Isnin, Jun 04, 2012

Hati Hati

Guys! Memang orang cakap tak elok kalau kita bercerita balik eksiden yang hampir terjadi tapi x terjadi kan... tapi aku nak bagi peringatan kat diri sendiri dan kengkawan semua lah.

Peringatan itu bunyinyer: Hati-hatilah bawak motor tu, pandang kiri kanan sebelum amek tindakan.

Kenapa aku bersuara sebegini pada hari Monday blues yang indah permai ini? Kerana pepagi buter tadi masa aku on the wey nak ke opis ade sorang pakcik ni nek motor xbagi signal ke kanan then main masuk je sampai himpit tepi keta aku. Masa tu pulak aku nak masuk ke kiri. Tak ker bertembung disitew?

Norbes seketika dan menggelupur cuba mengelak! Nasib bek tak der keta ke lori ke bas ke sebelah kanan. Pakcik tu buat selamba jek! Kalau lah aku tak sempat elak tadi dah sah2 gedebushhhhh dua2 ketol!

Alhamdulillah la xde pape...Cuma lepas ni kena lebih beringat2 la kan kawan2 semua.

Masa form 3 dulu aku pernah sekali eksiden sorang2 nek motor. Masa tu bawak kucing nak hantar rumah mak sedara. Masa sampai selekoh nak belok kiri kuceng hitam tuh dok meronta2 dalam bakul motor then kena la pegang kan... Tup2, hilang kawalan katanya dan terbabas langgar tiang telefon.

Mereng kepala wa! sedar2 dah berdarah bagai, nasib baek pakai cap. (nampak tak permainan xreti2 nak pakai helmet ketika itew?) Aku bangun balik then ade budak tolong aku tarik motor tu yang dah terpelanting dalam bendang padi. Tapi aku tetap jugak nih gigih hantarkan kucing tu sampai destinasi. Mujur dia hidup lagi cuma dok diam2 je.

No Merempit plis (pix: credit to lia n naomi)

Tonggang bertiga pun jangan! (gambar hiasan)


Balik umah je, terus rebah di pintu syurga. #Eh!

cHiao~

Nota kuku kaki kurap: Nak amek lesen trelar lepas ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan