Jumaat, Januari 13, 2012

5 T


Yippie...dah jumaat! Maka genaplah seminggu aku kenal dengan F.
Tak de perkara menarik pun, kalau korang nak stay baca aku tak paksa.
Ini kisah pasal 5T. bukan Twitter yer...aku anti twitter!

Ekceli aku rasa meluat gak nak update kisah 5T ni...
sebab aku tau lepas ni pasti akan kene carut, hencap bertubi-tubi dan kesannya meninggalkan trauma jangka panjang macam Post Partum.miahaha...

Tapi, hade ku kisah?
Nak update gak la...
Kisahnya, sepanjang kami kenal selama seminggu ni, kitorang dah putuskan nak tambah perbendaharaan kata dan kosa kata relationship kami.
Bercakap pasal relationship, aku sebenarnya masih tak pasti akan hubungan kitorang ni tau. Tak sure adakah ini cinta, atau Hanya Kawan (macam citer Ella & Awie tuh dulu).
Tapi aku tak nak terlalu cepat putuskan hubungan ini adalah percintaan! wekk! meluat dow.

Kadang-kala sebabkan terlalu tergesa-gesa lah nanti natijahnya kena balik kat aku. meroyan dan merentan sepanjang masa. Nak pulih tu makan masa. Betullah orang cakap nak kenal amek masa sehari nak melupakan amek masa setahun malah bertahun2 dan berpuluh puluh puluh tahun!

Tambahan pula, dia ada cakap yang beza umur kami jauh sangat! jeng jeng jeng! jauh ker masalahnya? Tapi dia kata akan teruskan hubungan yang kami lalui sekarang macam biasa. Tengoklah apa akan jadi nanti. So, aku klasifikasikan hubungan kami bukan bercinta okeh! Jangan buat spekulasi kata aku syok sendiri ke hapa! Aku respek pandangan dia dan dia hormati keputusan aku. So, fair & square. Lepas ni boleh la aku menjalang lagi...keh3~

Berbalik pada cerita 5T aku tuh..eh! i mean kitorang...
Sebenarnya F ni kadang2 pelik sket. Freak kut!hahhaa..(mampos kena bedal kalau dia baca)
Seboleh2 dia nak tukarkan semua perkataan menjadi dominan T.

Contoh: Cium + sebatian T = Tiom. (dah dapat 1 T)

So, dalam banyak2 perkataan adalah beberapa perkataan yang dah kami pilih untuk dilengkapkan dalam kamus hubungan kami. Sweet tak dia?
Korang ada? tak ada kan? so senyap2 je naaa...

Perlu ke aku reveal semua 5T tu? aku rasa macam tak je...takut ahh..
korang ni bukannye leh caya. Jadinya, tajuk entry kali ni tak memenuhi piawaian isi kandungan dalam nya...padan muka!
oh ye! semalam dapat lagi 1 T: Titak!
ape tu???!!! macam tinak tin tana je...nononono! Titak adalah Cicak! pulak...

hadoii...layankan ajelah...so, marilah kita membaca dan menambahkan pengetahuan. (motif?)
kerna, dengan ilmu pengetahuan orang tak leh kelentong kita! miiiiaw~


p/s: malam ni nak jumpa Foster The People!

cHiao~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan