Isnin, April 11, 2011

Malam Pesona Bintang Adikarma


hahaha! gelak nakal bukan jahat okay

kalau dulu kan, haku selalu tengok budak2 universiti haku ni syiok je kan berjoli sakan, shoping baju kemain lagi dah macam nak raye semata-mata nak g diner final sem.

kalau dulu kan, haku dengki tau dengan mereka semua pasai abis jer diner bertimbun2 gambar depa haploid dalam pesbuk. siap tag bagai nih! bila kuar kat wall haku mula la rasa nak remove masing2...pastu mulala tukar profile pixcas. saje je tau!

kalau dulu kan, amat iri hati tengok semua pakai lawa2, hensem2 semata-mata untuk 1majlis makan-makan beramai-ramai pada masa kurang dari 3 jam. rase nak pegi kat sekor2 kasik penampar dan koyak2kan baju depa. mak aihhh! babeng brutal ngko kan!

dan kalau dulu kan, jeles tau tengok budak2 dapat award bagai..king of the nite la, queen of the moon la...hanjeng tol! tak pernah nak rasa itu semua..

paling hebat pon, haku ni sekadar tukang mekap (jurusolek dan jurudandan dan sponser kostum) je untuk rerakan nak pegi diner.
tu pon dah cukup puas hati..terharu sampai siap nangis2.

(ni rerakan yang sentiasa bersama haku sejak mula2 masuk USM lagi tau..tapi xcukup lagi sorang, abe Shark! dia bz keje..huhu..dari kiri: Camp,Tino,haku, Randy)


yela, zaman belajar dulu mana cukup duit tambah2 final sem.
PTPTipu tuh pon dah habis belum sampai suku sem lagi. bukan boros tapi keperluan lebih banyak daripada kehendak. terpaksa melabur sedikit rezeki yang Tuhan bagi tu...

walau hati bergelojak nak sangat pergi diner, nak rasa apa bestnya diner, nak enjoy dengan rakan2 semua n segala2nya lah tapi hasrat tuh terpaksa dibatalkan dan mungkin gak ditangguhkan dulu. syahdu kan...

Terfikir gak kadang2 konon haku postpone diner ni nak g diner len tak pon nak g diner paling last pasai rasa tu paling special. tapi semua tu sekadar nak sedapkan hati je tau.

(terimalah pose indie band dari kami bertiga!yeahhhh!)


tapi takpe, ada hikmah disebalik setiap kejadian kan.
akhirnya, setelah aku dah convo, dan grad baru dapat jemputan untuk ke majlis makan malam yang mungkin terakhir bagi haku di USM walau diner tu baru permulaan di sana.

yep! baru bermula...
mereka semua baru melangkah setapak ke hadapan. haku amat bangga.
1st bila jemputan tu sampai ke meja haku di KOSMO!, haku nangis tau. eee! overlah ngko!asek nangis je keje!geli mak!

(ni sajor termampu dibeli untuk diner ni...dh cukup vog kot..hehe)


ahhh..lantak la...
ni kisah aku...bukan kisah pasai ko.:P

bermula dari tarikh sampainya kad jemputan tu terus haku overeksaited okeh!
sampaila ke hari kejadian : 03.04.11...
asek berfikir2 nak pakai baju hape, berfikir2 nak pegi dengan apa...n semua bende lah.
maklumla,....1st timer kot...ala2 wanita baru ngandung anak sulung...motif?

walau tempat berubah last minit, tu tak mematahkan semangat haku untuk ke sana gak.
tempat bukan penentu event tu grand atau tak kan...

sebelum ke sana, haku dengan sukarelanya siap tolong mencarikan dress diner lagi untuk SIM (Salwa Intan Munirah) selaku alumni yang akan bersama2 pada malam diner nanti tu...haha...gigih kan?
tapi susah kan kalau empunya badan xde sekali..takot terbeli yang tak sesuwai..mati la mak!

akhirnya, kostum haku dah setel..hehe..
temanya 'Pearl & Diamond'. setuju amat dengan tema ini! cayalah!

(inilah dia Salwa Intan Munirah...lawa kan?)

so, tibalah haku ke acara gilang gemilang Malam Pesona Bintang Kumpulan Kesenian Adikarma USM.

amat terharu akhirnya kumpulan yang baru berusia tak sampai setahun ni dah ada makan malam pertama mereka sendiri.:)

(ini lak Cik Pengarah Projek diner ni..yang gigih dan sangat komited! thumbs up!)


depa letakkan haku bersama VIP. hehe..
well, hangpa dah jemput haku pon dah kira ok. tak perlu nak letak dengan VIP bagai.
makan tak kenyang uols... pasai depanyer aktiviti terlalu banyak. sangat serunuk! sampai tak leh consentret nak makan bagai ni...bukan xde selera, bukan xsudi..tapi xnak lepaskan peluang walau sedetik pon.

kebetulan malam tu ada majlis anugerah Bintang Popular Berita Harian di Genting Highlands.
ada award2...dan di lokasi tempat haku berada pon ada gak award2...

ada Anugerah Pesona, Anugerah Pesona Sepanjang Zaman, Anugerah Emas Pesona, Anugerah Mahogani Pesona, Anugerah Nilam Pesona, Anugerah Juwita dan Pria Pesona serta Anugerah Juwita dan Pria Junior Pesona.

(potong kek Adikarma bersama-sama)

***

Kalau Anugerah Pesona tu depa kata diberi kepada ahli2 yang banyak berjasa sejak penubuhan Adikarma.

Manakala, Anugerah Pesona Sepanjang Zaman menghargai jasa dan sumbangan ahli paling awal bersama Adikarma, sejak bermula penubuhan sehingga tamat pengajian.

Anugerah Nilam Pesona untuk projek terbaik sidang lepas.,.

Anugerah Juwita dan Pria Pesona diberikan kepada pahli yang paling menyerlah dan memberi banyak sumbangan kepada Adikarma..begitu juga junior..yang turut dihargai pada malam itu. semuanya adalah penghargaan kepada ahli yang bertungkus lumus sejak awal enubuhan sampai sekarang.
tu apa yang depa cakap la..
ehhe..

***


Jadinya, malam tu semakin mengharukan haku bila depa kasik award kat haku sekali tau.
siot je kan buat ak taching siap nangis2 depan orang ramai ni...jahat tau!
mula2 depa kasik award Mahogani tu kat haku...sebagai kumpulan terbaik sidang lepas.
hehe...yela, dulu kan haku pernah handel team FESCO USM...
walau tak menang tapi ia meninggalkan kesan yang amat sangat mendalam okeh dan membawa arus perubahan yang major. ayat!xleh blah...

pastuh, depa kasik haku Anugerah Emas tu,...sebagai penghargaan sepanjang masa.
sebagai pengasas dan yang paling banyak menyumbang jasa. gituu...time ni siyes haku tak leh tahan nangis. tak baek tak buat orang2 tua macam haku ni tersentuh. hohoho...

then. ade lagi award last..
iaitu King of The Nite. iaitu Anugerah Raja Pesona. giler la...haku xmasuk bertanding la uolsss...
pitam2! siap ada soal jawab ala2 miss world lak...
tup2, depa iktiraf haku pulak pemenangnye...adoiiii...saje je kan nak kasik haku yang sensitif amat ni nangis dan nangis.

(sebelah haku, Monadilla. dia ni RATU PESONA okeh! jangan main2)

hehe..
jadi, begitulah alkisahnya kenangan yang dah pon jadi sebahagian daripada lembaran sejarah hidup haku.
dan semua award tu kini utuh tersemat di dada kamar dan ditatap setiap kali sebelum mata terpejam dan sesudah roh ditiupkan semula ke jasad.
sangat manis! sangat memorable. THANKS semua..thanks sangat sangat sangat! tak mampu nak membalasnya dengan kata2.


kini, haku dah cukup puas hati.
kini haku dah rasa pakai pakaian vog2 ke diner..

dapat rasa sensasi seronoknya shopping sambil teruja nak ke diner.
dapat rasa gambar di upload di FB dan ditag serta dikomen malah ditukar profile pixnyer..
dapat rasa menang award...malah depa kasik 3 AWARD lagi...
dapat rasa jadi jurumekap, jurudandan, jurusolek dan jurusponser rakan-rakan haku dan diri sendiri untuk ke diner bersama-sama.

dah tak mencarut, dah tak meronta-ronta nangis dan ngamuk kat semua orang, dah tak sakit hati, dah tak persoalkan kenapa rezeki aku tak semurah rakan-rakan lain suatu ketika dulu.
haku bersyukur. inilah hikmah yang Tuhan kurniakan padaku akhirnya.

Alhamdulillah...

Ahad, April 10, 2011

last copack!

08.04.2011

yea!yea! dah last day dah..
hari ni bagun2 terus pack in barang2 sebab dah check out.
janji jam 11am tapi turun nyer forsurelah tak on time kan!haha.,sangat Malaysian okeh!

pasai pa haku cakap camtu?
pasai haku kagum dengan sikap orang2 kat Singapore nih.

depa amat disiplin okeh! sikit2 nak berator, sikit2 bagi laluan. (gambak tu adalah koleksi yang sempat haku kumpulkan time kt Singapore..hahaha.jangan cakap pape pasai topi kecik tu ok!)

depa kan kalau nak naik bas ke nak naik MRT ke confirm depa akan kasik ruang untuk orang2 kat dalam tuh kuar dulu then baru depa masuk. nak masuk pun siap bertertib bagai... beratur elok2..xde tolak menolak. kalau orang2 kita la memang giler babeng la masing2. xtau nak kejar ape...dah macam explorace dah. nak menang je kan!

