Memaparkan catatan dengan label bisnesKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bisnesKU. Papar semua catatan

Isnin, Julai 14, 2014

KIN by NIK

Dekat setahun kut tak melawat blog kesayang beta ni. Apa macam? Sihat semuanya? haha

Diam tak diam ramai dah kawan-kawan bloggers yang berubah fasa hidup ya. Ada yang dah kahwin, ada yang dah mengandung tunggu masa nak beranak dan ada pulak yang dah beranak pinak yowww! Giler lah korang memang subur dan produktif. Alhamdulillah atas rezeki Allah, aku tumpang gembira. :)

Cakap soal perubahan fasa hidup ni, ya... Perkara tu memang akan dilalui oleh semua manusia kut. Like seriously, ya...

Lepas kali terakhir update blog aku bulan Oktober tahun lalu, (haha), banyak benda dah aku lalui wey. Lepas breakdown sebab heartbreak pertengahan tahun lepas tempoh pemulihan itu aku manfaat untuk perbaiki diri dan dari kelemahan. Ya lah, siapa yang sempurna kat dunia ni... Makanya, manfaatkan yang baik buang jauh-jauh yang tak berapa elok tu. Tapi tak bermakna kita perlu lupakan memori kan?

Kata orang masa solo adalah tempoh terbaik untuk membina diri dan karier. Alhamdulillah, sepanjang tempoh lebih kurang 14 bulan (lepas break up) dan sekitar 9 bulan lepas last update blog tahun lalu aku dah memulakan operasi bisnes fesyen aku. hehe....

Nama diberi KIN by NIK.

Tak ada apa yang relevan pun atas nama KIN kat depan tu cuma terbalikkan saja nama NIK (as if my real name), tak perlu ada NICK, or NIQ, or NIX, or NIC or whatsoever kan! Jijik!
Autentik itu indah. Maka, aprreciate pucuk pangkal nama keluarga yang meletop ini. Tak semua dalam IC pakai nama NIK kat mula2 nama. Aku ada, kau ada??? haha

Nah, baca la sendiri makna KIN lebih lanjut kat sini ya...

Then, kebetulan pulak KIN tu dalam bahasa omputeh maksudnya relatives or family. Hmmm... coincident.
Tapi, nama ni tak datang sendirinya kalau tak dibantu kawan baik aku Padin. Dia yang bagi idea untuk nama meletop dan extravaganza ini. Classy yet original gitu. Love you sobat!

KIN by NIK dan ada logo tau... yelah, nanti customer nak beli tetibe semua kosong orang ingat brand aku ni dari Kenanga Wholesale. Tak baik tau.... Tapi nantilah aku upload logo tu pasalnya server tak leh baca format JPEG logo ni. haha. 

Secara asasnya, logo itu adalah tulisan N.I.K yang dicondongkan 90darjah dan replikasikan jadi double dan dicerminkan imejnya. Ayooo! tapi ya, inilah konsepnya.

Apa fokus aku?
More to modern design, evening wear dan ada jugak RTW (Ready To Wear), pastu kalau musim raya tu amek lah tempahan untuk baju-baju raya yang pelik2. haha. Tapi mostly baju kurung moden la dan yang tempah pun regular customer.
Ada juga few artis yang dah pakai baju KIN by NIK untuk ke beberapa acara dan fotografi. Contohnya Emma Maembong (hehehehe), Adeline Tsen (Bukan Kerana Aku Tak Cinta) dan Mon Ryanti.


Emma Maembong in KIN by NIK RTW
Oklah, itu saja buat masa sekarang. Nanti any update abam share-kan kat korang ya. Stay tuned!
Korang yang ada Instagram tu boleh try cari #KinByNik.

Nota kuku kaki kurap: tunggu koleksi Aidiladha tahun ni ya... muah!

Khamis, Oktober 17, 2013

Hidup, Perjuangan, Pengorbanan

Salam,

Dengar tajuk macam terlalu educated bukan, haaha..jangan salah sangka tajuk tu cuma sandiwara saja.
Lama rasanya tak menulis blog ni, almaklumlah busy je manjang kan. *well, satu dunia akan bagi alasan klise kalau tak entry blog depa terkangkang berbulan-bulan*

Life sekarang sedikit tenang.  Yelah, lepas dah break up ni macam2 cara aku buat untuk membusykan diri ini untuk lari daripada pikir bukan2 or ingat kenangan2 silam yang menusuk-nusuk jantung sampai terburai 5 kilometer kan.
Salah satu caranya adalah menceburi bidang baharu iaitu fesyen! Yup! FESYEN! Siapa sangka bukan. Dalam tempoh masa enam bulan Alhamdulillah saya dah ada baby dalam bidang ni. Tapi sorry la saya tak hiraukan latar belakang saya yang tak pernah belajar mendalah tu, abaikan, letak tepi, pekakkan telinga dan fokus ke depan. Of kosla ada mulot2 puaka yang mencerca aku sebab feeling nak terjun bidang ni tapi sekali lagi aku cakap aku tak peduli!




Alhamdulillah, tak lama lagi aku akan reveal fashion line aku kat khalayak semua ya. Bersabarlah hati bak kata Elly Mazlein. Geetoh!!!

Sebelum aku terjun ke bidang rekaan pakaian, aku terlebih dulu berjinak2 dalam bisnes tudung guna nama mak ai yg vogue itu: RAJA MARIZAN KUALA LUMPUR!
Biar bukan seperfect usahawan lain tapi sedikit sebanyak dapat jugak lah belajar kan. Terima kasih aku ucapkan kepada pembeli dan penyokong setia RMKL. Lepas ni akan ada lagi produk terbaharu aku. Stay tuned!!!

Bila dah mula berbisnes ni jangan ingat aku dah kaya raya. Nak mula tu kene merangkak dan mengensot perlahan2. Berdarah, berkudis, berparut semua dah rasa. Aku terpaksa korbankan harta benda dan peruntukan untuk penampilan diri (Shopping lah senang citer) untuk modal bisnes aku. Sangkak wooooooooh gua cakap! Macam hidup cukup2 utk makan, bayar sewa rumah, bayar kereta je. Baju semua dah lunyai aku pakai pegi keje. tapi xpelah, dah nama pun pengorbanan kan!

Untuk mencapai kejayaan perlu ada pengorbanan dan selepas pengorbanan perlu diiringi perjuangan. Aku tak rasa aku perlu berdiam diri atau berundur kalau ada masalah. Hidup cuma sekali! Kalau jatuh kita kena bangkit dan kembali berperang.

Aku pernah rasa sakit itu ketika sendirian. Yup! Usaha ini adalah usaha berseorangan. Adakala aku rasa aku saaaaaaangat perlukan seseorang yang boleh at least cakap: "You're doing great dear", atau pun "It's OK", atau "Dont worry, im here for U". Tu pun dah cukup buat aku rasa lega gila. Tapi fefaham lah kan, hidup solo bukan seperti yang kita idamkan.

Ok, cukup lah kut setakat ni saja. Nanti masing2 muak nak baca panjang lebar. Apa yang penting hidup perlu diteruskan. Berjuang dan berkorban itu resmi ke arah kejayaan!


Selamat Hari Raya Aidiladha kawan-kawan. Tahun ni aku beraya di KL. Alhamdulillah pagi raya dapat tengok sembelihan lembu dengan Seniman dan dapat rasa open house raya kat umah opismate, Cik Yan. Love Mama like seriously forever!

Nota kuku kaki kurap: Tempat kerja kami dah ada kumpulan tarian yer... namanya Adi Tinta Troupe.

Rabu, Disember 05, 2012

Tenang

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam teruk kan ai meroyan? haha... biasalah kalau jiwa berkecamuk plus setan pulak datang tokok tambah. Alhamdulillah, zikir itu kunci segalanya... Bagi jiwa yang rapuh kuat balik, hati yang tenat jadi tenang.


Hey guys, i lupa nak cerita semalam kan i dah dapat parcel yang mama pos. Ada apa dalam parcel? jeng2... surprise!!!
Ok ekceli itu produk yang tak lama lagi aku akan pasarkan kat alam maya. Buat masa sekarang biarlah produk tu jadi rahsia kita berdua dulu yer. Erk! Siapa berdua tu uols? hahaha... Me and my soul lah...


Tak lama lagi aku akan publishkan bila dah ready. Buat masa sekarang banyak lagi perkara yang nak kena ambil kira. Kiri kanan rasa xtenang tau. Fikir plan A, plan B sampailah plan Z, SENDIRIAN! Phew... payah jugak yer kalau kita nak mulakan sesuatu tanpa asas, at least la kalau ada sokongan somebody kita akan rasa lapang sikit. Bukan berharap tapi kalau ada apa salahnya... Nak gak rasa ditenangkan atau dimotivasikan  di kala diri ini sedang parah. Heu heu heu...(lap peluh guna hujung lengan baju)

Apalah yang dia sedang buat sekarang yer? Tetibe rasa winduuuu... oh jiwa ini... kenapa kau tetap berdegil haaa?

Nota kuku kaki kurap: Mama saya namanya Raja Marizan.