Memaparkan catatan dengan label aPa masaLahnyeR?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aPa masaLahnyeR?. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 17, 2013

Hidup, Perjuangan, Pengorbanan

Salam,

Dengar tajuk macam terlalu educated bukan, haaha..jangan salah sangka tajuk tu cuma sandiwara saja.
Lama rasanya tak menulis blog ni, almaklumlah busy je manjang kan. *well, satu dunia akan bagi alasan klise kalau tak entry blog depa terkangkang berbulan-bulan*

Life sekarang sedikit tenang.  Yelah, lepas dah break up ni macam2 cara aku buat untuk membusykan diri ini untuk lari daripada pikir bukan2 or ingat kenangan2 silam yang menusuk-nusuk jantung sampai terburai 5 kilometer kan.
Salah satu caranya adalah menceburi bidang baharu iaitu fesyen! Yup! FESYEN! Siapa sangka bukan. Dalam tempoh masa enam bulan Alhamdulillah saya dah ada baby dalam bidang ni. Tapi sorry la saya tak hiraukan latar belakang saya yang tak pernah belajar mendalah tu, abaikan, letak tepi, pekakkan telinga dan fokus ke depan. Of kosla ada mulot2 puaka yang mencerca aku sebab feeling nak terjun bidang ni tapi sekali lagi aku cakap aku tak peduli!




Alhamdulillah, tak lama lagi aku akan reveal fashion line aku kat khalayak semua ya. Bersabarlah hati bak kata Elly Mazlein. Geetoh!!!

Sebelum aku terjun ke bidang rekaan pakaian, aku terlebih dulu berjinak2 dalam bisnes tudung guna nama mak ai yg vogue itu: RAJA MARIZAN KUALA LUMPUR!
Biar bukan seperfect usahawan lain tapi sedikit sebanyak dapat jugak lah belajar kan. Terima kasih aku ucapkan kepada pembeli dan penyokong setia RMKL. Lepas ni akan ada lagi produk terbaharu aku. Stay tuned!!!

Bila dah mula berbisnes ni jangan ingat aku dah kaya raya. Nak mula tu kene merangkak dan mengensot perlahan2. Berdarah, berkudis, berparut semua dah rasa. Aku terpaksa korbankan harta benda dan peruntukan untuk penampilan diri (Shopping lah senang citer) untuk modal bisnes aku. Sangkak wooooooooh gua cakap! Macam hidup cukup2 utk makan, bayar sewa rumah, bayar kereta je. Baju semua dah lunyai aku pakai pegi keje. tapi xpelah, dah nama pun pengorbanan kan!

Untuk mencapai kejayaan perlu ada pengorbanan dan selepas pengorbanan perlu diiringi perjuangan. Aku tak rasa aku perlu berdiam diri atau berundur kalau ada masalah. Hidup cuma sekali! Kalau jatuh kita kena bangkit dan kembali berperang.

Aku pernah rasa sakit itu ketika sendirian. Yup! Usaha ini adalah usaha berseorangan. Adakala aku rasa aku saaaaaaangat perlukan seseorang yang boleh at least cakap: "You're doing great dear", atau pun "It's OK", atau "Dont worry, im here for U". Tu pun dah cukup buat aku rasa lega gila. Tapi fefaham lah kan, hidup solo bukan seperti yang kita idamkan.

Ok, cukup lah kut setakat ni saja. Nanti masing2 muak nak baca panjang lebar. Apa yang penting hidup perlu diteruskan. Berjuang dan berkorban itu resmi ke arah kejayaan!


Selamat Hari Raya Aidiladha kawan-kawan. Tahun ni aku beraya di KL. Alhamdulillah pagi raya dapat tengok sembelihan lembu dengan Seniman dan dapat rasa open house raya kat umah opismate, Cik Yan. Love Mama like seriously forever!

Nota kuku kaki kurap: Tempat kerja kami dah ada kumpulan tarian yer... namanya Adi Tinta Troupe.

Rabu, Jun 26, 2013

Cermin Kereta Kena Pecah


Aku terus direct to da point la yeah. Ni nak cerita ni, hari Sabtu lepas cermin kereta gua kena pecah gara-gara gedik pegi parking kat belakang Fullhouse Jalan Yap Kuan Seng, KL.
Bagi penduduk KL depa akan tau lokasi femes ni dan lokasi ni jugak sebenarnya lokasi panasssss! (ada banyak kes jenayah la).



Nak dijadikan cerita aku ni dengan selamba badak nya parking kereta luar restoran tu untuk menglunchkan diri. Sebab parking dalam penuh kaedahnya. So, lepas parking aku pun selamba badak lagi pegi keluarkan beg galas n then simpan kat belakang boot kereta. Konon orang takkan nampak or suspicious la kan ada barang berharga kat tempat duduk dalam kereta.

So, bawakla sekeping dompet dan henpon kecik samsung ku utk menjamu selera dan melahap selahap lahapnya. Lepas tu dalam pukul 2 camtu aku g balik nak amek keta sekali YAAAAA! berkecai cermin depan co-pilot tuh.


Terduduk pakcik kat situ tau! Rasa nak meraung2 mintak tolong tapi benda dah jadi so tak mampu nak ubah apa2 dah. Orang pun tak dak area situ n sangat lengang. Haaa, nasib lah ko nik oiiii!

Langkah pertama hubungi bekas kekasih yang dah kahwin tu. Mampu??? Ok tak dapat. Call a few kawan2 yg ada dalam senarai henpon kecik ku itu. Semua tak angkat! Dah jahanam ke apa hp memasing ni? Mula pk negatif.
Masa ni panik sampai berpusing2 beberapa kali keliling kereta. Kau ada? Tak da kan? so diam! Then, aku lari g ke arah KLCC sebab seingat aku ada pondok polis. Masa tu aku xtau kena g balai polis dulu ke, bawak kereta ke, amek gambar ke, cari mekanik ke? Sebab 1st timer. Sumpah beb, perasaan masa tu Tuhan saja yg tau.

Then berlari2 tu aku singgah restoran tanya. Punyala kerek tuan kedai tu siap xnak pandang muka aku lagi. N then cakap xtau xtau xtau. I curse u tuan restoran yg botak dan tua!!! Lepas ni kalau kau kena nasib macam haku kau akan berguling2 tengah jalan.


Ok, lari lagi then ternampak minah Indonesia duk sapu sampah. Mintak tolong dia tanya mana public phone sebab masa tu hp aku dah kong batterinyer. Dia blur2 tak faham. Aku apa lagi, bantai cakap bahasa Indonesia la... pum pang pum pang dia faham la weh! Siap tanya lagi aku asal daerah mana kat Indo. Mampu tak???

Ok, dia pun xmampu tolong. Sekadar mintak dia buat 1 panggilan dan panggilan tu tak berjawab. Berlari lagi then aku jumpa Ambank. Cucuk duit sebab masa tu ada RM3 je dalam dompet. Tu la, makan lagi mahal2 kannnn! Kebetulan masa cucuk duit tu ada sorang pakcik ni tegur.

"Adik ni kenapa kusut masai?"

Aku jawab:"Kereta saya kena pecah so saya tak tau nak buat apa, nak kemana,"

Dia pun bg panduan. Katanya bawak kereta g balai polis Jalan Tun Razak wat report. Then baru uruskan hal insurans or baiki cermin pecah tu. Ok...Makanya, aku terus berlari balik ke kereta, pecut ke balai polis Jlana Tun Razak. Lepas wat polis report situ, depa hantar kes ke Balai Polis Dang Wangi sebab tu bukan kawasan dorang. Aku kena bawak g balai polis Dang Wangi lak.

Sampai sana, depa juz amek gambar utk forensik dan uji cap jari je. Dah setel tu aku g bengkel kereta kat Jalan Pahang. Jauh kau!!! Kebetulan kene caj dalam RM100++. Langsai semua duit dalam dompet. Lepas tu baru aku balik rumah settle down dan cool down. Daripada agenda berderet dalam planner terus kacau bilau. Inila orang cakap Malang Tak Berbau. So berhati2lah yer...


Berikut senarai kerugian yang aku alami (total up RM7k):
Samsung Galaxy Tab sebijik
Mini Ipad sebijik
Beg galas Coach
Spek mata aviator Ray Ban
Sedikit wang saku yang tak sengaja simpan dalam kereta (huh!)
Sebotol perfume Christian Dior (penyamun tu barangkali rasa badan terlalu busuk)

Oh ya, saya dengan ini memuji tindakan anggota polis negara kita yang pantas melakukan siasatan atas kes aku ni. Sapa kata depa makan gaji buta je? Depa cekap dan amanah hokey! Btw, terima kasih Inspektor Khairul sebab sudi melayan kerenah ai yang ala2 diva tak jadi ni...

Pengajaran aku dapat: Sekarang aku dah tau siapa kawan dan siapa lawan. Masa kita susah yang datang tolong itulah kawan, yang larikan diri jauh2 tula kita kena hati2 ye. Terima kasih kpd individu yg telah menolong aku sepanjang insiden ni berlaku. Sayang korang ketat2. Nak mention sini nanti kang ada yang terasa, so, kengkorang terasa la sendiri yerk.

Akhir kata, beringat2lah. Jenayah ada dimana2. Laporkan pada 999! Mampu?


Nota kuku kaki kurap: tak semua yang baik itu tak ada kejahatan, tak semua yg jahat itu tak ada kebaikan.

Isnin, April 22, 2013

Mengubah Takdir

Hellow hellow hellow!

Nampak I macam ceria je kan? Ekceli biasa2 je... mood suam2 kuku kata kau! Ahaks.
Setelah sekian lama dah tak menulis belog, hari ni aku nak sharing pengalaman hidup aku lah sedikit sebanyak. Cerita ni lebih kurang macam luahan hati dan macam tak puas hati pun ada. Ahaa! Ada aku kessah?

nampak tak ala2 i nak terbang gitu tapi sayap belum tumbuh...

Begini yer, dari kecik hidup aku ni serba sederhana tapi Alhamdulillah mama bagi aku makan pakai serba cukup dan aku tak pernah tak dapat kasih sayang mama. ChoP! Aku bukan nak cerita pasal anak derhaka ke apa tau..
Then, dari kecik gak mama selalu nasihat kat aku suh jadi orang yang berguna, pandai dan hormat orang. Makanya, didikan mama untuk aku adik beradik memang tip top dan perfect. Setiap pagi kalau aku kecik2 dulu mama akan suapkan ubat cerdik (pil putih kecik rasa manis2). Katanya untuk jadi pandai.. Gitu mama I kan... Tak pe, usaha itu tak menjadi kesalahan kan adik2..


Then pagi2 dah mengayuh beskal g sekolah. Race ngan member2 len. Tapi beskal I kecik je, kaler purple gitu. Tak silap mama beli beskal tu harganya RM130. Mahal kau!

Masa darjah 6 memang sangat competitive! Kat meja dalam kelas 6 Pintar SMK Kedai Lalat (kelas paling pandai) aku letak kata2 hikmat yang aku gunting daripada surat khabar pastu selit dalam plastik yang berbalut meja tu. Konon2 perangsang lah... Tapi gambar Leonardo DiCaprio & Kate Winslet depa tangan atas kapal Titanic tetap ada sepanjang masa. haha...

Makanya, hadapilah UPSR yang serba mencabar. Kata cikgu tahun I kebetulan kena tahun soalan susah! Tapi kami gigihkan juga jawab soalan. Tum tam tum tam (kenapa tum tam?) dapatlah result! Maasa tu pesaing aku ramai. Antaranya Nik Arif (terer nak mampos math!), Albaihaqi (terer semua bende), Amalina (pun terer gak, anak cikgu nih), Liyana (baru transfer dari sekolah pandai katanya) n Fara Asma Aisyah (taste sejak dari darjah 2 lagi! dan dia adalah sangat pandai). So bila dapat result, aku cuma dapat 4A 1B...B tu bahasa Inggeris! hampagas punya UPSR!!!

Konon2 macam ni la beskal perple aku tu...haha

So, aku ni betapa down tu earth (konon), tak mintak la sekolah bandar yang budak2 semua pandai tu.. Dapatla sekolah kampung ja. Belajar punya belajar jadila budak nerd! Sampai PMR aku rasa tu kenangan paling indah sepanjang belajar kot. YEs!!! Aku dapat 9A... solid dan perfect! Aku adalah pelajar lelaki pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti (Kelantan) yang dapat paling tinggi PMR sepanjang sekolah tu ditubuhkan. Mampu? Meaning that aku dah cipta rekod. Haha.. Masa tu competitor aku ada dua: Roswani Shaimi dan Rosnani Resdi. Benci depa sebab pandai sgt. Roswani tu pencabar aku dalam bahasa Arab. Rosnani lak sebenarnya dia hilang surat beranak dan usia dia 2 tahun lebih tua drp kami yang form 3 ni. So, no wonder ah dia pandai. Bye!

*****

Motto hidup aku masa tu: Apa pompuan boleh buat aku pon boleh buat (well, except beranak)! Mampu tak motto hidup cmtu?

Masa form 3, pagi2 aku keluar rumah sebab nak race ngan budak2 lain nek beskal. Time tu beskal I dah kaler biru. Mama beli baru sebab yang purple tu kecik sangat. Sampai sekolah wajib sebelum kul 7. Then study dlu. (Oh skema). Pastu perhimpunan dan mula la sekolah. Balik biasanya kul 3. tapi selalu gak ikut Firdaus dan segerombolan lain g bandar Kota Bharu pakai baju sekolah. Masa tu feeling macam otai bandar! Padahal!!!

Then, aku banyak beli buku latihan, g kelas malam, oh ye beli soalan Adabi yang pos2 tu, dan buat semua benda yang orang nasihat untuk jadi pintar. Masa tu duk kelas 3 Khas (satu2nya kelas ada bahasa Arab dan paling pandai tingkatan 3). Show off tak?

Boleh baca balik kat entry nih! lalalla

So, bila dapat result yang cemerlang tu aku dapat offer g Sekolah Sains Alam Shah (ASiS) yang mana aku adalah 2nd batch. Heibat kan? Form 4 & 5 aku berlalu di sana. AKu kenal ramai orang dari luar Kelantan. Terbuka minda doe. Aku kenal dunia dan aku kenal segala kelekaan yang dipanggil keseronokan. Aku jadi malas dan bebal. Aku jadi terkejut dan akhirnya aku tewas masa SPM! Aku cuma dapat 6A je. baki 4 tu B. Oh! masa tu aku rasa sangat kecewa, hampa, nak nangis, loser dan sampai terfikir dan bunuh diri. Aku tak de duit masa tu nak semak semula result yang B tu. Aku tak tahu kemana hilangnya semangat kompetitif aku masa tu. Hilang tau!

feeling2 tilik nasib! tgok tang marriage tuu..

Tapi masa mula2 masuk sekolah asrama tu aku dapat top 50 drp bebudak genius seluruh Malaysia. Sampailah aku kenal sorang budak ni yang buatkan aku homesick. THen, pelajaran aku terus merosot sampailah ke SPM. Masa tu baru aku rasa aku duk kat underworld dan aku sednag berada di bawah! Sumpah rasa kecewa gila.

Lepas tu aku tak pernah g balik ke ASiS tau. Setakat baca update kat FB mungkin sebab malu teramat. Yelahkan, daripada kepala otak berkilat jadi berkarat sekelip mata. Orang selalu cakap: jangan pandang rendah kat orang lain sebab kita mungkin satu masa nanti akan berada di tempat orang tu. Tapi aku ni sombong, riak dan bongkak masa pandai.

*****

Lepas dapat result SPM aku down n hanya mintak Matrikulasi. Terus aku dapat masuk Kolej Mara Kulim amek asasi biologi (sebab cita2 nak jadi doktor tapi takut darah uols). Tapi aku lagha lagi. Kenal kawan2 yang heret sama aku jatuh dan makin jatuh. Result final aku 3.33 sajor! Tak lepas 3.50 pun. Lagi down. So, aku hanya apply Komunikasi kat Universiti Sains Malaysia. Dan aku tak ubah pun permohonan UPPU aku. Of kourse la kan dapat terus. Punyalah cekadak kan!

Hidup aku berjalan ikut flownya... Dan sampai sekarang aku masih bernyawa, berkerjaya dan gembira sebenranya. Walau ada kalanya aku berduka dan cemburu tengok orang lain berjaya jadi orang hebat2. DOktor, Engineer, Lawyer etc.

Aku kadang2 tanya pada diri sendiri, aku ada buat salah dengan siapa2 atau dimana salah aku sebenarnya? Adakah ini hukuman Tuhan untuk aku?

Mahu juga aku patah balik ke masa silam. Kenapalah masa SPM dulu tak belajar betul2? Kenapa lepas dapat result tak usaha ke arah kejar cita2? Kenapa?

Muhasabah diri sket!

Soalan2 tu semua berlegar2 dalam kepala dah lama dah. Ni, sejak tengok kawan2 seangkatan dah berjaya aku makin la jeles. Mesti mama aku rasa kecewa kan dengan aku sekarang. Benar kata mama masa kecik, tak ada sesapa dapat tolong kita masa dewasa melainkan diri sendiri. Kerjaya kita sebenarnya yang bantu kehidupan kita kan... sebab tu ibu bapa kita selalu bagi nasihat suruh belajar pandai2. Bukan depa nak mintak balas jasa tapi nak make sure anak dorang selesa bila dah besar nanti.

Apapun, aku tak boleh merubah takdir. Itu perjanjian antara aku dan Tuhan sebelum dilahirkan. Aku bersetuju untuk menggalas takdir ini sepertimana sekarang. Menyesal? Yes, tapi itu adalah pengajaran bagi aku, pedoman untuk pembaca dan orang sekeliling serta. Tuhan anugerahkan aku untuk menginsafi kuasa Dia dan tak riak!!!


Aku gembira laluan ini yang Tuhan tunjukkan untuk aku dan aku bersyukur. Kalau tak masuk USM aku takkan jumpa BFF yang super hebat dan sangat fun. Aku takkan dapat tau apa itu dunia tarian dan Adikarma. Kalau tak jadi reporter aku takkan kenal dunia hiburan, takkan kenal artis2 terkenal dunia dan takkan berkawan ngan depa. Hahha...

Jadi, soal merubah takdir itu hanya bisikan dari hati yang adakala cuba untuk mempertikaikan suratan yang Tuhan telah tetapkan... Jangan kufur nikmat! :)

*rasakanlah korang baca entry panjang lebor nih! hahahahhahahhahahhaha

Nota kuku kaki kurap: tak mampu jadi doktor bedah orang boleh jadi doktor homopati tak pun doktor sakit jiwa. Ihik!

Isnin, Mac 04, 2013

Kahwin?

When people ask me about marriage, i'm starred! Glazing my eyes and keep shutting down my mouth.

Ya, perkahwinan bagi saya memberikan pengertian yang cukup luas dan besar. Perkahwinan maknanya penyatuan dua hati menerusi ikrar untuk bersusah dan bersenang bersama, memahami, menghormati dan berkasih sayang. Sebenarnya pengertian ini saja tidak cukup untuk menerangkan erti perkahwinan  tapi sekadar dari benak minda saya yang cetek ilmu ini, itu lah maknanya perkahwinan.

gambar ni bikin banyak soalan di FB.

Apa yang saya fikir mengenai kahwin?
Saya belum bersedia berkahwin lagi sebenarnya. Malah calon pun tiada. Tapi baru-baru ini saya menemani 'kawan baik' saya membeli barangan hantaran untuk majlis resepsinya yang akan berlangsung pada 27 April kelak. Rasa teruja tapi dalam ketika sama saya gemuruh. Bagaimanalah agaknya perasaan saya ketika membuat persiapan kelak yer? Pastinya saya aakn bertukar posisi dengan bakal isteri saya. Haha... Saya yang susunkan aturcara, konsep pelamin, pakaian pengantin, kad undangan, makanan, hantaran dan semua benda. Yes! U are lucky girl coz u'll be meeting me as a planner (in all aspect) i think so. Oh! and including my Big Day. lol

Bila akan kahwin?
Ok, saya datang daripada keluarga yang tidak sempurna. Saya ada seorang ibu dan tiga orang adik perempuan yang semuanya masih belajar. 2nd sister saya di UTM sedang menuntut jurusan kejuruteraan mekanikal, adik ketiga saya tingkatan 3, PMR tahun ni dan adik bongsu saya kini darjah 5. Semua masih kecil kan. Pada hemat saya apabila seseorang wanita berkahwin, tanggungjawab dan segala arahan mesti datang dariapda suami dan itu prioritinya. Kalau suami cakap No, means No! Jadi, saya hanya akan berkahwin selepas ketiga-tiga orang adik saya berkahwin terlebih dahulu sebab saya ada tanggungjawab besar iaitu menjaga ibu saya (which is only girl i love in this world! she's irreplaceable!). Selepas semua dah selesai baru saya akan fikirkan hidup saya. I dont need to get married if i rich and im happy in my life.

Tak takut label bujang terlajak?
Takut gak tapi saya rasa saya bersedia dengan gelaran itu. If jodoh saya sampai awal dan berkahwin awal lebih afdal. Hehe... Saya pun nak rasa hidup berumah tangga dan punyai anak. Saya tidak mahu perkahwinan saya berakhir penceraian memandangkan sekarang ni cerai ibarat satu trend dalam masyarakat. Kalau bercerai dan mempunyai anak kemudiannya dilabel duda pun saya tidak kisah. Sekurang-kurangnya harta saya kelak akan diwarisi oleh anak saya. Oh! (what a thought!)

Ciri-ciri wanita idaman?
Cantik (Klise), rambut ikal mayang (klise lagi), i nak cari yang free hair sebab i sangat mengagumi rambut wanita. Tak kisah orang cakap i dayus sebab tak mampu nak bimbing wanita menutup aurat sebab itu tanggungjawab i dan i tahu bagaimana untuk tackle that situation. Tu pun i dah bersedia. I nak cari kulit putih sebab i dah gelap kekelabuan. erk! Lain2 tu bonus lah kan, tapi tidak mengharap yang serba sempurna, asalkan cukup syarat sudah. Femes? Itu belakang cerita sebab kalau femes pun saya boleh tumpang sekaki. (mampu tak?). Kalau boleh tak nak orang kelantan sebab saya nak rasa situasi berebut balik kampung tu macam mana. Mesti seronok kan? hehe...

Dah cukup duit nak kahwin?
Tak! Dan langsung takdak duit pun espeseli untuk kahwin ni. Even untuk makan pun macam sangkak gila babas kut. Asek ikat perut je sampai pening2 kepala ni apekes? So, saya memang takdak duit nak kahwin. Kalau jadi pun saya akan wat loan dalam 100K n bakal wife another 100K. Hey, jangan salah anggap. Kami nak beli rumah sekali lah.

Impian perkahwinan?
Wow! Soalan menarik. I nak wat ala2 Pink nyer weding. Eh! Berangan! Ok tipu tu. I nak majlis yang lengkap adat istiadat melayu. Macam zaman dulu2 tu. (duhh!~). Atau i nak wat ala2 dark circus dan pakai kostum bertema sketlah. It will be mysterious and mystical. Mampu? Dah lah... semua ni propa. Ala, saya nak wat majlis biasa orang buat je. Sebabnya mama saya dah belikan dulang hantaran siap2 dah simpan dalam almari perabot kat rumah. Kau raasa?


Kesimpulannnya?
I nak kahwin tapi tak ada calon, tak ada duit dan tak begitu bersedia. Kalau anda di luar sana berminat kat saya boleh la kut kita roger2. Tapi saya ada big heart and big dreams. Jom lah kita sama2 menerokanya. Begitu? Hey sorry guys, i rasa i tapi entry ni dalam keadaan lalok lepas pekena shisha kaw2 tadi. Ke sebab terminum benda bukan2 haa?

Ini pun sama. Gambar ini dipetik ketika resepsi sepupu saya, Syafiqah di Kedah tahun lalu. Saya cuma pakai baju laki dia. hahahhaa

Nota kuku kaki kurap: carijodoh.net kan ada.

Isnin, Januari 14, 2013

Karma

Guys, I nak kongsikan sepatah kata-kata penuh inspirasi yang I quote daripada somebody pagi tadi. Katanya: "Sometimes people don't notice the things we do for them until we stop doing them"

Well, xperlu explain lagi kan. Terang2 maksudnya seseorang tu akan lebih menghargai seseorang apabila dia mula tidak dihargai. Pernah terjadi kepada diri sendiri dan mungkin orang lain.
Pada ketika kita ada seseorang yang menyayangi kita, sanggup buat apa saja, korbankan apa saja untuk kita, kita jarang ambil pusing rite? Kadang2 tu orang itu sampai sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk datang ke tempat kita sebabkan masalah remeh atau kita sakit ringan2 je. Tapi ada kita balas pengorbanan tu sebaik mungkin? Pada telahan kita, perkara itu dianggap leceh, ringan dan tak penting tapi sebenarnya percayalah apabila dah tak ada orang yang akan buat perkara mcam tu untuk kita lagi, kita akan rasa sangat kosong dan bersalah sebab tak manfaatkan peluang dan ruang yang pernah ada itu sebaik mungkin.

Cycle of Karma


Sesungguhnya, sekarang I rasa kosong. Kosong apabila sudah tiada sesiapa yang hirau akan kita, tak ada sesiapa yang ambil kisah apa kita buat apa kita makan kemana kita pergi atau kenapa kita sedih. Itu lah karma namanya!

Hati-hati dengan apa yang kita lakukan



Karma itu sebenarnya sebuah kitaran kehidupan. Ada yang percaya dan tidak mustahil juga tidak. Tapi bagi I, karma itu sentiasa berlegar dalam kehidupan dan persekitaran seharian. Adakalanya kita sendiri tidak sedar kita sedang menerima karma hasil perbuatan kita.

Sama juga konsepnya kalau kita buat jahat kat orang, balasan itu boleh datang serta merta atau ambil masa perlahan2 yang impaknya ibarat tertampar diri sendiri.
Contoh, kita larikan diri ketika kawan2 kita perlukan pertolongan ketika susah, lambat laun kita sendiri yang akan terhegeh2 cari balik kawan2 kita yang kita pernah elak untuk tolong tu pada masa kita dah menderita susah.

Come on beb, kita ni manusia tak mampu lari daripada kesilapan. Tapi adakalanya kesilapan sebegitu kita boleh langsaikan dengan cara lebih bermaruah (dignity and pride). Why dont u just say 'I'M SORRY' instead of kita mengelak dengan cara keanak-anakan (contoh block number). Of course kita boleh maafkan sebab setiap manusia dilahirkan ada perasaan belas kasihan kan. Tak lah kejam sangat!

Karma tu kadang2 kejam juga. Datang bukan kita minta pun. Kadang2 I sendiri terbabas melakukan seusatu yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang khalifah Allah. Mengata, mengutuk, mengeji, mencerca itu semua tak boleh lari. Sampai masa orang pula yang akan buat perkara yang sama pada kita, cuma tak tahu bila. Kann?

So, cuba elakkan diri kita daripada melakukan perkara yang boleh menyakitkan hati orang lain. Sebab suatu masa nanti perbuatan kita akan memakan diri sendiri. Wallahualam.

Mari tenangkan diri seketika


Nota kuku kaki kurap: Jemput singgah tengok2 tudung menarik uols! Kat sini. Sayang semua...

Sabtu, Januari 12, 2013

Lady is a Tramp


Adakalanya, mereka ada yang kita tiada,
Yang adanya itu kadang kala jerat,
Jerat yang terpasang untuk mereka yang lalai,
Sekali terleka hancur binasa.

Adakalanya, mereka itu berdusta,
Ketika mencipta kata menggoda belai,
Kata-kata itu tajam dan durjana,
Mengheret kita ke lembah celaka.

Adakalanya, mereka bijak mengandam cerita,
Mengampu membodek menherdik mencerca,
Kadang kala mereka alpa mereka khilaf,
Kerana mereka sebenar sundal.

Unmention dan general saja kata-kata yang dikarang di atas sana kerana hati ini sedang menderita kerana nama wanita. Dia yang jahanamkan hidup, dia yang datang menghadiahkan gundah gulana, dia yang datang akhirnya mengakhiri cinta terbina. Ya, dia namanya wanita.

Yang sebelum ini pernah menghancurkan hati, mempermainkan perasaan berulang kali hingga timbul dan faham kisah fobia. I'll forever not going to forgive them! Forever!

Now, they come again in another way to struck my life with a hazardous poison. Hate you M. Hate you! Like forever hate u! Untuk dia yang bernama M itu aku tak akan maafkan kau. Whatever people say, pergi mampus lah. And you can just go to hell M!


Nota kuku kaki kurap: gediknyer kau kan tetibe nak balik kampung. Mampos lah kau tengah2 jalan tuh.

Rabu, Januari 09, 2013

Air! Mana Air?

Pernah tak korang rasa bila bangun pagi takda mood, rasa diri macam gampang n menyumpah seranah tak tentu pasal. Pastu bila kucing kesayangan korang panjat katil nak bermanja, korang tendang2 sampai terjelepuk kat bawah. Oh sadis!
Tapi itu bukan aku la.. kejam sangat kut.

Tapi nak bercerita ni pasal krisis yang sedang berlaku sekarang ni. KRISIS AIR! 


Aku just nak berkongsi pengalaman, pengamatan dan pandangan aku je tau. Jangan nak spekulasi bukan2 cakap aku anti kerajaan la, pro pembangkang la, apa2 la.. sebab semua yang aku tulis sini berdasarkan kepala otak aku.

Air mula xde kat umah aku minggu lepas. Awal tahun camtu kalau tak silap. Pastu ada balik. Pastu start hari ahad hari tu dah takde langsung dah. Memang bangsat habis! Mana taknya, setiap kali bangun pagi rasa stress mana nak cari air. Usahkan nak mandi, nak basuh kencing pun susah gua cakap sama lu.

Lori tangki air ada la datang stp pagi, tapi masa datang tu gua nak g kerja. Xkuasa la nak layan beratur panjang semata2 nak dapatkan air dua baldi kan. Pastu nak angkut naik tingkat atas bersusah payah lagi. Pastu tak tolak yang tumpah tercicir tengah2 nak panjat tangga tuh. Sampai2 umah tinggal suku baldi. Pooodia!

Bukan diva tapi kau faham tak tak kuasa? Banyak benda lagi aku boleh fikir atau buat selain nak beratur tunggu lori air then angkut sampai sakit pinggang. Kalau update belog dah berkati2 dah.

Bila tak da air, kesan psikologinya dahsyat. Bila kita dok pikir pasal xde air, kita akan stress nak cari jalan penyelesaian. Akhirnya, turun kedai runcit, tapau mineral water bebanyak wat bersiram. Mampu jadi MJ? Mampu takkk?

Selain nak mandi, nak masak pun susah. Nak cuci baju pun susah. Even nak manicure, padicure, home facial pun sangat lah leceh. Air yang ada lak kena jimat2 gila babs! Sakitnya hati aku.

Tak kisah la yer salah siapa pun, tapi tak payahlah nak politikkan isu air ni. Jangan nak sabotaj then cakap yang kerajaan selangor tak bayar tu tak bayar ni utk Syabas teruskan operasi. Ini adalah sabotaj! Tolonglah fikirkan pasal famili yang ada anak kecik yang terpaksa bersusah payah angkut air naik tingkat tinggi2. Klau gua pun dah merengsa apatah lagi mereka. Kasihanilah!

Aku merayu kat mana2 pihak yang bertanggungjawab supaya fikirkan balik natijah sebelum melakukan tindakan. Ini bukan cara utk menang bertanding pilihanraya nanti. Ini lagi mengundang rasa benci dan meluat.


Nota kuku kaki kurap: Air itu emas

Rabu, Januari 02, 2013

Ke Neraka!

Hey guys!
Ketika entry ini sedang ditulis aku mengaku aku memang sedang marah. Pertamanya, kerana saku sangat sakit hati, keduanya aku sangat bengang dan ketiganya aku sangat berdendam!

Sambutan Tahun Baru korang camna semalam? Pasti semua berjalan lancar kan? Aku punya tak lah wei. Macam cilakak ja. Ok, tak kisah sebenarnya aku sambut tahun baru dengan ofismate yang dah jumpa setiap hari tapi aku paling tak leh blah bila kena sambut sorang2 lepas tu. Orang lain semua spend time dengan famili la orang tersayang la, tapi aku? Sekor2 kat rumah dengan empty heart and no feeling! Such a douch bag!!!
Kenapa? Sebab orang yang aku plan nak jumpa malam new year tu ada date ngan orang lain. Barua!!! (bukan dia tapi orang ketiga itu)

Bengang, kenapa? Kerana lepas jumpa orang itu langsung tak ada respons daripada dia. Well, sweet sangatkah dia? Aku gerenti sangat tak kan??? Kalau sweet pun, kau rasa kau boleh lawan aku haa? Meh sini kita beradu! Wassap tak da... sampailah lepas sehari baru ada tanda2 nak memujuk. Tau salah! Tu pun dah malam balik. Heloo, 2nd day new year baru ingat aku?

Dendam? Ya, sebab kau dah spoilkan new year aku. New year is so important to me sebab itu adalah permulaan segalanya. Kalau tahun lepas new year aku dilalui dengan penuh keterujaan dan iltizam menggunung serta ketidaksabaran tapi tahun ni, aku lalui dengan ketakutan dan penuh rasa seram sejuk. Sebab tak tau apa akan jadi masa depan. Hah!

Jadi, sambutan tahun baru aku adalah macam haramjadah. Korang tu harap2nya oke lah kan...
Satu je aku nak ingatkan, tolong jangan spoilkan hari-hari aku sebab itu semua menambahkan dendam dalam hati aku yang dah lama berdendam. So, kepada dia (yang ketiga) itu, aku harapkan kau akan terima nasib serupa macam aku sedang lalui sekarang ni. Aku sangat sakit hati sebab kau dah rampas kebahagiaan aku. Just go to hell!


Nota kuku kaki kurap: Hadiah tahun baru aku, TV LED 32"... tenkiu very much!

Rabu, Disember 26, 2012

You Took My Happiness

Amacam? Entry kali ni ada bunyi ala2 tajuk lagu tak? Macam You Took My Heart Away (by MLTR) kan?
Ahha... lagu tu my fevret tau...

Ok berbalik kepada kisah yang aku ini luahkan kali ni. Bunyinya seakan-akan marah dan agresif kan? Tapi memang betul pun. Aku sangat2 marah sebab aku rasa macam aku ni dilayan serupa sampah!

Weekend lalu aku g Jakarta, spending a few days there and in the other hand cuba nak lupakan kisah-kisah lampau. Tapi kau tau2 ajelah kan Jakarta tu macam mana.

 

Macet! Banjir lagi skg ni and banyak masa2 kau dihabiskan dengan cara menunggu supir yang lembab nak mampos atau ke rempuh jem berjam2 dalam keta. Nasib baiklah teksi kat sana hebat2. Kalau kat Malaysia ni wira je standard, kat Jakarta at least Toyota (Blue Bird depa panggil), atau Merc (Silver Bird). So, kau akan rasa sangat artis hollywood di sana.



Kau rasa boleh ke nak lupa kisah2 yang menyakitkan hati kalau kau ke tempat macam tu? Kononlah kan kita ni balik nak berkongsi cerita dengan orang yang paling rapat, tapi apa dapat? Tunggu macam orang bodoh!

Sampai KLIA, tak expect apa2 pun.. apatah lagi nak tunggu sesapa mai amek sebab sapa yang ada dlm hidop aku ni? Tengok kawan2 semua balik dengan ada orang setia menunggu kat luar epot tu hati rasa sebak. Nak nangis sangat2! Xpelah, teguhkan hati naik jugak ERL... Sampai KL Sentral, ingatkan ada orang sudi la tunggu at least nak temankan balik atau makan sesama kejap kan, tapi hampeh rupanya!!!
Siap dapat whatsapp yang cakap tak le jumpa sebab kena jumpa orang lain.

How come? Hati dah membara nak mampos ni... Rasa macam nak lempang orang sekeliling. SO, xpelah kan... gigehkan balik ke rumah dgn beg tarik yang tangkainya tetibe tertanggal masa naik escalator tu. Tunggu lagi kut2 la kan memalam buter nanti ada org nk ajak makan ke, lepak ke tp hampeh. Dhla saje kosongkan perut sebab ingat nak lepak2, makan2 sambil sharing story kan.

Dia bagi alasan, katanya perlu jumpa dgn 'org' itu sebab dia dalam kondisi memerlukan seseorang. Well, same goes to me! I pun memerlukan jua.

***

Sometimes kan, aku rasa seperti diri aku ni dipermainkan. Cuba untuk melangkah kedepan tapi tak berdaya. Yer, aku ngaku aku tumpas sebabkan cinta. Merana dan sengsara sekarang. Sometimes, aku tertanya2 kenapa perlu dia (yang ketiga) datang dan curi kebahagiaan aku? Akhirnya buat aku rasa sakit hati dan simpan dendam!

Ya Allah, hadiahkan aku kebahagiaan dan kegembiraan sempena tahun baru yang akan kunjung tiba tidak lama lagi ni... Amin...


Ini Qoran (newspaper) yang ala2 NSTP kalau kat Melesia

Sedikit gambo aku kongsikan untok hgpa


Nota kuku kaki kurap: bisnes dah terbengkalai... Allah, give me strength...