pastu, negara depa ni bersih wooo! suka lah! nak jumpa secebis sampah pon susah. even di lorong2. kita ni bukan stakat lorong, lebuh raya pon berlambak sampah. yela..masing2 naik keta sibuk nak menjamu selera, pastu buka tingkap buang tros! kelleasss! tu tak lagi tengok part lorongnyer, sampah bertimbun-timbun!

dari segi infrastruktur depa lak, memang haku sembah ratu guna 8 step zapin nusantara lah! 1stly, bangunan depa semuanya tinggi2 dan design canggih2! kaler lawa2! makan hati disitu! 2ndly, pekerja semua sangat efisyen. xdenye nak ngulat2 nih! 3rdly, nak akses dan berkomunikasi kat sana xda hal... semuanya ada disini..gituuu~

kalau hangpa nak tau kan, depa nye teksi kelleasss tau! 1- ade mesin kredit kad. mampooo? 2- kenderaan digunakan depa kalau bukan nissan, toyota..tak pun hyundai sajooo! 3- pemandu depa cermat, berhemat dan mesraaa alam. tak macam kita, masuk2 je dah kene bambu berbakul2 pasai lambat masuk,. pulak tuh, tambang tak nak pakai meter main hentam jerk. tup2 yaaaa! 50 hingget je walau sekangkang kera perjalanannyer. siott je an!

(pose lompat2 depan stesen ketapi tanjong pagar yang dah nak kene roboh tak lama lagik)

itulah dikatakan negara maju kan.
bukan nye haku nak merendah2kan tempat tumpah darahku.
tapi aku cuma terpesona dengan keindahan budi bahasa dan segalanya yang tak de kat Melesia walau kita cuma berjiran dengan mereka.
wai?wai?

then, rasanya tak salah kalau kita praktikkan amalan sepertimana yang mereka laksanakan di sana. ambil yang keruh buang yang jerniah kan..eh!eh!terbalik ek?hahaha~
pasai pa haku cakap keruh2 ni?
pasainya depa pon ada gak kecampingannya walau kebanyakannya perfect!
segelintirnya ada gak yang KURANG budi bahasanya.
lagi la kurang hajar! (maaf bagi pemilik nama hajar, hajariah, hajawati dan seumpamanya..xde kene ngene k!).

iyer, haku dah kene dengan sorang pakcik nih! syok2 dok ambek gambo, tetibe mai marah2 haku. siap kuarkan kata2 kesat lagi. katanya dia benci orang Melesia. pasai pa lak kan?...ak gak yang kne serang.motiffff? takpe lah...orang tua...tak amek hati sangat... bak kata orang2 kita: warga tua teras masyarakat...lalalala~


ha...itulah sedikit sebanyak yang sempat haku kongsikan dalam travelog 3hari 2malam di negara Singapura ni.
ekceli banyak lagi tau lokasi yang tak sempat dilawati oleh kami.
at least, kene spend masa 4-5 hari untuk mengunjungi lokasi2 menarik lain lagi di negara ni.

kalau mai Singapore ni kene try Murtabak Singapore yang sangat agam saiznya. dan pastinya lazatttt! terangkat pungkok tau!

pastu, Singapore ni kan terkenal dengan patung singa yang kuar air tu kan. ha...haku sempat bertamu ke sana.. tapi malangnya sekarang ni under constuction uols.. depa nak bukak hotel Merlion...so, depa tutup la patung singa kuar aiyak kot mulot tu dah..sentap mak nak!


sepertimana mula, begitu juga akhirnya.
kemari dihenjut ketapi pulang pun begitu.
tapikan, sensasi naik ketapi ni lain macam sket..
rasa nostalgia tu membuak-buak!
tak caya? cubalah...nanti kelak bila dunia ni dah terlampau moden, dan ketapi pon dah tak de jangan coba2 nak nyesal...
seronok wa cakap sama lu...

jadi, sampai di sini saja siaran kita kali ni. jumpa lagi di lain hari..tata titi tutu~


chiaO!

Sabtu, April 09, 2011

Universal Studio SINGAPURA

07.04.2011

2nd day haku di Singapura...
semalam amat giler penat berjalan wooh!walau tak seberapa pun..
maybe penat kene henjut ketapi, tido xlena..kejap2 jaga..kejap2 jaga!huhu..

hari ni memulakan hari dengan penuh bertenaga dan sarapan ditaja khas oleh Milo dan Planta.uyeahhh!
NAMUN!
langit tak semestinya cerah kan~
buktinya, baru je bangun nak mulakan perjalanan air yang disponser lak tumpah..
ayoo!choi hari ku..huhu..

lepaih tukar kostum, barula mulakan perjalanan ke Sentosa Island.
lokasi permulaan di MRT (Mass Rapid Transit) stesen Little India.
untuk ke Sentosa juz bayar 1.20 dolar Singapore saje.
dapat kad then simpan dapat redeem bile dah sampai tempat dituju.haha..

lepas tu, untuk ke pulau itu perlu naik lagi skali kenderaan seakan-akan monorail (kalau kat KL la), harga around 3 dolar Singapore.hehe..

so, ini lah dia! UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE! tadaaa~
(pose manja2 daring untuk olsss)

bayaran masuk?hehe..
agak2 brape?
memandangkan lokasi ini dikira ekslusif dan susah ditemui di rantau Asia, forsurely la harganya pun kao2 kan!

(Universal Studio tak sama ngan Disneyland tau...so, jangan nak expect ade Snow White, Cinderela bagai k..salah tempat tuh!)

66 dolar Singapore yer rakan-rakan...kalau dah diconvert ke duit Melesia lebih kuang RM160 la...alaaah, sekali sekala berbelanja lebih.tak nyesal wooo!
tapi, kalau weekend hargenye naik sehingga $72. kalau senior citizen n children murah sikit la..

so, masuklah wa bersama rerakan ke dalam taman itu...

(free je nih! dun wory)

berpandukan map yang dibekalkan di merata-rata, ada TUJUH tarikan utama berdasarkan tema-tema filem dan animasi yang pernah diterbitkan Universal Studio.

(map yang perlu dijaga rapi dan dikhatam sebelom memulakan perjalanan)

mula-mula masuk korang akan nampak bangunan sekeliling yang berkonsepkan HOLLYWOOD!
yeaaah! welcome to hollywood uollsss...kiri kanan ada laluan mcm kat sana betul yang ada bintang2 bertulis nama selebriti. memang sebijik!
struktur bangunan sama!

ke kirinyer korang akan jumpa tema MADAGASCAR.
ada dua tarikan utama di sini iaitu Madagascar: A Crate Adventure...
mendalah ni ala2 cruise je...bole la untuk kanak-kanak yang gemarkan karakter dari filem Madagascar ni...Alex, Marty, Melman & Gloria.hehe..cute!

Pastu tarikan permainan keduanya ada King Julien's Beach Party-Go-Round.
alahhhh, macam Mery-GO-Round tu la..tapi kita leh naik karakter2 dari filem tu...semua comel2 okeh!
(Madagascar semua karakter cumels2)

kalau nak dapatkan cenderamata boleh ke booth Penguins Mercantile.
nak makan2? ada Marty's Casa Del Wild dan Gloria's Snack Shack...

kat sini haku bagi 3 star!

***
seterusnya, perjalanan akan mengembara ke negara FAR FAR AWAY..
ingat lagi tak cerita Shrek?ha...
kat sini la semua karakter tuh dikumpulkan tau..
memang luar biasa!
(welkam tu Far Fart Away kingdom..eh..eh..salah eja ek?)

kat sinila korang boleh mengalami keseronokan menyaksikan wayang 4D. kat Melesia cuma di Genting Highlands sajor adoooo...
giler siyes serunuk! dengan seat leh gerak-gerak. ada spray2 air, geli2 kat kaki, leher sket..kasik stim!haha...
(nak masok tengok tayangan 4D tuh kat dalam istana blakang ni ha...style kan?)

pastuh ade gak roler coaster kat sini, namanya Enchanted Airways.
katanya junior ride tapi bila dah naik haaaa!mula la keluar semua benda dari mulot. siap ade yang mencarut bagai!haha..
junior ride pon agak mencuakkan!hehe..kantoi penakut!

(hehe..macam dalam citer2 katon lak..ade istana..ade prince charming..ade sinderela..erk!)

Selain tu, ada lagi dua tarikan permainan kat sini iaitu Magic Potion Spin dan Donkey Live,...
yang spin2 tuh ofkosla ferris wheel dan live2 tu mestila show..quite fun!

park ni haku kasik 3.5 bintang!:)

***
habis part kanak-kanak riang, perjalanan diteruskan ke THE LOST WORLD pulak..
kat sini depa himpunkan semua karakter dinosaur dalam Jurassic Park.
ada elemen hutan..air...tanah...angin.complete!

tarikan permainan?
sabar2...

depa ada :
1) Jurassic Park Rapids Adventure.
-yang ni boat bulat yang boleh dinaiki 9 orang n boleh pusing2 dalam air...
-kene sedia baju hujan tau nak masuk kalau tak kene beli dengan harga $2.rugiii!
-kalau nak feeling2 cantek toksah naik mende ni..cnfirm lepas abis ampa dah tak cantekkkk!
-basah?oyeeeeeaaaahhh! confirmmm! haku walau dah pakai baju ujan pon boleh basah lencun sampai ke underwear apetah lagi yang tak pakai baju ujan..tapi depends gak pada kedudukan korang dalam boat tu!

2) Canopy Flyer
-yang ni memang antara tarikan utama gak sini..berator kemain panjang lebaaaaar! tapi kejap je pusing2 dah sampai..baru jerit xsempat pecah sora lg..
-konsepnyer, ada 2 kerusi depan n 2 kerusi belakang untuk setiap kenderaan n kaki korang akan terjuntai ke bawah...
-depa akan kasik korang berpusing2 area jurassic park tu je..tapi, agak thriller bagi yang takot gayat!haku?confirm2 la TAK!

3) Dino-Soarin
-alaahh, yang ni macam kat funfair selalu ade..
-naik dua orang pastu pusing2 boleh turun atau naik tinggi.
-cukup masa berenti...
-haku naek pon pasal nak keringkan seluar n baju yang basah..:P

4) Amber Rock Clim
-abseiling je...
-haku xlayan...wat penat je...

5) Waterworld
-yeeeeessss! BEST giler pertunjukan air depa..
-mula2 haku ingat macam pertunjukan haiwan ke ape, ruper2nyer dah macam kita tengok filem tempur2 dalam air secara live tanpa cut2 nih!
-syiokkk habes! awek depa pakai seksi!hehe...
-ade bom letop2! bunga api, jet ski, kapal terbang, tembak2, terjun, n macam2 la! pendek kata korang kene tengok sendiri!
-show hanya pukul 1pm dan 4pm setiap hari. tak rugi tunggu!

merchandise? ade Jurassic Outfitters dan The Dino Store...

makan? ade Discovery Food Court dan Fossil Fuel...hati2! mungkin ada antaranya yang tak halal~

bintang?
erm, yang ni haku bagi 4 bintang!!!

(haku & cip-cip kasik pose terbaik abad ni untok hangpa semua..POZE!yehhh)

***

pengembaraan bertambah usia dewasa..hehe..
kini korang akan ke Mesir lak..ANCIENT EGYPT!
tarikan ada 2 je...hehe...namun! gilerrrrrr best!
ada Treasure Hunters...ni ala2 korang naik kereta pastu akan bergerak sendiri ikot track depa konon2 pencari harta karun la...gituuu..hati2,mungkin akan ada yang menjerit secara tiba2 tak tentu hala!!!hahahahahha...

(kotak biru tuh bekas makanan je yg boleh dibeli dengan harga $9)

keduanya ada Revenge of the Mummy!
hahaha! bunyinyer pon dah sangat scaaaaryy!
dan memang terbukti scary! giler r wehhh!
rasa separuh nafas tercabut!
ni ekceli roler coaster jer...jer? kepala hotak! jangan main2..
permainan ni dalam bangunan..so, gelap gempita!huuuu~

elemen api, air depa adunkan n kita yang naik boleh rasa ok..
amat best!
yang syioknyer roller coaster ni ade sudden backward! siyes tkejut!
tapi memang best! takkan puas kalau naik sekali~

sovenir? ade2...Carter's Curiosities...n restorannyer Oasis Spice Cafe.

haku kasik 4 bintang pasai roller coaster depa sangat BEST tahap gampang!

***

SCI-FI CITY
lak?
erm, bagi haku yang tak minat angkasa lepas dan imaginasi melampau2 pasai alien bagai nih tak berapa nak syok kot.
tapi layan gak r..

sempat naik Accelerator.
bende kaler kuning yang bole naik dalam 5 orang then berpusing2 laju2.
bole muntah kalau tak tahan..tapi kami semua kebal!hhahaa..

tarikan utama sini adalah BATTLESTAR GALACTICA human & cylon.
yang ni memang siyes giler babeng gampang thrill!
roler coaster human kaler biru n cylon kaler merah.

merchandise: Galactica PX.

haku kasik 4 bintang...

***

taman tema ke 6 adalah NEW YORK.
tarikan depa adalah Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg.
di sini korang akan dapat tengok show live macam mana ribut, kilat, petir, hujan, panas, taufan dan sebagainya dihasilkan.
haha..sapa dok paling depan siap sedia untuk basah!lalala...
set depa amek ala2 kat dalam satu bengkel yang dilanda bencana alam la...best gak!

(kalau kat NY, yellow cab ni amat femes..)

pastuh, ade Stage 28.
ha..yang ni adelah stage motion picture n tv production..naaa...
biasa2 je..

(haku kasik pose mltop tepi jalan sket! tergugat x?)

kalau korang berkesempatan, akan ada show tepi2 jalan...
kami sempat tingok show street dance!
bestttt! semua dancer depa laki n semua kendu!hahaha~:P

n jugak, kalau bernasib baik bole bergambo dengan karakter Betty Boop n Charlie Chaplin live...

3.5 bintang!

***
last sekali seperti kita mula2 masuk tadi: HOLLYWOOD!
tarikannye sini ade Pantages Hollywood Theatre...
malang sungguh kami sampai sini dah jam 6.30pm... show dah abis...huhu...
xpelah, xde nasib...

tapi kalau yang ongkosnya lebih boleh berbelanja sakan sini pasai semua kedai cenderamata dikumpulkan banyak2 kat sini tau...

(woody woodpacker yang kiut miut)

ada Universal Studio Store (paling besar kat sini, ada anak patung, baju2, aksesori, souvenir kecik2 tuh..pendek kata semua dikumpulkan disini!), Star Characters (Dreamworks Animation karakter semua ada sini...Shrek, Betty Boobs, Madagascar dll), Silver Screen Collectibles (hehe..kalau nak feeling2 superstar semua barangan Hollywood Walk of Fame ade sini yer), Superstar Candies (well, sperti namanya...lots of candiessss), The Brown Derby (aksesori wanita yang kaler pinki2 tuh semua ade sini), The Dark Room (aksesori kamera yang lawa2) n That's a Wrap (ade novelty hats and souvenir kat sini).

Restoran pon ade antaranya Celebrity Cafe & Bakery, Hollywood China Bistro dan Mel's Drive-In.

4 bintang!

***

kami masuk pukul 11am n kuar pukul 7pm...depa bukak dari pukul 10am lagi sampai 7pm.
peringatan, senang citer kalau ampa kurang dari 122 cm korang akan susah nak main bende2 pelik kat sini..hehe...
Universal Studio ni dimiliki Resort WOrld...alah, pemilik yang sama dengan Genting Highlands tu...tapi depa join venture dgn company Singapore..faham kan?
kalau yang tak tahan panas tuh, bole pakai sun block awai2 n bawak payung + air secukupnyer...


jadinye, pergilah melancong segalanya ada di sini!~
(eh2! salah trademark lak...piss i'm out!)

(gambo selanjutnye di FB haku...lalalala)


chiaO!

Khamis, April 07, 2011

travelog SINGAPURA

part 1
06.04.11

pergh!nampak sangat ler akan ade banyak part lagi erk?haha..
xpe2, dun worries okei... haku akan coba untuk tak senakkan kepala hotak hangpa dengan perkara karut-marut.

memulakan cerita perjalanan haku ke Singapura,...
ketapi bertolak jam lewat 15 minit seperti yang dijadualkan asalnya iaitu 2300.
oklah tu, kalau nak compare flight delay yang sampai berjam-jam tu kira naik ketapi ni jarang akan ada kes-kes kecemasan delay mendelay kecuali ada bencana alam.


so, bergeraklah keretapi Senandung Sutera kami menuju ke negara pulau terkecil Asia itu...
tempat duduk haku L3, 32. ekceli bukan duduk pun, kami beli gerabak yang hado katil...
so, leh la baring2. kalau tak nak buleh gak feeling2 jengok tepi tingkap sambil merenung nasib masa depan..haha..

ececece!

harge? RM45 sajer untuk satu trip perjalanan pergi. baliknya pun sama saja..hehe..murah je an?
sepanjang perjalanan, macam2 aktivitas haku buat...xleh tido katenyer...hal ini termasuklah merayap-rayap dari gerabak ke gerabak. temankan cip-cip merokok. meninjau-ninjau dan mencampo-campo (tangkap gambo).

sampaila jam 5 pagi, kami dikejutkan dengan kehadiran pegawai imigresen yang mahu mengecheck passport perjalanan kami..hehe..
time ni dah nak masuk Singapura dah...
jalan je sikit lagi around 10 minit ketapi berhenti lagik sekali kat stesen Woodlands.
time ni semua penumpang kene turun kosongkan gerabak & bawak semua barang2 hangpa untuk melalui pemeriksaan imigresen.

Sambil2 kita dok kalut dicheck, pegawai2 depa bawak dua ekor hanjz memeriksa dari gerabak ke gerabak.. mana tau kot2 ade yang sedikit nakal nak seludup2 barang2 bahaya ni kan..


lepas tu naik ketapi balik dan perjalanan diteruskan ke stesen Tanjong Pagar.
kalau semua nak tahu bulan JUN ni stesen tuh bakal dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Singapura dan akan dirobohkan untuk dibina penempatan baru.

Perjanjian sehingga sekarang, tanah itu masih dimiliki Malaysia dan apabila tiba detik itu seluruh sejarah yang terukir di sana akan dihapus dan dilupuskan sepenuhnya.
Makanya, stesen terakhir ketapi dari Malaysia yang masuk ke Singapura akan berhenti setakat di Woodlands saje...huhuhu...


Jadi, pesanan kepada rakan-rakan yang ingin melihat keunikan dan merasai pengalaman serta sejarah nenek moyang kita suatu ketika dahulu boleh rajinkan diri melawat Tanjong Pagar sebelum ia dirobohkan sepenuhnya.

(duit yang haku adooo setelah ditukar ke dolar singapore..huhu)

Setiba di sana, kami rehat2kan diri seketika sambil bersarapan untuk mengumpul sedikit tenaga.
Kemudiannya kami menaiki bas ke Selegie Road yang letaknya berdekatan dengan Mackenzi Street untuk ke hostel kami...harge 1.20 dolar Singapura saje..
tak mampu uols nak sewa hotel bagai. maklum sajor kami ini hanya backpackers...hehe...

check in jam 1pm, rehat kejap, mandi manda then baru memulakan misi hari ini.
tumpuan kami ke Arab Street. kenapa ke sana?


sebab kawasan itu tumpuan penduduk berbangsa Melayu majoritinya kerana terletak dekat ngan Kampung Gelam.hehe...
di sana gak ade sebuah restoran masakan Minang yang amat popular sejak tahun 1840 tau! masih mengekalkan dekorasi asal (kolonial British) berikutan taklukan dan pengisytiharan Negeri-Negeri Selat suatu ketika dulu, itulah antara keunikan yang ada di sana.

