OK, 'Tapi' tu luas pengertiannya. Boleh jadi tapi bodoh n boleh jugak orang cakap tapi tak kemana. Bila ada perkataan tapi tu sah2 lah kan vice versa daripada elemen pertamanya yang positif. Duhh! boringnya interpretation nih.
Saja je nak berkongsi cerita pasal diri sendiri ni je. Yela, makcik2 kat kampung selalu perli ai cakap Belajar Pandai Tapi... terus senyap lepas tu. Awat ntah makcik2 oi? Sambung ajelah ayat hangpa tuh. Ye, aku tau aku belajar dulu pandai2 tapi akhirnya kerja cam cilaka? Begitu?
Hello, makcik2 yang saya kasihi, saya kerja cari rezeki halal. Tak merompak umah makcik atau culik, rogol n jual anak dara makcik yang tak berapa nak lawa tuh. Kerja saya kerja halal. Menyampaikan berita kepada makcik juga. Sahih atau tidak itu belakang kira sebabnya dah memang kerja saya. Nak ngata kerja saya ni dibenci ramai pun kata lah. Janji duit gaji yang saya dapat bulan2 bukan datang dari makcik2 yer.
Yes, saya bangga dengan kerjaya sebagai reporter sekarang. Selain menyampaikan perkara yang makcik sendiri takkan tau tanpa saya sampaikan kat newspaper tu, saya boleh mendidik masyarakat saya dengan ilmu yang saya dapat daripada orang lainj yg lebih berilmu dan berpengetahuan daripada saya kan kan kan.
Kalau dulu mama kata jangan pilih haluan Reporter atau Lawyer tapi last2 kesini jua mata pencarian aku. Sorry mama. Tak dapat nak tunaikan janji2 ku untuk bergelar Doktor. Allah dah putuskan rezeki saya ke arah bidang ni. Xmampu nak lawan ketentuan takdir Dia. Semoga berkat daripada mama mampu menjadi panduan untuk beramal dan mencari rezeki yang halal. AMin...
Berbalik kepada topik asal, Belajar Pandai Tapi..., aku rasa bidang ni tak salah kan bagi aku. Mungkin suatu hari nanti rezeki aku beralih ke arah lain. Yelah, cuma kerjaya kita je yang biasa jadi skeptikal kepada makcik2 kat kampung. Bila ngumpat je, trus kuar pasal anak2. Eh Timah, anak kau yang kerja doktor tu dah balik Malaysia ke? Cepat2 la masuk minang anak aku ni ha...
Makcik, kalau lah anak makcik tu agak2nya muka rabak, perangai hantu, kau rasa yang kerja bsar2 ni nak ker? taste ker? even yang kerja macam gua ni pun belum tentu lagi tau nak kat anak makcik. Demand yer?
Kerjaya tu sekadar nama je. Cuba tengok artis2 kita sekarang, siapa boleh pakai Audi, Merc, Lamborgini bagai. Kau rasa? Depa curi ka keta2 tu semua? Rumah2 banglo lima enam tingkat tu kau rasa depa rompak then bunuh owner untuk duduk situ? Tak kan? Itu namanya rezeki. Yang jadi Doktor tu pun kau rasa mampu beli Audi? Mampu ada masa sepanjang hujung minggu untuk anak2 dan bini? Mungkin kebarangkaliannya ada, tapi tidak mustahil kan tak de. Audi tu doktor boleh la beli tapi kena kumpul jugak. Sama macam saya yang kerja reporter. Kalau kumpul2 nanti boleh jugak belinya. So jangan persoal kenapa saya jadi reporter melainkan anak2 kalian tu dah berjaya, perfect dan tak derhaka pada mak bapak. hahaha..(general thought)
***
Yup! memang benar dulu i pelajar cemerlang. I pernah cipta rekod pelajar lelaki pertama dapat 9A PMR kat SMKRS sepanjang sekolah tu dibuka lebih 30 tahun. Bukan riak tapi aku nak cakap yang pelajaran aku, latar belakang aku sebelum ni tidak semestinya menjamin aku kerja hebat sekarang. Laluan aku Allah dah tetapkan ke arah ni. If u all nak mengherdik, sila buat depan2 i n bukan depan mama i. Sebab hanya i yang tahu jawapannya.
If hangpa tak nampak boleh zoom sket kot. Ini result PMR i tahun 2003. kbai! |
Come on lah, Belajar Pandai Tapi tak berjaya tu dah lapuk lah. Ramai je orang belajar pandai tapi haluan dia berbeza daripada kerjaya dia. Contoh, Lisa Surihani. Belajar sampai oversea, law lagi. Balik2 jadi pelakon kan? Hidup dia kau rasa bahagia tak? Yes, bahagia. Kaya tak? Yes, kaya. Popular tak? Yes, popular.
Jadi, jangan sesekali skeptikal dengan perjalanan hidup seseorang. Kalau dulu kau nampak dia pandai geliga punya otak masa kecik then bila besar jadi jahanam, sila betulkan balik pandangan anda. Reset fikiran tu n kalau perlu tampar diri sendiri. Kerana hidup ini ada qada & qadar...
Nota kuku kaki kurap: Adik pompuan aku yang belajar Kejuruteraan kat sebuah IPTA baru BBM cakap dia dapat 4.00.
adat la tu mulut manusia payah nak tutup..yang penting enjoy dgn keje yg dibuat + halal (^_^)
BalasPadamkan... manusia tak pernah puas. :)
Padambetul betul betul (buat sore upin & ipin)
BalasPadam