Khamis, September 30, 2010

baru VS kertu

Wah3...kemain lagik!
macam2 wa dengar.
Ada yang panaszzz! Ada yang suam2 kuku kaki, ada yang sejuk beku troih!haha...
walau apapun 'jenis' story tu masing2 ada keistimewaan tersendiri.
Thanks to little birdie for that news reporting!:)

Posting kali ni wa nak WARNING lagi skali 'tak ada kena ngena dgn sesapa pun samada yang masih menghembuskan nafas atau yang telah menghembuskan nafas yang terakhir'. Sekadar berkongsi pandangan sahaja. Tak berniat jahat pun!

Wa kasik analogi la k.

Nak dijadikan al-kisahnya, di sebuah kampung ada sekumpulan belia. Semuanya hebat-hebat! Tiada tolok bandingnya. Kumpulan itu hebat dari semua sudut; DUNIAwi & UKHRAwi.
Tapi kehebatan tu adalah 'pada suatu ketika dahulu'. (faham tak?)

OK...maksud wa kira korang kene 'flashback' la.
So, pada hari ini kumpulan itu dah kurang taringnya! Kureng menyengat!! Bukanlah tak hebat langsung. Tapi KURENG sikit. Sebabnya? ermm...sebabnya mungkin lah: Tak dak pengganti kepada ahli2 lama yang dah RETIRED kot...

Jadi, kumpulan itu pun jadilah kumpulan yang cukup sekadar ada. Kalau orang panggil maka panggil lah. Kalu tak, dok lah diam2 kat umah masing2. P ternak lembu ka, tanam gandum ka (feeling2 obersea sket), beranak ramai2 n jaga anak ka... ha...camtula lebih kurangnye...

Then, tak semena-mena adalah sekumpulan manusia ni datang berhijrah ke kampung itu. Katanya sedang mengembara mencari ilmu. (Wa pun tak pastilah ilmu apekah itu yer anak2...)
Tapi! ahli2 kumpulan baru ni semuanya hebat2. Handal2. Kira setanding dengan kumpulan lama yang dah ada kat kampung itu la...

Maka, bermastautinlah kumpulan baru itu di kampung itu dengan harapan kampung itu menganugerahkan seribu satu sinar baru buat mereka. Dan memang terbuktilah kehandalan dan kehebatan kumpulan baru itu di mata penduduk kampung. Mereka disanjung! Dipuji. Dijulang! dan paling penting DISEGANI! ahah...

Selama mereka bermastautin di kampung itu ramailah anak-anak muda berminat untk menyertai mereka. Tak lupe jua yang tua. Sebab dasar mereka "ilmu itu hak Allah, bukan hak kita untuk memilih siapa yang boleh dan patut belajar ilmu itu."
Ada yang putih, ada yang hitam, ada yang gumuk, ada yang kuros, ade yang pendek, ada yang tinggiiii...Senang citernye, macam adooo!

Maka, semakin fofularlah kumpulan baru itu. Macam-macam ragam manusia yang bertandang dari jauh semata-mata nak menuntut ilmu dari mereka. (walau ilmu itu cuma secebis senipis helaian kulit bawang). Bagi wa, yang penting TAK KEREK & TAK DEMAND!haha...

Pastu, apa lagi! Lumrah manusia...kalau tak DENGKI tak sah idop..haha...
Mulalah melata fitnah ditabur. Mulalah diri tak senang duduk. Caci, maki, hina, jerkah, sergah, marah...semua tak terkecuali dibuat. Memang betul2 anti la dengan kumpulan baru tu.

Sampai satu masa, TOK PENGHULU kampung nak satukan kedua-dua kumpulan itu.
Maka bergabung la!!! dah jadilah super-duper-human power!!!hahaha...(bohong aih!)
Kumpulan lama ni ahlinya lebih kurang 5,6 orang jer. Kumpulan baru ni ahlinya lebih kurang 50,60 orang.
Oleh kerana kumpulan lama ni mempunyai orang2 yang 'lebih berpengalaman & veteran', maka adalah layak untuk mereka (kumpulan baru) menghormati mereka yang telah lama ni.

Tapi, lain yang dibuat lain yang jadinya. Hormat yang disembah, pungkok pulak yang dibalas. Paham tak? Maknanya, kumpulan baru ni hormat kumpulan lama tapi kumpulan lama ni tak pernah nak hargai mereka malah di caci maki, marah2 la n macam2 lagik. Paham dah kannn?
haha...

Antaranya:
1) diskriminasi individu sebab saiz badan.
- ada antara ahli2 kumpulan baru ni kene caci & kene hina sebab saiz badan yang TERLAMPAU gemuk dan TERLAMPAU kurus. Katanya tak balance!Nak yang sedang2 je kalau nak bergabung. Ha,....kira tu syarat la kalau kumpulan baru nk combine ngan kumpulan lama. Kalah aih PGL.
2) karya yang TAK GRAND!
- orang kata seni itu subjektif. Tapi bagi mereka (kumpulan lama) karya itu adalah yang indah2 belaka. Tiada yang lain melainkan indah2 belaka. Itu tak leh. Ini tak leh. Kena itu. Kena ini. Salah itu. Salah ini.
3) ahli2 kumpulan lama je yang MALATOP ok!
- ahli2 kumpulan lama walau dh tak ramai tetap vog ok. Itu hebat. Ini hebat. Bole buat itu. Bole buat ini. Padahal....masing2 dah 'expired'. Faham betui2... Expired is not retired!
4) hanya KETUA kumpulan lama layak memilih siapa dan kenapa.
- untuk bergabung itu si ketua kumpulan lama je yang bole pilih siapa ahli daripada kumpulan baru untuk bergabung berdasarkan KREDIBILITI dan KEUPAYAAN seseorang itu. Yang setakat 'ala kadar' tu masok tong sampah!wah gitu~
5) konsep pilih kasih tu PRIORITY!
- kumpulan baru ni siapa la sangat kan... Budak2 kot! So, nak tak nak kena ikot! TOK PENGHULU plak dok beratkan kumpulan lama. Hello! Senior la katakan...Kumpulan baru ni kene kerja kuat! Yang lama biar mereka rest kuat2...

Itu adalah antara sekelumit senario yang berlaku apabila yang baru diminta bergabung dengan yang lama. Agak2 senario ni berlaku kat semua tempat ke? Atau di kampung itu sahaja?

Apakah yang perlu dilakukan oleh kumpulan baru untuk tidak terus ditindas seperti mana yang berlaku sekarang?
A) Adakah keluar daripada kampung itu?
B) Atau guna strategi baru yang lagi GANAS dan BERUTAL?
C) Tak pun pasrah ajelah labuuu...


Jawapannya ada pada pembaca sekalian. Sudilah membantu kumpulan baru yang hebat ini untuk mencari penyelesaiannya. Terima Kasih daun keladi (kenapa daun keladi ek?)

Airmata di Balik Batu Bata part II

ni adalah sambungan kepada 'telenovela' semalam...berdasarkan msg yang wa terima daripada inbox FB wa...tak sangka oh!korg sudi gak suport wa...trasa diriku begitu berharga!:P

Akhirnya si anak kucing mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah agam itu.
Tapi kemana? Fikirannya melayang-layang tinggi ke angkasaraya.

Dengan nekad dia melompat dari rumah tiga tingkat itu ke bahagian belakang taman. Fuhh! Landing terbaik lah...

Meneruskan langkah di bandar raya besar bukan sesuatu yang indah untuk ditelaah.
Nak pergi kanan tak tahu jalan, nak pergi kiri butu akal fikiran! Adeih!!!Sangkut betul....

Berbekalkan apa yang ada pada dan dalam dirinya dia melangkah longlai...
Hanya depan jalan yang dipilih.

Malam menjelma!
Dia yang kini entah di ceruk mana mula memikirkan tindakan yang telah diambil.
Alangkah indahnya kalau berada di rumah itu. Sekurang-kurangnya aku ada tempat berteduh kalaupun aku dilayan umpama kucing kurap!

Titik-titik hujan mula menyembur dari awan yang dari tadi menutup rongga-rongga untuk cahaya rembunan menerjah masuk ke lantai bumi.
"Oh em geee! Mana mau pigi," hatinya terdetik...

Lalu ditambahkan hayunan langkah mempercepatkan pergerakannya ke mana-mana yang ada perlindungan. Dalam pada kebasahan dalam renyai hujan yang semakin kental luruh ke pundaknya, tiba-tiba sekawanan anjing dari puncak sebuah bukit menyalak beramai-ramai.
"Siot ar wei! Mana aci 10 lawan 1, hanjeng punyer anjing!" si anak kucing berkata-kata.
Anjing-anjing tadi mula mengejarnya! Anak kucing membuka langkah seribu. Jalan raya yang becak kadang-kala membenamkan kakinya ke dalam lopak-lopak air yang bertukar coklat.
Jantungnya bergetar sejuta kali.

Sampai di sebelah tong sampah mega di suatu sudut tiba-tiba badannya ditarik ke tepi.
Mulutnya ditekup! Dia tidak mampu bersuara. Badannya ditunjal ke dinding. Si anak kucing hanya mampu berserah dengan apa yang bakal berlaku.

"Tempat ini tidak elok untuk awak," si dia yang menariknya tadi bersuara!
"Awak dari mana? Siapa mana? Age? Sex? Location?" si dia mula berminat untuk bertanya.
"Awak bisu?" tambahnya lagi.

Suara-suara anjing tadi sudah hilang. Mungkin mencari mangsa lain.

"OKlah awak, saya tak tahu bahasa isyarat. Semoga jumpa lagi." si dia berkata-kata menamatkan siri perkenalan.

"Macam mana saya nak bersuara! Awak menutup mulut saya. Hampess betul," si anak kucing memecahkan kebuntuan.

"OH! Maafin guwe." sambil tangan si dia melepaskan si anak kucing.
Mata bertentang mata. Jantung berdegup kencang! Hati mula mengembang berbunga perlbagai warna. Renyaian hujan menghadiahkan saat-saat manis buat si anak kucing dan si dia. Masing-masing terdiam kaku.

bersambung lagi...



p/s: Thanks kepada yang sudi sumbang idea kat wa...
episod "bertemu cinta" ni tibe2 teringat kat lagu Izat Lazim...korang memang bernas! Dah bole wat muzikal ni...haha~

Rabu, September 29, 2010

Airmata di Balik Batu Bata

Ha...kali ni aku nak berkongsi satu kisah yang aku dengar daripada taulan aku ni...

Kisah ni aku klasifikasikan sebagai sebuah cerita bergenrekan kemanusiaan.
Kadang kala dalam dunia ni tak semua yang kita lihat tu indah belaka. Tak semua yang kita fikirkan tu nyata berlaku. Kadang kala kita ni alpa setelah dapat apa yang kita miliki padahal ia tak semestinya kekal lama. Tak kisahla harta ke, ke'shantek'kan ke, nikmat sihat ke, hubungan yang kekal bahagia aman sentosa ke...semua tu TAK semestinya kekal melaikan kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Haha..yang tu kira PROLOG ceritera yang aku nak promot ni la...
Maka al-kisahnya tersebutlah seekor haiwan ni yang digelar anak kucing atau dalam bahasa Sarawaknya pusak yang aku andaikan semestinya cumel2 la kan. Anak kucing ni dikhabarkan tengah meniti haluan mencabar untuk mencari nikmat hidup yang selalu diceritakan oleh emaknya tatkala kecil (bedtime stories la).

Kata emaknya "Kita ni bukalah keluarga senang lenang macam kat umah depan tu, nak apa semua dapat. Jadinya kalau kita nak merasa bagaimana mereka kecapi kita sendirilah yang harus berusaha untuk mencapainya," kata-kata itu menjadi pembakar semangat buat anak kucing yang sangat suci hatinya itu.

Sampai satu masa tu, si anak kucing memberitahu ibunya yang dia mahu berhijrah ke bandar besar. Ingin mencari kehidupan yang lebih sempurna kerana terdapat lebih banyak peluang di sana. Si ibu kucing dengan berat hati melepaskan anaknya pergi mengejar cita-cita itu.

Setiba di ibu kota yang hiruk pikuk dengan orang lalu lalang tak putus-putus si anak kucing mula berubah fikiran. Telahannya selama ini salah sama sekali. Ibu kota adalah untuk si berani! Bukan untuk si bachul dan penakut macam dia!

Hatinya kini terpecah dua!Berbelah bahagi. Samada mahu mengejar cita-cita atau mengundur setapak di belakang. Dalam benak akalnya; di kampung pun boleh berjaya juga asalkan ada usaha, tak ada bezanya pun.

Tapi kalau di ibu kota peluangnya lebih cerah. Macam-macam ada di sini! Nak A dapat A, nak B dapat B! Maka, dalam ketakutan dia terus melangkah membawa apa yang dibekalkan ibunya dari kampung. Hanya bekalan makanan yang rasanya boleh kekal dua minggu! Syukur2...

Perkara utama sekarang baginya adalah mencari tempat untuk berteduh! Mengelak dari dibahang mentari terik dan disiram hujan asid bercampur embun-embun kasar yang boleh merosakkan bulu-bulu halusnya.

Ditakdirkan ada yang sudi menumpangkannya di sebuah rumah yang dirasakan agak selesa bagi sebuah kehidupan di bandar besar. Bukan mewah tapi cukup untuk memberi keselesaan yang maksima! Maka pada mulanya dia dibela dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Diusap! Dipeluk! Dicium! Terasa alangkah indahnya hidup di ibu kota.

Namun, selang beberapa ketika hati manusia senang berubah!Si anak kucing sering disepak, ditendang, diterajang malah kadang kala tidak diberi makan sehingga tidak terdaya untuk mengatur langkah. Apabila malam menjelma dia dibiarkan kesejukan dalam dingin malam di kotaraya. Tidak cukup dengan itu, si anak kucing turut ditengking dan dicaci dengan pelbagai kata-kata kesat orang bandaraya. Airmata sudah tiada erti baginya lagi. Disebalik dinding-dinding konkrit berderai butiran halus keluar dari alis matanya. Kini, semuanya sudah tak seperti yang diduganya sebelum ini.

Muka si anak kucing semakin hilang serinya. Bulu-bulu halusnya kini semakin kesat dan tidak bermaya. Dia seumpama anak kucing jalanan! Layak mengemis di kaki-kaki lima dan mennyelongkar tong-tong sampah untuk mencari secebis sisa makanan.

Dengan tekad dia melarikan diri dari rumah itu. Berbekalkan semangat ibunya suatu ketika dahulu, dia menghayunkan langkah lemah untuk mencari kehidupan yang diidamnya.

Adakah si anak kucing ini akan menemui sinar yang dicarinya selama ini? Atau nasibnya akan bertambah-tambah malang? Adakah air mata si sebalik batu bata ini akan merungkai perjalanan hidup yang lebih baik baginya atau memberi tamparan agak berpatah semula ke tempat asalnya?

Andalah yang mencorakkan cetera ini...

Isnin, September 27, 2010

makan-bercinta-beramal

wahahaha!

bunyik cam bajet bagos je kan?
bole tahan la bagosnyer...
itulah kehidupan wa skg...nak kata PRODUKTIF, aish!tak kot...

saban hari bukak mata tak nampak cahaya matahari...cahaya lak sebam-sebam ayam (cheq pon xtaula camne), tup2 dah malam...
tym tuh barulah rasa nak kuar umah...

kuar pon nak p mane la sangat kan?so, naik balik sambung tidow...(dengan ini aku mengiakan kata2 mmber2 yang aku ni kuat tido)

"apa ku kesah!"(bak kata One Nation Emcee)

bangun tido, melantak pe yang ado...then melantak lagik!n lagik!and ladik (ok2 stop!)
pastu, berfeeling2 sakan ngan citer2 cinta yang ade kt sekitar aku nih (nak bercinta pon xde yg sudi..sobb~)
pastu tido!
adoiiiii...memang TAK PRODUKTIF kan?

semenjak bercerai-berai talak 3 ni, agak susah nak membina semula kehidupan...(pendapat wa lah)
yelah, tym dulu semuanya berkongxi-kongxi!buat tu sama2, buat ni sama2...adeih!hampess btoi!
salah wa gak kot sebab biarkan wa jatuh hati dan bercinta dgn dia dulu...

chop2!motipnye aku citer mendalah ni?


sebenarnye, ak nak ajak ampa sume nanti p layan muvie ni---->


(gambak:poster rasmi Eat-Pray-Love, kalau kat Borders terpampang besar kat pintu msk lagik)



EAT-PRAY-LOVE!

lakonan Julia Roberts...haha!

muvie ni adalah adaptasi daripada novel tulisan Elizabeth Gilbert, seorang penulis di New York yang menuliskan kisah hidup & perchintaannya dalam sebuah novel yang diberi tajuk sama. Novel wanita ni dah jadi 'New York Best Seller' selama lebih 180 minggu tao...

kalau sapa2 yang berkesempatan membaca novel ni yang boleh didapati dengan harga sekitar 'RM35.oo' di mana2 bookstore, bolehla menerokai kehebatan kisah hidup dia yang pada pandangan aku banyak menyuntik inspirasi kepada kita2 untuk memandang terus ke hadapan dan percaya pada kehebatan diri sendiri. Haha..ayat tak leh blah...cam tokoh belia negara jeh!
kepada yang suka menonton dan menilai cherita2 yang diadaptasi daripada novel ni boleh la mendalami sendiri kisah ni dari perspektif filem dan tulisan.

Sinopsis?ade2...
"Kisah dia berkisar pada kehidupannya yang kurang bahagia sehiggalah dia bercerai dengan suaminya ketika umur dah lepas 30-an. Lepas tu dia pun merantau ke Itali untuk berjoli2 sakan (makan/eat), seterusnya ke India untuk mendalami ilmu spiritual (beramal/pray) dan akhirnya ke Bali, Indonesia yang akhirnya bertemu cintanya yang sempurna (love). Sebab tulah muvie & novel ni diberi tajuk camtu..."smart kan?


(gambak: kulit novel Eat-Pray-Love...bole dapat kat mana2 bookstore skg)


so, marilah kita pakat ramai2 serbu panggung wayang berhampiran pada 30 September ni...

haha...tolong pomot ni bulih dpt royalti dok?

ok...tata...nak sambung berangan jap!



*filem ni dh release kt AS awal bulan 9 lepaih...

Sabtu, September 25, 2010

MAGIKA vs Alice In Wonderland

Ehem2....test mic!
sebelom aku nak membuka cerite kali ni, aku nak warning kat sapa2 yang suka semboq2 orang tu yang hamba cuma insan kerdil yang baru nak bertapak dalam dunia penulisan dan tulisan kali ni bukanlah nak mengguris hati mana-mana pihak mahupun individu yang terlibat. Take this as positive way!:)

haha...aku melihat dari kaca mata seorang penonton ajelah. Nak kate ilmu tu penuh didada rsanya masih banyak yang perlu diterokai.

Berkesempatan menonton filem keluaran tempatan kali ini adalah satu keajaiban buat diri sendiri kerna kebanyakan filem yang aku pilih untuk ditonton di panggung wayang sambil menikmati sebakul pop corn ditambah hot dog panas yang pastinya memberikan sensasi haruman seluruh panggung berorientasikan filem yang betul2 mempunyai review terbaik. Bukan apa...wa masih blajar bro, nak spend tym + fulus yang mengalir jernih ni bukan perkara biasa bg insan sederhana macam wa ni bro...

Siang tadi sempatlah meluangkan secipot masa aku yang memang sentiasa lapang semenjak dua menjak ni ha untuk keluar bersama beberapa orang rakan ke Jusco Bukit Raja. Ade TGV sana oh! Memandangkan aku tengok promosi filem MAGIKA hasil getusan KRU ini agak havoc so aku mengiakan saja pelawaan rakan-rakanku.

(gambaq: poster MAGIKA, dijadualkan diterbitkan bulan Februari thn depan)



Permulaan yang agak baik...
cuma sepanjang perjalanan cerita ini aku seringkali membanding bezakan filem MAGIKA dengan filem Alice In Wonderland (nyatanya keluaran Barat). Mayb sebab cara depa masuk ke alam 'lain' tu seakan-akan sama dgn Alice in Wonderland kot... Bukan sebab aku ni penyokong filem-filem mereka tapi memandangkan orang-orang kita ni seringkali disuburkan dengan baja2 berkaitan filem-filem berunsur keBaratan, jadi tak semena-menanya aku ni pun terpengaruh. Lagi pulak, Alice In Wonderland ni diterbitkan lebih awal berbanding MAGIKA ni (dah sah2 la kan...haha). Sebelum filem MAGIKA dikeluarkan tahun ni aku dahulunya membandingkan Alice In Wonderland dengan Siti Di Alam Fantasi karya orang tempatan Malaysia yang telah diterbitkan dalam format teater, cerpen dan novel.

Tapi, yang tu take me way back into 90's kot...hehe,..sekarang ni dah banyak teknologi terhasil maka dapatlah kita tengok macam-macam efek menarik diselit dalam sesebuah filem tambah2 filem keluaran Barat. Kecanggihan teknologi mereka melangkau jauh ke depan meninggalkan kita di belakang. Jadi, adalah tanggungjawab anak-anak bangsa kita untuk mengejar mereka kembali.

Aku difahamkan wakil-wakil media dah dijemput ke Bangkok pada pertengahan Oktober lalu untuk menyaksikan pembikinan pasca produksi dengan sebuah syarikat di sana selain preview filem terbabit dan rata-ratanya memberikan positive feedback.

Macam biasa, aku hanya mampu menyentuh beberapa aspek yang aku boleh bagi pandangan, pendapat dan komen sdikit sebanyak dari kaca mata penonton yang kritis macam aku ni..hehe...

1) Jalan cerita & konsep
Sejujurnya aku kurang faham akan kesinambungan dan perkaitan watak-watak dari dongengan dan hikayat melayu lama dengan keseluruhan perjalanan cerita. Adakah sekadar mahu mengisi kekosongan slot untuk memasukkan watak-watak tertentu sahaja atau ada rasionalnya setiap watak itu dimasukkan? Soklan ini belajar daripada budak lakon & pengarahan ketika aku kat kampus beberapa bulan lepas. Jadi, timbulnya beberapa soalan daam benak fikiran aku ini untuk mengetahui rasionalisasi setiap watak daripada hikayat lama itu diwujudkan dan dimasukkan dalam scene2 tertentu. Sebab ekspektasi aku untuk melihat bagaimana minda muda kita menghubungkait dan menginterpretasi karya baru untuk dijadikan satu produk yang boleh membanggakan kita dan bukan sekadar untuk berhibur dan bergelak tawa. Someone yang dah tonton filen ini tolong jawab pls...huhu~

2) Pelakon
Diana Danielle dan Fimie Don dukung watak utama dengan baik (aku tak cakap 'dengan baik sekali' okeh). Cuma kadang-kala nampak macam fake sket lakonan mereka. Part gembira tak sepatutnya kena gedix kan? Part nangis tu part paling penting. Budak-budak kat kampus dulu cakap bila part sedih kena amek feel betui2...Jadi, aku yang tak lah hebat sangat ni nak gak tengok camne feelnyer? Ada certain part tu yang patut bg feel lain kpd penonton hasilnya lain...Tu yang aku frust beb! Pelakon2 lain aku rasa ok...Mawi kadang2 buat aku rasa nak tergelak tiba2...Part Mak Mah pakai sweater tu sampai sekarang aku masih tak tahan gelak, Tak tau lah napa...+ part Mahsuri kene tikam tu (kadang2 rasa cam depa wat spoof lak). Mungkin itulah kelainan yang dimaksudkan kot. Nak komen lebey2 pun tak pandai mane...Hehe...Sorry u guys!

3)Sinematografi dan Koreografi
Aku rangkumkan kedua-dua elemen ni sebab filem ni dah dijadikan filem muzikal. So kedua-dua aspek ni aku rasa kene balance sepanjang cerita. Aku tak tahulah mana silapnya...Time shooting ke time pasca produksi...Ade satu babak tu pakaian pelakon memang dah comot giler2 tapi bila tiba part selepasnya tup2 wink*wink* dah bersih! Apekah? Maybe depa terlepas pandang kot..Tapi aku ni yang memang berfikiran kritis memang tertanya-tanya lak gak kan? Ade scene pelakon tu p cuci pakaian ke, pelakon tu main ujan sampai pakaian bersih ke kne potong?

Tang part sinematografi lak, aku suka sangat bila ada lokasi yang aku pernah p dipilih untuk shoot!hehe...terasa soo Tahajud Cinta pon ado...kikikiki!
Koreografi tak banyak sangat la...bila part yang perlukan penari dipaparkan aku ni forsurely lah tengok camne koreografer tarinya olah sesebuah konsep yang memerlukan penari menari, menyanyi dan berlakon serentak! Aku rasa kalau homework pasal bagaimana koreografer filem2 hindustan olah koreografi sudah tentulah hasilnya lagi boom! Cube tengok filem-filem yang menjadikan Farah Khan sebagai koreografer, hasilnya sudah tentu kebabooom! Shoot untuk satu lagu pun sampai berhari-hari...haha~

Lagi satu yang aku nak tanya, filem ni ada unsur jawa ke? Kenapa ada tarian yang berasaskan gerak tari jawa diselit? Nak jawab bole tak nak jawab pon tak per...huhu~

4) Penggunaan teknologi CGI
Mayb ade n mayb xde pasal aku pon tak la terer sangat sal teknologi neh. Part pokok yang boleh bercakap, menari dan menyanyi tu kadang-kala terkantoi ke'fake'annye...camne nak cakap erk?erm...gini2, ade 1frame tu shoot nampak 3 pokok tapi bila ke frame lain yang masih angle yang sama pokok dah jadi dua. Pastu kadang2 tu nampak wajah manusia di pokok2 itu tak match betul2...cam ade kluaq2 sket..huhu...hampa daku~

5)Lagu
Memandangkan ini fillem muzikal maka elemen yang perlu ada semestinya lagu. Bagi aku yang selalu dikatakan pekak bunyi (tone deaf) oleh beberapa pakar muzik ni aku rasa kebanyakan lagu 'catchy' dan senang dekat kepada penonton. Tapi ada satu lagu tu, klu tak salah tajuk 'Kehilangan' kot bunyi cam pelik sket nyanyian tym awal2 tu...Ntahla!My mistake kot...haha...


Aku rasa setakat ni dululah ulasan aku secara kritisnya pasal filem MAGIKA arahan Edry Abd Halim ni. Kalau nak kira banyak lagi nak tanya ni...memandangkan mata pon dah nak pejam tak nak pejam so aku berneti stakat ni dlu ah! Aku ucapkan tahniah atas kejayaan filem2 sebelum ni seperti Cicakman 1&2, Duyung dll lg tu. Semoga MAGIKA akan mengutip kejayaan drp filem2 terdahulu.

Ternyata ini filem pertama di Malaysia yang menggunakan prinsip filem muzikal. Alice In Wonderland mane ade nyanyi2 kan? Walaupun filem ni ada guna jalan cerita seakan-akan sama dengan Alice In Wonderland, aku of kozla lebih sukakan filem hasil anak muda Malaysia...Mana ada yang sanggup pertaruhkan karya sebegini pada masa sekarang?haha...sape2 di luar sana, ade bran? Bagi aku KRU Studio kali ni cuba nak creat 1 fenomena baru dalam arena perfileman Malaya...Betulkan kalau saya salah...

Ni antara part2 yang aku kagum ler:
1) Lakonan Ogy Ahmad Daud marveleszz!aku sukaa...mau tak meleleh ayak mata wa!huhu...

2)Lagu 'gebang' nyanyian Maya Karin buat aku nak jadikan ringtone hp aku!haha...bole tak?bole tak bole?

3)Ziana Zain bawak watak dengan bagus sekali!oyeah2! terasa kekejaman anda iteww...huhu....takot!

So, kesimpulannya aku kasik 3.5 bintang atas kesilapan minor yang aku nyatakan awal2 tadi...Kejam tak? tapi klu de sapa2 leh bg justifikasi elemen yang aku tak paham tadi bintang ni boleh naek! setakat ni xdak lagi filem yang aku menengok lepas rate 4.0 bintang. So jangan sesekali hambek aku jadi juri, cikgu atau apa2 jelah yang kne kasik2 markah ni...huahaha!



MAGIKA vs Alice In Wonderland ----> pemenangnya MAGIKA lor! (pasai aku tak terer english, kalo xde subtitle komfem mati kutu tak faham citer)kakakaka!





*dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung! takkan Melayu hilang di dunia~

Isnin, September 20, 2010

UPSR

Diam tak diam dah 10 tahun aku meninggalkan bangku sekolah rendah.
Kadang-kadang tercuit kembali sedikit imbauan kenangan dari masa lampau zaman 90-an dahulu. Boleh tergelak dibuatnya!

Bangun awal-awal pagi mak kejut. Kalau sejuk sangat merengek-rengek nak mandi air panas (demand giler weh!). Pastu pegi sekolah ada assembly awal-awal pagi. Kena nyanyi lagu Negaraku lagi sambil beratur angkat-angkat tangan ke bahu orang depan. Waktu recess main guli dalam longkang depan kelas. Tak pun main kejar-kejar kat padang sebelah tandas usang yang dimomokkan ada penunggu. Sampai tahun 2000 pun aku masih tak matang! Dah nak exam UPSR tym tu aku siap berjoli sakan buli budak darjah tiga lagi. Hahaha! Pengawas la katakan... Perasaan macam ada kuasa sama ngan cikgu cekgi...
Rindu pula kenangan-kenangan itu. Tertanya-tanya kemana rakan-rakan seperjuangan aku dulu tu? Pastinya sudah berjaya dalam bidang masing-masing...

Now, tibalah giliran adik aku pula menikmati zaman penghujung sekolah rendah dia. Aku tengok dah banyak bezanya. Sekolah aku dulu tu dah berubah wajah sama sekali. Longkang semua dah bertutup (tak leh nak main guli lagi), padang dah ditukar ke tar (tak de padang langsung dah...zaman sekarang budak2 tak main kejar2, semua pegi gym kot), tradisi beratur depan kelas nyanyi lagu Negaraku pun aku tak tahu masih diamalkan lagi atau tak...

(gambak: adik aku...nama dia Ina)

Esok dia dah nak berjuang di medan peperiksaan. Aku tanya apa perasaan dia... Jawabnya: "ermm, ok je... Adela cuak sikit".. Fullamak! Budak-budak sekarang...
Tak pelah..zaman dia dgn zaman aku berbeza...Aku doakan dia berjaya mengharunginya esok hari...

Dah alang-alang tuh, aku nak kongsilah sedikit info mengenai UPSR kali ni (jadual jer pun)...Jadual ni aku cilok dari beg pink yang dia bawa pagi tadi. Dia bohong kat aku katanya cikgu tak bagi jadual! Hampesss!

Selasa (21 September 2010):
08.15pagi-09.05pagi - Bahasa Melayu Pemahaman
09.45pagi-11.00pagi - Bahasa Melayu Penulisan
11.45pagi-12.25tengah hari - Mathematics (kertas2)

Rabu (22 September 2010):
08.15pg-09.15pg - Mathematics (kertas1)
09:55 pagi-10:45 pagi - Bahasa Cina & Tamil Pemahaman
11:45 pagi-01:00 petang - Bahasa Cina & Tamil Penulisan

Khamis (23 September 2010):
08:15 pagi-09:30 pagi - Science
10:15 pagi-11:05 pagi - Bahasa Inggeris (kertas 1)
11:45 pagi-1:00 petang - Bahasa Inggeris (kertas 2)
02:15 petang-03:45 petang - Ujian Aptitud Tahun Enam

Mungkin bagi akak-akak or abang-abang yang kurang ikuti perkembangan, sekarang ni Lembaga Peperiksaan Malaysia dah tetapkan sejurus abisnya exam UPSR calon-calon diwajibkan menduduki ujian aptitud khas utk pelajar tahun enam. Soalan semua objektif. Exam ni macam test tym kita2 wat b4 nak masuk sekolah berasrama dulu la... Cuma prosedurnya lagi awal dan cepat. Hehe...

So, sebelum patik nak undur diri patik ingin menyeru kepada pembaca dan rakan-rakan di luar sana untuk mendoakan kejayaan adik-adik kita yang bakal menduduki peperiksaan UPSR esok hari. Semoga kejayaan akan mengiringi setiap langkah mereka. Amin~

Maju bangsa, majulah negara!




*PMR tinggal lagi 14 hari, SPM lagi 2 bulan

Ahad, September 19, 2010

ekspLorasi Pulau Mutiara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
salam mesra, salam sembah, salam 1Malaysia!
(giler patriotik!)haha...

Sempena hari minggu yang indah permai ini teringat pula kenangan beberapa minggu lalu bersama beberapa rakan saya yang lain ketika di Pulau Pinang.

Sudah menjadi impian saya sejak saya pertama kali memasuki wilayah Pulau Mutiara ini pada penghujung tahun 2006 ketika menuntut di sebuah kolej di Kedah untuk menjelajah seluruh pulau yang kaya dengan peninggalan sejarah ini selepas dijajah dan ditakluk pelbagai pihak beberapa kali.

Akhirnya setelah hampir empat tahun saya di sana saya masih belum sempat bertandang ke lokasi-lokasi yang ingin saya injak pada asalnya. Mujurlah ada beberapa rakan lain sudi mengajak saya untuk bersama-sama menikmati keindahan pulau ini.

Jadi, ingin saya kongsikan sedikit pengalaman menarik yang berjaya saya peroleh sepanjang perjalanan saya dan rakan-rakan mengelilingi pulau ini dalam format yang lebih puitis (kerr??) dan sedikit berbeza daripada tulisan saya sebelum ini.

___________________***___________________

Awan berolak-olak dalam kawanan sehingga ada pancaran Sang Rawi singgah di bening mata lantas menyilaukan pandangan. Mujur ada sepasang kaca mata hitam yang dipinjam dari rakan tersimpan di saku beg galas. Lega! Mengerling ke arah jam analog di paparan skrin telefon bimbit sudah menjengah ke pukul 9.00 pagi. Bergegas ke Padang Kawat USM oleh kerana janji temu telah ditetapkan di sana.

Sementara menantikan Fudz yang banyak merencanakan pergerakan kami hari tersebut, Ina sudah mengipas ngipas tudung putih yang dipakainya. Mungkin rimas dengan sumber asli vitamin D yang dipancarkan mentari pagi ini. Radin hanya diam membisu.

Ini adalah pertemuan pertama aku dengan wanita yang kaya dengan ilmu pengetahuan tentang dunia Islam dan ukhrawi ini. Terbukti apabila beliau banyak melontarkan hujahnya ketika kami membuka bicara mengenai isu iluminati dan alam akhirat.

Sementara menantikan ketibaan Fudz yang pada telahanku sedikit kesiangan hari ini, segerombolan wirawan USM aku lihat berkejaran ke arah tengah Padang Kawat dengan muka ketakutan dek mungkin kerana kesiangan juga. Ternyata mereka menerima hukuman daripada ketua mereka yang sudah berdiri tercengang di tengah bahang sinar pagi. Aku hanya mampu mengukir senyuman untuk dihadiahkan kepada pasukan PALAPES USM yang tega menjalani latihan kendatipun di bulan puasa. Semoga mereka lebih cekal menghadapi cabaran sebagai perajurit yang akan berada si barisan hadapan benteng pertahanan negara sekiranya diancam musuh.

Fudz tiba menaiki motor Kriss birunya dengan muka gementar. Bimbang diserang kami agaknya. Kemudian, membawaku mengambil kereta yang dipinjam daripada rakan kami, Yap (atau nama sebenarnya Asyraf Mukhlis) di desasiswa yang tak jauh dari tempat kami menunggu tadi.
Setelah memeriksa kondisi kereta Perodua Kancil berwarna keemasan itu, tanpa berlengah kami memecut ke perkarangan tadi untuk menjemput Ina dan Radin. Maka bermulalah pengembaraan kami meneroka setiap ceruk dan ruang di Pulau Pinang...

___________________***___________________

Lokasi pertama kami tuju adalah ke kawasan Ayer Itam yang mana terdapatnya Kuil Buddha di puncak bukit sana yang amat terkenal dengan jualan barang murah dan sukar didapati di tempat lain di pulau ini. Tambah menarik jika mempunyai kepakaran tawar-menawar, harga barang-barang di sana boleh dikurangkan mengikut kehendak hati. Apa yang penting? Komunikasi!!!

