Isnin, Februari 28, 2011

Bangkok Love Story

(gambak sweet giler!kredit to google search)
Sebelom wa nak teruskan menulis, wa nak mintak maap kalau penulisan wa ini atau yang terdahulu mengguris hati sapa2...maap yer..
terutama yang ni...
memandangkan filem ini berkisar kisah cinta antara pasangan gay (yang mungkin sensitif bagi sesetengah pihak), jadi wa nasihatkan kepada sapa2 yang homophobic sila jauhi daripada membaca entry wa kali ni ye...

filem arahan Poj Arnon ni xculy dah lama dikeluarkan untuk tontonan ramai tau. (tahun 2007 kalau tak salah, time wa baru msk unibersiti nih!).
Tapi entah kenapa mungkin disebabkan oleh faktor sensitiviti, filem ni diharamkan percetakannya di beberapa lokasi termasuk negara kita ni.

Oleh kerana filem ni mengenengahkan isu homoseksual dan keganasan yang berlaku di kota Bangkok, Thailand maka tidak hairanlah filem ini tidak mendapat sokongan lembaga penapisan filem untuk disiarkan di dalam negara kita.
Iyelah, sensitiviti pun kenelah jaga gak kan..kita kan masyarakat timur..
penuh budi bahasa dan adat sopan.ehe~

Tapi, wa melihat dan menganalisis filem ni berlandaskan prinsip2 seni OK.
Isu agama atau moral kita letak ke tepi kejap ye...

Oklah, kalau kita berbicara tentang kisah cinta tak banyak kisah suka duka percintaan sesama jenis ni diketengahkan untuk menjadi tatapan masyarakat.
Padahal kisah ini memang benar2 berlaku. Cuma pengkarya mungkin takut dilabel sebagai cuba mencemarkan maruah filem tempatan.

Apapun wa salute kepada produksi filem ini kerana berjaya membuka mata penonton bahawa CINTA itu luas sangat tafsirannya.
Malah, kalau dikaji kehebatan cinta sebenarnya tidak terjangkau dek akal fikiran dibuatnya.
Semuanya anugerah Ilahi.

Mungkin bagi individu yang berputik cinta mereka pada berlawanan jantina, syukur kerana ujian itu tidak segetir pasangan homoseksual tak kira lah samada lelaki dengan lelaki mahupun perempuan sesama perempuan.
Bagaimana nak bendung?
Itu terserah pada sejauh mana cekalnya keimanan yang terpasak dalam hati.
Tapi bukankan cinta itu datang tanpa diundang? Bagaimana mampu kita menolaknya?
Sekali lagi jawapan itu tidak terletak pada hemat wa.

Baiklah, berbalik pada al-kisah Bangkok Love Story ni...wa sebenarnya mendapatkan salinan daripada seorang rakan wa baru-baru ni. Sudah lama wa mencari filem ini untuk menonton sendiri sejauh mana kehebatan kisah cinta pasangan gay sehingga kata pengkritik sehingga mampu menitiskan air mata.

Hakikatnya, memang benar!
Pengakhirnya tidak mengecewakan dan sangat menyentuh perasaan.
Sebenarnya sepanjang perjalanan filem yang berdurasi 1jam 45 minit ini, storyboardnya agak slow. Mungkin pengarahnya mahu terus menyuntik elemen dramatis dan romantis sepanjang masa sehingga tamat.

Buktinya, selain daripada lantunan muzik yang mendominasi banyak plot cerita, permainan sinematografinya juga boleh dikatakan bertaraf tinggi dan berkualiti.

Selain mempertontonkan kisah cinta, filem ini menonjolkan kehidupan sebenar di kota Bangkok.
Antaranya, penduduk di bandaraya tersebut tidak ditekankan langkah keselamatan ketika di jalan raya. Buktinya penunggang motosikal di sana tidak diwajibkan memakai helmet (di Malaysia pun banyak yang tak ikot arahan sebenarnya kannn)

Selain itu, pengarah mempertontonkan sejauh mana kekuatan struktur pemerintahan dan pentadbiran keselamatan di Thailand. Selain kebanyakan kawasan dipelopori dan ditakluki kumpulan gengster, penduduknya juga bebas memiliki senjata api termasuk kanak-kanak dan wanita.
(scene dlm gambak nih agak taching gak tau...)

Daripada elemen garapan jalan cerita, bagi gemarkan filem bercorak aksi mungkin Bangkok Love Story tidak sesuai bagi anda.
Walau ada beberapa adegan aksi tembak menembak, namun pengarah meneutralkan keadaan tegang dengan unsur kekeluargaan dan kasih sayang. Jadi filem ni tak ganas sangat pun.
Selain kisah cinta yang datang tidak diundang antara dua watak utama filem ini (Maek dan Iht), unsur penyakit berjangkit yang tiada penawar seperti AIDS dan HIV juga diselitkan.

Plotnya, pembaca boleh membuka laman wikipedia yang dah menyediakan secara lengkap keseluruhan fakta yang mungkin diperlukan.
Jadi, tak perlu lah wa nak kepoh2 huraikan di sini...
Hakikatnya, memang jalan ceritanya tidak diduga! tambahan penghujung filem ini.

Nasihat wa sebelum menonton filem ni, lapangkan fikiran. Stabilkan mood dan sediakan tisu di sebelah untuk mengesat mana2 air yang mengalir tanpa diduga nanti...huhuhu~
(sexxxxsi tak depa?huhu)
Oklah, wa nak sambung ulang tayang lagi filem ni untuk kali ketiga...
Malam yang suram ni layan perasaan pun bagus gak...
tata..titi...tutu...

Ahad, Februari 27, 2011

Salvatore Ferragamo

Baru-baru ni (hari Rabu minggu lepas) wa sempat menghadirkan diri ke upacara peragaan fesyen musim luruh dan panas jenama terkenal Itali; Salvatore Ferragamo di Pavilion KL.

Walaupun wa hadir atas tiket mencover esaimen tapi keterujaan wa dalam event tu jelas sekali terpampang di riak wajah wa ok! tak perlulah wa tunjuk kat sini tapi berdasarkan pemerhatian rakan2 seperjuangan wa kt opis depa kata wa dah macam terlebih eksaited pada hari wa nak menghadirkan diri ke acara itu.

Maklumlah, budak kampong baru nak kenal dunia...
Bila dah dapat peluang mulalah melampau sikit jadinye...hahaha...
mintak ampun kalau wa terlebih riak dan takabur~

Kalau sebelum ni wa selalu tingok model2 ketwok kat dalam tv (tak pn dalam skrin laptop wa yang ala2 kejap cerah kejap gelap) tapi kali ni wa berpeluang tengok depan2 mata. haruslah teruja uols...(very kg). So, kalau ampa nak kata wa ni jakun ke ape ke lantak lah...wa tak kesah...:P

yang penting uols ade ke dapat sebotol minyak wangi Salvatore Ferragamo 125 ml?
Bak kata member wa; "wah!kemain lagi sekarang...dapat tu dapat ni...jeles aku".hehe...
jangan la jeles2 k...

untuk meredakan ketegangan ni wa persembahkan ... tadaaaa.... sebotol perfum Salvatore Ferragamo untuk tatapan kalian...muah3!!!
























THANKS to En. Salvatore Ferragamo kerna menjeleskan member2 wa...

Aturcara JKKN 2011

Salam sejahtera, selamat menikmati hari minggu yang permai bagi yang sedang bercuti.
Kepada mereka yang sedang asyik bekerja, lakukan tugasan anda dengan penuh dedikasi dan kurang-kurangkan kontroversi. (boring!!!)

Cenggini, wa nak kongsi sikit acara-acara yang bakal dilaksanakan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) memandangkan wa didedahkan dengan aturcara lengkap oleh mereka.
Baru-baru ni (22 Feb 2011) bertempat di Bora Ombak, Ampang wa diundang oleh En Hasnan (PR JKKN) untuk memeriahkan majlis Serlahan Budaya JKKN yang bertujuan menceritakan dengan lengkap semua acara/majlis yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ni.

Memang meriah! Ada persembahan Dayang Nurfaizah (sila jeles En Randy Daraman)...hahaha...

Tapi bukan itu yang wa nak kongsikan bersama tapi wa dengan rela hatinya mau menginform ampa semua senarai aktiviti yang akan dilaksanakan mereka supaya ampa semua boleh mark kalendar 2011 anda untuk hadir sama memerihkan acara nanti k.

Camni, JKKN pecahkan pengisian aktiviti mengikut perincian 11 konsep iaitu:
1. Program Merakyatkan Seni & Budaya (PMS)
2. Program Bimbingan Seni Budaya

3. Kecemerlangan Seni & Manifestasi

4. Program Keilmuan, Kreatif dan Penerbitan
5. Pencungkilan Bakat
6. Pembudayaan Bahasa, Nilai Murni & Budaya Membaca

7. Aktiviti Khas & Program Kerjasama Seni

8. Pusat Kegiatan Seni Berjadual
9.Produk JKKN
10. Pembangunan Infrastruktur Seni Budaya

11. Perantisan & Penyelidikan

Mungkin agak membosankan kalau wa cuma maklumkan seperti mana di atas, tapi menerusi 11 teras utama ini lah adanya pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan dan penglibatan semua penduduk Melesia ni..

Untuk memudahkan ampa semua memahami wa akan nyatakan senarai aktivitinya mengikut kalendar bulanan 2011 yer.

Januari:
PMS;
i- Inspirasi Kehidupan Nelayan, Pekan, Pahang (9 Jan)
ii- Mari Mengemping, Kedah (15 Jan)
iii- Pesta Ponggol, Labis, Johor (15 Jan)
iv- 1Malaysia Johor, Johor (22 Jan)
v- Kenduri Rakyat, Labis, Johor (22 Jan)

Februari:
PMS;
i- Pengkalan Berangan, Kuala Terengganu (18-19 Feb)
ii- Kenduri Rakyat, Wangsa Maju, KL (19 Feb)
iii- 1Malaysia Melaka, Merlimau Melaka (21 Feb)
Kuliah Budaya I, Bangunan MAS, KL (23 Feb)
Pesta Angin Timur...Di Bendang, Mukim Sanglang, Perlis (26-27 Feb)

Mac:
PMS; i- Kenduri Daun Pisang, Jasin, Melaka (1Mac)
ii- Komuniti Merlimau Pasir, Merlimau Pasir, Melaka (4Mac)
iii- Ampang Jaya, Kg Melayu Ampang, KL (19Mac)
iv- Kuala Pilah, N9 (26Mac)
Citra Budaya Adat Perpatih, Taman Budaya N9(11-13 Mac)
Majlis Pelancaran Program Pembudayaan Bahasa KPKK, Kompleks Kraf, Jalan Conlay, KL (17 Mac)
Semarak Bangsawan 'Siti Zubaidah', Panggung Bandaraya, KL (18-20 Mac)
Arts in the Park, Taman Tasik Perdana, KL (26Mac)
Kuliah Budaya II, Bangunan MAS, KL (30Mac)

April:
Konsert 'In LOve With Peace' Jelajah IPTA/S,
UKM (9Apr), UiTM Shah Alam (16Apr), Univ Lim Kok Wing (23Apr), UM (30Apr)
Pesta Durian Johor, Segamat, Johor (9-10Apr)
Semarak Bangsawan 'Tasik Dayang', Panggung Bandaraya, KL (22-24 Apr)
Festival Boria 1Malaysia, Kg Seronok, Penang (29Apr-1Mei) Festival Seni Gunung Ledang, Tangkak, Johor (29Apr-1Mei)

Mei:
Kem Koir Kebangsaan, Port Dickson (6-8Mei)
Kembara Berakit Antarabangsa Sg Pahang (8-14Mei)
PMS;
i- GOtong-royong 1Malaysia, KL (21Mei)
Semarak Bangsawan 'Mestika Bumi', Panggung Bandaraya, KL (20-22Mei)
Bengkel Tatarias Seni Persembahan, KL (27-28Mei)
Pesta Durian Perak, Dataran Bukit Gantang (28-29Mei)

Jun:
Pertandingan Menulis Esei 1Malaysia
Bengkel Tatarias Seni Persembahan, Kuching, Sarawak (3-4Jun)
Semarak Bangsawan 'Alang Buana', Panggung Bandaraya, KL (10-12Jun)
Temasya Pantai Timur, Terengganu (10-12Jun)
Kem Penataan Cahaya, Taman Budaya JKKN Pahang (17-20Jun)
Festival Permainan Tradisi: Gasing, MATIC, KL (18-19Jun)
Showcase KL Festival, KL & Shah Alam (18,19,25Jun)

Julai: KL FESTIVAL
Paper Launch KL Fest 2011, Plaza Tol KL (1Jul)
Festival KL 2011, KL (1-31Jul)
Festival Muzik KL, Istana Budaya, KL (1-3Jul)
Siri Teater Tradisional Malaysia, Panggung Bandaraya, KL (3,9,10,30,31Jul)
ASEAN Traditional Music Camp, KL (14-17Jul)
Festival Samrah, KL (16-17Jul) Temasya Tari 1Malaysia, Auditorium DBKL (20-24Jul)
Festival Padi Langkawi, Kedah (23-24Jul)
Pusat Seni Setempat, KL (30 jul)

Ogos:
Sambutan Kemerdekaan ke-54, KL (31Ogos)

September:
Festival Kesenian Rakyat Malaysia, KL (17-18Sep) Festival Hang Tuah, Melaka (23-25Sep)
Semarak Bangsawan 'Malim Deman', Panggung Bandaraya KL (23-25Sep)
Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka, Auditorium DBKL (24Sep)
Bicara Ekslusif Budaya, KL (27Sep)

Oktober:
Pertandingan Balas Pantun agensi Swasta-Kerajaan, Panggung Bandaraya KL (1Okt)
Kem Pengurusan Produksi, Pahang (1-4Okt)
Festival Dikir Barat Perdana, Kelantan (7Okt)
International Fora: ASEAN's Best Practices of NGOs in Culture & Arts, Ayer Keroh, Melaka (7-9Okt)
Karnival Kesenian Johor: Sounds of Johor, Teluk Danga, Johor (7-9Okt)
Semarak Bangsawan 'ASWA', Panggung Bandaraya, KL (14-16Okt)
Inspitari, Auditorium DBKL (18-23Okt) Pesta Joget 1Malaysia, Melaka (20-22Okt)
Rhythms of Kinabalu, Kundasang, Sabah (21-22Okt)
Temasya Seni Bela Diri, KL (22-23Okt)
Pesta Kolam Antarabangsa, KL (23-25Okt)
Semarak Bangsawan 'Kemala Sakti Kesuma Ningrat', Panggung Bandaraya KL (28-30Okt)

November:
Eksporasi Mak Yong, Panggung Bandaraya, KL (11-13Nov)
Festival Kesenian Orang Asli & Peribumi Antarabangsa, KL (12-14Nov)
Festival Kesenian Kanak-kanak, MATIC KL (16-20Nov)
Festival Gong Antarabangsa, Bau, Sarawak (18-20Nov)
Konsert Koir Kebangsaan, ASWARA (25-26Nov)

Disember:
Pertandingan Nyanyian Lagu2 Melayu Antarabangsa, Angkasapuri, KL (4Dis) Majlis Anugerah Seni Negara, Istana Budaya, KL (7Dis)
*event yang diboldkan tu highlight utk wa wajib hadir...hehe~

Oklah, setakat ni sajor buat masa sekarang. Nanti kalau ada updater terkini wa akan maklumkan segera.
Sebarang maklumat boleh rujuk ke laman sesawang rasmi JKKN: www.jkkn.gov.my

daaaa~
sebelom undur diri sedikit buah tangan untuk buah hati sekalian:

Jumaat, Februari 11, 2011

mencari MOOD

SEJAK akhir2 ni perasaan dan hasrat hati nak menulih di belog dah makin kurang...tak tau la pasai pa...

wa tak salahkan kerja wa yang sentiasa menuntut wa utk balik umah lewat, kurang makan, jarang dapat tido berkualiti and termasulah kurangnya masa untuk berdeting dengan sapa2 yang patut.

kebanyakan waktu wa habiskan dengan interview orang itu, orang ini, sana situ sinun...
taip2 story, dok terperuk di satu peruk di opis (sampai digelar kera sumbang n xreti nak bersosial, padahalll...) n sewaktu dengannya.

Takpa2..dah ini jalan yang wa pilih.

kadang2 kebosanan menjenguk tangkai hati (mak aihhh! ayat bole kasik muntah wooo)...
ada jugak keinginan bertukar ke profesion lain menjentik perasaan. (wekkk3!!!)
bukan sebab benci! tapi wa ni kan cepat boring (atau dlm kata lain bosan yer anak2)...bila dah buat kerja sama dalam masa yg agak lama (walauponnn), motibasi wa pun mula menurun.

unless ada sesuatu yang wa xjangka wa peroleh!
hmm...agak2 ape ek?ntahla labu...

walau pun perasaan mengong2 tingtong ni datang sekali sekala, wa bersyukur adanya rerakan wa yang amat perihatin ngan wa setiap masa. selalu kasik wa ketawa, gelak mcam nk gile n ngumpat sesama sehati sejiwa!fuhhh!
dan, disebabkan itulah jugak wa berusaha utk memecut dan mencari kelainan dalam karier wa supaya tak bosan.
kalau dulu bosan2 blaja (malas sebenarnya) wa p menari menara sket2....walau hadooo pndai!!!

tapi sekarang ni nak watpa uols?
sampaila suatu ketika hasrat hati nk mula menulih skrip n novel kembali mengetuk pintu hati.
fullamakkk! MAMPOO?
yezza...now wa dah ada new distraction utk menghilangkan perasaan meroyan wa.

come here MOoD!come to me!!!xoxoxo!