Selasa, Januari 10, 2012

Bukit Ampang

Ini update kisah cinta, kalau rasa nyampah sampai meluat2 sila blah bro n sis n brosis!haha..
Aku menulis bukan untuk korang ngata2...(eh! kalau camtu tulis diari aja!)hahahha...

OK, begini perkembangannya. Semalam aku ngan si dia yang senang kat sini aku bahasakan F borak2 jap lepas lepak ngan BFF kat Malis Platinum Walk, Wangsa Maju. Dah alang2 umah dia pun area sana, singgahla jap kan...tapi dia xnak kuar!
tak masuk rumah pun, mana leh! nanti kena fitnah al qubra. (pengsan!)

Then aku pun blah la...dia pun nak kerja hari ni kan...aku takpa bangun lewat skit, kerjaya aku waktu pejabat tak strict sangat. (mati kena carut bos!)

pastu, dah balik pun xhabis2 Whatsapp! (korang ade ke bendalah ni?) xde kannn?
xcukup tu call lak ngan Viber! (pun korang tak de kannn...xpe2, nanti install la kat market hp canggih korang. free je pun)
Viber ni leh call @ sms free je kpd rakan2 anda yang ada perisian yang sama. F yang ajar!

Tapi sebelum tu, aku loncat balik sket ye...
aku cakap kat dia nak naik bukit Ampang nak tengok ketenangan KL. (tenang ker?)
Sambil tu nak ajar teknik camne nak uji kasih sayang orang kesayangan kita. haha...matilahhhh!its call provokasi...miahahaha~

Aku (A): Nak naik bukit Ampang jap! Orang cakap kat situ view cantik!
F: Ish! ramai2 ke sorang2?
A: Sorang2la..dorang kan dah balik.
F: Bahaya situ, ada ramai mat rempit.

A: Its soccay! I ade sumo! (mampos!)
F: Jangan la memalam g situ...Balik jer, view rumah awak lagi cantik..dorang dah siap cuci lagi bangunan awak.

A: Atas bukit lagi mendamaikan kot! Mana tau leh dapat ilham tulis skrip filem.

F: Damai tu kat MASJID! tak nak lak pegi... (lazer!!!)
A: Erk!

F: Balikla..malam dah ni...no advice but instruction! Me or bukit Ampang?

A: (menggelabah!) erm...maksudnya?
F: Kan dah suruh awak balik. Malam dah kut. Sorang lak tu, if me u balik umah yer.... (so sweet!)

A: Kejap pun xleh?

F: If bukit Ampang juz pegi lah..but no more me. (amboihhh provoke lawan provoke nampak!)
A: Hurm..

F: Esk keje kan **** (panggilan manja weh)

A: Okok *** (panggilan manja untuk dia)



Suwet tak kami? eleh..korang dengki la tuh! (tahan telinga kene carut lagi)
So, lepas ni sesapa nak test kasih sayang boleh cuba cara aku. (p/s: Cip2, Chiyo berangan + Cik Lina)hahahaha...nak gak carut hangpa! sebab kalau kat luar korang kemain lagi naaaa!
Nak tido tu sempat lagi dia msg:"U owe me the fifth T"
ape itu? nak tau kena tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~

cHiao~

Ahad, Januari 08, 2012

Dia Makin Manis

Erk! Judulnya dah kenapa???
ookok..ni nak sambung cerita kelmarin, memandangkan mendapat respons yang menggalakkan maka aku memutuskan untuk terus bercerita dan bercerita pasal dia.

Semalam janji nak tengok wayang tau, tapi xleh sebab masing2 kena kerja. aku kene datang ofis siapkan intisari rancangan dan dia lak siapkan proposal ntah apa (aku susah nak sebut!).
Jadi, terpaksala cancelkan..malamnya dia tu ada hobi bersukan la pulak. Jadinya lagi sekali, memang tak de harapan la nak layan muvie dikala hujung minggu.

tapi, yang best nya, dia ajak lepak malam tadi. Masa tu mood aku tengah meroyan sebab tak tau nak wt pe lepas balik shopping barang dapur kat Tesco Ampang! loser kan jiwa?
Then keluarla...makan2, minum2, tido2 jap..eh!nononono! dosa itu...

Sepanjang masa bersama dia, aku rasa bahagia. Kbai! dah mula jiwang karat barat!

Aku tak faham kenapala dia ni suwet sgt? Dah la penakut! Sikit2 hantu..sikit2 mistik...apeda...
Kalau bercakap, perkataan manis2 aje...pastu semua nak ubah jadi perkataan comel lote! (eh! aku ni dah kenape?)
Taula kelulusan Stamford, tapi tak yah la nak UK sgt yer awak...saya yang lulusan biase2 ni tak faham walau Ingelish tym SPM dlu A1.hahaha...
tapi saya sangat selesa dengan awak n thanks so much sebab sudi mendengar apa yang saya luahkan. Faham2 la, jiwa kacau!

Eh! Eh! choppp...mesti ade yang menyampahkan? tak pe...kalau korang nak fikir apa pun aku tak marah...mesti bg korg:"alaa...mula2 kenal, semua indah kan! lepas dah setahun dua mula la tu xkena, ni xkena...duhhh!"

Apapun, kita nikmati saat indah ini bersama...Nak gado nanti tunggu dua tiga tahun k...sekarang kita enjoy. Kao ada?!!!

cHiao~

Sabtu, Januari 07, 2012

Cinta Datang Tanpa Diundang

Hari ni (which is Jumaat tadi) aku off. maka, aktiviti harian di kala cuti adalah membuter dan membuter. Tapi entah kenapa tapi petang aku rasa badan tak sedap dan terpaksala jugak keluar kan.

Nak dipendekkan cerita, aku terjumpa seorang ni. Kenapa hati rasa lain? Kenapa pandangan tak bisa teralih ke tempat lain? Kenapa rasa nak pandang je dia? Kenapa? Kenapa?

*ok, nak bagi peringatan awal2..sesapa rasa meluat, tak le terima cintan cintun tolong beredar. sebab sekarang entry makin jiwang.

Maka, aku dengan rasa confiden g tegur dia! Oh kenapa lagi sekali???
Dan dia respons. Simple saja dia. Tak banyak perlu di kagumi atau diperendahkan. Dia sempurna di mata saya. Aku rasa selesa dengan dia.
Maka, kami memulakan bicara. Kenapa setiap kali tersentuh dia aku rasa berdebar. Terbukti sampai ke akhir pertemuan tangan tak henti shaking! Sampai sekarang lah!


Kami banyak persamaan! Even destinasi percutian tahun ni pun dia aim tempat yang sama. Dia nak g Pulau Perhentian. Oh Gosh!!! Kenapa sama??? Kenapa?

Dia pengguna Digi... begitu juga aku! Dia suka apa yang aku suka dan aku suka apa yang dia suka. Kata dia, aku ada aura boleh buat dia terus nak bersama aku.

Last, aku g hantar dia balik umah. sebab dia datang naik LRT je. It's my honour! sukarela...bukan nak minta balasan.
Bila dah sampai, rasa tak boleh lepas. Rasa nak terus bersama! Rasa lain rasa. Rasa yang dah lama aku tak rasa! Indahnya rasa itu kalau korang nak tau...
Tak diduga, mata dia bergenang tiba2 bila dengar lagu I Can't Make You Love Me by Adele. Adele membuai rasa kami. Adele menampar jiwa kami...

Dan dia pun berlalu...
Semoga esok masih ada untuk kami menyemai cinta bersama. It's all about acceptance~
Is this what we call 'LOVE'?
Thanks so much January for giving me this feeling, semoga dia pun rasa perkara yang sama semacam aku rasa...

cHiao~

Ahad, Januari 01, 2012

Sorotan Destinasi Pilihan

Seperti yang dijanjikan, aku nyatakan beberapa lokasi percutian idaman untuk tahun 2012.
kalau tahun lepas, beberapa tempat sudah aku lawati dan pelbagai kenangan pahit dan manis berjaya aku timba. Permulaan tahun 2012 mungkin menjadi permulaan untuk aku menimba sebanyak mungkin pengalaman berguna di tempat orang. Pendek kata, jauh berjalan luas pemandangan.

