Isnin, Julai 14, 2014

KIN by NIK

Dekat setahun kut tak melawat blog kesayang beta ni. Apa macam? Sihat semuanya? haha

Diam tak diam ramai dah kawan-kawan bloggers yang berubah fasa hidup ya. Ada yang dah kahwin, ada yang dah mengandung tunggu masa nak beranak dan ada pulak yang dah beranak pinak yowww! Giler lah korang memang subur dan produktif. Alhamdulillah atas rezeki Allah, aku tumpang gembira. :)

Cakap soal perubahan fasa hidup ni, ya... Perkara tu memang akan dilalui oleh semua manusia kut. Like seriously, ya...

Lepas kali terakhir update blog aku bulan Oktober tahun lalu, (haha), banyak benda dah aku lalui wey. Lepas breakdown sebab heartbreak pertengahan tahun lepas tempoh pemulihan itu aku manfaat untuk perbaiki diri dan dari kelemahan. Ya lah, siapa yang sempurna kat dunia ni... Makanya, manfaatkan yang baik buang jauh-jauh yang tak berapa elok tu. Tapi tak bermakna kita perlu lupakan memori kan?

Kata orang masa solo adalah tempoh terbaik untuk membina diri dan karier. Alhamdulillah, sepanjang tempoh lebih kurang 14 bulan (lepas break up) dan sekitar 9 bulan lepas last update blog tahun lalu aku dah memulakan operasi bisnes fesyen aku. hehe....

Nama diberi KIN by NIK.

Tak ada apa yang relevan pun atas nama KIN kat depan tu cuma terbalikkan saja nama NIK (as if my real name), tak perlu ada NICK, or NIQ, or NIX, or NIC or whatsoever kan! Jijik!
Autentik itu indah. Maka, aprreciate pucuk pangkal nama keluarga yang meletop ini. Tak semua dalam IC pakai nama NIK kat mula2 nama. Aku ada, kau ada??? haha

Nah, baca la sendiri makna KIN lebih lanjut kat sini ya...

Then, kebetulan pulak KIN tu dalam bahasa omputeh maksudnya relatives or family. Hmmm... coincident.
Tapi, nama ni tak datang sendirinya kalau tak dibantu kawan baik aku Padin. Dia yang bagi idea untuk nama meletop dan extravaganza ini. Classy yet original gitu. Love you sobat!

KIN by NIK dan ada logo tau... yelah, nanti customer nak beli tetibe semua kosong orang ingat brand aku ni dari Kenanga Wholesale. Tak baik tau.... Tapi nantilah aku upload logo tu pasalnya server tak leh baca format JPEG logo ni. haha. 

Secara asasnya, logo itu adalah tulisan N.I.K yang dicondongkan 90darjah dan replikasikan jadi double dan dicerminkan imejnya. Ayooo! tapi ya, inilah konsepnya.

Apa fokus aku?
More to modern design, evening wear dan ada jugak RTW (Ready To Wear), pastu kalau musim raya tu amek lah tempahan untuk baju-baju raya yang pelik2. haha. Tapi mostly baju kurung moden la dan yang tempah pun regular customer.
Ada juga few artis yang dah pakai baju KIN by NIK untuk ke beberapa acara dan fotografi. Contohnya Emma Maembong (hehehehe), Adeline Tsen (Bukan Kerana Aku Tak Cinta) dan Mon Ryanti.


Emma Maembong in KIN by NIK RTW
Oklah, itu saja buat masa sekarang. Nanti any update abam share-kan kat korang ya. Stay tuned!
Korang yang ada Instagram tu boleh try cari #KinByNik.

Nota kuku kaki kurap: tunggu koleksi Aidiladha tahun ni ya... muah!