Ya, perkahwinan bagi saya memberikan pengertian yang cukup luas dan besar. Perkahwinan maknanya penyatuan dua hati menerusi ikrar untuk bersusah dan bersenang bersama, memahami, menghormati dan berkasih sayang. Sebenarnya pengertian ini saja tidak cukup untuk menerangkan erti perkahwinan tapi sekadar dari benak minda saya yang cetek ilmu ini, itu lah maknanya perkahwinan.
gambar ni bikin banyak soalan di FB. |
Apa yang saya fikir mengenai kahwin?
Saya belum bersedia berkahwin lagi sebenarnya. Malah calon pun tiada. Tapi baru-baru ini saya menemani 'kawan baik' saya membeli barangan hantaran untuk majlis resepsinya yang akan berlangsung pada 27 April kelak. Rasa teruja tapi dalam ketika sama saya gemuruh. Bagaimanalah agaknya perasaan saya ketika membuat persiapan kelak yer? Pastinya saya aakn bertukar posisi dengan bakal isteri saya. Haha... Saya yang susunkan aturcara, konsep pelamin, pakaian pengantin, kad undangan, makanan, hantaran dan semua benda. Yes! U are lucky girl coz u'll be meeting me as a planner (in all aspect) i think so. Oh! and including my Big Day. lol
Bila akan kahwin?
Ok, saya datang daripada keluarga yang tidak sempurna. Saya ada seorang ibu dan tiga orang adik perempuan yang semuanya masih belajar. 2nd sister saya di UTM sedang menuntut jurusan kejuruteraan mekanikal, adik ketiga saya tingkatan 3, PMR tahun ni dan adik bongsu saya kini darjah 5. Semua masih kecil kan. Pada hemat saya apabila seseorang wanita berkahwin, tanggungjawab dan segala arahan mesti datang dariapda suami dan itu prioritinya. Kalau suami cakap No, means No! Jadi, saya hanya akan berkahwin selepas ketiga-tiga orang adik saya berkahwin terlebih dahulu sebab saya ada tanggungjawab besar iaitu menjaga ibu saya (which is only girl i love in this world! she's irreplaceable!). Selepas semua dah selesai baru saya akan fikirkan hidup saya. I dont need to get married if i rich and im happy in my life.
Tak takut label bujang terlajak?
Takut gak tapi saya rasa saya bersedia dengan gelaran itu. If jodoh saya sampai awal dan berkahwin awal lebih afdal. Hehe... Saya pun nak rasa hidup berumah tangga dan punyai anak. Saya tidak mahu perkahwinan saya berakhir penceraian memandangkan sekarang ni cerai ibarat satu trend dalam masyarakat. Kalau bercerai dan mempunyai anak kemudiannya dilabel duda pun saya tidak kisah. Sekurang-kurangnya harta saya kelak akan diwarisi oleh anak saya. Oh! (what a thought!)Ciri-ciri wanita idaman?
Cantik (Klise), rambut ikal mayang (klise lagi), i nak cari yang free hair sebab i sangat mengagumi rambut wanita. Tak kisah orang cakap i dayus sebab tak mampu nak bimbing wanita menutup aurat sebab itu tanggungjawab i dan i tahu bagaimana untuk tackle that situation. Tu pun i dah bersedia. I nak cari kulit putih sebab i dah gelap kekelabuan. erk! Lain2 tu bonus lah kan, tapi tidak mengharap yang serba sempurna, asalkan cukup syarat sudah. Femes? Itu belakang cerita sebab kalau femes pun saya boleh tumpang sekaki. (mampu tak?). Kalau boleh tak nak orang kelantan sebab saya nak rasa situasi berebut balik kampung tu macam mana. Mesti seronok kan? hehe...
Dah cukup duit nak kahwin?
Tak! Dan langsung takdak duit pun espeseli untuk kahwin ni. Even untuk makan pun macam sangkak gila babas kut. Asek ikat perut je sampai pening2 kepala ni apekes? So, saya memang takdak duit nak kahwin. Kalau jadi pun saya akan wat loan dalam 100K n bakal wife another 100K. Hey, jangan salah anggap. Kami nak beli rumah sekali lah.
Impian perkahwinan?
Wow! Soalan menarik. I nak wat ala2 Pink nyer weding. Eh! Berangan! Ok tipu tu. I nak majlis yang lengkap adat istiadat melayu. Macam zaman dulu2 tu. (duhh!~). Atau i nak wat ala2 dark circus dan pakai kostum bertema sketlah. It will be mysterious and mystical. Mampu? Dah lah... semua ni propa. Ala, saya nak wat majlis biasa orang buat je. Sebabnya mama saya dah belikan dulang hantaran siap2 dah simpan dalam almari perabot kat rumah. Kau raasa?Kesimpulannnya?
I nak kahwin tapi tak ada calon, tak ada duit dan tak begitu bersedia. Kalau anda di luar sana berminat kat saya boleh la kut kita roger2. Tapi saya ada big heart and big dreams. Jom lah kita sama2 menerokanya. Begitu? Hey sorry guys, i rasa i tapi entry ni dalam keadaan lalok lepas pekena shisha kaw2 tadi. Ke sebab terminum benda bukan2 haa?
Ini pun sama. Gambar ini dipetik ketika resepsi sepupu saya, Syafiqah di Kedah tahun lalu. Saya cuma pakai baju laki dia. hahahhaa |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan