Khamis, Ogos 25, 2011

Perancangan Sebelum 30


phew!
penat nak fikir tajuk entry ini...
takot nanti orang fikir aku mengada-ngada dan nak menunjuk2. tapi lantak lah kan..ni area wa doh! sukati wa la nak tulis apa pun!haha...

okey, buat masa sekarang fokus aku cuma keja.
waaaa! bajet nak mamps kot!
yela, dulu2 tyme abis belajar konon2 la nak kumpul harta setahun.
lepas cukup duit nak sambung master, then henti keje kejap pastu blaja balik.

tapi bila dah keje ni len macam rasa wei. siyes seronok gila babi!
dah dapat pegang duit sendiri (Walau TAK banyak mana) & dapat beli harta benda yang diingini memang tu sangat orgasm! siyes! puas giler weh.

so sekarang, aku target nak keje dulu 3 tahun sampai umur aku jadi 25.
then, sambung master tyme tu. kalau leh xnak la wat PJJ (Pelajar Jarak Jauh) uols.
nak fokus sehabis baik.

sasaran aku pulak nak buat kat over the sea.haha...berangan weh!
yela, dari dulu lagi kot aku ni suka travel.
bagi aku travel ni mematangkan aku yang susah giler nak matang.
tapi bile dh merantau, baru kita dapat tau n kenal erti kehidupan. siyes tak tipu!

kemana? erm opkosla tempat idaman kalbu ku Birmingham!haha...
wait for me yaaa!

okei, itu ketika umur aku 25 tahun.
lepas abis belaja yang ku bajet dalam 2-3 tahun, ku balik melesia umur dah 28 kan?

tyme tu mula balik kehidupan, cari bini (wahaha! muntah), kumpul harta banyak2 n bila dah sampai umur 30 kawen! boleh tak?

tyme tu harap2 hutang kete MyVi aku dah langsai, hutang PTPTN pun dah abis bayar, hutang SengHeng, hutang kedit kad n segala hutang piutang lah.haha...

ok tu saje, nanti target idup lepas umor 30 aku post kemudiennn...tata~

Lailatul Qadar



"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."
(Surah Al-Qadr ayat 1-5)

Alhamdulillah, sudah fasa terakhir kita di bulan mulia penuh barakah, Ramadan Al-Mubarak. Menjelang ke detik akhir sebelum berakhirnya Ramadan, pasti ramai yang tidak mau terlepas bertemu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, malam di mana al-quran diperturunkan dan malam di mana malaikat Jibril turun ke bumi mencatur segala urusan umat.

Ayat surah Al-Qadr sudah jelas menerangkan keunikan dan keajaiban malam Lailatul Qadar.
Waktu sebenar terjadinya malam itu tidak dinyatakan sepenuhnya secara jelas di dalam Al-Quran namun, pencarian malam itu ditekankan pada 10 malam ganjil terakhir di bulan Ramadan.

Sabda Rasulullah (s.a.w):

"Carilah Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang tersisa." (HR. Bukhari)

Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) bersabda:

"Carilah Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir, namun jika ia ditimpa keletihan, maka janganlah ia dikalahkan pada tujuh malam yang tersisa." (HR. Muslim)

Kenapa 10 malam terakhir?
Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah
mempunyai kekuatan kerohanian dan kesedaran yang tinggi. Maka ia adalah saat terbaik mendapatkan momentum untuk melakukan ibadah.

Selain itu, oleh kerana malaikat juga turun pada malam tersebut, sekali gus mendorong orang mukmin
melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga
pagi.