Rabu, Disember 05, 2012

Forgive Forget

Hello Mr. Diary,

Setia kau eh dengan aku. Kalau aku hepi, jumpa kau pun kau tak jemu. Sedih nangis2 pun kau ada jugak sanggup tadah muka dengar aku sembang. Giler ah. Xbosan ka? Xreti nak meroyan?
Ape2 ajelah kan...

Siyes gambar ni sangat simbolik dohhhh

Nak tanya kau ni... kalau kita buat baik kat orang ada chance tak orang tu akan buat baik balik kat kita? Atau at least la ada rasa keperimanusiaan sikit kalau ye pun tak nak appreciate apa yang kita dah buat?
Kalau kita buat baik kat orang biiasanya untuk dapat balasan baik tu akan amek masa jugak ker? Penat dol nak menunggu balasan yang setimpal dengan apa yang kita buat.

***
 


Ok masa menaip entry ni hati aku tengah membara, marah, geram dan sedih sebab aku dilayan macam sampah sarap longkang dbkl tau. Penat kita g cari individu yang kita rasa boleh share moment indah bersama tapi orang tu reject kau macam cilakak! Sumpah aku sentap gila beb. Tapi xtau la kan lepas ni bila dah cool down hati pun dah sejuk rasa macam ok balik. Itu luar jangka!

Kita pendam perasaan marah kita yang dah lama terbuku sebabkan kejadian yang macam2 pada mulanya akhirnya bila sampai satu masa kita akan meletup. Macam bom jangka lah. Simpan dulu lama2, bila target masa tu dah tiba dia meletup dan sekeliling dia pun kena sama tempias!

Sakit dow hati bila kita yang jadi pengharap untuk dapat sebaris wassap atau sms atau call sepanjang hari tapi tidak jugak dapat. Melainkan kalau kita yang mulakan conversation. Kau rasa desperate tak? Sangat kan? Tapi ada aku kessah?

***

Ok dimaafkan sebab mungkin lah kau tu sibok gila kan. Tapi tengok last online macam baru je online but wai bukan online with me? Then with who?????
Ok dimaafkan sebab mungkin kau tengah deal dengan client kau. Tunggu lagi sejam sebab mungkin kau baru habis lunch or late lunch then g solat so kau tak de masa. Tapi sampailah pukul 6pm pun takda??? Jiwa makin meroyan.
Ok dimaafkan sebab kau tu super duper busy tak macam aku yang keje 'rilek' ni... Tunggu lagi sampai malam kot2 la dia tengah diner. Tak dak jugak.
Ok dimaafkan lagi sebab mungkinlah diner tu sampai terkecik ayam then amek masa sket utk telan balik. Sampai pukul 12 malam...Mana ni??? Rentan dahhhh.
OK dimaafkan sebab busy dengan alam maya yg serba indah dan canggih ni yang menawarkan macam2 kan...hate yu WWW! Then dah 2 pagi...kemanakah???
Masa ni mulalah meroyan. Good nite pun tak leh nak wish? just 'GOOD NITE'! itu je pun susah haaa?

Ok lah...nak tido dah kan...sunnah nabi maafkan sesama umat sebelum tidur. Yes aku maafkan. tapi adakah aku akan lupa? TIDAK!!!

***


Kita sebagai manusia ni ada had dalam setiap yang kita lakukan dan terima. Adakala had itu kita bole kawal dan ada masa tidak. Bukan nak cakap yang aku ni tak penyabar tapi rasanya selama hidup ni banyak dah bertoleransi dan bersabar dengan orang sekeliling. Kalau tak sabar memang gua dah sengat sekor2! Oh dosa....
Tapi tula, kadang2 boleh terbabas jua kan... Rasa macam nak g jumpa je orang yang sebabkan hubungan aku dan dia yang selama ini ok aje tetibe musnah then cakap : "Apa masalah kau sebenarnya?"
Tapi kita dikurniakan akal kan kawan2...Tindakan melulu2 memusnahkan bangsa, agama dan negara! So amek langkah bertenang dan bertendang. Kau sepak terajanglah apa yang ada sekeliling tuh. (Oh ye, sory public fon wangsa maju). Then kau tarik napas panjang2 bahawasanya takda guna kau guna emosi dan kekerasan.

Sumpah kalau diikutkan peroyanan aku skg dan dulu (masa belajar) perghhh jauh beza doh. Kalau nak marah depan2 orang ramai aku marah, nak nangis pun sama sampai student yang lalu lalang dah pandang pelik. Ada aku kessahh? Kau orang yang mengata tu pun blajar pandai sgt kerrr? Pastu kalau rasa nak tengking aku tengking, nak pecahkan barang aku pecahkan, nak lari dari uni aku lari. Tapi itu dulu masa fikiran masih budak2 yang keliru identiti. haha...


Now Alhamdulillah dah matang sket walau kadang2 tu tersasar gak. Apapun, mintak jauh daripada perangai lama yang sangat annoying itu. Biarlah kalau meroyan tu sorang2 je rasa (oh lupa ada mr diary yang sudi meneman) dan nak maafkan tu biar hati yang ikhlas memaafkan. Nak lupa pun sama, biar hati yang ikhlas lupakan kisah silam atau perkara jahat yang orang buat kat kita.

Prinsip aku: I am FORGIVER but not FORGETTER. (tak bermakna aku pendendam)

Nota kuku kaki kurap: Atas nama darah diraja yang mengalir dalam diri, jauhkan diri daripada melafazkan sebarang sumpah yang bukan2...Amin...:(

Khamis, November 29, 2012

Time & Timeless

Guys!
Orang kata hargailah orang yang kita sayang selagi dia ada dengan kita sebab apabila sampai masanya dia pergi tinggalkan kita, masa tu lah kita akan nyesal macam nak gila.
Tapi ada jugak orang cakap apabila kita terlalu sayang kat seseorang, susah nanti nak lepaskan dia.
Ada orang pesan juga, jangan serahkan hati kita pada manusia sebab hati kita milik Allah.

Ya! Semua aku setuju beb.
 Tak kata salah pun. Tapi itulah kan... Susah sebenarnya kita nak lepaskan orang yang kita betul2 sayang. Walaupun sepanjang kita kenal, orang sekeliling mengata. Mulot orang, payah nak tutup.

Ada aku tengok orang2 sekeliling aku sekarang bukan main lagi mengata pasangan masing2. Tu tak kena, ni tak kena. Bila korang di ambang perpisahan nanti korang akan rasa lah sendiri tau betapa ruginya masa yang korang bazirkan untuk bergadoh tu. Adalah lebih baik korang luangkan masa sementara korang masih bersama tu melakukan perkara yang berfaedah, bermanfaat lagi bermaruah. Hahar (tak carut sesapa, pesanan untuk diri sendiri)

Pesanan untuk diri sendiri ni dah banyak kali dah sebenarnya. Berpesan supaya tak ulang salah lama. Supaya tak buat balik macam yang pernah aku buat dulu.


1) Orang kata tak setia punca hubungan hancur, then aku jadi setia. Orang nak approach aku reject sebab aku bajet hot stuff ramai terkejar2kan aku (ok perasan!). Nak menggatai dgn orang, aku fikir aku ada orang yg aku sayang. Motif lah nak makan luar kan. (mood: jangan ada dusta di antara kita)

2) Orang kata percaya pada pasangan kita. Aku pun percaya sampai henpon dia pun tak pernah selongkar. Tapi ade gak la jeling2 sikit. Sebabnya aku percaya dia tak akan mencurangi ai.

3) Orang kata nak kekal bahagia kena tolak ansur. Dia marah kita cool down kan. Kita marah harap dia cool downkan. Dia busy jangan kacau, kita busy pun jangan kacau. Jangan dua2 jadi api nanti dua2 hangus jadi hitam legam. Haha...terus market down!

4) Orang jugak berpesan kalau nak sustain hubungan itu, kena ada perancangan. Perancangan tu ada yang utk jangka masa panjang, ada jangka masa pendek.

Cukup pasal pesanan orang sebab semua tuh aku dah buat, aku dah ikut. Tak menjadik!!! Setia, percaya, kompromi, planning... those craplah yang dah banyak kali bikin hati aku sakit. Sumpah lepas ni no more relationship for me. Kalau ada pun (sebab kita xleh jangka masa depan), aku yang akan play the dark role. Aku yang akan jadi pencinta yang tak setia, takkan pernah letak 100% kepercayaan pada pasangan, tak akan ada kompromi (u salah, pegi mampos. i salah, u have to forgive me) then lastly, takkan ada sebarang perancangan lagi (tak kira nak plan jangka pendek atau panjang, both are bullshit).



Penat sebenarnya nak layan hati yang selalu sakit. Dua tahun dulu, dah bertekad sebenarnya tak nak ada sebarang komitmen terhadap hubungan cinta. Tapi tulah kan, kita tak boleh rancang siapa yang akan datang dalam hidup kita. Tiba2 rasa sayang, lebih daripada kawan. Ketika itu, hati ni rasa serba salah, nak terima atau tolak. Tiba2 jugak rasa macam aku perlukan seseorang which is came at the perfect timing.

Aku jenis orang yang payah nak bukak hati untuk orang sebenarnya. Kenal, berkawan, keluar, hang out, then biasanya abis macam tu je. Dia nak feeling2 ke, aku tak kessah! Sebab hati dah sekeras batu. Fobia dah nak bercinta, plan nak keja, cari duit banyak2, then kawen.

Tapi xleh tipu la kan, manusia perlukan companion. Perlukan teman untuk bercakap2, berkongsi masalah, berkongsi rasa gembira. Sampailah dia datang.

Belum cukup puas, perkara yang sama berulang balik. Kali ni aku cuba jadi lebih gagah n matang drp sebelum tapi aku tewas doh! Impaknya datang dua kali ganda. Kecewa aku kecewa yang sangat kecewa. Kenapa perlu aku hadapi perkara itu lagi? Sendirian?

Ya Allah, tabahkan hati aku. Tersangat penat merawat duka yang penawarnya paling susah dicari.


Oh ya! entry ni bukan membuka pekung di dada sebaliknya berkongsi untuk iktibar semua. Famili aku melalui fasa yang sangat tragis dalam bercinta sebenarnya. Bermula dengan moyang sebelah mama turun ke datuk aku yang kalau tak salah berkahwin tiga (sebab tu aku ada nenek yang masih muda... ha! kau adaaaa?), then came to my mom and adik beradiknya (which is semua berkecai and not flowing smothly) and now sampai ke giliran aku (yang memang tak pernah nak rasa manisnya bercinta). Haha... Lepas ni anak2 aku tak tau lah macam mana...

Kalau dok sorang2 mula la fikir perkara bidaah! Sumpahan tujuh keturunan la... kejadah tu kejadah ni... Kau rasaaaa?



Nota kuku kaki kurap: aku bukan saiko!

Khamis, November 08, 2012

Fuck Up

Guys!
Apabila kita bercakap pasal break up, mesti macam2 perkara timbul kan?
Bohong kalau aku cakap bila break up hati tak rasa apa2 walau seseorang tuh dah banyak kali kapel then brek up then kapel balik then break up kan?
Orang bangang je yang xde perasaan apa2. Plus bodoh. Oh, plus dia tuh dah nak jahanam.

Aku dah pernah lah jugak lalui beberapa pengalaman break up. Ok tipu! Sekali je tu pun masa belajar dulu sebab tu1st time kapel dalam tempoh yang lama iaitu dua tahun.

Kalau tengok & kaji sikit sebanyak sebab musabab break up banyak woo...
Antara reason yang selalu diberikan:

1- Saya dah jumpa somebody
2- If it's meant to be, it's meant to be
3- Saya dah tak de perasaan kat awak lagi
4- Kita still boleh berkawan
5- Maybe this is not the right time for us
6- Saya perlu mencari diri saya sendiri
7- Saya sangat sibuk sekarang
8- It's not you, it's me!
9- I need space
10- You're great, but...

So, kepala hotak kau bagi alasan sebegitu! Kau ingat manusia nih macam binatang kau senang2 nak dush bila xperlu atau dah jumpa orang lain haaa? Hanjeng pun ada perasaan kalau kau doh nganjeng2 dia tau.

Kepada semua insan yang dikecewakan atau sedang bermuram durja seperti aku, bersabarlah! Kita sama2 bersatu untuk kesejagatan insan2 yang ditinggalkan sebab alasan2 bodoh macam atas tu yer. I love uol.


Last word from me: FUCK UP those reason


Nota kuku kaki kurap: Cinta kau dan aku, takkan mungkin bersatu...

Sabtu, November 03, 2012

Perangai PR

Guys! 
dah banyak kali kan aku dok meroyan pasal PR beberapa kompeni yang selalu aku jumpa masa event.
kadang2 dorang pun ada jugak datang opis jumpa dgn bos n repoter untuk wat PR (mengeratkan silaturrahim lah katanya)

OK, kalau nak kupas skop kerja PR sebenarnya susah. sebab aku sendiri tak pernah menjadi PR melainkan memPRkan diri untuk lebiih dikenali dan fofular! Tapi bila kita sebut PR pasti kita akan imagine seseorang itu yg sangat mesra dan boleh IN walau dengan sesiapa saja (even orang yg baru depa kenai)
Sepanjang jadi repoter ni macam2 ragam PR yang aku penah jumpa. Meh sini aku senaraikan!


PR goverment
PR yg bekerja bawah sektor gomen ni biasanya akan kita jumpa masa g function2 menteri atau kompeni2 masa buat news. Kalau dua tahun dlu masa dok wat news aku selalu la jumpa PR2 gomen. Kerja dorang biasa lah klise macam staf2 gomen len. (bak kata orang masuk pagi, mngumpat, lunch, singgah sogo shoping, balik opis, sambung mngumpat then balik kul 5). kalau jumpa kat event pun dorang biasanya akan wat keje tapi sekadar wat keje jelah. xde usaha utk menten the PRness! (Sorry kalau I salah, tp I bercakap based on pengalaman lah). Kengkadang ni PR gomen akan biarkan kita terkontang kanting wat keje masa event lepas escort masuk ke acara atau lepas mendaftar d kaunter. Nak jadi hapa jadilah asalkan keje depa siap!

PR swasta
Kalau da nama pun swasta pastilah mereka akan menjaga KPI mereka dengan sangat berhemat dan berwaspada. dorang akan pastikan tidak dicarut oleh sesiapa apatah lagi repoter kan. Dorang ada standard nak jaga. berbanding PR gomen yang prinsipnya : Ada aku kesah?
PR swasta waalau bayaran gaji tidak setinggi gomen aku salut kualiti kerja sebab dorang tau susah nak cari makan, naik gaji atau dapat bonus bergantang2.

 

***

PR gomen n swasta pun boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian lagi tau. ikut function and media yang bernaung di bawah kompeni tuh. macam TV, radio, fesyen line, konsert, hotel, pawagam, syarikat rakaman n macam2 lagi lah. Meh aku senaraikan sikit sebanyak.


PR stesen TV

Sejak aku masuk hiburan selalu lah jugak berhubung dengan PR darpada stesen TV di Melesia ni. Kerja dorang aku nampak sangat penat, selain wat event, menjaga media, memPRkan diri, dorang jugak perlu menyiapkan intisari rancangan utk disalurkan kpd media esp sorat kabar. Tapi ada gak sesetengah drpnya yang sekadar ala kadar je. kadang2 intisari rancangan pun lambat bagi so menyukarkan kami nak proses lah kan. biila call, marah2 cakap akan emel ASAP! (walau hadoo) Ada jugak PR stesen TV (esp swasta) yang memang urban akan greet or say bye dgn cara urban (which is laga pipi). Kau mampu? Tapi cara ini I memang suka sebab nampak lebih akrab walau dalam hati masing2 tiada siapa yg tahu.
Ada jugak PR stesen TV walau yang swasta nih bersifat celaka yang layak makan carut je sepanjang masa esp kalau layanan macam jahanam and jenis yang sifat bermuka2. Kita boleh baca kan orang itu ikhlas ke tidok ngan kita. Ada kalanya, plastik bersebab saja. Jumpa kat luar pun tak kenal dah.

PR radio

PR radio pun sama gak mengikut kompeni memasing. Kalau gomen tu layanannya nak tak nak lah. rude sometimes! (walau nilai budi bahasa tuh jadi kempen sepanjang masa kan). kalau swasta, kadang2 dorang akan plih bulu and biasanya senior akan jadi prioriti. Jr ni sekadar dipandang sepi jah. Ada antara PR stesen radio yang perangai pun ala2 lahanat walau baru masuk. Kejutan budaya maybe. Ada yang push2 soh tu soh ni walhal kte pun sbuk gak mcm2 keja as repoter. Biasanya dorang akan sedaya upaya push DJ2 bawah jagaan dorang untuk femes sehabis femes n tukang jawab (wakilkan) kompeni kalau ada isu apa2...

PR syarikat rakaman

Kat Malaysia pun tak banyak syarikat rakaman spt Hollywood. Biasanya yang syarikat2 baru tumbuh ni payah sikit nak srvive melainkan gigih memPRkan diri merata2 kan. Dorang akan pastikan artis bawah jagaan dorang ni boleh popular dan biasanya dorang jugak akan jaga kalau artis bawah syarikat rakaman dorang yang dari luar negara mai. Kalau nasiib kau baik, akan selalulah dapat CD free daripada macam2 artis esp kalau dri syarikat rakaman terkenal. Untung hang noq!!!

PR konsert

Bila jd repoter hiburan nih kau akan selalu lah g acara2 hiburan umpamanya konsert, gig, show dll. Kalau acara tu bukan bernaung di bawah kompeni TV, radio atau syarikat rakaman, korang akan jumpalah PR daripada syarikat yang mengendalikan acara (event management). Biasa dorang akan incharge bila ada konsert artis luar negara saja. Ada PR yang akan kerek gila dengan media sebab dorang ada kuasa bawak artis luar. (So, dorang akan cakap kat kau macam ni: Aku ada, kau ada?) Ada PR konsert yang akan memakihamun kau sesuka hati oleh kerana kuasa memilih depa. So kalau jenis pasrah and tak kisah kau akan telan ajelah. Tapi kalu jenis suka melawan macam aku nih, aku akan tegakkan hak & maruah aku. So p mamposlah kalau kau xbagi masuk konsert pun. Tak mati!