(walau makan cmni je, kepedasannya memang KAWWWWW!)

Selain itu, berdekatan dengan restoran terkenal itu ada sebuah masjid yang diberi nama Masjid Sultan.
Juga mengekalkan ciri-ciri asal sejak awal pembinaannya, dan kali ini haku berjaya membetulkan persepsi yang pernah aku dengar dulu bahawa azan akan diperlahankan di negara ini.
Hakikatnya TIDAK! masih seperti Malaysia, semuanya sama...:)


Berdekatannya jugak ada Kampung Glam'our', iaitu Muzium Orang Melayu di Singapura.
di dalamnya terisi segala sejarah dan peristiwa yang pernah terjadi sepanjang penubuhan Singapura.
ada sejarah gendang pertabalan diraja, peristiwa perang antara Belanda dan Portugis, abdullah munsyi dan baaaanyak lagi.
Pengunjung akan dibenarkan untuk menulis sedikit warkah ringkas di papan yang disediakan di perkarangan muzium itu.hehe...

macam ini...(Wahhh!)

sesudah tu, haku sempat singgah di kedai fabrik untuk membeli kelengkapan raya tahun ini...haha..jangan main2! nanti bila dan sampai bulan posa, semua dah kalut.xmoh!xmoh!


so, haku belikan sepasang kain shiffon untuk mama. nanti pandai2lah dia nak buat fesyen apa dengan kain tu.
and then, untuk haku sendiri, tahun ni beli kain la pastu p tempah jahit kat kedai..

kaler?hehe..opkosla mesti ikot tema tahunan...kalau tahun lepas dah itam putih, tahun ni...erm, turquoise kot..tak pun emerald green!haha...

pasaipa aku borong sakan (lah sangattt) kat sini sebabnya fabrik kat sini amat murah dan bezanya berkali-kali ganda dengan KL atau Melesia..bahkan kebanyakan pereka fesyen kita amek stock kain-kain bagai kat sini yer...murah kata mereka...dan memang terbuktilah harganya amat berbeda dari tempat kita woooo!


lepas habiskan duit kat sini, kami pon meneruskan perjalanan pulang ke hostel..pasainye dah penat giler kot!
menyusuri Bugis Street macam masuk ke tempat asing lak..menarik!
macam-macam adooo..

hehe...
dalam pada tu haku sempat tengok sedikit prosedur lip modification. depa bukan suntik2 bibir uols, tapi depa kalerkan bibir dengan warna yang kita maukan..
contoh hangpa nak bibir hangpa meletop jadi kaler biru sampai bila2, so depa akan 'cat' la kaler yang dimahukan tu secukup rasa..hehe...ngeri!
hangpa yang rasa member2 haku tuh jangan dok berani buat bende2 ngarut cmni k!

sampai hostel, kami rehat2 kejap kemudian kuar balik menjamu selera di restoran depan la ni ja...
seeeeedaaaaappppp!
pernah dengar OPEH KUEW TEOW?
ha...uniknya tempat ni, depa sediakan masakan yang dibungkus dengan upih pinang yer...hehe...menarik kan?


dan rasanya sangat sedap ok!sangat!sangat!
harga pulak berpatutan. around 10 dolar singapura sepinggan besar yang banyak giler sampai dua orang kene makan tu...hehe..nak cuba?

mai saje..tadaa!

oklah, nak tido...esok ke Universal Studio lak..hehe..


chiaO!

Selasa, April 05, 2011

Singapore...here i come!

Promo!Promo! ekceli signatur di atas sudah sedia menceritakan keseluruhan entry ini...
hehe...
jam 10 malam ni haku bersama 4 rakan lain akan memulakan pengembaraan ke negara singa itu...pasai pa singa?tu nanti kiter citer2 lepas haku pulang ke Melesia semula Sabtu nih!hehe..

apepun, memang haku eksaited n xsabar nak menyaksikan keindahan maupun keunikan negara len..

pe kata kita semua layan sikit gambo2 yang sempat haku cilok dari pak google ni..


lawa kan?

dari kecik lagi nak g tengok air kuar dari mulot singa nih!huhu


chiaO!

