Ahad, Januari 01, 2012

11 Kontroversi 2011

Tahun 2011 menyelak satu persatu cerita hidup aku. Tak kiralah yang positif mahupun negatif. Ada kisah yang boleh kita terima pakai dan masuk akai, ada jugak kisah yang tak le pakai dan tak masuk akai. Jadi, menyelak lembaran baharu 2012, aku paparkan sorotan kisah kontroversi aku sepanjang tahun 2011.



1- Yasmin Hani
kisah ni paling menarik dan paling membuatkan aku menggeletar lutut sampai tak nak masuk ofis! kisah ni sampai keluar Melodi! ahhaa...sebenarnya aku ni dikira mangsa keadaan disebabkan salah suntingan artikel yang aku tulis pasal Detik Bahagia Yasmin Hani. Semua cerita dalam tu positif melainkan satu perkataan yang aku sendiri keliru camne boleh ada iaitu "tohmahan". Lepas keluar artikel tu aku dapat tahu Yasmin Hani mengamuk kat twitter dan sangsang aku kencang2 punyer! Sampai katanya nak jumpa aku clearkan that case termasuk juga nak saman. Tapi, kes tu lenyap begitu saja dan dia pun dah bahagia bersama pasangan. Alhamdulillah.

2-PR Pitbull
Kisah ni ibarat mengganggu gugat seluruh ekosistem kewartawanan sejagat akibat seorang PR yang kurang menjaga adab dan tatasusila sewaktu berbicara dengan kelompok wartawan. Tohmahan dan kata2 sedikit melampau dan kurang ajar dilempar pada aku dan 4 lagi wartawan daripada media berasingan. Tambah panas, dia tuduh aku suka2 hati bawak kawan2 nak masuk konsert dan kurang ajar kat dia dan mengadu domba kat editor aku. Well, aku ada alibi 4 orang. Kau?

3- Money Boy
Pertengahan tahun ni menggemparkan seMalaysia selepas keluar artikel yang aku tulis selepas membuat undercover pasal kegiatan Money Boy. apabila sekeping gambar tersiar di akhbar dan di internet yang aku peroleh daripada seorang 'bapak ayam' dari UK, ada sekumpulan 'lelaki' datang ofis dan jumpa terus Pengarang Kosmo serta bertindak untuk menyaman aku. Akhirnya artikel itu digugurkan daripada internet dan sehingga hari ini kes itu masih belum diselesaikan.

4- Kisah Rambut
Diandaikan aku sebagai seorang kurang berdisiplin, di hadapan rakan sekerja aku dihina dan dimalukan akibat penampilan. Sedih dan segan! Kadang kala ada perkara yang kita buat untuk menyenangkan diri sendiri dan orang lain tidak enak dipandangan sesetengah pihak. Fesyen mohawk pertama seolah-olah dicaci dan gaya kedua aku pula dipandang sebagai gaya 'punk' sekaligus diberikan amaran! Selepas kejadian, aku berubah imej secara total dan mendadak dan dikatakan pula memalukan syarikat apabila bersongkok. Jadi?

5- Kesentapan Sahabat!
Pernah dengar lagu Berita Kepada Kawan? kalau belum anda boleh cuba download secara haram dan dengar bait2 katanya. Kadang-kala apa yang kita korbankan dalam kehidupan untuk menghargai seorang kawan tidak dilihat sebagai satu pengorbanan malah mungkin disalahanggap sebagai bermuka-muka. Penilaian yang sukar ditafsirkan apatah berkaitan kawan2 yang ibarat keluarga sendiri. Akhirnya, ada perkara yang kita tidak mampu penuhi dinilai tidak bermaruah. Sebab itu kata pepatah, berkawan biar seribu sebabnya kalau seorang itu hilang ada lagi 999 kawan lain.

6- Tuan Rumah Lahanat
Entry yang paling banyak untuk 1 subjek setakat ini, semua berkaitan tuan rumah aku yang agak melampau dan kurang ajar. Entry awal tahun agak positif, sehingga menjelang hujung tahun si tuan rumah berani memijak hak dan peribadi penyewa (aku). Maka, tidak salah kalau api dibalas dengan api. Mungkin daripada situ kita boleh lihat sumber api mana yang tahan lebih lama.

7- Kereta kena langgar
PakCik Yahya nama orang yang melanggar kereta aku yang sampai ke hari ini tak bayar2 ganti rugi. Janji punya janji macam harammmm. Kadang2 menyesal juga sebab tak buat report polis selepas kena langgar. Now, aku yang kena tanggung semuanya. Semoga pak cik bahagia dan sudah2 la menunggang motor kalau dah tahu pak cik tu berpenyakit darah tinggi yang boleh tiba2 pitam sebab panas akibat tak pakai helmet. takut nanti lepas ni orang lain pulak yang pak cik langgar.kesian orang tu jadi macam saya ni...

8- Kaki Gaduh
KFC, MekD dan segala kedai makan yang aku tak puas hati aku akan gadoh! giler baran kan?haha...makanya, kepada semua promoter atau pekedai yang rasa tak nak kene bambu ngan aku teruk2 tolong jaga budi pekerti dan akhlak ketika bertugas. aku senang, korang pun senang.

9- Show Memalukan
Show pertama ketika Malam Media AMP di DoubleTree Hotel KL. latihan yang tak cukup akhirnya hasil yang sangat amat memalukan di hadapan rakan2 media yang lain. Show kedua ketika Malam Media Felda di Dewan Perdana Felda KL, pun kurang latihan dan kurang komitmen walau aku rasa kalau digilap akan jadi sebuah persembahan yang hebat dan ada 'isi'. Kedua2 show itu paling memalukan dalam sejarah hidup aku!

10- Papa Oh Papa
Papa..oh Papa...kenapalah anda datang balik dalam hidup kitorang dan susahkan Mama dan adik2 aku? Bapak sedara aku pun lagi satu, kenapalah kau tu sibuk nak ganggu urusan keluarga aku...tak payah nak bagi peluang sangat lah kalau peluang2 sebelum ini pun dia tak reti nak hargai. Bahananya kena pada kami sekeluarga. Kau? senang lenang kan? Jadi, Papa tolonglah jangan ganggu kami sekeluarga lagi.

11- Gara-Gara IT
Low Yat dah macam tempat kerje aku dah. Setiap minggu aku rasa mesti akan ke sana. Baiki Laptop, HP, bil internet dan macam2 lagi. Kadang2 aku rasa teknologi canggih sangat pun menyusahkan. lepas baiki, baiki lagi..then rosak, baiki lagi. duit melayang macam tu je...tambah sakit hati, abang2 pakistan kat sana semua macam lembu.bangang nak mampus! buat kerja lembap dan tak reti cakap omputeh? wut du u ekspet? nak i belajar cakap bahasa kamu? oh nooo! haruslah lepas ni aku bertapa di Taj Mahal. eh!?

Maka, setakat ini dulu rangkuman menarik isu kontroversi sepanjang tahun 2011 dalam diari hidup aku. Kalau suka boleh terus ikuti perkembangan aku, kalau tak suka tak paksa pun... 11 kisah itu antara yang menarik dan aku rasa boleh dikongsikan untuk diteladani bersama-sama...walaupon!!! oklah, nantikan sorotan lokasi menarik sepanjang tahun 2011 yang berjaya aku jelajahi serta lokasi sasaran tahun 2012.

cHiao~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan