Selasa, Januari 17, 2012

Stop!


Ok, ini entry terakhir pasal hubungan cintan cintun.haha..
Aku tak nak update apa2 dah pasal kisah hubungan aku dengan sesapa...
sebab nanti ada orang cakap aku berangan nak mampos!hahaha..matilah...

Sebab aku rasa makin banyak aku update pasal kisah cinta ni orang akan makin meluat kot.
Tengookkan rating pengunjung blog pun dah semakin berkurang. Apakes?
Xde kes lain dah melainkan kes feeling2 sekor!haha.. (gelak lagi?)

So, lepas ni korang akan menderita la sebab dah tak leh baca dah kisah kami. padan muka (pensan). Sesapa nak update pasal kisah cinta kat blog korang silakan...aku leh baca!
Aku tegaskan sekali lagi, tak akan update kisah cinta, kisah romentis or yang seangkatan dengannya yer...

cHiao~

Isnin, Januari 16, 2012

Berumah Di Kundasang

Semalam masa borak2 F cakap dia nak ada rumah sendiri.
Tapi bukan kat semenanjung, nak g jauh2 katanya. Cari tempat yang orang tak kenal dia. Erk! Motiffff? Then dia tunjuk gambar animasi yang ada bentuk rumah & padi2 depan tu...haha

F: Cuba tengok gambar ni.
Aku (A): Kenapa? gambar rumah ada padi depan tu...haha...
F: Ish! Betul2 la..
A: Yela, kan rumah tu...pastu ada tanam padi depan umah. Kenapa?
F: Rumah kita nanti. (ehek2...hati berbunga2 cinta)
A: Nak!!! Buat kat mana?
F: Teka la..
A: KL ke kg?
F: Sabah!
A: jauhnyer..
F: Nobosy knows us
A: ooh..pulau sipadan ke?
F: Kundasang!
A: Y there?
F: Cuaca cam genting...view gunung kinabalu...awak kan suka daki2 gunung! Jap...tengok gambar ni..

A: Cantik!!! Bila g?
F: Bulan Mei tahun lepas
A: Cantik...nak!
F: Umah tite...(erk?!)

Jadi begitulah alkisahnya...nak berumah tangga kat kundasang pulak.haaha...
Ni tak pasal2 tambah wishlist lokasi percutian tahun ni...

cHiao~

Jumaat, Januari 13, 2012

5 T


Yippie...dah jumaat! Maka genaplah seminggu aku kenal dengan F.
Tak de perkara menarik pun, kalau korang nak stay baca aku tak paksa.
Ini kisah pasal 5T. bukan Twitter yer...aku anti twitter!

Ekceli aku rasa meluat gak nak update kisah 5T ni...
sebab aku tau lepas ni pasti akan kene carut, hencap bertubi-tubi dan kesannya meninggalkan trauma jangka panjang macam Post Partum.miahaha...

Tapi, hade ku kisah?
Nak update gak la...
Kisahnya, sepanjang kami kenal selama seminggu ni, kitorang dah putuskan nak tambah perbendaharaan kata dan kosa kata relationship kami.
Bercakap pasal relationship, aku sebenarnya masih tak pasti akan hubungan kitorang ni tau. Tak sure adakah ini cinta, atau Hanya Kawan (macam citer Ella & Awie tuh dulu).
Tapi aku tak nak terlalu cepat putuskan hubungan ini adalah percintaan! wekk! meluat dow.

Kadang-kala sebabkan terlalu tergesa-gesa lah nanti natijahnya kena balik kat aku. meroyan dan merentan sepanjang masa. Nak pulih tu makan masa. Betullah orang cakap nak kenal amek masa sehari nak melupakan amek masa setahun malah bertahun2 dan berpuluh puluh puluh tahun!

Tambahan pula, dia ada cakap yang beza umur kami jauh sangat! jeng jeng jeng! jauh ker masalahnya? Tapi dia kata akan teruskan hubungan yang kami lalui sekarang macam biasa. Tengoklah apa akan jadi nanti. So, aku klasifikasikan hubungan kami bukan bercinta okeh! Jangan buat spekulasi kata aku syok sendiri ke hapa! Aku respek pandangan dia dan dia hormati keputusan aku. So, fair & square. Lepas ni boleh la aku menjalang lagi...keh3~

Berbalik pada cerita 5T aku tuh..eh! i mean kitorang...
Sebenarnya F ni kadang2 pelik sket. Freak kut!hahhaa..(mampos kena bedal kalau dia baca)
Seboleh2 dia nak tukarkan semua perkataan menjadi dominan T.

Contoh: Cium + sebatian T = Tiom. (dah dapat 1 T)

So, dalam banyak2 perkataan adalah beberapa perkataan yang dah kami pilih untuk dilengkapkan dalam kamus hubungan kami. Sweet tak dia?
Korang ada? tak ada kan? so senyap2 je naaa...

Perlu ke aku reveal semua 5T tu? aku rasa macam tak je...takut ahh..
korang ni bukannye leh caya. Jadinya, tajuk entry kali ni tak memenuhi piawaian isi kandungan dalam nya...padan muka!
oh ye! semalam dapat lagi 1 T: Titak!
ape tu???!!! macam tinak tin tana je...nononono! Titak adalah Cicak! pulak...

hadoii...layankan ajelah...so, marilah kita membaca dan menambahkan pengetahuan. (motif?)
kerna, dengan ilmu pengetahuan orang tak leh kelentong kita! miiiiaw~


p/s: malam ni nak jumpa Foster The People!

cHiao~

Khamis, Januari 12, 2012

Tabur Guli


Ni kisah semalam...F call aku. tanya kenapa meroyan!
ewah3 ko! sebab ko lah aku meroyan...tak habis2 lagi carut aku pasal BUkit Ampang tu.
cukup2 la kena carut ngan rakan2 seperjuangan! caittt!

Lepas tu marah sebab aku lambat balas Whatsapp masa aku tengah makan KFC ngan Safek (Pemilik belog KUSU) kelmarin. alah..semoll mater la.itu pun nak berdendam kan orang2 sekarang! tak kuul okey.

Pastu aku citer pasal Chan yang mati kena langgar tu.

Aku (A): Semalam mama call cakap pet i kena langgar.
F: Ooo...ada pet! (carut tu) Tak pernah citer pn.
A: Nak citer camne awak asek emosi je manjang!
F: Semalam sapa soh saya tido awal?
A: Yela2..saya salah!
F: Sekor je ke pet awak?
A: Twin
F: Ape nama dia?
A: Chan
F: Sin Chan?
A: Chan Mali Chan la..
F: So tinggal sekor jelah?
A: Haah...sebab anak jiran i tula..bla..bla.bla...(membebel balik citer semalam)
F: Nape tak sedekah alfatihah je...huhu..
A: dah...tapi i nak berkongsi citer ngan u la ni...
F: i tgh dgr...(duhhh!) tak der pix chan mali chan?
A: Ade..jap lagi i forward.
F: Cer citer lagi...
A: bla..bla..bla..
F: Apa kata awak tabur je guli kat tempat dorang drift tu..baru padan muka dorang.
A: Ahh! dah terlambat.
F: Pulak..ada guna, pengajaraN! twin dia sama warna ke?
A: Lebih kurang la...
F: Nama apa? Mali Chan Mali? (ahahah...tak kelakar!)
A: Chin (pepandai je aku!) ala...banyak main r!
F: Ala....siyes kang awak meraung lagi..siap baling2 barang dari tingkap!
A: Ok fine! nanti saya bg pic Chan.

*****

Kejap kemudian lepas dapat tu F whatasapp

F: hahahahahhahahhahahahahha (gelak kemain hooo)
A: Kenapa?
F: Ingatkan kucing! mati2 ingat kucing.
A: Xla..anak kambing i?
F: Sian dia dah meninggal, siyes kambing pun boleh jinak macam kucing gak?
A: Haah..
F: I dah experienced dah...manja gile kambing kalau dia close ngan tuan dia. Ok, ada pic dia?
A: Jap...


F: Tomeinyer...itam putih..
A: Tapi dah tak der dah...huhu...
F: Redha ajelah..siyes tomei tul Chan tu..huhu..sebak lak rasa...

so suwett...tapi aku rasa part tabur guli tu ridiculous la...ade ke patut?
very de pengaruh citer kanak2! hmmm..apa2 jelah...

tapi kalau fikir2 balik, imbas kenangan silam mesti syokkan?
main guli dalam longkang tepi kelas kayu darjah 1 sampai darjah 3 masa rehat. walaupun selalu kalah tetap gak gigeh la tak makan sebab nak main guli.
pastu kalau balik umah petang tu main guli yang selonggok dalam bulatan tu. kalau hebat pangkah semua guli terkeluar milik anda! gila la...kecik2 dah berjudi!
tapi tabur2 guli memang tak logik untuk hapuskan criminal yang langgar kambeng haku! tak logik!

part fifth T tu pun belum setel lagi. satu T belum jumpa. sebabkan masing2 kuat emosi. yela! diva (aku) nak lawan diva (diva ke dia?). tak hoccay! tak!
so, weekend ni nak naik bukit broga. ajak dia, tak nak! sudeh la...
pastu ajak g India pun tak nak, sebab katanya google aje kalau setakat nak tengok! tak sweet meh! Katanya lepas balik Perhentian baru boleh. eeeeh!

cHiao~

Selasa, Januari 10, 2012

Anak Kambing Saya

di mana dia, anak kambing saya?
anak kambing saya main di tepi sawah
di mana dia, cinta hati saya?
cinta hati saya yang pakai baju merah

penah dengar tak lagu ni?
kalau tak pernah, korang loser!miahahaha~
itu lagu Chan Mali Chan la...apeda..

ok, ini entry berbaur sedih. Aku penah citer kan hari tu pasal kambing aku yang ibunya maut (sesuai ker perkataan ni?) selepas melahirkan anak dia dua ketul tu.
Kali ni anak dia lak yang ikut jejak langkah mak dia.
huhu...baru tadi mama aku call citer pasal anak kambing kena langgar anak buah jiran sebelah yang drift depan pagar rumah aku. bangsat!!!

dahla langgar, lepas tu blah camtu je. memang xde peri kemanusiaan. aku sumpah ko mampos kena langgar macam tu jugak. Ko dah lalu depan umah orang buat la cara nak lalu depan umah tangga orang. Yang nak jugak bawak keta macam pelesit tu dah kenapa? kurang ajar ko eh!

Aku tak kisah korang nak cakap apa.tak baik ke, mulut longkang dbkl ke..janji aku puas! Melampau sungguh budak skg eh. dah la isap dadah! patutla lalok cenggituh! bodo la ko! dasar lembu!hahaha...(wei, lepas geram ni...)

Lepas mama call, dah xle kontrol doh! menangeh mak nak!hahah..
sedey kut citer mama aku tu..hangpa mana tau, mama aku tu camna. sekali dia bercerita, kemain aihhh...suka lah!windu mama...muuuuax!

Ok, sambung balik ye. Lepas kena langgar mama aku g angkat anak kambing saya itu. Lepas tu katanya anak kambing tu cuba jalan. Tapi tak leh. then terus rebah. Mama angkat dia, pangku dan gosok2 badan dia. Pastu katanya keluar darah ikut dubur (ni perkataan paling baik aku leh tapis), ada darah gak keluar kut mulut dia...nafas pun makin lama makin slow. Akhirnya..huaaaaaaaa! Mak nak nangeh lagi...sebak sial!

Mama aku citer lagi, adik kecik aku tu dan2 masa tu gak la meraung2...
Emosi dan penuh drama kan? Mama cakap;"tak pe lah, dah tak ada rezeki. Ajal dia"

Hurm...jadi pengajaran disni, jadilah pemandu berhemah di jalan raya dan dimana2 saja. Terutama depan rumah tangga orang! Kalu rasa lalok, weng atau senteng sila berambus jaoh2 tak pun g bunuh diri kat tengah2 hiway. Not in front of my house yea bebeh! i menyampah u...

Makanya, tribute lagu Chan Mali Chan aku dedikasikan kepada anak kambing aku yang aku beri nama Chan (erk?). ha..apa2 jelah! Mari nyanyi ramai2...karoke lagi weh!


cHiao~