Kuil yang dikenali dengan Kek LOk Si ini beroperasi sejak awal pagi lagi sehinggalah larut malam. Keindahan kerlipan lampu di malam hari ditambah dengan kunang-kuang yang senantiasa gembira bertebaran sana-sini merancakkan lagi pemandangan di puncak ini. Jika mempunyai kudrat dan tenaga, tangga yang dipijak tidak terasa tingginya.

Ketibaan kami disambut dengan tawaran harga murah dari kiri kanan lorong seperti yang telah diduga pada awal lagi. Setiba di puncak Kek Lok Si, kami meninjau beberapa sudut yang sesuai untuk dijalankan program kami awal tahun depan. Sebelum itu, terlupa untuk aku khabarkan bahawa pengembaraan kami ini bertujuan mencari lokasi yang strategik dan sesuai untuk sebuah program mega kumpulan kami. Umpama sambil menyelam minum air, tidaklah salah untuk menikmati dan menghayati keindahan Pulau Pinang ini disamping membuat sedikit 'homework' untuk projek kumpulan.

Selesai membayar parkir kereta yang kami letakkan di perkarangan yang bertentangan dengan jalan masuk utama Kek Lok Si, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke Bukit Bendera. Terletak lebih kurang satu kilometer sahaja dari tempat tadi, perjalanan kami memakan masa lebih kurang 10 minit dek kerana jalan utama yang menghala ke pintu masuk Kek Lok Si tadi sesak dek gugusan pengunjung dan pelancong yang berjalan kaki menuju ke puncak yang kami jengah tadi.
(gambar: berlatarbelakangkan pagoda, menara tertinggi gi puncak Kek Lok Si)

Malang sungguh apabila tibanya di Bukit Bendera, kami disambut dengan palang besi yang menghalang kenderaan daripada memasuki Bukit Bendera. Agak kecewa! Namun, syukur kerana aku sendiri pernah tiba di sini sewaktu aku mula-mula mendaftar masuk ke USM pertengahan 2007 sempena satu program kebajikan yang dianjurkan oleh rakan senior dulu.

Meneruskan perjalanan ke Bandar Georgetown yang letaknya lebih kurang 20KM daripada Ayer Itam, kebuntuan kami dipecahkan dengan gelak tawa melihatkan gelagat pemandu jalan raya di pulau ini. Bermacam-macam kerenah. Pelbagai raut wajah dan mimik muka dapat dilihat. Ditambah dengan kesesakan lalu lintas sempena raptai Hari Kemerdekaan yang bakal disambut ini sedikit sebanyak menambahkan juraian peluh di dahi. Kadang kala terpacul beberapa perkataan yang tidak enak didengar daripada mulut aku ini. Hahaha! Dah jadi kebiasaan aku memandu sambil berleter memarahi pemandu jalanan yang lain. Alah bisa tegal biasa!

Kami tiba di perkarangan Muzium Kesenian Islam yang terletak bersebelahan dengan Pejabat World Heritage (UNESCO) yang berlatarkan bangunan berwarna biru sekitar jam 11.00 pagi. Ternyata keindahan seni bina kolonial British masih dipelihara dan dipulihara oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). "Cantik juga bangunan di sini," terpacul kata-kata ini dari mulut Ina selaku Pengarah Projek program yang aku nyatakan sebentar tadi.

Hasrat hati ingin menjengah masuk ke dalam pejabat ini terpaksa dibekukan lantaran hari ini adalah cuti am dan memaksa kakitangan di dalamnya menutup premis.

(gambar; hiasan menarik di dalam Muzium Kesenian Islam Georgetown)

Kami gagahkan hayunan langkah ke Muzium Kesenian Islam untuk meninjau situasi di dalamnya. Bayaran hanya dikenakan RM1 untuk pelajar dan RM3 selainnya. Bangunan yang digunapakai semula ini adalah kesan peninggalan penjajah British suatu ketika dahulu. Mempunyai pelbagai maklumat menarik tentang kedatangan dan pengaruh Islam di Nusantara dan Pulau Pinang khususnya sedikit sebanyak telah membantu gerak kerja kami.

Pengembaraan tidak terhenti setakat ini sahaja malah diteruskan dengan berjalan kaki ke sekeliling kawasan yang berhampiran untuk meninjau lokasi lain yang dirasakan sesuai selain tempat-tempat yang kami sasarkan.

Peluh yang tercurah sukar diungkapkan dengan kata-kata. Selain membasahkan pakaian yang membalut tubuh, keringat yang terkerah turut sama mengeringkan bendalir dalam badan. Bulan puasa bukan penghalang! Masing-masing membisikkan kata semangat untuk kami teruskan langkah melewati semua lokasi yang disasarkan.


Roda terus berpusing meninjau seluruh ceruk di kota Georgetown. Mujurlah aku sempat menjengah ke beberapa tempat popular di sini sebelum ini. Hilanglah sedikit kempunan.

Dalam pada itu, cadangan Fudz untuk membawa kami ke Wat Chaiyamanglaram menambahkan keseronokan dalam perjalanan kami menuju ke Batu Ferringhi. Wat yang dibina untuk penganut agama Budha di Pulau Pinang ini sedikit sebanyak mengimbas perjalanan aku ke Negara Gajah Putih tahun lalu. Senibinanya saling tak tumpah dengan negara jiran Malaysia; Thailand.

Saban waktu berlalu mentari umpama sejengkal di kepala. Panas yang bukan kepalang! Mahu sahaja diteguk air yang dijual di birai jalan sepanjang ke Batu Feringhi. Angin sejuk yang menghembus wajah hasil ciptaan teknologi masih tidak mampu menghilangkan penat dan dahaga kami. Aku melihat raut muka yang keletihan terserlah daripada setiap daripada kami. Digagahkan sehingga tiba di Masjid Terapung Pulau Pinang untuk menunaikan kewajipan sebagai khalifah di bumi yang fana ini.

Sebening air wuduk menyejukkan epidermis, sesuci al-quran membersihkan jiwa yang meronta hasil godaan syaitan dan nafsu, semerdu alunan zikir mendendangkan hati yang resah menantikan waktu berbuka. Itulah nikmat dan keindahan ciptaan Ilahi. Tiada apa yang dapat tandingiNya. Alhamdulillah...

___________________***___________________

Sesudah itu, perjalanan masih diteruskan ke Batu Feringhi dan lokasi sasaran adalah ke Hard Rock Hotel Pulau Pinang yang ketika ini semakin hebat diperkatakan warga asing yang datang mencurahkan fulus ke bumi Malaysia.


Memang benar! Ada tarikan di tempat ini. Seolah-olah berkungjung ke 'negara orang putih' bermula daripada layanannya sehinggalah hidangan dan pengunjungnya. Terngiur aku melihat mereka-mereka bermandi-manda di kolam buatan unik yang terletak hanya beberapa langkah dari pesisir pantai. Namun, bukan itu tujuan kami!

(gambar: mungkin ini tujuan kami..hahahaha)

Jam sudah menunjukkan ke angka 5.00 petang...Sudah agak kelewatan. Kami singgah pula di kilang yang memproses batik berdekatan dengan Teluk Bahang. Bertemu sendiri dengan pemiliknya adalah satu penghargaan kepada kami. Melihat penghasilan batik dengan mata sendiri adalah satu pengiktirafan buat kami.