PR hotel

Biasalah, kalau dunia hiburan ni kau akan jumpa PR2 daripada hotel yang macam2 esp bile kau g acara yang melibatkan lokasi di hotel. Then, cara kau nak menten PR kau dengan PR hotel, kau akan contact utk mintak tajaan lokasi photoshoot (biasanyalah). Ada PR yg jenis lahanat ni soh datang hotel wat fotoshoot artis tapi mintak review hotel dalam story artis siap soh letak harga bilik semalaman lagi. Kau rasa???
Ada juga PR hotel yang tak akan membagi kau cop flat rate walau kau dah gigeh g hotel dia konon nak cover story kat sana atau fotoshoot kat sana. End up kau keluar hotel dengan bayaran berpuloh2 hengget. Courtesy perkara pokok disini yer anak2. Ada gak kalau kita mintak taja lokasi dia akan fussy (pilih2 artis tertentu je), tapi bila nak kita promo acara atau tempat dia kemain laju lagi. Siap gigeh call lah mak cakap!


Kesimpulannya (formal gituu), PR dan media tidak dapat dipisahkan. Kalau kau kekwat, media atau repoter nih pun tak hingin nak cover acara atau tempat kau. Kalau kau wat baik dengan media nescaya KPI kau pun bertambah. Tapi janganlah plastik walau orang tau kerja kau tu PR kan, be natural sajor. Jangan senyum terpaksa sebab kena layan repoter2 berangan atau banyak songeh macam aku nih. Aura tu kita boleh rasakan kalau orang itu tak ikhlas (bak kata Dr Fadzilah Kamsah lar). Pastu, bila kau mintak tlg repoter tulis story pasal artis kau, kampeni kau atau acara kau balaslah dengan sesuatu. BUkan barangan atau wang tapi sebuah APRESIASI atau ucapan TERIMA KASIH. ni tak, lepas je dapat apa kau nak trus lupa kat mak yang penat lelah perah otak menulis ni kan. Kau faham kerja aku, aku faham kerja aku. So, RESPEK!

nota kuku kaki kurap: repoter tak hadap nak barangan sebagai balasan

Khamis, Ogos 30, 2012

Respek, Releks, Respons

Guys, when it comes to talk about respect it comes together with acknowledge. Filosofi yang kadang kala tidak boleh digunapakai dalam sesetengah perkara atau masa. Ada yang menilai rasa hormat itu datang dengan sendirinya apabila ada darjah yang membezakan individu dengan individu lain, malah ada yang beranggapan rasa hormat itu bisa dibeli dengan nilai matawang.


Sudut yang jauh sekali berbeza daripada pandangan aku yang menilai rasa hormat itu datang apabila seseorang RETI dan TAHU menghargai kita. Hormat bagi aku besar nilainya yang bukan hanya datang apabila berbeza darjat. Kau kaya aku miskin then aku kena hormat kau? Kau orang atasan dan aku kuli batak maka aku juga kena hormat kau? Kau tua dan aku muda maksudnya kau perlu aku hormati? Oh tidakkkk!

Rasa dihargai bukan bermaksud pujian melambung semata-mata. Ia memadai sekadar mengingati nama panggilan seharian walau bukan nama penuh sekalipun. Cukup kenal siapa dia dan apa sumbangan dia kepada sekeliling sebenarnya sudah melayakkan rasa hormat itu muncul.

Bukannya mengherdik, mencerca atau menghina seseorang itu lantas membuatkan individu itu sedar kedudukan dia dimana kemudian menghormati anda. Aku tak faham sikap sesetengah orang yang langsung tidak tahu menghargai apa yang ada depan mata. Sehinggalah ia hilang begitu saja.



Orang kata kenapa perlu menoreh getah kalau lombong emas di depan mata. Bukan enggan mengejar lombong emas tapi mahu merasa pengalaman melihat hasil titik peluh setiap isi torehan getah bertukar menjadi produk bernilai walau asalnya tidak seberapa. Sampai masa bila pokok getah sudah tinggal ranting, ke lombong emas jua kita kejar kan...

Menilai manusia yang tidak tahu menilai manusia sangat lucu. Bertenang dan beranggapan manusia sedemikian adalah psiko yang menanti masa disumbat dalam rumah sakit jiwa. Maka hasilnya: bertenang dan sabar! What goes around comes around rite. Kalau hari ini kita dimalukan mungkin esok lusa giliran dia pula. Semua itu kuasa Allah dan percaturan itu sebenarnya disusun sempurna olehNya yang mahu menguji sejauh mana ingatan kita padaNya.


Sabar? Kalau semua manusia bersifat sdemikian maka tidak akan adalah kes dera dan bunuh. Sebab itu kita diajar untuk mencari solusi terhadap setiap masalah. Berkongsi masalah dengan individu terdekat adalah antara jalan penyelesaian. Yang penting lepaskan amarah yang terbuku di hati walau dengan apa cara sekalipun asal tidak menyalahi tatacara hidup seorang manusia.

Kerana akhirnya kita akan bertemu kembali dengan masalah yang berbeza yang mungkin lebih teruk daripada yang kita alami sekarang. Pastikan Respek, Releks dan Respons. sory entry emosi!

cHiao~

nota kuku kaki kurap: pertama kali dinasihatkan supaya hisap rokok agar menjadi penulis kompeten! wutterrrrrrr....

Sabtu, Jun 23, 2012

Fesyen Freak

Guys! 1st of all, i nak ucap jutaan terima kasih kepada Chikotira yang sudi temankan ai membeli belah baju baru sebelum konsert Jason Mraz hari Selasa lepas. Penat kau eh jalan merata-rata.

Biasala, aku ni kalau pilih baju cerewet nak mampos. Kadang2 penat pusing seharian hasilnya hampeh. So ko dah faham kan aku camne...hik! Apapun, pilihan kau ritu sangat letop dan ai rasa macam cantek semacam sepanjang hari sepersalinan itu.





Kembali ke isu fesyen yang sedang kita bincangkan sekarang, aku nak tanya korang. Suka pakaian branded atau asal lawa?


Sebab sesetengah orang hanya akan tengok pada jenama saja sebelum pilih pakaian.

Kalau tanya pada aku, aku akan pilih asal lawa. Tak semestinya barang berjenama itu lawa dan kena bila dipakai. Contoh: baju Zara, sesetengah orang cakap lawa dan ekslusif. Tapi bila kena kat badan aku menggeleber sebab semuanya baju saiz omputeh! bukan dicipta untuk asia yer.

Bagi aku murah tak semestinya nampak cheapo atau hina sebab terpulang pada kita nak gayakan camna. Contoh spek mata cip2 yang macam lady gaga. Memang sekali pandang nampak pelik tapi pandang banyak2 kali nampak macam barang tu mahal. Walhal katanya spek itu harganya RM1 sebab itu spek mata orang potong besi. (boleh?)

Ada juga ye barang2 mahal contohnya YSL, Gucci, Prada etc bila dipakai pada seseorang nampak macam baju pasar malam je. Padahal, baju tu atau kasut tu harganya sebulan gaji aku! haaa...mampu tak?
Bukan sebab orangnya tak lawa tapi kembali ke konsep kena atau tak.

Kalau aku? Sesetengah barang kalau boleh afford apa salahnya dpat rasa baju mahal. Ada rezeki cubala juga rasa pakaian baru yang mahal walaupun harga sehelai baju tu boleh beli lima helai baju pelbagai ragam yang lawa.Tapi bukan stail aku untuk pakai baju mahal. Perfume pun sama, kalau kau beli yang mahal pun tapi bau macam tongsampah better cari yang murah2 sudehhhhhh!

Berpatutan dan lawa sudah sempurna bagi aku.

Aishhh! y so sirius nih? menyampahla....
Ini la caranya kalau dah takde keja nak buat...

Nota Kuku Kaki Kurap: Orang cakap aku fashionista termasuk buah hati. Yeke?

Jumaat, Jun 22, 2012

Mango Sticky Rice

Cer teka dimana?

Guys! Pulut mangga sedap kan kalau dimentakedarah rembang petang sambil kak nam dengan rakan seperjuangan? 
Baiklah, sebenarnya bukan isu pulut mangga atau pulut durian yang tengah in sekarang ni nak dibikin cerita tapi aku nak kongsi pengalaman pasal update facebook.


Contoh: Nampak x gambar satu set hidangan tengah hari yang aku upload atas ni?

Ada Phad Thai, Pulut Mangga dan Air Tebu... (yuummmyy!)

Aku pun update la status facebook aku berbunyik camni: Sedang enak menjamah hidangan tengah hari yang lazat tidak terperi bersama kakak-kakak ratu yang baru pulang dari mencemar duli di Sungai Wang. Sedapnya pulut yang dihidang bersama santan kepala pekat dan mangga yang masak ranum ditambah phad thai air tangan abang hensem yang dihirup panas-panas. Air tebu pula penghilang dahaga di kala kepanasan pagi selepas melulur badan menggunakan serum dan aloe vera yang baru beli petang kelmarin.


Rasa macam jelik? nak muntah? atau dah pitam awal2?

Guys, bukan aku nak cakap aku ni perfect ke apa tapi cubalah update status anda tu dengan kadar sederhana dan bukannya nak bermegah2 dengan keunggulan bahasa, bidalan, pepatah atau perbendaharaan kata yang memang semua dah tahu kau amek pengkhususan hikayat merong mahawangsa.
Aku yang penah hafal kamus dewan pun xlah sampai nak update tiap2 hari status yang annoying camtu! (riak disitew)

Orang faham kau tengah makan sedap sebab kau kaya raya. So memadailah cakap tengah makan dengan cara yang biasa... Nak curi tumpuan jangan sampai orang menyampah. Kalau kau rasa itu hak kau nak tulis apa kat wall milik kau, aku rasa itu salah sebab kau dah add ramai orang dan orang lain yang baca pun menyampah jua. Kau dah ganggu ketenteraman orang tak x?

Itu satu hal. Yang lagi satu nih ayat jiwang yang nak baca pun tergeliat lidah kak melah. Pastu ada juga yang selalu update perasaan kat wall facebuk. Contoh: Sedang dating bersama buah hati tercinta selepas puas ke ranjang sejam lalu. 

Itu tak perlu ye. Tak perlu! aku yang belum kawen dan masih suci fikiran ni pun rasa berdosa baca. Nak update biar berpada.

Pengajaran, update kerap tak pe jangan sekali update hilang taulan. Fine2! KOrang nak report spam kan belog aku... Tak kisah sebab aku suarakan apa yang aku rasa macam jijiks! Agar kau itu tak akan diherdik orang ramai. Btw, no mention any name ya. Nak laga2 orang tu fikir dulu habis2! Tata...

Nak tengok tak hasil air tangan ai buat puding karamel? 




Nota Kuku Kaki Kurap: Makan biar berpada, kesihatan gigi kena jaga. #eh!

Khamis, Jun 07, 2012

Rengsa

Guys! Peristiwa ini berlaku semalam tau.
Petang yang penuh indah itu aku isi dengan masa mencekik dan melepak buang masa memandangkan kerja aku semua dah siap lepas balik wedding Nurul yang vass itew.
Tak salah kan sebab aku ada tanya ustaz kalau kita dah abis kerja then buang masa macam surf tenet ke bagai dia kata xde masalah. Bukan makan rezeki haram sebab work load kita dah abis dan kerja kita xde tertunggak. #feeling ceramah agama sat


Ok, lupakan hal itu seketika dan ustaz yang hot itu seketika. Aku nak kongsi kisah kerengsaan melampau semalam.
Begini, mulanya apabila aku terbaca beberapa komen kat FB menyatakan tidak ramai yang akan hadir latihan Flash Mob pada malam tu. Aku sebenarnya xkisah pun xramai hadir sebab aku cuma tenaga pengajar yang akan ajar dan balik rumah tido tenang.

CUMA, hal aku bimbangkan acara mereka berlaku pada hari Sabtu ini (9Jun) dan masa sudah suntuk. Aku tak kisah kalau semuanya dancer (bukan nak kata depa xterer) tapi praktis make perfect kan. Dulu pun kalau ada show kat universiti kita pektis lebih drp 3 jam per night esp last nite before perfom. Tapi ini masing2 sibuk nak pegi event yang aku rasa xpergi pun xapa melainkan atas urusan kerja.

Xdelah rengsa mana, tapi tetibe dapat mesej yang latihan cancel. Tidakkah itu merengsakan sedangkan aku yang boleh balik awal2 atau keluar dating awal2 ini harus menunggu dalam keadaan begitu lama?
Agak membuang masa memandangkan masa yang terbuang untuk menunggu latihan itu sepatutnya aku ada meeting dengan investor projek terbaharu ya.

Aku tak ngamuk pun dan tak marah pun sebab cancel latihan tapi cubalah maklumkan awal2 supaya semua tak membuang masa. Prinsip aku: kalau kita lambat 5 minit sampai ke sesebuah lokasi untuk sesebuah acara tidakkah kita sudah mencuri masa 5 minit orang lain. Bayangkan kalau situ dah ada 10 orang? dah 50 minit kita curi. Kalau ada 100 orang? Berjuta2 lemon kita curi masa orang. Masa itu kan emas...

Aku faham semua ada kerja dan begitu jua aku. Tak marah sesiapa pun cuma rengsa je dengan situasi berlaku.
Pulak tuh ada member ofis ni aku tegur elok2 dengan nada bergurau dibalasnya dengan nada tak berapa bergurau. Series la plakkkk kau kan. Ok faham, banyak tugas barangkali dan penat.


Tambah rengsa bila kekasih tak reti nak reply mesej dan angkat fon! Tak ker aku meroyan? Tapi aku rengsa sekejap je..lepas dah solat semua kembali okey. So, entry ini tidak sama sekali berbaur permusuhan, cuba cari gado atau mengugut. Sesapa terasa mintak maaf bebanyak. Sekadar meluah perasaan.Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan iktibar...

cHiao~

Nota kuku kaki kurap: Member saya dulu pernah cakap "Saya dibayar RM30 untuk mengajar tarian selama sejam, jadi kalau saya tak berkira pasal bayaran saya akan berkira pasal komitmen"

Rabu, Jun 06, 2012

Pilihanku

Guys! Aku nak cerita balik kisah Tuan Rumah yang dulu penah aku cerita sampai aku meroyan nak pindah randah dok bawah jambatan tu kan...
Kisah itu kembali lagi tau. Kali ni lebih heibat! (btw, judul entry ni xde kena mengena dgn gambar)

Malam kelmarin (Senin), masa aku dok kusyuk main game bina2 hotel (berangan) ada orang datang depan pintu grill dok ketuk2 mangga, aku pun pelan2 intai then nampak ada dua orang berdiri depan pintu. Sorang tua sorang macam pertengahan umur 20-an.

Aku (A): Yer nak cari sapa?
Pakcik (P): Cari Redzuan
A: Salah rumah kot..
P: Eh betullah rumah ni...Saya tuan rumah ni, datang nak sita rumah sebab dah 3 bulan xbayar.
A: Huh?! Saya tak faham la...setiap bulan saya bayar je cukup seperti dijanjikan dan tak pernah lambat (keluar ke muka pintu. Nampak x macam drama cerekarama)
P: Mana ada..sejak bulan 3 sampai bulan 5 dah ni tertunggak. Jadi saya ni datang nak tanya la apa dah jadi.
A: Tapi pakcik ni siapa sebenarnya?
P: Tuan rumah ni..
A: Tuan rumah saya orang len... saya bayar pun kat orang lain. Namanya Syairul (nama samaran)
P: Tapi pakcik tuan rumah ni... memang rumah ni atas nama pakcik.

Gambar ni xde kena mengena pun...credit: fb Naomi Mastar


Aku blur gila babi, cuak nak mampos doh! Siyes tak faham...sebab selama ni aku deal ngan orang len tetiber ada orang len plak datang nak macam2...Aku pun dalam perasaan gundah gulana dan musykil soal siasat lagi dan terpaksala bawak depa masuk umah.
Dia buktikan semua renovation rumah tu dia yang wat termasuk bill air api atas nama wife dia. Gituuu...

Aku ni dah menyewa dekat 2 tahun xpenah tau dia tuan rumah sebenar sebab selama ni 'tuan rumah' yang bernama Syairul itu mendakwa dia tuan rumah. (ada rasa pening2 x?kalau ya maknanya anda menghayati)

Lepas tu aku bagi no si Syairul tu soh depa call depan2 aku gak mintak penjelasan sebenar. Rupa2nya camni: Pakcik tu bagi sewa kat pasangan ni nama Redzuan then pasangan tu sewakan kepada Syairul then Syairul sewakan kepada aku. Nampak permainan?

Pakcik--->Redzuan + wife--->Syairul--->Aku (yang tak berdosa)

Maka terjawablah sudah semua tanda tanya...Si pasangan tu bersalah sebab dia berniaga pulak sewaan rumah tu kpd Syairul yang tak berapa pintar itew. Then depa charge pulak... Tapi selama ni pasangan tu xmiss bayar sewa sehinggalah 3 bulan lepas. Sangkak lah tew!

Ok fine...semua dah setel n itu puncanya bill air n api aku tertunggak sampai 900 selama ni...tapi aku dibenarkan duduk lagi umah tu sebab aku mangsa keadaan. Tambahan pakcik tu senegeri ngan aku dan komunikasi kami berjalan lancar dan heibat sekali! ouch! (Kroni disitu)

Then pakcik tu cakap dia nak sewakan bilik sebelah bilik aku tu kat kawan anak dia. Aku pun tanya balik bole ke kalau aku nak amek kawan aku sebab aku tak kenal kawan anak dia tu n maybe aku TAK selesa nanti.
Jawab pakcik tu:"Boleh saja asalkan sewa dibayar"

Tapi, perkara len plak jadi! Syairul tu pepagi buta semalam mesej aku marah2 sebab kononnya aku memandai nak sewakan bilik tu kat orang len. Hello! kau tu bukan tuan rumah sah ok! siapa kau nak buat keputusan.

Mesejnya bunyi camni: Rumah tu saya yang sewa dan bayar selama 3 tahun. Awak cuma sewa bilik. Say cuma bagi awak stay sorang je. Jangan nak ajak sesapa masuk rumah n sewa disitu. Mm

Nampak tak celakanya mesej dia. Motip nak bagi warning? Aku tak faham apa itu Mm di belakang mesej. Typo kah?

Aku balas camni: Saya cuma bertanya kepada tuan hak rumah itu. Kalau tak boleh tak apa lah. Saya cuma bertanya bukannya merayu, meminta, mengugut atau seumpamanya apatah lagi memberi arahan! 

Gambar ni nak buktikan aku tengah mengamuk. Sampai tak emosi tu?

Persoalan di sini, siapa kau nak bagi arahan pada aku kalau kau sendiri dikelentong dan mengelentong? Sebab itu maknusia macam lembu ini tidak patut dibuat kawan dan selayaknya lah aku block kau dari fb kan... (emosi lagi)
Aku boleh sewa satu rumah tu n humban semua barang2 kau yer. Kau bukan sesiapa so jangan berlagak macam kau empunya hak! Atau kau dan pakcik tu skandel??? #eh!


cHiao~

Nota kuku kaki kurap: sapa ada rumah nak sewa yang murah2 habaq naa. rengsa perangai manusia macam hewan!