Pun begitu, kehadiran malam Lailatul Qadar dapat dikenal pasti melalui beberapa petanda pada malam atau siang.
Antaranya:
  • Bertambah terang sinar cahaya pada malam Lailatul Qadar berbanding malam2 lain.
  • Malaikat menurunkan ketenangan dan kelapangan hati sehingga kita dapat rasa kenikmatan beribadah.
  • Kadang kala, kita dapat melihat malam itu melalui mimpi dengan izin Allah, seperti yang terjadi kepada sahabat2 Rasulullah.
  • Malam yang penuh kelembutan, udara tidak terlalu panas, tidak terlalu dingin, angin bertiup tenang.
Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya aku diperlihatkan Lailatul Qadar lalu aku dilupakan, ia ada di sepuluh malam terakhir. Malam itu cerah, tidak panas dan tidak dingin bagaikan bulan menyingkap bintang-bintang. Tidaklah keluar setannya hingga terbit fajarnya." (HR. Ibnu Hibban)


Jika siangnya pula:

  • Matahari terbit dengan keadaan jernih, sinar tidak tersebar dan menyilaukan.
hadis daripada Ubay bin Ka’ab yang meriwayatkan bahawa:
"Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) mengkhabarkan kepada kami: "Sesungguhnya matahari terbit pada hari itu dalam keadaan tidak tersebar sinarnya"". (HR. Muslim no.762, 2/828)
  • Sebagaimana suasana lembut dan tenang pada malam Lailatul Qadar, demikian juga dengan udara dan keadaan pada pagi harinya.
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, bahawa Rasulullah (s.a.w) mengajarkan kepada kita agar membaca doa berikut saat menemui Lailatul Qadar:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Maaf, Engkau mencintai pemaafan, kerana itu berikanlah maaf kepadaku."
  • Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali ada memberi petua untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
  1. Ahad atau Rabu – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadhan.
  2. Isnin – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-21 Ramadhan.
  3. Selasa atau Jumaat – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-27 Ramadhan.
  4. Khamis – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
  5. Sabtu – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Tapi, malam Lailatul Qadar ada juga dikaitkan dengan mitos masyarakat kita bahawa petanda2 berlaku malam itu boleh dibaca melalui pergerakan alam antaranya:
Air sungai berhenti mengalir
Pepohon menunduk
Langit berwarna merah




Walaubagaimanapun, sebaik-baiknya kita tidak seharusnya menumpukan ibadah pada malam2 tertentu saja,
ikhlaskan diri beribadat kerana Allah.


Wallahualam~

Selasa, Ogos 09, 2011

Putus Tunang!


Sempena petang yang fana ini, aku nak kongsi sedikit kisah hidup aku yang dah laamaa dah tak update.

Sepanjang sebulan lepas, fokus aku hanya pada kerjaya. Memangla ada aku tulis pasai cintan cintun bagai kan. Tuh semua dusta semata-mata!

haha...ngok je kan?

Teman mai bersilih ganti, dan sepanjang tempoh tu jugakla ku kenai macam2 orang, macam2 ragam! Ikhlas tu belakang kira dah dalam dunia skg ni kot.

Kadang-kala rasa macam tertipu, kadang-kala rasa macam aku ni sorang2 je kat dunia ni. Kawan? Emmm, susah dah nak cari yang betul2 akan sappot kita tym susah. Banyak yang dengki je. Bukan nak kata aku ni perfect sangat sampai bikin orang nak dengki kan, tapi kalau nak compare dulu n sekarang ni OBVIOUSLY kawan2 ramai yang mai tang senang ja.

Cinta pulak? malas dah nak crita lebih2.

Pagi tadi saje lepas jer bersahur, aku dikecewakan lagi. Putus tunang uols!!!haha...

Sebab? Cinta jarak jauh & akhirnya jadilah ketidaksefahaman! So, penyelesaiannya: PUTUS TERPAKSA!

Nak sedih? Menangis? buat apa? dah tu takdir Dia. Aku pasrah saja. Ada jodoh nanti adalah. (ayat hartis wei!)

apapun, selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh berkat ini. Berlumba-lumbalah kita mengejar bonus pahala yang sememangnya lebih berganda-ganda berbanding bulan-bulan lain. Amin~