Rabu, Februari 17, 2010

ความ ทรง จำ ใน หาดใหญ่

maksud tulisan kerawang-kerawang chantek tu adalah 'kenangan di Hat Yai'...konon hebat la berbahasa Thai kan...hehe...
xdela...bukannye apa...kadang-kadang ni kita pun kena la manjakan diri sket...asyik dok pulun kerja sana sini...ada jugak ketikanya badan perlu berehat...
kenapa orang lain yang sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara itu boleh bersenang-senang & tidak kami?so, let's ENJOY bebehhh~
jadi, kami mengambil keputusan untuk bercuti di Hat Yai
(keputusan ni diluar jangka dan memang tak diduga beb!)

uang yg tak berapa banyak yang kami sempat bawak~
Agenda utama kami untuk ke Medan terpaksa kami batalkan dek kerana masalah yang tak dapat dielakkan..cmne nk p tanpa satu rupee uolzzz?huhuhu...(pengajaran:tukar wang awal-awal sebelum berjalan jaohh)

Perjalanan mengambil masa 4 jam (12tgh hari waktu Melesia~5pm waktu Thailand).
beza waktu di sini dan di sana adalah depa lewat sejam dari kita...so pepandailah ampa kira sendirik!
ini peta bandar Hat Yai...bhgian yg nmpak pack tu adalah downtown...pusat segalanya lahhh~
sampai sana, kami check in hotel (perlu ke nk ckp?mmg rutin wajib kot)
inilah hotel kami menginap~
petang tu jugak kami menjalan-jalan sekitar bandar Hat Yai...

bandar ini SANGAT hidup pada waktu malam ye anak-anak!!!i loike that~

ape yg istimewanya Thailand berbanding Malaysia depa ada tuk-tuk yang rata-ratanya hanya bernilai 20bath (RM2) utk stiap kali perjalanan...tak kira waktu ok.
ini adalah tuk tuk di bandar Hat Yai~
pagi 15 Feb kami keluar lagik!misi kami mncari seluar khas dari ngara gajah putih ini...laalaala....

dalam pada mencapai misi utama, misi2 sampingan pun tak pasai2 muncul...nak itu, nak ini! (tak pasai-pasai... kepokaian melanda)kah..kah...kah...
KimYong Market (macam nama Koran pun adooo)~
last nite kami di Hat Yai tak harus dibazirkan!kami berjimba-jimba malam itu...yeeehaaaa!!!
makanan di sini tok sah bimbang.kebanyakannya HALAL...termasuk KFC di sini yg sangat mementingkan kuahliti...
ni Hamid Restoran~
last day di sana (16 Feb), tak banyak yang dapat kami lakukan dan hanya mempersiapkan diri utk pulang ke Malaysia...

*statement paling aku suka sepanjang di sana "Awat Hensome Sangat"~
-pastinya Thailand is really 'nice', no doubt!...yeahhh!


Sabtu, Februari 13, 2010

apa salah RM?

semenjak kebelakangan ni, aku dah jarang menulis...mungkin sebab sibuk! (alasan klise lagi)haahahah...

apapun bila dah mula menulis balik ni terasa nak luahkan sesuatu yang dah lama terbuku dalam hati sanubari ini...
syukur alhamdulillah RM dah mula menapak balik dalam arena budaya di USM ni...(berkat usaha semua HICOM yang tak kenal putus asa)
namun, apa yang menjadi tanda tanya, RM ni apa?untuk apa dan kenapa RM diwujudkan sebagai salah satu badan kebudayaan di dalam universiti?

Setahu aku, kakZ (mantan pengerusi paling aku tabik spring), telah banyak bertungkus lumus membangunkan RM sehinggalah diserapkan ke bawah Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (BHEPP) USM pada 1 Oktober 2008. (TAHNIAH semua).

Tapi apa fungsi RM sebenarnya?
Kami dikehendaki menyediakan beberapa kertas kerja sebagai perancangan tahunan aktiviti RM untuk 2010 pada penghujung 2009 lalu...
Aku (sbg orang yang dipertanggungjawabkan dan rasa bertanggungjawab) segeralah memerah otak pada masa semua orang tengah senang lenang di rumah bercuti sakan.
hasilnya, aku berjaya siapkan 5 kertas kerja aktiviti RM sepanjang tahun 2010 antaranya:
  • Attachment budaya ke Yogjakarta, Bali dan Bangkok
  • Festival Koir Piala Naib Canselor USM
  • Lawatan ilmiah ke Aswara dan Erma Fatima Production
  • Festival Tari USM (sbg ganti citrawarna yang tak pasal2 dibekukan)
  • Perkahwinan 1Malaysia
bunyi macam hebat giler ah!tapi sayangnya satu demi satu ditolak...ada juga dijadikan sebagai retorik atas usaha keras kami selama ini.
alasan demi alasan kami dengar, sampaikan nak terkeluar semua nanah dalam hipotalamus ni!
nama RM dah sebati dalam buku pendaftaran pelawat di BHEPP...sebab dah hampir setiap hari kami naik turun tempat tu (mengalahkan mamat2 & minah2 skema yang selalu p balik kelas @library dah)
tak kiralah panas ke hujan ke,memang lumrah kami menempel muka di atas puncak Minden ni....
aku rasa kalau orang lain memang dah tak sanggup..dah la kami ni masing2 yang tak punya harta untuk berkenderaan sendiri (konon sokong kempen kurangkan kenderaan bermotor dalam USM)..tetapla bersungguh-sungguh berjuang bermati-matian nak pastikan semua projek yang kami rancangkan berjalan lancar...

HASILNYA...
setakat ini, apa yang aku tahu projek 'attachmet budaya' tu ditunda ke cuti sidang 2010 (padahal tarikh dalam paperwork tu pada 13-20 Februari 2010)...ini dah membuktikan aku tak cukup hebat untuk memimpin kumpulan ini mendapat apa yang sepatutnya RM dapat...maafkan saya!~~~

projek festival koir ditolak bulat-bulat tanpa melihat langsung apa yang telah saya garap dalam kertas kerja itu, projek festival tari pula mendapat bantahan dari Majlis Penggawa...aku tak faham la kenapa semakin hari budaya di USM semakin longgar dan kurang dititikberatkan? mungkin sebab mengejar status APEX yang mementingkan pembangunan alam dan sosiobudaya KOT...it's ok for me...takla berkira sangat walau keringat yang tak pernah berbayar dan minta dibayar ini dikerah habis-habisan!

projek perkahwinan 1Malaysia (hasil buah fikiran Pegawai Kebudayaan) pun masih menanti jawapan sehingga ke saat aku sedang menulis ini. Lawatan ilmiah tu memang tak yah dok berangan la nak berjaya...memang hapehhhhhh!
tambah menyakitkan hati lagi bila RM dibanding-bandingkan dengan kumpulan lain yang mendapat peruntukan berjuta-juta ringgit dari semua sektor dalam dan luar universiti...kenapa perlu dibandingkan?
"katanya RM perlu berdikari"
malah ada juga projek2@hasil seni yang kami hasilkan dibandingkan dengan insan2 yang dulunya pernah mengharumkan nama USM di persada seni MAKUM.
kami terima seikhlas hati...mungkin kami bukanlah yang terbaik tapi percayalah apa yang kami lakukan selama ini demi memang tiada tolok bandingnya..tak pernah harapkan balasan dari mana-mana pihak.
apapun, aku tetap berbangga dengan hasil seni yang kami hasilkan selama di USM kerna belum pernah lagi mana-mana insan di sini dapat hasilkan apa yang telah hasilkan!
TAHNIAH RM!!!


aku bangga bila mana aku dapat makluman bahwa USM berada di tangga ke-6 pada festival tari MAKUM 2009 lalu berbekalkan bajet sebanyak RM2500 sahaja berbanding projek terdahulu yang telah berjaya habiskan bajet berpuluh ribu ringgit malaysia dan hasilnya tak perlulah aku ungkapkan disini (takut menjatuhkan maruah pihak2 berkenaan)
bagi aku, perbandingan tidak akan memotivasikan sesiapa malah akan lagi menjatuhkan jika kata-kata itu diungkapkan oleh insan yang sepatutnya membangunkan kumpulan ini.

tambah menghiris hati, hempedu, limpa dan ginjal aku bila RM ni perlu menyediakan surat rasmi yang ber'letter head' sendiri apabila nak pinjam baju dari Unit Kebudayaan & Kesenian BHEPP.APAKAH ini?

(kalau RM nak pinjam baju kat DB pon kene wat surat, pastu dapat lak yang cincai-cincai then nak amek baju yang dikhaskan untuk persatuan sendiri pon kene berdepan birokrasi ka?)

*mungkin ada lagi beberapa projek yang aku tak NYATAkan dalam posting kali ni...sebab aku rasa memang tak berguna kalau aku nak expose lebih-lebih...biarkan projek2 ini & projek2 lain itu aku simpan untuk aku realisasikan satu hari nanti (bila aku dah menjadi 'seseorang' dalam dunia ni).CEWAHHH~

sebelum mengundurkan diri daripada 'posting' panas kali ini, aku ucapkan ribuan, jutaan, terima kasih yang tak terkira banyaknya kepada insan-insan yang sentiasa menyokong aku dari semua sudut di kala aku hampir tumpas terkulai layu...
Mr T & Mr R...

forever love u guys! xoxoxo!aku harap kenangan kita di USM akan menjadi azimat yang berguna dalam lipatan sejarah hidup kalian...semoga apa jua yang kalian rancangkan pada masa akan datang membuahkan hasil~tahniah atas kejayaan yang kita capai bersama selama usia aku di USM...

adios amigos...

*di kala ini RM sedang bertungkus lumus bersiap sempena Festival Colour of The World 2010 di UTP yang tak dibekalkan sesen pun (sedangkan ini adalah pertandingan peringkat dunia)
-sudut positifnya, RM perlu diasuh berdikari...(bukan ke dari dulu lagi kot RM berdikari...ha, siapa nak jawab beb?)