Sejurus itu, melewati Perkampungan Nelayan yang terletak berdekatan dengan pintu masuk utama ke Hutan Simpan Pulau Pinang menggamit ingatan aku ketika bertandang ke kampung rakan aku di daerah Kuala Terengganu suatu ketika dahulu. Mestinya sekarang ini sudah banyak yang berubah. Ibarat sekali air bah, sekali itulah pantai pun berubah.


Menggagahi pecutan motokar kami ke Hutan Rimba Pulau Pinang, deruan air terjun yang menghempas batuan di lantai bukit menyejukkan minda yang sedang kusut. Manakan tidak! Banyak lagi lokasi yang belum kami lewati sedangkan masa sudah hampir ke waktu berbuka.
Baru aku tahu sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di pulau ini.

Laluan Balik Pulau yang bersimpang siur merancakkan perjalanan kami. Sememangnya aku amat menggemari situasi ini! Adalah satu cabaran kepada diri aku sendiri untuk mengharungi laluan yang tak ubah seperti ular kena palu ini. Dalam perjalanan kali ini kami sempat singgah di empangan yang menakung berjuta geleng air untuk disalurkan ke seluruh Pulau Mutiara ini.


Akhirnya, kami tiba di kawasan Balik Pulau dan melewati beberapa tempat yang telah dirancang dari awal perjalanan tadi. Meneroka penghasilan beras di pulau ini adalah sesuatu yang amat menarik selain menikmati panorama masyarakat kampung yang bekerjasama untuk memproses hasil Industri Kecil dan Sederhana yang nyata tidak disedari ramai pihak. Dalam pada kepesatan membangunnya Pulau Mutiara ini, intan yang bernilai sebenarnya masih tertanam di sebalik kemajuan pulau itu sendiri.

___________________***___________________

Waktu berbuka semakin hampir. Aku amat yakin yang perjalanan kami ini takkan tiba ke penghujung tepat pada masa yang dijangkakan. Jadi, keputusan untuk membeli juadah berbuka sebagai alas perut adalah keputusan yang rasional. Kami singgah di tengah perjalanan sekitar Bayan Baru.


Sambil menikmati keindahan matahari terbenam di ufuk barat Pulau Pinang, perut yang dari tadi berkeroncong mendendangkan pelbagai irama ini di hidangkan dengan tegukan air yang dibeli di bazar sekitar Balik Pulau tadi. MasyaAllah! Betapa indahnya kurniaan Yang Maha Esa. Betapa sempurnanya segala yang dijadikanNya... Menginsafi kebesaran yang Maha Kuasa tatkala menyaksikan matahari membenamkan dirinya sesungguhnya adalah di luar jangkaan. Sebelum ini aku tidak pernah terduga untuk menikmati juadah berbuka dibawah sinar rembulan yang baru segan silu keluar menghiasi dada langit. Alhamdulillah...

Selesai menunaikan kewajipan, kami menghadiahkan diri masing-masing dengan santapan lazat yang dihidang di Hammer Bay. Walau ia bukanlah hidangan bernilai puluhan ringgit mahupun ratusan atau ribuan ringgit, namun ia tetap rezeki yang dikurniakan olehNya untuk sama dirasa dan dikecap.


Kami menyimpulkan perjalanan yang penuh dengan memori ini sebagai satu kejayaan besar buat kami dan diri sendiri. Kami berjaya melewati setiap lokasi yang telah kami rancangkan dari awal. Syukur ke hadrat Ilahi. Bukan mudah untuk berjuang di kala diri ini serba kekurangan. Terkadang diri membayangkan bagaimana suatu ketika dahulu, para syahid berperang di medan gempur. Demi menegakkan syiar yang disyariatkan oleh Sang Pencipta, onak dan duri ditolak ketepi.
___________________***___________________

Maka begitulah perjalanan saya bersama tiga rakan lainnya menjelajah sekitar Pulau Mutiara beberapa minggu lalu. Satu pengalaman yang sangat istimewa dan takkan saya lupakan sampai bila-bila. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada mereka bertiga kerana sudi menjemput saya untuk bersama-sama dalam ekspedisi ini. Banyak yang dapat saya pelajari. Juga, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi bekerjasama menjayakan eksplorasi kami ini. Syukur kerana tiada sebarang kecelakaan berlaku.

Semoga ada lagi kesempatan lain untuk saya berkunjung dan mengeksplorasi keindahan yang ada di tempat lain pula.





*orang kata kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...tapi sekarang ni dengan teknologi tak perlu ruyung bagai dah...

Selasa, September 14, 2010

BEST team ever!

Tajuk entry di atas telah banyak mengundang pelbagai kontroversi dari semua pihak. Tak kisahlah dari dalam mahupun luar kumpulan itu sendiri. Tambah lagi bila ada yang rajin menuang minyak dalam api yang tengah marak.

Apa pun, saya tetap berbangga punyai satu pasukan yang saling menyokong sesama sendiri, sentiasa berjerih perih bersama, dan yang paling penting TAK cakap belakang-belakang. Kalau tak puas hati just cakap je depan-depan...Tak gitu kawan-kawan?hehe...

Kumpulan ini tertubuh hasil daripada sesi temuduga yang kami buat sempena Festival Colours of The World (FESCO) yang bertempat di Universiti Teknologi Petronas (UTP) awal tahun 2010 ini.

Keputusan untuk mengadakan sesi temuduga ini dibuat berikutan rungutan pelbagai pihak mengenai ketulusan pemilihan penari yang akan mewakili USM dalam sebarang acara di dalam dan luar USM sendiri.
Jadi, beberapa fasa telah dijalankan oleh Koreografer USM, Valentino Stanley (VS) untuk mencari penari yang betul-betul mempunyai semangat 'assabiah' yang tinggi dalam sesebuah pasukan.

Hasilnya, muncullah beberapa muka baru yang turut diangkat sebagai pelapis pasukan ini pada masa akan datang. Malang sekali, tiada seorang pun dari kalangan arjuna di universiti APEX ini tampil untuk mengangkat bidang seni tari di institusi ini. begitupun, kami bersyukur dengan apa yang telah dicapai melalui konsep temuduga/ audition ini. barangkali, ada lagi yang takut-takut bilamana dihebahkan adanya 'audition' kerana rata-ratanya beranggapan hanya yang hebat bakal terpilih. Satu andaian skeptikal yang harus dibuang jauh-jauh!

Susulan daripada itu, wujudnya suara-suara dari belakang yang mengatakan kami pilih kasih dan tidak memilih penari lama untuk bersama dalam acara ini. Ada juga rungutan bahawa pemilihan dibuat berdasarkan emosi dan bukannya profesionaliti. Ternyata ia adalah satu tamparan hebat buat kami selaku panel penilai.

Jadi, setelah semua keputusan dibuat yang sememangnya amat berat ibarat ditelan mati emak diluah mati bapa, maka tertubuhlah satu pasukan tari untuk FESCO 2010.

Pemilihan dibuat atas kecenderungan memberikan komitmen yang tinggi terhadap kumpulan dan ke'demand'an yang rendah dalam apa-apa arahan...(titik di situ...kalu ade lagi soklan tanya direct ok)
Sepanjang sesi latihan berlangsung, semuanya NYATA memberikan komitmen 200% tak tak berbelah bagi. Tanggungjawab terhadap akademik tetap diutamakan! Penglibatan dalam bidang ini bukanlah penghalang untuk mencapai keputusan gemilang dalam arena akademik dan tidak perlu dijadikan satu alasan andai tewas di medan ilmu.

