jugak la...
tapi aku syak masih ada uri tertinggal dalam peranakan dia. sebab tu hayat Poo tak panjang. takkan sebab makan pun sampai boleh mati.

Walau apa sebabnya, hanya Allah yang maha mengetahui.
Selamat tinggal Poo...

Jumaat, November 11, 2011

Tuan Rumah cam Gampang (edisi kedua)

baru-baru ni, masa aku kat HK kan, tuan rumah aku yang perangai cam celaka nak haram tu mesej aku...
mintak duit sewa bulan October.

katanya:"Salam, knp duit sewa belum masukkan lagi? Dari bulan lepas lagi sy dah pesan masukkan sblm 30 hb. Jgn buat sy mcm ni. Byk masalah sy kena tanggung dgn tuan rumah. Tuan rumah dah pesan kalau lewat lagi bulan ni, dia nak ambil balik rumah. Tolong bank in segera malam ni."

sopan santun pulak kalini..adakah dia terbaca entry sebelum ini yang memaki hamunnya tanpa segan silu itu?haha...xape...abaikan~

jadi apa pulak aku reply?
"Wslm, I'm recently in HK. Will bank them in once I'm receiving KL. sorry 4 inconvenience."

yelah, wut u expect kan..dok jauh2 aku nak mesej panjang lebar? mahal yer anak2 ikan semua..mahal!!!

balasnya pula: "Omg. Napa tak bank in awal2 sblm pergi. Kalau mcm ni bln dpn mungkin sy terpaksa serahkan balik rumah tu. Lets get ready to move."

yerrr...get ready everybadehh! lets move like a jagger..haha..
apa2 jelah ko wahai pondan tua..aku dah malas nak layan. tak kuaser nak reply gado2 macam pondan bodoh.eh! bunyi beritma la pulak.haha..
keputusan aku, tak reply mesej dia yang berbaur celaka dan puaka itu dan memang harapanlah aku nak bank in duit sewa rumah bulan ni kan...

(apa macam? ada bran feeling2 rumah tengah sawah?)

kesimpulannya, aku bakal meninggalkan rumah itu dalam kadar segera dan mencari kehidupan baharu..wah!
jadi, kepada sesape yang ada nak sewakan rumah tu boleh contact aku. pastu rumah anda yang tak berapa lawa akan menjadi berseri2. siyes la! tak caya leh tanya kawan2 yang penah buat field trip ke rumah yang aku sewa sekarang...haaa...
kitorang siap buat fotoshoot newspaper lagi yer kalau nak tahu.

nak mengundur diri dulu...banyak entry nak kene siapkan ni...nak hencap Chiyo Chan yang berangan giler tu lagi.Kbai!~

cHiao~