Isnin, April 04, 2011

memPENANGkan diri


asai2 nak letak tajuk memenangkan diri...
tapi opkosla org akan baca (ade ke?) menang instead of Penang yang ditambah imbuhan 'me...kan', kan?

ok!cukup ngan intro ala2 pening2 ikan pirana.
ni ha...cheq nak crita sket aktivitas cheq weekend lepaih...

plan memang awai!bese la haku kan...
tapi ble dah sampai last menit nye len pulak jadinyer...
gini, lepaih haku sentap feeling2 nak bawa hati yang lara dan remuk akibat tidak berjaya bertukar (mcm selormun sket) desk minggu lepas, ak nak memergikan diri ke Penang awai sehari dari hari off haku (Khamis).
Tapi tak pasai2 undangan memeriahkan malam media RedBox pulak mai (konon vog!)...
so, kenela tukar ke hari Jumaatnyer...

Lepaih je abes khojer, cheq trus bergegas ke pacuan cheq yang dah termuat segala macam nenek untuk bekalan haku sepanjang perjalanan n sepanjang berada di Penang...hehe...
so, lepas bertukar kostum (dari pakaian formal ke opis drag bukak aurat pakai short n baju ketat2..haih!) kat dalam kete, tanpa membuang mase teruih la haku memencutkan kakVi haku selaju-lajunyer...130, 140 tuh dah bese...pastu bile xle balance mula gelabah ayam!


so, tibalah haku di Penang yang permai pada jam 12 lebeyh2...
yelah, dok harung jem kat Batang Berjuntai lagi dah sejam! kat simpang Ipoh sejak dari jata batu yang ala2 hollywood tuh sampai masok Ipoh lagi dah setengah jam!
tak paham haku apsal la semua orang nak balik kg hari Jumaat jugak! pilih la Sabtu ka, Khamis ka..saje je kan nak ketemu sama ku di lebuh raya! choy~

sampai2, paksa Tino sama Randy teman makan kat Subeddah Sungai Dua.
Melantak nasik lemak pepagi buta memang hangattt!
Bahananya, si Randy lak tak pegi sekolah pepagi sabtu tuh. ya ampon! soey2...bukan soley soley yer anak2..

Sabtu pun menjelma...
plan? erm, juz nak beli kelengkapan diner jer...kot2 ada yang belum lengkap.
So, lepas melepak sakan sambil tingok2 wayang kat Q-Bay kami merajinkan diri lak ke Mydin Bukit Jambul yang didakwa agam dan kellesss itu..haha..
ok! not bad...cuma haku rasa macam bukan kat Melesia sangat.
ramai nak mamps warga bukan negara kita kot.siyes!

oh! jap2..
kat Q-Bay sambil melahap kat food court (sajor) dan mencuci mata-matik haku yang dah lama berkabus ni, sempat la memandang pelbagai fesyen yang memang cool giler babeng!
pasalnya, depa semua ni (i mean hadek2 yang baru tumbuh bulu pubis ni) sangat yakin wokeyh!
pakai baju bulu2 tebal tok sah cakap la..
spek mata hitam legam di tempat yang teraba-raba nak berjalannyer..(style Fezal Tahir kot)
hills dan wedges tinggi nak mampoih sampai nak berjalan pon xlarat!
kostum ketat2 ala2 nak pegi mandi telaga kat tepi sawah...
leggings belang2, corak bunga2 cinta n macam2 lagi lah!

kaler? ohh.. toksah ceriter! terbaek dari ladang punyer..PINK xhengat! tak pon kuning flourescent (betoi ka eja?) yang macam kertas buat balut meja kayu time skolah2 dolu...berani kan budak2 sekarang...

haku boleh terima kalau hangpa ni semua dah besau2..ni dok sekolah lagi dah berani jadi lagu ni...
beletiak pulak dah...



no komen lanjut!

tu baru pakaian..bagi haku pakaian mencerminkan perwatakan seseorang.
dan memang iya lah, depa memang nekad okei! berpelukan? bercumbuan? ha...semua complete set la!
style zaman sekarang kot...

takpe2..lupakan depa ok..spoil mood btolkan~


meneruskan perjalanan di PUlau Mutiara ni (sambil diiringi lagu Persis Mutiara), sesudah menonton wayang CUN! yang memang sangat best tu, kami melepakkan diri di pesisir tebing laut depan Q-Bay..
damai amat!...rasa macam kat Miami pon ado..eh!eh! overla engko!

ok..done with jagung panas (slurppp!yummyy) dan kami pon memecut pulaks ke 1st Avenue Mall..
ni shupping mall baru uols..
giler babeng lawooooooo k! patut singgah sekali sekala..
menarik wooo!


memandangkan tekak masing2 dah berkarat pasai lama dah tak ditenyeh dengan lantunan vokal2 merdu, ape lagi kan...KAROKKK ler...
jangan maen2, kat sini dah ada RedBox okehhh...tak caya? ni ha....
4jam menghabiskan masa dalam tuh. hehe...giler r weh!
memang rabak dah...


then, bile baliknyer confirm2 la penat nak mampos...membuter sampai ke tengah hari..huh!
seronok gak sekali sekala marathon buat semua benda nak buat dalam sehari kan..
saya dah cuba...anda? bila lagi?

daa...
chiaO!