Sesi latihan turut disulam dengan tawa dan tangis. Bagi saya, ia adalah lumrah dalam bidang ini. Tiada juraian air mata maka lompanglah seni dan pincanglah budaya. "air mata jadi permata", dan ia terbukti telah mengeratkan sesama ahli pasukan yang terlibat. Tawa menjadi pengubat tatkala hati yang sedang lara. Umpama satu keluarga besar, kemanisan madu sama dikecap bersama.

Apapun, amanat dari yang lama tetap disemat menjadi pendorong untuk memacu kejayaan.

Situasi menarik yang ingin saya kongsikan di sini bersama pembaca semua adalah semangat satu pasukan untuk tidak melihat ahli lainnya bersusah sendirian amat saya sanjung! Buktinya, kami berjaya menghasilkan satu set kostum (pakaian tarian) kami sendiri hasil daripada percambahan dan percantuman idea semua ahli. Masing-masing komited dan sudi luangkan masa untuk datang menjahit dan melengkapkan mana-mana bahagian yang masih belum sempurna sehinggalah ke takat terakhir sebelum bertanding. Sehinggakan ada yang memuji kehebatan kostum kami yang bertanyakan kos untuk mendapatkan set seumpama ini. Tertawa pula pabila menjawa soalan yang diajukan kepada kami. Kadang kala terharu saya melihat kesungguhan yang ditunjukkan mereka. Sampaikan titisan darah dan keringat sebagai galang gantinya.

Bukan setakat itu sahaja, saya turut saksikan kehebatan dan bakat penari-penari USM mendandan rambut dan menghasilkan sentuhan ajaib ke wajah-wajah polos masing-masing. ALHAMDULILLAH...Tuhan mengurniakan bakat ini kepada kami.

Selain itu, buat julung-julung kalinya pasukan tari USM bergabung dengan Unit Sukan dan Rekreasi USM untuk mendapatkan teknik dan stamina yang kukuh apabila menjelang ke hari pertandingan kelak. Sekali lagi saya puji usaha setiap ahli yang hadir ke sesi latihan setiap petang di Stadium Olahraga USM untuk sesi latihan stamina. Malah turut diselit dengan sesi senamrobik dan larian rentas setip pagi hujung minggu yang bermula seawal 6.00 pagi lagi. Bayangkanlah tatkala rakan-rakan lain sedang lena dibuai mimpi indah di kamar empuk, mereka berkorban memerah keringat menghirup udara segar dini hari.

Tidak terhenti di situ, semangat ini dibawa hingga ke pagi hari pertandingan di UTP. Melihatkan rakan-rakan universiti lain terlopong bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan untuk membakar semangat riak dan ujub dalam diri namun, ia menjadi satu momentum untuk setiap daripada kami memacu momentum yang terbaik dan terulung. Tahniah! Tahniah dan Tahniah!

Jutaan ucapan TERIMA KASIH kepada jurulatih Unit Sukan USM, Mr Jega yang sudi memberikan tunjuk ajar kepada kami dan tips-tips berguna untuk dimanfaatkan.

BEST TEAM EVER adalah ungkapan daripada ahli-ahli ini sendiri terhadap diri masing-masing. Penyertaan sulung akhirnya membuahkan hasil walaupun ada yang beranggapan kami hanya merangkul anugerah yang 'biasa-biasa sajerrr'. Lawan kami bukan hanya IPTA malah seluruh IPT di Malaysia berhimpun untuk mempertandingkan karya tersendiri termasuklah universiti dari luar negara. Pembaca semua bolehlah rasai pengalaman menarik ini sendiri andai berpeluang pada tahun-tahun akan datang.
Bukan niat meninggi diri apatah lagi menyombong dengan sesiapa tapi percayalah kemanisan ini tidak hanya tergambar hanya dengan kata-kata mahupun frasa "BEST TEAM EVER" itu sendiri.
MOHON MAAF kepada yang tersinggung. Entry ini tak bermaksud nak melukakan hati sesiapa. Sekadar menulis berkongsi ilmu yang ada.
Hakikatnya, kemanisan semangat berkumpulan itu patut dijadikan sumber inspirasi oleh sesiapa sahaja dalam usaha meraih kejayaan dan kecemerlangan dalam apa-apa bidang di dunia ini.

Dilampirkan bersama beberapa keping gambar kenangan saya dalam pasukan USM yang telah mempersembahkan tarian etnik Sarawak bertajuk "Langi Julangan". Ikhlas saya nyatakan di sini, kenangan ini takkan saya lupakan hingga akhir hayat!



*lestarikah apa yang telah disuntik ini?

Isnin, September 13, 2010

Jangan Menyerah beb!

Wa mau kongsi satu lirik lagu nyanyian sebuah band dari negara seberang Indonesia.
lagu ni banyak bagi inspirasi kpd wa untuk teruskan perjuangan dalam idop wa.

Thanks to Ahmad Hafifi Kamarudin yang sarankan aku untuk hayati bait-bait lagu ni tym wa bermuram durja suatu ketika dulu...
Bak kata org 'a friend in need is a friend indeed'...

So, hayatilah...
Jangan Menyerah - D'Masiv
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna

Jangan kau sesali

Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada

Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar

Dan tak kenal Putus asa

Amacam?dapat rasa tak aura lagu ni?

Di kesempatan ini juga, wa nak berkongsi lirik lagu wa untuk sebuah pementasan teater muzikal yang bakal dibuat tak lama lagi.

Lirik lagu ini menceritakan betapa rupawannya seorang wanita itu sehingga disanjung dan dijulang oleh sang arjuna kendatipun kadang-kala hakikat diri si wanita itu amat perih untuk dikilas sendirian.

Tajuk lagu yang masih tak dak iramanya ni adalah 'Rajuna Lati'... (kalau nak tahu maksud kenela rajin2 semak helaian dalam Kamus Dewan tu)

Seperti mayang berurai berkilau hitam rambutmu
Memancar sihir lohan Nirwana penuh keningmu
Berkerling bintang Kejora diindah matamu
Bak semut hitam jalan beriring kerap alismu

Melengkung selentik harpa panjang bulu matamu
Bak Himalaya menunjang langit bangir hidungmu
Rekah mawar berhias permata kedua telingamu
Lesung pipit penyedut sukma hiasan pipimu

Bagaikan delima merah merekah gemas bibirmu
Seperti kawanan domba merumput berbaris rapi putih gigimu
Kristal madu bergula ganda manis senyummu
Indah bak lebah bergantung amboi dagumu


Seputih pualam sehalus sutra lembut kulitmu
Lehermu jinjang hiasan bahu bak angsa emas Firdaus

Lenganmu gemalai berjari lentik melambai bak nyiur di pantai
Bagaikan mannequin adi busana langsing pinggangmu

Bak lumpang emas istana liang pusarmu
Bagaikan siluet gitar Sepanyol lekuk pinggulmu


Kakimu lincir menjulur kembar
Langkahmu seperti canda kijang kencana
Anggun ditingkah betis si bunting padi
Suaramu bak desah merdu si buluh perindu
Hatimu lembut seperti bayi
Sifatmu penyayang berpikiran lapang

So, jangan lupa saksikan keunggulan kisah cinta antara seorang wanita kelainan upaya terhadap seorang lelaki kaki 'playboy' tak lama lagi. Hasil arahan pemuda berbakat besar...hehe...

wa chow dulu~





*saya sayang dia, adakah dia sayang saya?