Memaparkan catatan dengan label SHARing is CARing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SHARing is CARing. Papar semua catatan

Rabu, Jun 26, 2013

Cermin Kereta Kena Pecah


Aku terus direct to da point la yeah. Ni nak cerita ni, hari Sabtu lepas cermin kereta gua kena pecah gara-gara gedik pegi parking kat belakang Fullhouse Jalan Yap Kuan Seng, KL.
Bagi penduduk KL depa akan tau lokasi femes ni dan lokasi ni jugak sebenarnya lokasi panasssss! (ada banyak kes jenayah la).



Nak dijadikan cerita aku ni dengan selamba badak nya parking kereta luar restoran tu untuk menglunchkan diri. Sebab parking dalam penuh kaedahnya. So, lepas parking aku pun selamba badak lagi pegi keluarkan beg galas n then simpan kat belakang boot kereta. Konon orang takkan nampak or suspicious la kan ada barang berharga kat tempat duduk dalam kereta.

So, bawakla sekeping dompet dan henpon kecik samsung ku utk menjamu selera dan melahap selahap lahapnya. Lepas tu dalam pukul 2 camtu aku g balik nak amek keta sekali YAAAAA! berkecai cermin depan co-pilot tuh.


Terduduk pakcik kat situ tau! Rasa nak meraung2 mintak tolong tapi benda dah jadi so tak mampu nak ubah apa2 dah. Orang pun tak dak area situ n sangat lengang. Haaa, nasib lah ko nik oiiii!

Langkah pertama hubungi bekas kekasih yang dah kahwin tu. Mampu??? Ok tak dapat. Call a few kawan2 yg ada dalam senarai henpon kecik ku itu. Semua tak angkat! Dah jahanam ke apa hp memasing ni? Mula pk negatif.
Masa ni panik sampai berpusing2 beberapa kali keliling kereta. Kau ada? Tak da kan? so diam! Then, aku lari g ke arah KLCC sebab seingat aku ada pondok polis. Masa tu aku xtau kena g balai polis dulu ke, bawak kereta ke, amek gambar ke, cari mekanik ke? Sebab 1st timer. Sumpah beb, perasaan masa tu Tuhan saja yg tau.

Then berlari2 tu aku singgah restoran tanya. Punyala kerek tuan kedai tu siap xnak pandang muka aku lagi. N then cakap xtau xtau xtau. I curse u tuan restoran yg botak dan tua!!! Lepas ni kalau kau kena nasib macam haku kau akan berguling2 tengah jalan.


Ok, lari lagi then ternampak minah Indonesia duk sapu sampah. Mintak tolong dia tanya mana public phone sebab masa tu hp aku dah kong batterinyer. Dia blur2 tak faham. Aku apa lagi, bantai cakap bahasa Indonesia la... pum pang pum pang dia faham la weh! Siap tanya lagi aku asal daerah mana kat Indo. Mampu tak???

Ok, dia pun xmampu tolong. Sekadar mintak dia buat 1 panggilan dan panggilan tu tak berjawab. Berlari lagi then aku jumpa Ambank. Cucuk duit sebab masa tu ada RM3 je dalam dompet. Tu la, makan lagi mahal2 kannnn! Kebetulan masa cucuk duit tu ada sorang pakcik ni tegur.

"Adik ni kenapa kusut masai?"

Aku jawab:"Kereta saya kena pecah so saya tak tau nak buat apa, nak kemana,"

Dia pun bg panduan. Katanya bawak kereta g balai polis Jalan Tun Razak wat report. Then baru uruskan hal insurans or baiki cermin pecah tu. Ok...Makanya, aku terus berlari balik ke kereta, pecut ke balai polis Jlana Tun Razak. Lepas wat polis report situ, depa hantar kes ke Balai Polis Dang Wangi sebab tu bukan kawasan dorang. Aku kena bawak g balai polis Dang Wangi lak.

Sampai sana, depa juz amek gambar utk forensik dan uji cap jari je. Dah setel tu aku g bengkel kereta kat Jalan Pahang. Jauh kau!!! Kebetulan kene caj dalam RM100++. Langsai semua duit dalam dompet. Lepas tu baru aku balik rumah settle down dan cool down. Daripada agenda berderet dalam planner terus kacau bilau. Inila orang cakap Malang Tak Berbau. So berhati2lah yer...


Berikut senarai kerugian yang aku alami (total up RM7k):
Samsung Galaxy Tab sebijik
Mini Ipad sebijik
Beg galas Coach
Spek mata aviator Ray Ban
Sedikit wang saku yang tak sengaja simpan dalam kereta (huh!)
Sebotol perfume Christian Dior (penyamun tu barangkali rasa badan terlalu busuk)

Oh ya, saya dengan ini memuji tindakan anggota polis negara kita yang pantas melakukan siasatan atas kes aku ni. Sapa kata depa makan gaji buta je? Depa cekap dan amanah hokey! Btw, terima kasih Inspektor Khairul sebab sudi melayan kerenah ai yang ala2 diva tak jadi ni...

Pengajaran aku dapat: Sekarang aku dah tau siapa kawan dan siapa lawan. Masa kita susah yang datang tolong itulah kawan, yang larikan diri jauh2 tula kita kena hati2 ye. Terima kasih kpd individu yg telah menolong aku sepanjang insiden ni berlaku. Sayang korang ketat2. Nak mention sini nanti kang ada yang terasa, so, kengkorang terasa la sendiri yerk.

Akhir kata, beringat2lah. Jenayah ada dimana2. Laporkan pada 999! Mampu?


Nota kuku kaki kurap: tak semua yang baik itu tak ada kejahatan, tak semua yg jahat itu tak ada kebaikan.

Sabtu, Mei 18, 2013

Bingkisan Adikarma

Helo all,

Pagi Sabtu yang panas terik ni mood menulis aku menggeletis lain macam pulak. Jadi, selain bingkisan hari guru yang aku akan bikin lepas ni, terlebih dahulu aku nak bingkiskan sedikit coretan hati buat Adikarma, kumpulan kebudayaan yang tersayang.

Onyomat, get set, go!:

"Tiga tahun tempoh sangat pendek untuk saya mendabik dada. Masih jauh perjalanan mengejar mimpi dan cita-cita yang diangan apabila hati mula berkata:"Ya, aku kena tubuhkan kumpulan ini."
Tapi, Alhamdulillah... Mereka masih wujud dan relevan usai saya melangkahkan kaki meninggalkan mereka bersendirian bersama memori-memori lampau 'alumni' sebelum ni.

Saya masih ingat ketika awal penubuhan kumpulan Adikarma tiga tahun lalu. Pada ketika itu timbul krisis yang selama ini kita cuba elak. Jujurnya, kumpulan Adikarma sebelum ini dikenali dengan Rentak Madini iaitu sebuah kumpulan yang asalnya bernaung di bawah Desasiswa Tekun yang kemudiannya diangkat untuk dinaungi Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM (BHEPP USM) sekitar tahun 2008.
Bagaimanapun, atas masalah yang timbul kami yang masih tersisa di USM ketika itu dan saya sebagai pengerusi kumpulan Rentak Madini dimohon agar jangan menggunakan jenama yang sama lagi.

Sepanjang dua minggu sekitar awal bulan Mei kami berhempas pulas mencari solusi yang akhirnya difikirkan untuk menjenamakan semula Rentak Madini menjadi sebuah kumpulan baharu. Asalnya nama Adikara dipilih  namun nama itu didakwa pernah digunapakai sebelum ini oleh sebuah kumpulan kesenian yang berpangkalan di Selangor. Bimbang dituduh plagiat dan kebetulan ketika itu kami sedang saat-saat akhir merancang untuk mengadakan sebuah program kolaborasi budaya di Thailand tampil dengan satu kertas cadangan baharu. Akhirnya nama Adikarma dipilih!

Apa maknanya? Adi bermaksud terulung atau dalam erti kata lain 'hanya satu' manakala Karma seperti diketahui umum kalau kata orang putih 'what goes around comes around'. Ironi sebuah reinkarnasi dan revolusi baharu sebuah perjuangan memartabatkan seni, saya menggabungkan dua perkataan itu menjadi jenama baharu sebuah pertubuhan di USM.

Jika diizinkan untuk saya menyebut beberapa nama yang berada di samping saya pada masa itu, saya ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat saya Valentino Stanley, Randy Daraman, Kamarudin Kadam, Shakir Salmi, Alia Farhana, Siti Nurfatimah, Normirah Mastar, Siti Fadhilatun Aishah dan mungkin beberapa nama lain yang saya terlepas pandang. Mohon maaf.

Maka, tanggal 15 Mei 2010 secara rasminya Adikarma menjadi sebuah badan kesenian bernaung di bawah BHEPP USM dan tarikh keramat itu merupakan titik sejarah sangat bermakna bagi kami. Saya masih ingat ketika itu hanya air mata mengiringi perjuangan, air mata menghiasi kemenangan dan air mata mewakili kesyukuran. Alhamdulillah. Saya diberikan peluang oleh yang Maha Kuasa untuk menyumbang sedikit bakti buat anak bangsa kita selepas ini.

Bulan Ogos tahun itu juga saya bergraduasi dan meninggalkan tampuk kepimpinan kepada Valentino Stanley selama sepenggal (setahun) dan diteruskan oleh Amalina Jamil kemudiannya serta Najjua Mohammad dan kini digalas oleh Ainon Munirah.

Bertukar2 tangan itu memberikan rencah dan variasi kepada Adikarma. Uniknya pada awal penubuhan saya selaku pengerusi mengendalikan kumpulan itu dengan cara sebagai seorang pemimpin dari kelompok Unit Tari, Valentino juga sama, Amalina dari unit lakon, Najjua dari Pengurusan Acara begitu juga Ainon. Bayangkan betapa muafakatnya Adikarma!
Adikarma 2010 - kini
Oh sebelum itu ingin saya nyatakan serba sedikit biodata Adikarma. Kumpulan Adikarma dipecahkan kepada tiga bahagian iaiatu tarian, lakonan dan pengurusan acara. Dalam pada menyediakan platform untuk mengasah dan mencungkil bakat serta ruang untuk berkarya, Adikarma juga melatih skil interpersonal dan intrapersonal yang saya rasa amat berguna apabila menjengah alam kerjaya. Ya, memang berguna!

Adikarma pada mulanya menggunakan moto "Seni untuk Budaya" barangkali telah beberapa kali bertukar-tukar mengikut aliran dan ideologi pemimpin setiap penggal. Saya benarkan. Logo Adikarma pula menggunakan bentuk asas pohon beringin yang dihiasi tiga pucuk berpintal setiap belah kiri dan kanan. Setiap pucuk mewakili tiga bahagian utama Adikarma. Jika diterbalikkan secara vertikal, logo itu akan menjadi seolah-olah bentuk hati menerangkan kekuatan dan jalinan dari dalam hati yang terbina sesama ahli, InsyaAllah...

Jika ditanya sejauh manakah erti atau makna Adikarma kepada saya, jawab saya kumpulan ini adalah segalanya bagi saya. Jika tidak usai bergraduasi saya sudah tinggalkan terus Adikarma tanpa ada sebarang hubungan. Tapi Alhamdulillah sampai hari ini jiwa saya tetap pada Adikarma. Masih memantau, menjaga dan menyayangi dari kejauhan. Kadang kala jika diberikan kesempatan waktu dan ruang saya akan turun padang bertemu ahli baharu. Ya, mereka jauh lebih berkredibiliti daripada saya dan saya bangga dengan mereka!

Terima kasih kerana menjaga Adikarma seperti menjaga diri kalian jua. Saya terharu dengan sokongan, pengorbanan dan semangat yang kalian serapkan. Mohon agar terus kekal!

berikut merupakan logo awal kumpulan Adikara sebelum bertukar ke Adikarma


Besar harapan saya untuk terus melihat kumpulan Adikarma mekar berkembang. Abaikan kumpulan lain yang mungkin sudah lama tertubuh dan melakar kejayaan, paling utama mujahadat kita sebagai sekumpulan insan yang memperjuangkan seni dan budaya untuk diteruskan generasi akan datang. Kita punya legasi sendiri, tidak perlu bertanding dengan sesiapa. Teruskan usaha anda dan saya harap Adikarma akan kekal relevan selama-lamanya. Mungkin selepas ini kita perlu tubuhkan fan page Alumni Adikarma pula kan.

Saya juga berharap agar lulusan Adikarma dari tahun 2010 dapat menghadirkan diri pada Makan Malam Pesona Bintang Adikarma tahun ini. Jalan ini satu-satunya peluang untuk kita saling berkenalan dan bertukar pandangan serta merapatkan ukhuwah. Maafkan andai tersalah silap, terlanjur kata, terkhilaf perbuatan.

Selamat ulang tahun ketiga Adikarma. Tahniah sekali lagi Adikarma!"

Sekian, terima kasih...
Khairul Amri Hassan.


Nota kuku kaki kurap: tema diner tahun ini White Galore ya kawan2.

Khamis, Mei 09, 2013

Jodoh & ...

Pagi tadikan, Amoi kedai jahit tempat aku selalu hantar oter baju tu terkejut masa aku p nak amek dress yang aku oter pasal tak muat tetek kastemer. Katanya: "Lu banyak hensem ini hali, saya tidak boleh jumpa lu punya dress maaah."

Nampak tak propa? Nampak? Hey...btw, aku tak resis tau. Bukan nak cerca bangsa Cina ke apa tapi aku nak tunjukkan permuafakatan aku n depa. Kalau tak masakan aku masih pigi hantar baju aku kat depa lagi kan kan kan.

Aku reply: "Ayyoo..ini hari saja ka Amoi? Semalam tak hensem ka?"
Then dia cakap: "Bukan la..hari ini hensem dari semalam"

Gitu terus aku feeling. Then sambil dia serahkan dress tu aku cek2 la mana yang patut. Tetibe dia sabotaj aku kan! Hah...
Kemudian dia tanya: "Ini baju kahwin ka?"
Ak jawab: "Bukan ma... Ini baju preweding fotoshoot saya"

Ok... ini propa kuasa 44! Mana la nak kahwin bagai kan..
Apapun, Amoi tu really made my day lah! Pagi2 dah ada orang puji cmni rasa bersemangat waja nak kerja. Gitu...Thanks tau...
Dah alang2 cerita pasal kawen ni tadi aku baru dapat jemputan daripada teman sepermainan aku zaman kecik2 dulu. Albaihaqi.
Alaaaaa, yang aku pernah cerita dalam entry sebelum ini pasal kepala otak dia yang geliga nak mampos tu masa darjah 6. Dia tu lulusan Cairo University tau. Kau ada?
OK..lagi mengejutkan aku bila bakal wifenya adalah kawan aku masa darjah 6 dulu. Rumah dia belakang je rumah arwah datuk aku. Ha... Terjezut x korang.

Aku keliru cmnela depa  bole berdua bersatu? Sebabnya lepas abis sekolah masing2 bawak haluan sendiri. Even masa sekolah pun tak nampak pentanda depa suka satu sama lain. Ah meizing kan...
Korang tak caya kan? Meh ak attach invitation depa...

 

 

 


Apapun haluan hidup ampa, aku sebagai kawan ampa ucapkan TAHNIAH dan Selamat Pengantin Baru (dalam perasaan terkejut, terkesima dan teramat pelik).hahahaa... Tambah lagi sorrang member aku yang bakal mendirikan masjid.

Patutla mama aku call malam Isnin lalu dok sembang pasal Albaihaqi nih. Mak dia mai umah aku jemput g kenduri. Pastu siap tanya lagi aku ni dah kawen ke belum. Heh!

Okla...Kepada kawan2 aku yang bakal surprisekan aku lepas ni, sila plan betul2 surprise tu kasik gua heart attack sket! Barula mengancam kan...Till then, adios!

Chop! Aku tak tau nak letak apa lagi lepas tajuk entry aku tuh. Dot Dot Dot tu korang isi lah sendiri. Bye!

Nota kuku kaki kurap: "Wait for the right time, U'll find someone exactly how U find me" - F

Isnin, April 22, 2013

Mengubah Takdir

Hellow hellow hellow!

Nampak I macam ceria je kan? Ekceli biasa2 je... mood suam2 kuku kata kau! Ahaks.
Setelah sekian lama dah tak menulis belog, hari ni aku nak sharing pengalaman hidup aku lah sedikit sebanyak. Cerita ni lebih kurang macam luahan hati dan macam tak puas hati pun ada. Ahaa! Ada aku kessah?

nampak tak ala2 i nak terbang gitu tapi sayap belum tumbuh...

Begini yer, dari kecik hidup aku ni serba sederhana tapi Alhamdulillah mama bagi aku makan pakai serba cukup dan aku tak pernah tak dapat kasih sayang mama. ChoP! Aku bukan nak cerita pasal anak derhaka ke apa tau..
Then, dari kecik gak mama selalu nasihat kat aku suh jadi orang yang berguna, pandai dan hormat orang. Makanya, didikan mama untuk aku adik beradik memang tip top dan perfect. Setiap pagi kalau aku kecik2 dulu mama akan suapkan ubat cerdik (pil putih kecik rasa manis2). Katanya untuk jadi pandai.. Gitu mama I kan... Tak pe, usaha itu tak menjadi kesalahan kan adik2..


Then pagi2 dah mengayuh beskal g sekolah. Race ngan member2 len. Tapi beskal I kecik je, kaler purple gitu. Tak silap mama beli beskal tu harganya RM130. Mahal kau!

Masa darjah 6 memang sangat competitive! Kat meja dalam kelas 6 Pintar SMK Kedai Lalat (kelas paling pandai) aku letak kata2 hikmat yang aku gunting daripada surat khabar pastu selit dalam plastik yang berbalut meja tu. Konon2 perangsang lah... Tapi gambar Leonardo DiCaprio & Kate Winslet depa tangan atas kapal Titanic tetap ada sepanjang masa. haha...

Makanya, hadapilah UPSR yang serba mencabar. Kata cikgu tahun I kebetulan kena tahun soalan susah! Tapi kami gigihkan juga jawab soalan. Tum tam tum tam (kenapa tum tam?) dapatlah result! Maasa tu pesaing aku ramai. Antaranya Nik Arif (terer nak mampos math!), Albaihaqi (terer semua bende), Amalina (pun terer gak, anak cikgu nih), Liyana (baru transfer dari sekolah pandai katanya) n Fara Asma Aisyah (taste sejak dari darjah 2 lagi! dan dia adalah sangat pandai). So bila dapat result, aku cuma dapat 4A 1B...B tu bahasa Inggeris! hampagas punya UPSR!!!

Konon2 macam ni la beskal perple aku tu...haha

So, aku ni betapa down tu earth (konon), tak mintak la sekolah bandar yang budak2 semua pandai tu.. Dapatla sekolah kampung ja. Belajar punya belajar jadila budak nerd! Sampai PMR aku rasa tu kenangan paling indah sepanjang belajar kot. YEs!!! Aku dapat 9A... solid dan perfect! Aku adalah pelajar lelaki pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti (Kelantan) yang dapat paling tinggi PMR sepanjang sekolah tu ditubuhkan. Mampu? Meaning that aku dah cipta rekod. Haha.. Masa tu competitor aku ada dua: Roswani Shaimi dan Rosnani Resdi. Benci depa sebab pandai sgt. Roswani tu pencabar aku dalam bahasa Arab. Rosnani lak sebenarnya dia hilang surat beranak dan usia dia 2 tahun lebih tua drp kami yang form 3 ni. So, no wonder ah dia pandai. Bye!

*****

Motto hidup aku masa tu: Apa pompuan boleh buat aku pon boleh buat (well, except beranak)! Mampu tak motto hidup cmtu?

Masa form 3, pagi2 aku keluar rumah sebab nak race ngan budak2 lain nek beskal. Time tu beskal I dah kaler biru. Mama beli baru sebab yang purple tu kecik sangat. Sampai sekolah wajib sebelum kul 7. Then study dlu. (Oh skema). Pastu perhimpunan dan mula la sekolah. Balik biasanya kul 3. tapi selalu gak ikut Firdaus dan segerombolan lain g bandar Kota Bharu pakai baju sekolah. Masa tu feeling macam otai bandar! Padahal!!!

Then, aku banyak beli buku latihan, g kelas malam, oh ye beli soalan Adabi yang pos2 tu, dan buat semua benda yang orang nasihat untuk jadi pintar. Masa tu duk kelas 3 Khas (satu2nya kelas ada bahasa Arab dan paling pandai tingkatan 3). Show off tak?

Boleh baca balik kat entry nih! lalalla

So, bila dapat result yang cemerlang tu aku dapat offer g Sekolah Sains Alam Shah (ASiS) yang mana aku adalah 2nd batch. Heibat kan? Form 4 & 5 aku berlalu di sana. AKu kenal ramai orang dari luar Kelantan. Terbuka minda doe. Aku kenal dunia dan aku kenal segala kelekaan yang dipanggil keseronokan. Aku jadi malas dan bebal. Aku jadi terkejut dan akhirnya aku tewas masa SPM! Aku cuma dapat 6A je. baki 4 tu B. Oh! masa tu aku rasa sangat kecewa, hampa, nak nangis, loser dan sampai terfikir dan bunuh diri. Aku tak de duit masa tu nak semak semula result yang B tu. Aku tak tahu kemana hilangnya semangat kompetitif aku masa tu. Hilang tau!

feeling2 tilik nasib! tgok tang marriage tuu..

Tapi masa mula2 masuk sekolah asrama tu aku dapat top 50 drp bebudak genius seluruh Malaysia. Sampailah aku kenal sorang budak ni yang buatkan aku homesick. THen, pelajaran aku terus merosot sampailah ke SPM. Masa tu baru aku rasa aku duk kat underworld dan aku sednag berada di bawah! Sumpah rasa kecewa gila.

Lepas tu aku tak pernah g balik ke ASiS tau. Setakat baca update kat FB mungkin sebab malu teramat. Yelahkan, daripada kepala otak berkilat jadi berkarat sekelip mata. Orang selalu cakap: jangan pandang rendah kat orang lain sebab kita mungkin satu masa nanti akan berada di tempat orang tu. Tapi aku ni sombong, riak dan bongkak masa pandai.

*****

Lepas dapat result SPM aku down n hanya mintak Matrikulasi. Terus aku dapat masuk Kolej Mara Kulim amek asasi biologi (sebab cita2 nak jadi doktor tapi takut darah uols). Tapi aku lagha lagi. Kenal kawan2 yang heret sama aku jatuh dan makin jatuh. Result final aku 3.33 sajor! Tak lepas 3.50 pun. Lagi down. So, aku hanya apply Komunikasi kat Universiti Sains Malaysia. Dan aku tak ubah pun permohonan UPPU aku. Of kourse la kan dapat terus. Punyalah cekadak kan!

Hidup aku berjalan ikut flownya... Dan sampai sekarang aku masih bernyawa, berkerjaya dan gembira sebenranya. Walau ada kalanya aku berduka dan cemburu tengok orang lain berjaya jadi orang hebat2. DOktor, Engineer, Lawyer etc.

Aku kadang2 tanya pada diri sendiri, aku ada buat salah dengan siapa2 atau dimana salah aku sebenarnya? Adakah ini hukuman Tuhan untuk aku?

Mahu juga aku patah balik ke masa silam. Kenapalah masa SPM dulu tak belajar betul2? Kenapa lepas dapat result tak usaha ke arah kejar cita2? Kenapa?

Muhasabah diri sket!

Soalan2 tu semua berlegar2 dalam kepala dah lama dah. Ni, sejak tengok kawan2 seangkatan dah berjaya aku makin la jeles. Mesti mama aku rasa kecewa kan dengan aku sekarang. Benar kata mama masa kecik, tak ada sesapa dapat tolong kita masa dewasa melainkan diri sendiri. Kerjaya kita sebenarnya yang bantu kehidupan kita kan... sebab tu ibu bapa kita selalu bagi nasihat suruh belajar pandai2. Bukan depa nak mintak balas jasa tapi nak make sure anak dorang selesa bila dah besar nanti.

Apapun, aku tak boleh merubah takdir. Itu perjanjian antara aku dan Tuhan sebelum dilahirkan. Aku bersetuju untuk menggalas takdir ini sepertimana sekarang. Menyesal? Yes, tapi itu adalah pengajaran bagi aku, pedoman untuk pembaca dan orang sekeliling serta. Tuhan anugerahkan aku untuk menginsafi kuasa Dia dan tak riak!!!


Aku gembira laluan ini yang Tuhan tunjukkan untuk aku dan aku bersyukur. Kalau tak masuk USM aku takkan jumpa BFF yang super hebat dan sangat fun. Aku takkan dapat tau apa itu dunia tarian dan Adikarma. Kalau tak jadi reporter aku takkan kenal dunia hiburan, takkan kenal artis2 terkenal dunia dan takkan berkawan ngan depa. Hahha...

Jadi, soal merubah takdir itu hanya bisikan dari hati yang adakala cuba untuk mempertikaikan suratan yang Tuhan telah tetapkan... Jangan kufur nikmat! :)

*rasakanlah korang baca entry panjang lebor nih! hahahahhahahhahahhaha

Nota kuku kaki kurap: tak mampu jadi doktor bedah orang boleh jadi doktor homopati tak pun doktor sakit jiwa. Ihik!

Isnin, Mac 04, 2013

Kahwin?

When people ask me about marriage, i'm starred! Glazing my eyes and keep shutting down my mouth.

Ya, perkahwinan bagi saya memberikan pengertian yang cukup luas dan besar. Perkahwinan maknanya penyatuan dua hati menerusi ikrar untuk bersusah dan bersenang bersama, memahami, menghormati dan berkasih sayang. Sebenarnya pengertian ini saja tidak cukup untuk menerangkan erti perkahwinan  tapi sekadar dari benak minda saya yang cetek ilmu ini, itu lah maknanya perkahwinan.

gambar ni bikin banyak soalan di FB.

Apa yang saya fikir mengenai kahwin?
Saya belum bersedia berkahwin lagi sebenarnya. Malah calon pun tiada. Tapi baru-baru ini saya menemani 'kawan baik' saya membeli barangan hantaran untuk majlis resepsinya yang akan berlangsung pada 27 April kelak. Rasa teruja tapi dalam ketika sama saya gemuruh. Bagaimanalah agaknya perasaan saya ketika membuat persiapan kelak yer? Pastinya saya aakn bertukar posisi dengan bakal isteri saya. Haha... Saya yang susunkan aturcara, konsep pelamin, pakaian pengantin, kad undangan, makanan, hantaran dan semua benda. Yes! U are lucky girl coz u'll be meeting me as a planner (in all aspect) i think so. Oh! and including my Big Day. lol

Bila akan kahwin?
Ok, saya datang daripada keluarga yang tidak sempurna. Saya ada seorang ibu dan tiga orang adik perempuan yang semuanya masih belajar. 2nd sister saya di UTM sedang menuntut jurusan kejuruteraan mekanikal, adik ketiga saya tingkatan 3, PMR tahun ni dan adik bongsu saya kini darjah 5. Semua masih kecil kan. Pada hemat saya apabila seseorang wanita berkahwin, tanggungjawab dan segala arahan mesti datang dariapda suami dan itu prioritinya. Kalau suami cakap No, means No! Jadi, saya hanya akan berkahwin selepas ketiga-tiga orang adik saya berkahwin terlebih dahulu sebab saya ada tanggungjawab besar iaitu menjaga ibu saya (which is only girl i love in this world! she's irreplaceable!). Selepas semua dah selesai baru saya akan fikirkan hidup saya. I dont need to get married if i rich and im happy in my life.

Tak takut label bujang terlajak?
Takut gak tapi saya rasa saya bersedia dengan gelaran itu. If jodoh saya sampai awal dan berkahwin awal lebih afdal. Hehe... Saya pun nak rasa hidup berumah tangga dan punyai anak. Saya tidak mahu perkahwinan saya berakhir penceraian memandangkan sekarang ni cerai ibarat satu trend dalam masyarakat. Kalau bercerai dan mempunyai anak kemudiannya dilabel duda pun saya tidak kisah. Sekurang-kurangnya harta saya kelak akan diwarisi oleh anak saya. Oh! (what a thought!)

Ciri-ciri wanita idaman?
Cantik (Klise), rambut ikal mayang (klise lagi), i nak cari yang free hair sebab i sangat mengagumi rambut wanita. Tak kisah orang cakap i dayus sebab tak mampu nak bimbing wanita menutup aurat sebab itu tanggungjawab i dan i tahu bagaimana untuk tackle that situation. Tu pun i dah bersedia. I nak cari kulit putih sebab i dah gelap kekelabuan. erk! Lain2 tu bonus lah kan, tapi tidak mengharap yang serba sempurna, asalkan cukup syarat sudah. Femes? Itu belakang cerita sebab kalau femes pun saya boleh tumpang sekaki. (mampu tak?). Kalau boleh tak nak orang kelantan sebab saya nak rasa situasi berebut balik kampung tu macam mana. Mesti seronok kan? hehe...

Dah cukup duit nak kahwin?
Tak! Dan langsung takdak duit pun espeseli untuk kahwin ni. Even untuk makan pun macam sangkak gila babas kut. Asek ikat perut je sampai pening2 kepala ni apekes? So, saya memang takdak duit nak kahwin. Kalau jadi pun saya akan wat loan dalam 100K n bakal wife another 100K. Hey, jangan salah anggap. Kami nak beli rumah sekali lah.

Impian perkahwinan?
Wow! Soalan menarik. I nak wat ala2 Pink nyer weding. Eh! Berangan! Ok tipu tu. I nak majlis yang lengkap adat istiadat melayu. Macam zaman dulu2 tu. (duhh!~). Atau i nak wat ala2 dark circus dan pakai kostum bertema sketlah. It will be mysterious and mystical. Mampu? Dah lah... semua ni propa. Ala, saya nak wat majlis biasa orang buat je. Sebabnya mama saya dah belikan dulang hantaran siap2 dah simpan dalam almari perabot kat rumah. Kau raasa?


Kesimpulannnya?
I nak kahwin tapi tak ada calon, tak ada duit dan tak begitu bersedia. Kalau anda di luar sana berminat kat saya boleh la kut kita roger2. Tapi saya ada big heart and big dreams. Jom lah kita sama2 menerokanya. Begitu? Hey sorry guys, i rasa i tapi entry ni dalam keadaan lalok lepas pekena shisha kaw2 tadi. Ke sebab terminum benda bukan2 haa?

Ini pun sama. Gambar ini dipetik ketika resepsi sepupu saya, Syafiqah di Kedah tahun lalu. Saya cuma pakai baju laki dia. hahahhaa

Nota kuku kaki kurap: carijodoh.net kan ada.

Selasa, Februari 19, 2013

Travelog Nicky: Mundok

Hello! Kembali lagi kita bersua (ala2 pengacara Nona tak?)
Kali ni aku nak perkenalkan segmen baharu dalam belog aku berjudul Travelog Nicki. Bunyi macam gedik tapi aku pedulik hapa kan..hahaha..

Ok, menerusi segmen nih (segmen kau!! mampu?), aku akan perkenalkan korang mengenai tempat2 menarik yang pernah aku kunjungi sama ada dalam atau luar negara. Tempat tu mungkin special bagi aku dan tak special bagi korang. Mungkin! Faham kan? Mungkin...
So, kalau korang nak carut ke cakap travelog atau ulasan pelancongan aku ni cam haram, gampang, ntah pape, suka hati korang lah. Sebab aku menulis ikut hati dan ini hidup aku. (kelas tak ayat?)

Dalam segmen ni, aku akan sertakan sekali tips2 untuk ke lokasi yang aku pergi tu atau tips2 sepanjang berada di lokasi pilihan aku. Atau perkara2 do and donts yang perlu hangpa buat time mengepi ke tempat2 terbabit. (whoa!)

Sebenarnya sebelum ni pun dah banyak kali dah aku gigih menulis pasal percutian tau. Antaranya Hong Kong, Macau, Bali dan sebagainya. Cuma biasala...malas!

Untuk episod (wahhh! Episod kau!) pertama ni, aku nak bawak korang melancong ke Siam dengan hanya bajet RM4 saja! Haa.. betul RM4 aja. Ringgit Malaysia!!! Nama lokasi pilihan adalah MUNDOK, Selatan Thailand. So, lets!!!

How to go?

Laluan ke Mundok anda perlu melalui pintu masuk dari kawasan Pasir Mas di Kelantan. Kalau dari bandar Kota Bharu, anda hanya perlu menuju ke bandar Pasir Mas yang letaknya lebih kurang 20 KM je dari bandar. So kalau naik cab ke kereta sendiri ke lebih afdal lah kan sebab selesa. Kalau amek teksi dari bandar mungkin akan dikenakan caj sampai RM20 sebab kena masuk kawasan kampung sikit.

Bila dah sampai bandar Pasir Mas tu, korang kena ikut Jalan Pasir Mas Lama sampai jumpa Kampung Jeram Perdah. Lepas jumpa balai polis Kampung Jeram Perdah tu korang terus sikit je lagi then akan nampak signboard parking kereta ke Mundok. DUn worry, takkan sesatnyer!

Perjalanan dari bandar Pasir Mas (kampung Neelofa) ke jeti Kampung Jeram Perdah mengambil masa lebih kurang 30-45 minit je. Sebab jalan kampung. Tempoh waktu sesuai untuk ke sana bukan pada hujung tahun sebab waktu tu banjir n kawasan tu femes dengan banjir besar. Tenggelam kau!


 




 


When?

Manakala, hari sesuai untuk ke sana adalah hari lain kecuali Jumaat dan Isnin sebab waktu tu tak dibenarkan masuk. Kalau kena tangkap hangpa kena denda sampai RM5000. Kalau degil gak pandai2 la jamin diri sendiri.


Waktu sesuai untuk kesana pada awal pagi dalam pukul 9-10 am. Sebab kalau lambat nanti panas. Tak selesa. Pastu kereta pun banyak. Nanti xdak parking n kne jalan jauh. Camna nak bimbit barang2 borong nanti? heh.

How much?

Pastu, untuk menyeberangi sungai Golok tu, korang kena bayar RM2 je. Balik semula ke Malaysia pun kena bayaran yang sama. Naik perahu uols. Sumpah seronok. Ekceli sungai tu tak lah besar mana cuma kalau nak berenang tu menuntut kegigihan hanpa semua la kan. So better bayar RM2 lompat dalam perahu yang antik tu then seberang ke Mundok.


Tada! Dah sampai.


Korang jangan bimbang kerana bahasa komunikasi di sini kebanyakannnya bahasa Malaysia dialek Kelantan. Better bawak kawan2 yang boleh speaking Kelantan kalau tak mau kena tipu. Haha... Harga barangan lak murah2 yang boleh sampai 5 kali ganda dengan harga yang ditawarkan di KL. So, tempat ni memang tempat ideal untuk berbelanja dan berborong sakan.

Kalau korang g hari Sabtu, kemeriahan Pasar Mundok ni memang luar biasa. Tapi malangnya aku g sana hari Selasa. Meriah gak tapi depa kata tak semeriah sabtu yang depa panggil Hari Nat. (rasa tak aura Siam tu?)



What to do?

Pegi hari lain pun orang tetap ramai. Kalau sampai awal, korang yang bernasib baik akan dapat beli barangan dengan harga yang sangat murah. Depa kata "Harga wat ghori". Means harga pembuka geraila...ehe...kebanyakan penjual adalah beragama Islam. :)

Antara barang yang ditawarkan adalah kain, baju, seluar, jersey, alat2 dapur (periuk belanga, pinggan mangkuk, senduk kuali dsbg), tudung, batu permata, buah2an segar yang besar lazat dan masak ranum (sumpah sedap!), burung (yup, kat sini depa banyak jual burung kalicap sebab nak dipertandingkan suara n bulunya yang cantik), CD lagu dikir barat n dandut, beras (ofkosla, korang leh dapat harga tiga kali ganda murah), pastu ada la jual aksesori, barang keperluan rumah n macam2 lah. Tak rugi korang ke sana.














Who were there?

Kat sana akan ada askar tau berkawal di kedua-dua belah bahagian KElantan dan SIam. Untuk menjaga keamanan je. Jangan bimbang kalau hangpa tak buat salah hangpa takkan kena tembak. Dushh!! Haha.. xdela, itu tugas mereka. Jangan bimbang. Kita g sebab nak beli barang kan? Bukan nak buat onar.

Kalau dah penat jalan2 sana, ada banyak kedai n peniaga yang menjual macam2 makanan termasuk makanan signatur Thailand. Kalau korang bnasib baik korang boleh la merasa Aiskrim Baba. Dalam tu dicampurkan roti, pulut, kacang, buah kabung dan ofkosla ais krim yang gerenti sedap! Selain tu, boleh cuci mata tengok warga Thailand yang putih gebu.


Aiskrim Baba



Bila dah membeli belah tu, korang nak balik ikut jalan yang korang lalu tadi lah ye. Oh, ada jugak jalan yang kalau lalu ikut Jalan Pasir Mas Lama korang akan keluar di Jalan Rantau Panjang. Lagi cepat sebenarnya untuk ke bandar Kota Bharu.

Oh, lupa nak citer... korang TAK PERLU bawa PASSPORT.



Till then, Adios!





Nota kuku kaki kurap: korang teringin nak pergi mana?

Isnin, Februari 18, 2013

Revamp

Seperti hidup yang perlu selalu ada pembaharuan, begitu juga belog ni.
Kalau aku perhatikan post2 dalam belog ni zaman2 bodoh dulu rasa macam nak tampar diri sendiri pun ada. Jijik sangat aih. So, gua mintak ampun mintak maaf kalau posting gua yang lama2 tu ala2 bangang nak mampos n bole bikin lu orang muntah kejadah!


Ok, tadi memandangkan satu hari aku dok umah tak buat apa2 aku pun terfikir untuk buat pembaharuan sikit kat belog aku yang the only one nih. hehe...

Kasik gempak sikit r kan. Asek kusam je dan berzaman tak tukar. Amacam? Lawa tak konsep baharu ni? bole rasa fresh start tak? Ala...kalau tak leh pun korang feeling2 ajelah ek. Macam dok kat Paris ker, Milan ker...

Kenapa revamp? Sebab aku nak pujuk diri untuk sayangkan diri sendiri. Nak step forward daripada kisah2 yang mendukacitakan selama ni. Nak cari diri sendiri yang rasa macam dah lama aku lupakan. (jiwang seyh!)

Lagi 1, aku rasa dah sampai masa aku jadi lebih matang n berfikir seperti manusia yang waras. Tadi tengah2 borak ngan Randy dia banyak bagi kata2 motivasi kat aku. Suruh berganjak daripada zon selesa sekarang. Buat pembaharuan dan amek risiko untuk berubah. Thanks dude!

Well, bila bercerita pasal kawan2 ni mula la rasa nak nangis kan. Bak kata pepatah omputeh 'friend in need is a friend indeed' kata mereka. Memang aku agree lah. Banyak aku berkongsi cerita dengan Randy. Dia pun banyak nasihatkan aku and during this time i miss him soo much! Teringat zaman2 belajar sesama dulu. Kalau la duk dekat2 memang gua dah lepak ngan hang dah. :(

Kawan2 lain pun tak lupa gak. Banyak korang tolong aku. Banyak bg motivasi n kata2 nasihat masa aku tengah down. Thanks gak tau. Jasa korang tak terbalas.

beliau...Randy!
Revamp and always kena revamp. Macam jugak belog ni, hidup pun kena sentiasa kena revamp. Ke arah kebaikan of korse. Lagi 1, jangan sesekali kita downgrade ourself sebab itu tanda kita gagal. Always optimis yang dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Haha... bukan nak brag or nag tapi memang betul orang cakap kan: orang yang ada banyak masalah akan selalu bagi nasihat. :P




Nota kuku kaki kurap: komen anda dialu2kan sempena revamp ini. Oh, btw sorry tukar link. Nanti gua post kat fb.

Selasa, Februari 05, 2013

Kontroversi Berganda

Hye guys, girls and gays... (amacam intro?)

Ok, semak punya semak rupanya tahun 2013 ni tak pernah lagi aku post entry baru kan? Nampak benar blog ni cuma propa! Or else pemilik blog ni memang betul2 busy uruskan kehidupan yang tengah haru biru. Sesuai lah dengan kau! duhh!

Tajuk entry kali ni saja nak tarik minat korang je nak singgah. Kalau tak memang berhabuk la kan... Penat lah asek nak kena bg tajuk mengancam je. Korang ni...klikla iklan tu. ada $4 je dalam akaun Nuffnang tak gerak2 dari tahun 2010 lagi ni. Heh.

Aku ni saja je nak berkongsi perasaan memandangkan aku ni tak punya pacar untuk meluahkan perasaan atau rasa marah yang terbuku dihati. #SoloSelamanya (ala2 Twitter tak?)

I nak chop jd mcm wanita baju bulu tuh. Pose! Yeah!


Pagi tadi kan, aku bangun agak pagi daripada biasa. Dalam pukul 9 camtu (pagi katanyaaaa!) Then ke tugasan pertama aku which is PC (Press Conference) filem Vishwaroopam kat Hotel Sunway Putra. Menariknya pasal filem tu sebenarnya dah timbul kontroversi sebab dikatakan menyentuh sensitiviti komuniti Islam. Dalam filem tu ada amek potongan ayat al Quran and ada paparkan pasal jihad dll yang menyebabkan golongan India Muslim kat Tamil Nadu (negeri di India) marah.

Pengarah, penerbit dan pelakon utamanya adalah Kamal Hassan. (bukan abang aku walau nama bapa sama). Dia ni sebenarnya seorang yang sangat berfikiran jauh n luar drp kotak macam kita2 fikir. Dia nak tunjuk perkara baik pasal Islam sebenarnya tapi dah disalah ertikan.

Sebenarnya filem ini ada kaitan dengan politik. Kamal Hassan ni seorang yang lantang bersuara gak di sana dan aktif dalam politik. So, adala pihak penentang dia ni yang tak dapat tender mengedarkan filem dia merengsa dan sentaphatimaknak kemudiannya amek langkah utk menentang dia. Padahal kawan ni mula2! Langkah itu adalah provokasi yang akhirnya sampailah ke Melesia hujung bulan lepas. Last2 filem tu kne tangguh tayangannya walau dah dua hari tayang. Tapi pengedar kat Melesia dah janji tadi akan tayangkan balik filem tu dalam masa terdekat dan akan ada 16 babak disunting. Nak tau? kenala tengok n baca paper yang aku tulis tu. hahahahah! Vishwaroopam ni maknanya Perubahan.

Oh btw, tadi ccuma aku sorang je reporter Melayu tau. Berangan x join geng2 India speak Tamil? Pastu angguk2 masa PC. hah! Ini bukan racist ya. Aku nak berkawan je n depa semua sangat baik n sporting. Yeh yeh!

***

ok, lepas tu aku kene g PC drama kontroversi lak. Kalau korang ada dengar pasal perempuan berpurdah pegang tangan laki tu, haaa drama ni lah. Sahara nama drama tu. Kali ni pelakon2 depa lak nak buat permohonan maaf sebab dah menyinggung banyak pihak. Tapi produksi takda. Susah kan? Aku nak statement daripada pengarah depa. huhu... Tapi xpelah, dapat dorang pun dah ok. At least ada gak something! hehe... Nak tau apa bende depa cakap lagi kena beli Kosmo esok!

sebab babak ni la drama ni kena kecam 


Then menggelupurla ketuk news sebab bos nak pakai ni. Dalm pada tu batt hp lak low. Dua2 bijik lak tu xde batt! Korang bayangkanlah tengah2 crucial time camni nak wat hal kan. B4 tu beg sandang aku putus tali masa turun tangga LRT PWTC. Malu gila babeng! Semua pandang dengan sinis (mcam dalam drama, pastu aku ala2 org teraniaya gitu terjelepuk atas tangga kutip semua barang berterabur) kau ada?

Then, masa g event petang tu terpaksala aku sumbat semua barang dalam kocek seluar aku yang ketat ni. (saja nak show off ada aset mantop!! ehhh). Then masuk keta bila dah abis event tu siapkan news sebab bos  besar call cakap kena wat balik. Kau ada? Dah siap tu dalam pkul 6 then gerak balik umah.

Jem la pulak jalan jelatek nih! Itik betul!!! Sejam aku nak sampai umah lak. Pastu tapau nasik lemak Brader Atan Desa Pandan yang sedap nih then balik umah. Sampai umah editor lak call suh wat caption story Festival Tari Makum 2012. Ermmm...

So, begitula rutin harian aku yang busy gila. Tu tak termasuk crita pasal fotoshoot clash ngan event esok la, Astro call la nak datang umah baiki, Astro kat kg lagi call nak follow up, orang kad kedit call lagi, servis keta yang tertangguh lagi, setting up fotoshoot produk lagi sabtu nih, kira duit untuk g Korea lagi. Pheww! Penat uols!

Jadi, marilah kita bersama2 berganding bahu untuk membantu satu sama lain. Oh btw tadi dapat nasihat drp somebody special tau! Katanya: "To kill or to be kill, you choose!"

Till then, adios!


Love, Tyra! (mampu tak?)


Nota kuku kaki kurap kering: kepala asek fikir porn ni kenapa?

Isnin, Januari 14, 2013

Karma

Guys, I nak kongsikan sepatah kata-kata penuh inspirasi yang I quote daripada somebody pagi tadi. Katanya: "Sometimes people don't notice the things we do for them until we stop doing them"

Well, xperlu explain lagi kan. Terang2 maksudnya seseorang tu akan lebih menghargai seseorang apabila dia mula tidak dihargai. Pernah terjadi kepada diri sendiri dan mungkin orang lain.
Pada ketika kita ada seseorang yang menyayangi kita, sanggup buat apa saja, korbankan apa saja untuk kita, kita jarang ambil pusing rite? Kadang2 tu orang itu sampai sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk datang ke tempat kita sebabkan masalah remeh atau kita sakit ringan2 je. Tapi ada kita balas pengorbanan tu sebaik mungkin? Pada telahan kita, perkara itu dianggap leceh, ringan dan tak penting tapi sebenarnya percayalah apabila dah tak ada orang yang akan buat perkara mcam tu untuk kita lagi, kita akan rasa sangat kosong dan bersalah sebab tak manfaatkan peluang dan ruang yang pernah ada itu sebaik mungkin.

Cycle of Karma


Sesungguhnya, sekarang I rasa kosong. Kosong apabila sudah tiada sesiapa yang hirau akan kita, tak ada sesiapa yang ambil kisah apa kita buat apa kita makan kemana kita pergi atau kenapa kita sedih. Itu lah karma namanya!

Hati-hati dengan apa yang kita lakukan



Karma itu sebenarnya sebuah kitaran kehidupan. Ada yang percaya dan tidak mustahil juga tidak. Tapi bagi I, karma itu sentiasa berlegar dalam kehidupan dan persekitaran seharian. Adakalanya kita sendiri tidak sedar kita sedang menerima karma hasil perbuatan kita.

Sama juga konsepnya kalau kita buat jahat kat orang, balasan itu boleh datang serta merta atau ambil masa perlahan2 yang impaknya ibarat tertampar diri sendiri.
Contoh, kita larikan diri ketika kawan2 kita perlukan pertolongan ketika susah, lambat laun kita sendiri yang akan terhegeh2 cari balik kawan2 kita yang kita pernah elak untuk tolong tu pada masa kita dah menderita susah.

Come on beb, kita ni manusia tak mampu lari daripada kesilapan. Tapi adakalanya kesilapan sebegitu kita boleh langsaikan dengan cara lebih bermaruah (dignity and pride). Why dont u just say 'I'M SORRY' instead of kita mengelak dengan cara keanak-anakan (contoh block number). Of course kita boleh maafkan sebab setiap manusia dilahirkan ada perasaan belas kasihan kan. Tak lah kejam sangat!

Karma tu kadang2 kejam juga. Datang bukan kita minta pun. Kadang2 I sendiri terbabas melakukan seusatu yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang khalifah Allah. Mengata, mengutuk, mengeji, mencerca itu semua tak boleh lari. Sampai masa orang pula yang akan buat perkara yang sama pada kita, cuma tak tahu bila. Kann?

So, cuba elakkan diri kita daripada melakukan perkara yang boleh menyakitkan hati orang lain. Sebab suatu masa nanti perbuatan kita akan memakan diri sendiri. Wallahualam.

Mari tenangkan diri seketika


Nota kuku kaki kurap: Jemput singgah tengok2 tudung menarik uols! Kat sini. Sayang semua...

Jumaat, Disember 07, 2012

9 Mac 2013

Woke up with the strangest dream. A bit shock, a bit overwhelmed, a bit sad!

Yes! jarang kan kalian melihat entry blog aku seawal begini. Apabila mendapat mimpi sedemikian aku dibangkitkan dari lena. Barangkali petanda untuk aku bangun menghadap dan bersujud padaNya. Alhamdulillah, nikmat hidup yang amat indah diberikan kepadaku.

Mimpi itu sebenarnya lebih kepada hari bahagia seseorang yang sangat aku merindukan. Yup! dialah... my soulmate to be soon, i dont know, in my next circle of life perhaps. 9 Mac 2013 aku mimpikan hari bahagianya bersama insan baru yang dia sayangi (yang bukan lagi aku dah forsure). Pada tarikh tu aku mimpikan aku berada di tempat itu, menangis! Kenapa? Terlalu gembira mungkin, terlalu teruja, dan mungkin sedih sebab officially aku dah hilang dia forever!

Hey, orang dah kahwin takkan lah kita nak merengek2 nak dia lagi. Kalau pun kita xboleh lepaskan, adakah dia akan masih bersama kita pada masa dia perlu teruskan kehidupan dalam fasa berbeza dariapda sebelum? Jangan mimpi lah kan impian kita yang indah ini akan jadi realiti. Har har har...

Mimpi 10 minit sebelum dan selepas azan Subuh ada maknanya tapi aku tak tahu apa makna kali ini. Moga2 satu hari nanti akan bertemu jawapannya. Amin...

Happy Solemnization Day to both of you on 9 March 2013 (kalau ikot mimpi aku lah). Hari Sabtu tuh...mungkin sesuai la kut wat majlis kahwin...


Nota kuku kaki kurap: membujang sampai tua

Khamis, November 29, 2012

Time & Timeless

Guys!
Orang kata hargailah orang yang kita sayang selagi dia ada dengan kita sebab apabila sampai masanya dia pergi tinggalkan kita, masa tu lah kita akan nyesal macam nak gila.
Tapi ada jugak orang cakap apabila kita terlalu sayang kat seseorang, susah nanti nak lepaskan dia.
Ada orang pesan juga, jangan serahkan hati kita pada manusia sebab hati kita milik Allah.

Ya! Semua aku setuju beb.
 Tak kata salah pun. Tapi itulah kan... Susah sebenarnya kita nak lepaskan orang yang kita betul2 sayang. Walaupun sepanjang kita kenal, orang sekeliling mengata. Mulot orang, payah nak tutup.

Ada aku tengok orang2 sekeliling aku sekarang bukan main lagi mengata pasangan masing2. Tu tak kena, ni tak kena. Bila korang di ambang perpisahan nanti korang akan rasa lah sendiri tau betapa ruginya masa yang korang bazirkan untuk bergadoh tu. Adalah lebih baik korang luangkan masa sementara korang masih bersama tu melakukan perkara yang berfaedah, bermanfaat lagi bermaruah. Hahar (tak carut sesapa, pesanan untuk diri sendiri)

Pesanan untuk diri sendiri ni dah banyak kali dah sebenarnya. Berpesan supaya tak ulang salah lama. Supaya tak buat balik macam yang pernah aku buat dulu.


1) Orang kata tak setia punca hubungan hancur, then aku jadi setia. Orang nak approach aku reject sebab aku bajet hot stuff ramai terkejar2kan aku (ok perasan!). Nak menggatai dgn orang, aku fikir aku ada orang yg aku sayang. Motif lah nak makan luar kan. (mood: jangan ada dusta di antara kita)

2) Orang kata percaya pada pasangan kita. Aku pun percaya sampai henpon dia pun tak pernah selongkar. Tapi ade gak la jeling2 sikit. Sebabnya aku percaya dia tak akan mencurangi ai.

3) Orang kata nak kekal bahagia kena tolak ansur. Dia marah kita cool down kan. Kita marah harap dia cool downkan. Dia busy jangan kacau, kita busy pun jangan kacau. Jangan dua2 jadi api nanti dua2 hangus jadi hitam legam. Haha...terus market down!

4) Orang jugak berpesan kalau nak sustain hubungan itu, kena ada perancangan. Perancangan tu ada yang utk jangka masa panjang, ada jangka masa pendek.

Cukup pasal pesanan orang sebab semua tuh aku dah buat, aku dah ikut. Tak menjadik!!! Setia, percaya, kompromi, planning... those craplah yang dah banyak kali bikin hati aku sakit. Sumpah lepas ni no more relationship for me. Kalau ada pun (sebab kita xleh jangka masa depan), aku yang akan play the dark role. Aku yang akan jadi pencinta yang tak setia, takkan pernah letak 100% kepercayaan pada pasangan, tak akan ada kompromi (u salah, pegi mampos. i salah, u have to forgive me) then lastly, takkan ada sebarang perancangan lagi (tak kira nak plan jangka pendek atau panjang, both are bullshit).



Penat sebenarnya nak layan hati yang selalu sakit. Dua tahun dulu, dah bertekad sebenarnya tak nak ada sebarang komitmen terhadap hubungan cinta. Tapi tulah kan, kita tak boleh rancang siapa yang akan datang dalam hidup kita. Tiba2 rasa sayang, lebih daripada kawan. Ketika itu, hati ni rasa serba salah, nak terima atau tolak. Tiba2 jugak rasa macam aku perlukan seseorang which is came at the perfect timing.

Aku jenis orang yang payah nak bukak hati untuk orang sebenarnya. Kenal, berkawan, keluar, hang out, then biasanya abis macam tu je. Dia nak feeling2 ke, aku tak kessah! Sebab hati dah sekeras batu. Fobia dah nak bercinta, plan nak keja, cari duit banyak2, then kawen.

Tapi xleh tipu la kan, manusia perlukan companion. Perlukan teman untuk bercakap2, berkongsi masalah, berkongsi rasa gembira. Sampailah dia datang.

Belum cukup puas, perkara yang sama berulang balik. Kali ni aku cuba jadi lebih gagah n matang drp sebelum tapi aku tewas doh! Impaknya datang dua kali ganda. Kecewa aku kecewa yang sangat kecewa. Kenapa perlu aku hadapi perkara itu lagi? Sendirian?

Ya Allah, tabahkan hati aku. Tersangat penat merawat duka yang penawarnya paling susah dicari.


Oh ya! entry ni bukan membuka pekung di dada sebaliknya berkongsi untuk iktibar semua. Famili aku melalui fasa yang sangat tragis dalam bercinta sebenarnya. Bermula dengan moyang sebelah mama turun ke datuk aku yang kalau tak salah berkahwin tiga (sebab tu aku ada nenek yang masih muda... ha! kau adaaaa?), then came to my mom and adik beradiknya (which is semua berkecai and not flowing smothly) and now sampai ke giliran aku (yang memang tak pernah nak rasa manisnya bercinta). Haha... Lepas ni anak2 aku tak tau lah macam mana...

Kalau dok sorang2 mula la fikir perkara bidaah! Sumpahan tujuh keturunan la... kejadah tu kejadah ni... Kau rasaaaa?



Nota kuku kaki kurap: aku bukan saiko!

Jumaat, November 09, 2012

Sufi

Guys!
Ever heard about that word? Never evah? Sometimes but dont know the meaning? Always (perhaps for some person!)?

Yes! To be frank this is my first time ever I dengar that kind of word since I kenal dia. Dia pernah perkenalkan perkataan ni sejak kami mula berjinak2 dunia karoke bersama. Hehe...(what a moment)


Sufi pernah dijadikan lirik lagu kumpulan Damasutra yang vokalisnya Bagio tu...
I bukan nak ulas pasal lagu atau melodi tapi sebaliknya lirik Sufi tu. Meh sini I kasik:

Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah



OK, kalau korang rajin bukak kamus DBP tak kisahlah edisi ke berapa pun, akan ada terjemahan atau tafsiran makna sufi itu sendiri.
Sufi: ahli atau orang dalam ilmu tasawuf. (tasawuf ini jugak bermakna ilmu suluk). Kita tidak tahu siapa ahli sufi yang mungkin boleh terdiri daripada kalangan kita sendiri. Malah, ahli sufi mempunyai tahap2 pencapaiannya yang juga dirahsiakan.

Diperhatikan lirik lagu itu pun susah kita nak faham sebab ada pengertian yang mendalam. Ada juga penggunaan perkataan yang kita tidak familiar contohnya 'isbat'.
Isbat maknanya ketetapan, penetapan, pengukuhan.

Nak explain lebih lanjut aku akui kurang ilmu nanti kena carut cakap terpesong akidah. Jadi silalah gugel sendiri apa makna Sufi. Tapi kalau korang malas aku boleh copy paste macam kat bawah ni. (sumber wikipedia)

***

Ahli Sufi dan ciri-cirinya
Secara amnya mereka inilah pencari Tuhan dan berharap untuk bertemu denganNya dalam perjalanan menuju liqa’ullah . Keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk mengenali diri mereka sendiri dan kemudian mengenali Allah menjadikan mereka dipanggil sebagai para Salik ( pemula jalan al-Haqq). Minat dan dorongan mereka dalam banyak hal tidak didorong oleh sesiapa – mereka hanya mencari kebenaran dan keikhlasan dalam setiap hal.
Mereka akan mengalami banyak hal dan keadaan yang pelik yang ditunjuki oleh Allah s.w.t sebagai bukti (bayyinah) bahawa mereka sedang dalam perjalanan yang diredhai.
Bukti-bukti utama antaranya ialah mereka bermimpi dengan para-para Nabi a.s dan kemudian para wali qutub . Sampai satu peringkat mereka akan bertemu dengan para waliyullah yang masih hidup dan mereka akan mula diajar oleh mereka. Jika usaha dan niat mereka tidak benar pada peringkat ini mereka tidak ditemukan kepada waliyullah sebaliknya ditemukan dengan para wali syaitan. Pada peringkat ini jika mereka menerima dan mengamalkan ajaran para wali syaitan ini mereka berakhir dengan menjadi bomoh atau dukun. Atsar banyak menyatakan bahawa lebih mudah mengenali Allah s.w.t daripada mengenali waliyullah . Ini benar kerana mereka manusia biasa yang tidak menunjukkan sebarang kelainan daripada orang lain (dari segi fizikal dan penampilan luar).
Jadi, seorang salik yang tulen akan ditunjuki kebenaran sangkaan dan pandangannya samada melalui pengesahan oleh Rasulullah s.a.w (biasanya melalui mimpi) atau peristiwa lain yang membuktikan kewaliyan seseorang itu (contohnya bertemu dengan waliyullah itu di dalam Kaabah atau melihat waliyullah itu memegang matahari dan bulan dan sebagainya dalam mimpi). Ini kerana Rasulullah s.a.w , para anbiya’ a.s , Kaabah, bulan dan matahari tidak boleh ditiru oleh syaitan dalam mimpi.

Orang Sufi akan memperjalani pengajaran secara ladunni dengan para Nabi a.s (termasuk Nabi Khidr a.s yang masih hidup) dan juga para wali qutub ( contohnya Sh. Abdul Qadir Jilani , Sh. Ibnu Arabi , Sh. Abi Madyan dll) . Biasanya semua ilmu itu akan disahkan dan dihurai dengan lebih terperinci oleh seorang guru mursyid yang masih hidup ( bertaraf waliyullah) .
Proses pentarbiyahan ahli Sufi ini termasuklah bai’ah , amalan dan aurad berterusan (contohnya zikir nafas dan zikir huruf) dan banyak lagi amalan yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t setiap waktu.
Kerana salik ini juga perlu bekerja dan berkeluarga , guru mursyid akan mengajarnya bagaimana membawa zikir nafas sambil kita bercakap dengan orang atau membuat kerja-kerja harian. Laku yang paling penting ialah cara melaksanakan solat secara fana’ baqa’ billah . Cara membawa zikir dan ilmu yang diterapkan hujung jatuhnya zikir tersebut (bukan saja makna zahir zikir itu) juga amat penting , agar tidak jatuh ke dalam syirik khafi . Penekanan terhadap solat malam hari, solat-solat sunnat tatawu’ dan lain-lain juga ditekankan. Guru mursyid akan membimbing mereka cara membaca dan memahami makna-makna, tafsir dan takwil al Quran termasuk rahsia-rahsia huruf muqotaat , ayat –ayat mutasyabihat dan lain-lain sehingga jelas dan terbukti Al-Quran itu adalah mukjizat sepanjang zaman ( contohnya , apabila membaca surah al-Fatihah dalam solat mereka mendengar Allah s.w.t menjawab bacaan mereka , atau melihat huruf-huruf yang dibaca itu bangun dan memberi pelajaran kepada mereka dan sebagainya).

Biasanya cara belajar orang Sufi ini sangat berbeza dengan orang awam sebab mereka ini dianggap orang khawas. Mungkin satu masa dulu anak murid guru mursyid ini ramai, tetapi kemudian Allah s.w.t melakukan ujian tertentu sehingga hanya yang terpilih saja dapat meneruskan pencarian ilmu yang hak dengan guru mursyid tersebut. Dalam melaksanakan rukun iman ajaran mereka amat halus dan luar dari kebiasaan contohnya , mereka bukan saja percaya kepada para malaikat dan para nabi a.s tetapi langsung berjumpa dengan mereka ( dalam banyak hal secara yakazah , bukan saja dalam mimpi). Mereka akan belajar ilmu-ilmu rahsia tentang ketuhanan dan rahsia kejadian semua makhluk, contohnya ilmu tentang Nurmuhammad dan martabat tujoh.
Sebagai pembuktian , mereka sendiri akan melihat Kitabul Mubin diturunkan ke hadapan mereka atau menyaksikan burung Nur Muhammad (dalam catatan Ibn Arabi burung ini dipanggil Anqa’ Mughrib). Pada satu peringkat tertentu mereka akan dibenarkan mengembara ke alam-alam malakut , alam jabarut dan alam lahut dan dapat menyaksikan Arsy , Kursy , Sidratul Muntaha dan sebagainya. Banyak daripada “kemudahan” ini berlaku dalam bulan Ramadhan . Allah s.w.t akan menghadiahkan nama rahsia , istigfar dan Selawat khas setelah Allah redha dengan mereka dan diakui sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w sebagai umatnya yang setia.

Dari segi kebolehan para salik itu , mereka akan menjalani pelbagai ujian dari guru mursyid mereka melalui laku khalwat , talqin , qiyamul lail , ujian bertulis dan pelbagai laku yang difikirkan sesuai oleh guru mereka.
Kadang-kadang mereka diminta untuk membantu orang di dalam kubur atau membantu orang yang diganngu makhluk halus atau memindahkan perkampungan jin dan sebagainya. Walaupun mereka biasa boleh mengubat secara islami masalah seperti santau , saka dan sebagainya , mereka tidak pernah menjadikan ini aktiviti utama dan mereka akan mengelak dari banyak menghabiskan masa dengan kerja seperti ini kerana takut menjadi terkenal atau lalai daripada membuat kerja-kerja amal lain yang diperuntukan .

Ciri lain ahli Sufi ialah mereka mementingkan hal-hal akhirat lebih dari hal duniawi. Jika diberi pilihan mereka akan memilih hal ukhrawi , keilmuwan dan peringatan atau nasihat daripada perkara lain. Kesihatan dan pembaikan roh lebih diutamakan daripada kesihatan jasad dan penampilan diri luar. Mereka rajin dan tekun membuat kerja harian bukan sebab mengejar dunia tetapi sebab ingin mendapat redha majikan dan Allah s.w.t dalam mendapatkan rezeki yang halal. Mereka tidak mengeluh sebab mereka tahu itu syirik khafi .
Mereka tahu membersihkan jiwa mereka melalui zikir pembersihan semua lathaif selain daripada melakukan muhasabah diri selalu. Setiap tibanya waktu solat merupakan waktu yang bahagia kerana terdorong oleh cinta , kasih dan rindu yang tersangat kepada Maha Pencipta dan Kekasih Hati.
Mereka berinteraksi dengan manusia bukan dengan penumpuan jasadi malah secara ruhi i.e iaitu mereka boleh berbicara dengan ruh-ruh ( baik manusia yang hidup mahupun yang mati). Nasihat mereka akan membuat manusia menangis secara meraung dan menyesali diri . Mereka berbicara dengan hikmah. Orang yang kasyaf akan dapat melihat apa yang tertulis pada lidah-lidah dan badan ahli Sufi ini , melainkan jika ahli Sufi itu menutupi rahsia dirinya dengan kalimah tertentu. Pada pandangan luar mereka kelihatan sama dengan orang lain , tetapi kerohanian mereka sentiasa dengan Al –Haqq.


Orang Sufi dan orang awam
Orang awam yang dikalangan mereka terdapat orang Sufi sangat beruntung. Mungkin yang membaca doa dan menjadi naqib dalam suatu majlis tahlil di rumah atau di surau orang biasa dan doanya tidak terangkat , tetapi disebabkan oleh kehadiran Sufi tadi (lemungkinan besar tanpa disedari ramai) doa mereka semua terangkat –ini kerana cara orang Sufi menempatkan permohonan dan cara mengaminkan doa itu seperti yang dikehendaki Allah s.w.t ( biasanya dia kena lulus ujian doa dari gurunya yang mursyid – criteria lulus ini agak ketat seperti tiang Arsy mesti bergegar , 4 malaikat utama mesti turun , 6 perkara mesti dibawa dalam doa dan banyak lagi). Orang Sufi kalau ke mana pun berjalan dia akan berjumpa para Sufi dan waliyullah yang lain sebab mereka saling mengenal (roh mengenal roh). Oleh itu orang Sufi tak sunyi daripada urusan “belajar dan mengajar” di mana pun mereka berada. Walaupun mereka tak dikenali dan biasanya tidak menonjol dalam masyarakat yang jelas mereka boleh mengubati orang lain –seperti mementang syihir , memindahkan penempatan jin , mengeluarkan santau dan menghapuskan saka dan lain-lain . Tapi , masyarakat biasanya tak sedar kehadiran mereka sebab mereka sibuk dengan urusan diri mereka sendiri .Jika mereka menziarahi kubur mereka mengucapkan “ assalamuala ahli Lailahaillallah min ahli Lailahaillallah” . Mereka dapat memasukan “cahaya” kepada si-mayat dengan bacaan Fatihah mereka kerana mereka mengetahui kedudukan Fatihah dalam jasad si-mayat. Tahlil mereka begitu sempurna sehingga berkat bacaan mereka itu si-mayat terlepas dari soalan dan siksaan kubur.

Para Sufi sebetulnya adalah pemula atau salik dalam jalan kewaliyan. Itu sebab tarekat mereka kadang-kadang tak bernama tetapi jika diberi nama lebih tepat dinamakan tarekat kenabian. Ini kerana mereka dipimpin oleh para nabi (salah satu dari yang 25 atau kadang-kadang lebih dari satu ). Ini adalah perjalanan para nabi a.s seperti yang dihurai oleh Ibn Arabi dalam kitab Fusus al –Hikam. Biasanya mereka juga bertemu dan belajar dengan Nabi Khidr a.s (dan mungkin juga Nabi Iliyas a.s). Selain daripada para nabi a.s mereka juga akan belajar dari salah seorang atau keempat-empat sahabat Rasulullah s.a.w yang utama dan (atau) dengan empat malaikat yang utama .
Disebabkan mereka ada nama rahsia yang diberikan oleh Allah s.w.t , mereka dikenali di langit dengan nama itu – dan jika mereka gunakan nama itu ketika berdepan dengan para makhluk yang jahat , makhluk jahat dan halus itu akan tunduk. Mereka sentiasa duduk dalam cinta , kasih dan rindu kepada Allah s.w.t dan doa mereka adalah “ Wahai Allah , jadikanlah kami hamba-hamba kebaikan bukan hamba-hamba ujian”. Kerana ini mereka tidak diuji seperti manusia lain – sebaliknya mereka diberi tugas, kebanyakannya tugas berat. Jika mereka melalui kuburan , mungkin mereka akan terpanggil untuk mendoakan para mayat yang tersiksa. Bila mereka member salam kepada ahli kubur dengan salam “ Assalamuala ahli Lailahaillalahu min ahli Lailahaillallah” maka para ahli kubur akan bangun menjawab mereka , sebaliknya yang tidak dapat berbuat demikian pastinya adalah kumpulan yang sedang disiksa oleh malaikat Mungkar dan Nankir.

Jika ahli Sufi ini berada dipanggil untuk bertahlil, dia dapat menghadirkan si-orang yang ditahlilkan itu dan mengetahui keadaannnya. Begitu juga, beruntunglah orang yang mengajak ahli Sufi ini untuk hadir dalam majlis pernikahan sebab ahli Sufi ini akan menghadirkan Jibrail (dan 3 malaikat lain) untuk menjadi saksi – dia akan dapat mengesahkan sama ada nikah itu sah atau tidak dari perkara yang ditajallikan oleh Allah s.w.t contohnya seperti melihat pena melakar bulatan dengan ditutup dengan titik tengah atau dokumen dimasukkan dalam peti berkunci ( boleh dengar bunyi kunci tersebut) dan sebagainya.


Jalan Menuju Makrifatullah
Jalan menuju makrifatullah penuh liku dan perangkap samar- takkan lepas seorang salik tanpa bimbingan gurunya yang mursyid dan tanpa hidayah dan inayah Allah s.w.t. Bagi orang Sufi , mereka dicintai oleh Allah dan dikehendaki oleh Allah baru mereka mencintai dan menhendaki Allah. Mereka beriltizam sesungguhnya untuk menemui Allah s.w.t semenjak kecil lagi dan Allah s.w.t akan membuka jalan untuk mereka dalam waktu tertentu seperti pada umur 20an, 30an atau 40an. Bagi yang diredhai Allah s.w.t mereka melalui jalan singkat dan tidak berliku – ini kerana pemerhatian mereka yang tuntas terhadap perbuatan (af’al) Allah , lalu mereka redha dan mempunyai adab terhadap Allah , lalu Allah s.w.t mengangkat mereka. Contohnya sebagai permulaan , Allah s.w.t menjadikan mereka tempat berkumpul barang-barang peninggalan para waliyullah , kemudian juga barang-barang pelik dari seluruh dunia dan kemudian barang-barang peninggalan sahabat r.a dan Rasulullah s.a.w. Tetapi , salik ini tidak bangga malah dia terus bersyukur sebab dia tahu ini adalah hadiah (tanda) dari Kekasihnya.


Kesimpulan
Menjadi satu paradoks moden bahawa di Barat semakin ramai Islamologis yang mengkaji tentang Sufi dan Kesufian (Sufisme) sedangkan di Timur dan di kalangan sarjana Muslim sendiri bukan saja Sufi itu dicemuh malah terdapat banyak usaha untuk menjatuhkan imej Sufisme (mahkota dan intipati islam ) itu sendiri , sedangkan Islam yang sebarkan ke Nusantara , India dan ke Timur amnya semuanya disebarkan oleh para ahli da’i Sufi dan penyebar tarekat . Fenomena “kacang lupakan kulit” ini memanglah diatur dan dirancang oleh pihak tertentu agar kebangkitan Ummah tidak berlaku , agar Islam termaktub dalam lingkungan masjid dan ia tidak sampai ke sistem pendidikan , perbankan atau sistem-sistem lain. Pada hari ini , Negara yang mendokong Sufi seperti Chechnya akan dapat bertahan dari serangan dan penaklukan kuasa asing sedangkan dimana ia diremehkan dan ditinggalkan , negara itu akan menderita dan punah disebabkan oleh kuasa asing seperti Iraq dan Palestin.

***

OK, dapat tak? Faham ke idop? Apapun, di kesempatan ini aku nak ucapkan tahniah kepada dia yang dah berjumpa 'sufi'nya. Cantik orangnyer. Ada iras2 dah rupa kalian berdua.
Bak kata orang dulu2, muka iras2 ada jodoh yang kuat. Aku doakan dorang berdua cepat2 naik pelamin dan timang anak. Cnfem cun melecun anak ampa. Hiks!

Cmna aku kenai? well, nak seribu daya kan... Banyak cara kat dalam dunia ni beserta akal fikiran yang Tuhan kurniakan untuk kita cari jalan. Teknologi pun dah canggih sekarang. Mata2 pun dah ramai (ala2 gerak khas tak?). Seriusly, aku nak cakap aku bukan mengongkong! Nak buat apa buatlah, aku just nak kenal siapa 'sufi' anda... Now dah kenal & dah lihat camna, thats enuf. Dalam kepala dah berlegar macam2 konsep wedding nih!

Till then, chiao... 


Nota kuku kaki kurap: hati menangis siapa yang tahu?