Rabu, September 29, 2010

Airmata di Balik Batu Bata

Ha...kali ni aku nak berkongsi satu kisah yang aku dengar daripada taulan aku ni...

Kisah ni aku klasifikasikan sebagai sebuah cerita bergenrekan kemanusiaan.
Kadang kala dalam dunia ni tak semua yang kita lihat tu indah belaka. Tak semua yang kita fikirkan tu nyata berlaku. Kadang kala kita ni alpa setelah dapat apa yang kita miliki padahal ia tak semestinya kekal lama. Tak kisahla harta ke, ke'shantek'kan ke, nikmat sihat ke, hubungan yang kekal bahagia aman sentosa ke...semua tu TAK semestinya kekal melaikan kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Haha..yang tu kira PROLOG ceritera yang aku nak promot ni la...
Maka al-kisahnya tersebutlah seekor haiwan ni yang digelar anak kucing atau dalam bahasa Sarawaknya pusak yang aku andaikan semestinya cumel2 la kan. Anak kucing ni dikhabarkan tengah meniti haluan mencabar untuk mencari nikmat hidup yang selalu diceritakan oleh emaknya tatkala kecil (bedtime stories la).

Kata emaknya "Kita ni bukalah keluarga senang lenang macam kat umah depan tu, nak apa semua dapat. Jadinya kalau kita nak merasa bagaimana mereka kecapi kita sendirilah yang harus berusaha untuk mencapainya," kata-kata itu menjadi pembakar semangat buat anak kucing yang sangat suci hatinya itu.

Sampai satu masa tu, si anak kucing memberitahu ibunya yang dia mahu berhijrah ke bandar besar. Ingin mencari kehidupan yang lebih sempurna kerana terdapat lebih banyak peluang di sana. Si ibu kucing dengan berat hati melepaskan anaknya pergi mengejar cita-cita itu.

Setiba di ibu kota yang hiruk pikuk dengan orang lalu lalang tak putus-putus si anak kucing mula berubah fikiran. Telahannya selama ini salah sama sekali. Ibu kota adalah untuk si berani! Bukan untuk si bachul dan penakut macam dia!

Hatinya kini terpecah dua!Berbelah bahagi. Samada mahu mengejar cita-cita atau mengundur setapak di belakang. Dalam benak akalnya; di kampung pun boleh berjaya juga asalkan ada usaha, tak ada bezanya pun.

Tapi kalau di ibu kota peluangnya lebih cerah. Macam-macam ada di sini! Nak A dapat A, nak B dapat B! Maka, dalam ketakutan dia terus melangkah membawa apa yang dibekalkan ibunya dari kampung. Hanya bekalan makanan yang rasanya boleh kekal dua minggu! Syukur2...

Perkara utama sekarang baginya adalah mencari tempat untuk berteduh! Mengelak dari dibahang mentari terik dan disiram hujan asid bercampur embun-embun kasar yang boleh merosakkan bulu-bulu halusnya.

Ditakdirkan ada yang sudi menumpangkannya di sebuah rumah yang dirasakan agak selesa bagi sebuah kehidupan di bandar besar. Bukan mewah tapi cukup untuk memberi keselesaan yang maksima! Maka pada mulanya dia dibela dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Diusap! Dipeluk! Dicium! Terasa alangkah indahnya hidup di ibu kota.

Namun, selang beberapa ketika hati manusia senang berubah!Si anak kucing sering disepak, ditendang, diterajang malah kadang kala tidak diberi makan sehingga tidak terdaya untuk mengatur langkah. Apabila malam menjelma dia dibiarkan kesejukan dalam dingin malam di kotaraya. Tidak cukup dengan itu, si anak kucing turut ditengking dan dicaci dengan pelbagai kata-kata kesat orang bandaraya. Airmata sudah tiada erti baginya lagi. Disebalik dinding-dinding konkrit berderai butiran halus keluar dari alis matanya. Kini, semuanya sudah tak seperti yang diduganya sebelum ini.

Muka si anak kucing semakin hilang serinya. Bulu-bulu halusnya kini semakin kesat dan tidak bermaya. Dia seumpama anak kucing jalanan! Layak mengemis di kaki-kaki lima dan mennyelongkar tong-tong sampah untuk mencari secebis sisa makanan.

Dengan tekad dia melarikan diri dari rumah itu. Berbekalkan semangat ibunya suatu ketika dahulu, dia menghayunkan langkah lemah untuk mencari kehidupan yang diidamnya.

Adakah si anak kucing ini akan menemui sinar yang dicarinya selama ini? Atau nasibnya akan bertambah-tambah malang? Adakah air mata si sebalik batu bata ini akan merungkai perjalanan hidup yang lebih baik baginya atau memberi tamparan agak berpatah semula ke tempat asalnya?

Andalah yang mencorakkan cetera ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan