Sabtu, Jun 23, 2012

Fesyen Freak

Guys! 1st of all, i nak ucap jutaan terima kasih kepada Chikotira yang sudi temankan ai membeli belah baju baru sebelum konsert Jason Mraz hari Selasa lepas. Penat kau eh jalan merata-rata.

Biasala, aku ni kalau pilih baju cerewet nak mampos. Kadang2 penat pusing seharian hasilnya hampeh. So ko dah faham kan aku camne...hik! Apapun, pilihan kau ritu sangat letop dan ai rasa macam cantek semacam sepanjang hari sepersalinan itu.





Kembali ke isu fesyen yang sedang kita bincangkan sekarang, aku nak tanya korang. Suka pakaian branded atau asal lawa?


Sebab sesetengah orang hanya akan tengok pada jenama saja sebelum pilih pakaian.

Kalau tanya pada aku, aku akan pilih asal lawa. Tak semestinya barang berjenama itu lawa dan kena bila dipakai. Contoh: baju Zara, sesetengah orang cakap lawa dan ekslusif. Tapi bila kena kat badan aku menggeleber sebab semuanya baju saiz omputeh! bukan dicipta untuk asia yer.

Bagi aku murah tak semestinya nampak cheapo atau hina sebab terpulang pada kita nak gayakan camna. Contoh spek mata cip2 yang macam lady gaga. Memang sekali pandang nampak pelik tapi pandang banyak2 kali nampak macam barang tu mahal. Walhal katanya spek itu harganya RM1 sebab itu spek mata orang potong besi. (boleh?)

Ada juga ye barang2 mahal contohnya YSL, Gucci, Prada etc bila dipakai pada seseorang nampak macam baju pasar malam je. Padahal, baju tu atau kasut tu harganya sebulan gaji aku! haaa...mampu tak?
Bukan sebab orangnya tak lawa tapi kembali ke konsep kena atau tak.

Kalau aku? Sesetengah barang kalau boleh afford apa salahnya dpat rasa baju mahal. Ada rezeki cubala juga rasa pakaian baru yang mahal walaupun harga sehelai baju tu boleh beli lima helai baju pelbagai ragam yang lawa.Tapi bukan stail aku untuk pakai baju mahal. Perfume pun sama, kalau kau beli yang mahal pun tapi bau macam tongsampah better cari yang murah2 sudehhhhhh!

Berpatutan dan lawa sudah sempurna bagi aku.

Aishhh! y so sirius nih? menyampahla....
Ini la caranya kalau dah takde keja nak buat...

Nota Kuku Kaki Kurap: Orang cakap aku fashionista termasuk buah hati. Yeke?

Jumaat, Jun 22, 2012

Mango Sticky Rice

Cer teka dimana?

Guys! Pulut mangga sedap kan kalau dimentakedarah rembang petang sambil kak nam dengan rakan seperjuangan? 
Baiklah, sebenarnya bukan isu pulut mangga atau pulut durian yang tengah in sekarang ni nak dibikin cerita tapi aku nak kongsi pengalaman pasal update facebook.


Contoh: Nampak x gambar satu set hidangan tengah hari yang aku upload atas ni?

Ada Phad Thai, Pulut Mangga dan Air Tebu... (yuummmyy!)

Aku pun update la status facebook aku berbunyik camni: Sedang enak menjamah hidangan tengah hari yang lazat tidak terperi bersama kakak-kakak ratu yang baru pulang dari mencemar duli di Sungai Wang. Sedapnya pulut yang dihidang bersama santan kepala pekat dan mangga yang masak ranum ditambah phad thai air tangan abang hensem yang dihirup panas-panas. Air tebu pula penghilang dahaga di kala kepanasan pagi selepas melulur badan menggunakan serum dan aloe vera yang baru beli petang kelmarin.


Rasa macam jelik? nak muntah? atau dah pitam awal2?

Guys, bukan aku nak cakap aku ni perfect ke apa tapi cubalah update status anda tu dengan kadar sederhana dan bukannya nak bermegah2 dengan keunggulan bahasa, bidalan, pepatah atau perbendaharaan kata yang memang semua dah tahu kau amek pengkhususan hikayat merong mahawangsa.
Aku yang penah hafal kamus dewan pun xlah sampai nak update tiap2 hari status yang annoying camtu! (riak disitew)

Orang faham kau tengah makan sedap sebab kau kaya raya. So memadailah cakap tengah makan dengan cara yang biasa... Nak curi tumpuan jangan sampai orang menyampah. Kalau kau rasa itu hak kau nak tulis apa kat wall milik kau, aku rasa itu salah sebab kau dah add ramai orang dan orang lain yang baca pun menyampah jua. Kau dah ganggu ketenteraman orang tak x?

Itu satu hal. Yang lagi satu nih ayat jiwang yang nak baca pun tergeliat lidah kak melah. Pastu ada juga yang selalu update perasaan kat wall facebuk. Contoh: Sedang dating bersama buah hati tercinta selepas puas ke ranjang sejam lalu. 

Itu tak perlu ye. Tak perlu! aku yang belum kawen dan masih suci fikiran ni pun rasa berdosa baca. Nak update biar berpada.

Pengajaran, update kerap tak pe jangan sekali update hilang taulan. Fine2! KOrang nak report spam kan belog aku... Tak kisah sebab aku suarakan apa yang aku rasa macam jijiks! Agar kau itu tak akan diherdik orang ramai. Btw, no mention any name ya. Nak laga2 orang tu fikir dulu habis2! Tata...

Nak tengok tak hasil air tangan ai buat puding karamel? 




Nota Kuku Kaki Kurap: Makan biar berpada, kesihatan gigi kena jaga. #eh!

Khamis, Jun 07, 2012

Rengsa

Guys! Peristiwa ini berlaku semalam tau.
Petang yang penuh indah itu aku isi dengan masa mencekik dan melepak buang masa memandangkan kerja aku semua dah siap lepas balik wedding Nurul yang vass itew.
Tak salah kan sebab aku ada tanya ustaz kalau kita dah abis kerja then buang masa macam surf tenet ke bagai dia kata xde masalah. Bukan makan rezeki haram sebab work load kita dah abis dan kerja kita xde tertunggak. #feeling ceramah agama sat


Ok, lupakan hal itu seketika dan ustaz yang hot itu seketika. Aku nak kongsi kisah kerengsaan melampau semalam.
Begini, mulanya apabila aku terbaca beberapa komen kat FB menyatakan tidak ramai yang akan hadir latihan Flash Mob pada malam tu. Aku sebenarnya xkisah pun xramai hadir sebab aku cuma tenaga pengajar yang akan ajar dan balik rumah tido tenang.

CUMA, hal aku bimbangkan acara mereka berlaku pada hari Sabtu ini (9Jun) dan masa sudah suntuk. Aku tak kisah kalau semuanya dancer (bukan nak kata depa xterer) tapi praktis make perfect kan. Dulu pun kalau ada show kat universiti kita pektis lebih drp 3 jam per night esp last nite before perfom. Tapi ini masing2 sibuk nak pegi event yang aku rasa xpergi pun xapa melainkan atas urusan kerja.

Xdelah rengsa mana, tapi tetibe dapat mesej yang latihan cancel. Tidakkah itu merengsakan sedangkan aku yang boleh balik awal2 atau keluar dating awal2 ini harus menunggu dalam keadaan begitu lama?
Agak membuang masa memandangkan masa yang terbuang untuk menunggu latihan itu sepatutnya aku ada meeting dengan investor projek terbaharu ya.

Aku tak ngamuk pun dan tak marah pun sebab cancel latihan tapi cubalah maklumkan awal2 supaya semua tak membuang masa. Prinsip aku: kalau kita lambat 5 minit sampai ke sesebuah lokasi untuk sesebuah acara tidakkah kita sudah mencuri masa 5 minit orang lain. Bayangkan kalau situ dah ada 10 orang? dah 50 minit kita curi. Kalau ada 100 orang? Berjuta2 lemon kita curi masa orang. Masa itu kan emas...

Aku faham semua ada kerja dan begitu jua aku. Tak marah sesiapa pun cuma rengsa je dengan situasi berlaku.
Pulak tuh ada member ofis ni aku tegur elok2 dengan nada bergurau dibalasnya dengan nada tak berapa bergurau. Series la plakkkk kau kan. Ok faham, banyak tugas barangkali dan penat.


Tambah rengsa bila kekasih tak reti nak reply mesej dan angkat fon! Tak ker aku meroyan? Tapi aku rengsa sekejap je..lepas dah solat semua kembali okey. So, entry ini tidak sama sekali berbaur permusuhan, cuba cari gado atau mengugut. Sesapa terasa mintak maaf bebanyak. Sekadar meluah perasaan.Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan iktibar...

cHiao~

Nota kuku kaki kurap: Member saya dulu pernah cakap "Saya dibayar RM30 untuk mengajar tarian selama sejam, jadi kalau saya tak berkira pasal bayaran saya akan berkira pasal komitmen"

Rabu, Jun 06, 2012

Pilihanku

Guys! Aku nak cerita balik kisah Tuan Rumah yang dulu penah aku cerita sampai aku meroyan nak pindah randah dok bawah jambatan tu kan...
Kisah itu kembali lagi tau. Kali ni lebih heibat! (btw, judul entry ni xde kena mengena dgn gambar)

Malam kelmarin (Senin), masa aku dok kusyuk main game bina2 hotel (berangan) ada orang datang depan pintu grill dok ketuk2 mangga, aku pun pelan2 intai then nampak ada dua orang berdiri depan pintu. Sorang tua sorang macam pertengahan umur 20-an.

Aku (A): Yer nak cari sapa?
Pakcik (P): Cari Redzuan
A: Salah rumah kot..
P: Eh betullah rumah ni...Saya tuan rumah ni, datang nak sita rumah sebab dah 3 bulan xbayar.
A: Huh?! Saya tak faham la...setiap bulan saya bayar je cukup seperti dijanjikan dan tak pernah lambat (keluar ke muka pintu. Nampak x macam drama cerekarama)
P: Mana ada..sejak bulan 3 sampai bulan 5 dah ni tertunggak. Jadi saya ni datang nak tanya la apa dah jadi.
A: Tapi pakcik ni siapa sebenarnya?
P: Tuan rumah ni..
A: Tuan rumah saya orang len... saya bayar pun kat orang lain. Namanya Syairul (nama samaran)
P: Tapi pakcik tuan rumah ni... memang rumah ni atas nama pakcik.

Gambar ni xde kena mengena pun...credit: fb Naomi Mastar


Aku blur gila babi, cuak nak mampos doh! Siyes tak faham...sebab selama ni aku deal ngan orang len tetiber ada orang len plak datang nak macam2...Aku pun dalam perasaan gundah gulana dan musykil soal siasat lagi dan terpaksala bawak depa masuk umah.
Dia buktikan semua renovation rumah tu dia yang wat termasuk bill air api atas nama wife dia. Gituuu...

Aku ni dah menyewa dekat 2 tahun xpenah tau dia tuan rumah sebenar sebab selama ni 'tuan rumah' yang bernama Syairul itu mendakwa dia tuan rumah. (ada rasa pening2 x?kalau ya maknanya anda menghayati)

Lepas tu aku bagi no si Syairul tu soh depa call depan2 aku gak mintak penjelasan sebenar. Rupa2nya camni: Pakcik tu bagi sewa kat pasangan ni nama Redzuan then pasangan tu sewakan kepada Syairul then Syairul sewakan kepada aku. Nampak permainan?

Pakcik--->Redzuan + wife--->Syairul--->Aku (yang tak berdosa)

Maka terjawablah sudah semua tanda tanya...Si pasangan tu bersalah sebab dia berniaga pulak sewaan rumah tu kpd Syairul yang tak berapa pintar itew. Then depa charge pulak... Tapi selama ni pasangan tu xmiss bayar sewa sehinggalah 3 bulan lepas. Sangkak lah tew!

Ok fine...semua dah setel n itu puncanya bill air n api aku tertunggak sampai 900 selama ni...tapi aku dibenarkan duduk lagi umah tu sebab aku mangsa keadaan. Tambahan pakcik tu senegeri ngan aku dan komunikasi kami berjalan lancar dan heibat sekali! ouch! (Kroni disitu)

Then pakcik tu cakap dia nak sewakan bilik sebelah bilik aku tu kat kawan anak dia. Aku pun tanya balik bole ke kalau aku nak amek kawan aku sebab aku tak kenal kawan anak dia tu n maybe aku TAK selesa nanti.
Jawab pakcik tu:"Boleh saja asalkan sewa dibayar"

Tapi, perkara len plak jadi! Syairul tu pepagi buta semalam mesej aku marah2 sebab kononnya aku memandai nak sewakan bilik tu kat orang len. Hello! kau tu bukan tuan rumah sah ok! siapa kau nak buat keputusan.

Mesejnya bunyi camni: Rumah tu saya yang sewa dan bayar selama 3 tahun. Awak cuma sewa bilik. Say cuma bagi awak stay sorang je. Jangan nak ajak sesapa masuk rumah n sewa disitu. Mm

Nampak tak celakanya mesej dia. Motip nak bagi warning? Aku tak faham apa itu Mm di belakang mesej. Typo kah?

Aku balas camni: Saya cuma bertanya kepada tuan hak rumah itu. Kalau tak boleh tak apa lah. Saya cuma bertanya bukannya merayu, meminta, mengugut atau seumpamanya apatah lagi memberi arahan! 

Gambar ni nak buktikan aku tengah mengamuk. Sampai tak emosi tu?

Persoalan di sini, siapa kau nak bagi arahan pada aku kalau kau sendiri dikelentong dan mengelentong? Sebab itu maknusia macam lembu ini tidak patut dibuat kawan dan selayaknya lah aku block kau dari fb kan... (emosi lagi)
Aku boleh sewa satu rumah tu n humban semua barang2 kau yer. Kau bukan sesiapa so jangan berlagak macam kau empunya hak! Atau kau dan pakcik tu skandel??? #eh!


cHiao~

Nota kuku kaki kurap: sapa ada rumah nak sewa yang murah2 habaq naa. rengsa perangai manusia macam hewan!

Selasa, Jun 05, 2012

Tak Sengaja

Guys! Ini kejadian yang benar2 meluchukan...

Tadi masa aku tengah2 syok ada idea karang artikel ada call, katanya mintak alih keta...
Then, terhegeh2 la gua g alih keta sebab gua dah block keta orang..maklumlah double park katakan...hiks!

Nasib baek akak utusan tu baik pekerti n xmarah2 macam kejadian sebelum ni yang tetibe nak hangin soh aku belanja bagai kannn! Ok, done alih keta, aku pun pusing la balik coz nak amek parking akak tu..tapi dah ada pacuan 4 roda masuk. Alamak!

Tetibe ada akak cantek lambai2 panggil gua. Aku pun berenti sebelah dia n then dia soh masuk dlu ke dalam sebab dia xlama pun park tu.

Aku pusing lagi skali..haha..then masuk. park, tarik henbrek, tutup tingkap, tutup enjin pastu kuar ala2 viktoria bekam pakai skirt senteng nampak tuuut!
Aku g berdiri sebelah akak cantik tu then tetibe berkenalan (boleh?)

Akak Cantik (AC): Aina... (perkenalkan diri  sambil berjabat tangan mesra...#eh!)
Aku (A): Khairul.. (tetibe feeling nama macam hots gilew)
AC: Sorry amek parking u...
A: Eh, xpelah...nanti senang nak kuar kalau i masuk dlm.. Dari mana ek?
AC: Zenith Hotel, Kuantan.
A: ooO... ada apa ke sini?
AC: Just to pay the visit (speaking London siot).. U staff utusan?
A: Tak lah..Kosmo...
AC: Bahagian apa?
A: Entertainment.
AC: Oh! kalau macam tu nanti datanglah hotel kami bila2 ada masa free...boleh buat review ke, event ke?
A: InsyaAllah...biasa kalau hotel ni kitorang wat fotoshoot artis...nanti kalau ke sana one day apa salahnya kan.
AC: Hehe...btw, hotel kami 5 star (xtanya pun...)
A: Wow! lagi ok...


Maka, kami pun bertukar2 bisnes kad la di tengah2 matahari atas kepala itu...sweet kan?
Tetibe bos dia kuar keta...Akak cantik tu pun perkenalkan kat aku lah...

Kata bos dia :"see u around someday"
Balas aku: "we'll see" (betulkan aku reply cmnih?)

So setakat itu saja la...masuk balik opis terserempak abey Syed n Ronita nak g mentekedarah. So join skali... Kata Roni bile aku crita balik kejadian kelakar masa alih keta tu:"Mu ada jodoh ngan orang hotel"
#Eh! apa kena ngena nya... (sambil sipu2 mallu)

Balik opis aku gugel sikitla hotel depa tu...macam best je kalau leh hanimun sana...

pintu masuk depa
Famili suite...macam grand je kan...
salah satu bilik sana



ChiaO~

Nota kuku kaki kurap: Kekasih aku bukan hotelier tau... (motif?)

Isnin, Jun 04, 2012

Hati Hati

Guys! Memang orang cakap tak elok kalau kita bercerita balik eksiden yang hampir terjadi tapi x terjadi kan... tapi aku nak bagi peringatan kat diri sendiri dan kengkawan semua lah.

Peringatan itu bunyinyer: Hati-hatilah bawak motor tu, pandang kiri kanan sebelum amek tindakan.

Kenapa aku bersuara sebegini pada hari Monday blues yang indah permai ini? Kerana pepagi buter tadi masa aku on the wey nak ke opis ade sorang pakcik ni nek motor xbagi signal ke kanan then main masuk je sampai himpit tepi keta aku. Masa tu pulak aku nak masuk ke kiri. Tak ker bertembung disitew?

Norbes seketika dan menggelupur cuba mengelak! Nasib bek tak der keta ke lori ke bas ke sebelah kanan. Pakcik tu buat selamba jek! Kalau lah aku tak sempat elak tadi dah sah2 gedebushhhhh dua2 ketol!

Alhamdulillah la xde pape...Cuma lepas ni kena lebih beringat2 la kan kawan2 semua.

Masa form 3 dulu aku pernah sekali eksiden sorang2 nek motor. Masa tu bawak kucing nak hantar rumah mak sedara. Masa sampai selekoh nak belok kiri kuceng hitam tuh dok meronta2 dalam bakul motor then kena la pegang kan... Tup2, hilang kawalan katanya dan terbabas langgar tiang telefon.

Mereng kepala wa! sedar2 dah berdarah bagai, nasib baek pakai cap. (nampak tak permainan xreti2 nak pakai helmet ketika itew?) Aku bangun balik then ade budak tolong aku tarik motor tu yang dah terpelanting dalam bendang padi. Tapi aku tetap jugak nih gigih hantarkan kucing tu sampai destinasi. Mujur dia hidup lagi cuma dok diam2 je.

No Merempit plis (pix: credit to lia n naomi)

Tonggang bertiga pun jangan! (gambar hiasan)


Balik umah je, terus rebah di pintu syurga. #Eh!

cHiao~

Nota kuku kaki kurap: Nak amek lesen trelar lepas ni.

Ahad, Jun 03, 2012

Semua Berubah

Hye guys!

Lama gila babie aku tak update blog. Yelah, mungkin kerja aku yang selalu dok menulis ni buatkan aku jadi malas giler nak menulis lagi. Penat perah otak sehari-hari, blog bukan eskapisme terbaik kut aku rasa.

Bila ada mood saja aku boleh menulis. Atau boleh jadi jugak kalau aku benar2 hepi @ benar2 sedih. So masa tu kita akan jadi meroyan atau sakai konon2 nak hebahkan kepada makhluk bumi tentang apa yang sedang terjadi. Tak gitu???

Guys, masa mula2 nak menulis entry ni aku bengong kejap! Pasal layout n so on dalam blogspot ni dah berubah wajah jadi moden gile. Tapi kena guna akal yang bijak laksana ni lah kan nak selongkar balik memana yang patut!

Btw, sedikit update! Dah setengah tahun 2012 ni maka kena ubah stail rambot sket. Apa kata berbotak feeling2 askar wataniah sket? Kerja cam biasa... rajin dan malas bersilih ganti. Nanti tak lama lagi nak start bisnes. Support ya kawan2!

xoxo!

Nota kuku kaki: Meroyan perlu bertempat