Berikut merupakan lokasi menarik yang telah aku jelajahi sepanjang tahun lalu 2011:

1- Bali, Indonesia
percutian ni sempena dengan proses penggambaran budaya Adikarma dengan Mekar Bhuana di Bali pada pertengahan tahun ni. menarik dan banyak ilmu dapat aku timba walau dalam tempoh singkat tak sampai seminggu pun di sana. Bali was a nice place! tapi kena berhati-hati, salah pilih tempat maka takkan dapat rasa pengalaman unik di sana.


2- Universal Studio, Singapura
ini kembara backpacker yang pertama aku bersama beberapa orang rakan sebelum stesen keretapi Tanjong Pagar dipindah milik sepenuhnya kepada kerajaan Singapura. naik keretapi wooo! siyes sonot! sempat juga habiskan masa seharian di Universal Studio Singapura yang sangatlah besar dan menyeronokkan!

3- Macau
kota perjudian yang paling feymes di dunia selain las vegas. kat sini siap ada sekolah yang ajar cara berjudi lagi. nak makan susah sket sni melainkan korang benar2 pandai pilih kedai makan. nanti termakan cik babs uol! dalam pada proses dorang tengah membangun, dorang masih kekalkan khazanah dan reka bentuk bangunan jajahan Portugis di sana.


4- Disneyland, Hong Kong
Disneyland memang tarikan utama di HongKong selain membeli-belah di Ladies Market dan outlet barangan branded yang pelbagai. Disneyland ni korang kene spend masa lebih sehari, unless korang comolot dengan PR Disneyland yang akan menolong korang tak payah beratur dan dapat naik semua permainan secara ekslusif, macam aku dapat!hhhaa...


5- Mulu, Sarawak
terokai alam semulajadi yang serba indah dan mempesonakan taglinenyer!hahah...kalau korang pencinta alam sekitar, Mulu is the best place. siapa kata Malaysia tak ada tempat menarik dan khazanah alam yang memukau? nak belajar stalagtik dan stalagmik, perilaku kelawar, penciptaan sungai batu kapur, boleh ke sana..kalau dapat pemandu pelancong bernama Richard Anak Burong, korang dikira bertuah sebab dia baaaaaaanyak pengalaman! yang penting aku dapat kayu hujan panas hadiah daripada dia...itu kayu penunduk tau!




Sasaran lokasi percutian 2012 pula seperti berikut:

1- Langkawi & Pulau Perhentian
kenapa langkawi? sebab aku dah lama tak kesana. memandangkan tak lama lagi sepupu aku akan tinggal kat kedah bersama hubby dia, aku amek peluang untuk ke Langkawi semalam dua dengan famili. Perhentian pulak sedang dalam proses perancangan bersama rakan2 len. nak g surfing la kat sana...*pengsan*


2- Phuket, Thailand
Phuket terkenal dengan pantai voghel2...ofkosla aku nak g sana. tapi aku taknak naked! malu sebab saiz aku tak macam mat saleh! (saiz badan yer! fikiran korang...kotor!) tapi, sebenarnya aku nak g Krabi gak. apapun tak kesahla mana2, asalkan pulau area sana. sebab Phuket, Krabi, Kohlanta antara pulau dan pantai terchantek di Thailand.


3- Pnom Phenh, Kemboja
Nak lawat Angkor Wat dan lihat semua bangunan kat sana yang hanya setinggi tiga tingkat sebab tak nak bagi lebih tinggi daripada Angkor Wat. What the!!!!


4- Milan, Itali
Its fashionista babe!!!itu kota kemegahan fesyen dan aku nak rasa naik sampan kat kota Venice. feeling2 pakai baju sejuk (walaupon!), dan minum teh panas pagi2 hari...memandangkan scandel orang sana dah ada, penginapan dah tak payah fikir lagi. Wahai si pereka barang kemas merangkap pereka fesyen itu, ini mesej kepada anda! thanks 4 everything in advance!haha...ingat plan kita (menuntut janji!)~


5- Agra dan Kathmandu, India
Agra ada Taj Mahal, nak kesana sebelum Taj Mahal itu dirobohkan...tsk!tsk!Kathmandu adalah kota yang penuh warna warni dan ada budaya yang tinggi. tapi aku takut la...orang2 kat sana tak ramai puteh2...+aku anti makanan mamak! ada alternatif kaaa?


6- Christchurch, New Zealand
pertamanya, aku nak g fotoshoot ngan kambing biri-biri macam ANTM tu (ushar gambar bawah nieh!). kau ada? tak ada kan? aku nak pakai dress camtu jugak! kedua aku nak backpacker je sana dan mengembara daripada belah selatan ke utara NZ. lagi cun kalau dapat sewa caravan dan menginap dalam tu. nak gak tengok keindahan kanyon kat sana dan alam semulajadi yang indah permai. lagipun, kat NZ ramai orang Melesia kan? so...

7- Bandung dan Malang, Indonesia
Bandung itu tujuannya shopping semata-mata. shopping barang kawen, barang nikah dan segala barang lah. Malang ada apa ek? kerajaan Mataram? apa itu? ayuh kita belajar sejarah di sana ek~



Itu saja, sesungguhnya kita hanya mampu merancang tapi Allah yang Maha Berkuasa menentukan segalanya. Semoga terlaksana semua impian ini...Amin

cHiao~

11 Kontroversi 2011

Tahun 2011 menyelak satu persatu cerita hidup aku. Tak kiralah yang positif mahupun negatif. Ada kisah yang boleh kita terima pakai dan masuk akai, ada jugak kisah yang tak le pakai dan tak masuk akai. Jadi, menyelak lembaran baharu 2012, aku paparkan sorotan kisah kontroversi aku sepanjang tahun 2011.



1- Yasmin Hani
kisah ni paling menarik dan paling membuatkan aku menggeletar lutut sampai tak nak masuk ofis! kisah ni sampai keluar Melodi! ahhaa...sebenarnya aku ni dikira mangsa keadaan disebabkan salah suntingan artikel yang aku tulis pasal Detik Bahagia Yasmin Hani. Semua cerita dalam tu positif melainkan satu perkataan yang aku sendiri keliru camne boleh ada iaitu "tohmahan". Lepas keluar artikel tu aku dapat tahu Yasmin Hani mengamuk kat twitter dan sangsang aku kencang2 punyer! Sampai katanya nak jumpa aku clearkan that case termasuk juga nak saman. Tapi, kes tu lenyap begitu saja dan dia pun dah bahagia bersama pasangan. Alhamdulillah.

2-PR Pitbull
Kisah ni ibarat mengganggu gugat seluruh ekosistem kewartawanan sejagat akibat seorang PR yang kurang menjaga adab dan tatasusila sewaktu berbicara dengan kelompok wartawan. Tohmahan dan kata2 sedikit melampau dan kurang ajar dilempar pada aku dan 4 lagi wartawan daripada media berasingan. Tambah panas, dia tuduh aku suka2 hati bawak kawan2 nak masuk konsert dan kurang ajar kat dia dan mengadu domba kat editor aku. Well, aku ada alibi 4 orang. Kau?

3- Money Boy
Pertengahan tahun ni menggemparkan seMalaysia selepas keluar artikel yang aku tulis selepas membuat undercover pasal kegiatan Money Boy. apabila sekeping gambar tersiar di akhbar dan di internet yang aku peroleh daripada seorang 'bapak ayam' dari UK, ada sekumpulan 'lelaki' datang ofis dan jumpa terus Pengarang Kosmo serta bertindak untuk menyaman aku. Akhirnya artikel itu digugurkan daripada internet dan sehingga hari ini kes itu masih belum diselesaikan.

4- Kisah Rambut
Diandaikan aku sebagai seorang kurang berdisiplin, di hadapan rakan sekerja aku dihina dan dimalukan akibat penampilan. Sedih dan segan! Kadang kala ada perkara yang kita buat untuk menyenangkan diri sendiri dan orang lain tidak enak dipandangan sesetengah pihak. Fesyen mohawk pertama seolah-olah dicaci dan gaya kedua aku pula dipandang sebagai gaya 'punk' sekaligus diberikan amaran! Selepas kejadian, aku berubah imej secara total dan mendadak dan dikatakan pula memalukan syarikat apabila bersongkok. Jadi?

5- Kesentapan Sahabat!
Pernah dengar lagu Berita Kepada Kawan? kalau belum anda boleh cuba download secara haram dan dengar bait2 katanya. Kadang-kala apa yang kita korbankan dalam kehidupan untuk menghargai seorang kawan tidak dilihat sebagai satu pengorbanan malah mungkin disalahanggap sebagai bermuka-muka. Penilaian yang sukar ditafsirkan apatah berkaitan kawan2 yang ibarat keluarga sendiri. Akhirnya, ada perkara yang kita tidak mampu penuhi dinilai tidak bermaruah. Sebab itu kata pepatah, berkawan biar seribu sebabnya kalau seorang itu hilang ada lagi 999 kawan lain.

6- Tuan Rumah Lahanat
Entry yang paling banyak untuk 1 subjek setakat ini, semua berkaitan tuan rumah aku yang agak melampau dan kurang ajar. Entry awal tahun agak positif, sehingga menjelang hujung tahun si tuan rumah berani memijak hak dan peribadi penyewa (aku). Maka, tidak salah kalau api dibalas dengan api. Mungkin daripada situ kita boleh lihat sumber api mana yang tahan lebih lama.

7- Kereta kena langgar
PakCik Yahya nama orang yang melanggar kereta aku yang sampai ke hari ini tak bayar2 ganti rugi. Janji punya janji macam harammmm. Kadang2 menyesal juga sebab tak buat report polis selepas kena langgar. Now, aku yang kena tanggung semuanya. Semoga pak cik bahagia dan sudah2 la menunggang motor kalau dah tahu pak cik tu berpenyakit darah tinggi yang boleh tiba2 pitam sebab panas akibat tak pakai helmet. takut nanti lepas ni orang lain pulak yang pak cik langgar.kesian orang tu jadi macam saya ni...

8- Kaki Gaduh
KFC, MekD dan segala kedai makan yang aku tak puas hati aku akan gadoh! giler baran kan?haha...makanya, kepada semua promoter atau pekedai yang rasa tak nak kene bambu ngan aku teruk2 tolong jaga budi pekerti dan akhlak ketika bertugas. aku senang, korang pun senang.

9- Show Memalukan
Show pertama ketika Malam Media AMP di DoubleTree Hotel KL. latihan yang tak cukup akhirnya hasil yang sangat amat memalukan di hadapan rakan2 media yang lain. Show kedua ketika Malam Media Felda di Dewan Perdana Felda KL, pun kurang latihan dan kurang komitmen walau aku rasa kalau digilap akan jadi sebuah persembahan yang hebat dan ada 'isi'. Kedua2 show itu paling memalukan dalam sejarah hidup aku!

10- Papa Oh Papa
Papa..oh Papa...kenapalah anda datang balik dalam hidup kitorang dan susahkan Mama dan adik2 aku? Bapak sedara aku pun lagi satu, kenapalah kau tu sibuk nak ganggu urusan keluarga aku...tak payah nak bagi peluang sangat lah kalau peluang2 sebelum ini pun dia tak reti nak hargai. Bahananya kena pada kami sekeluarga. Kau? senang lenang kan? Jadi, Papa tolonglah jangan ganggu kami sekeluarga lagi.

11- Gara-Gara IT
Low Yat dah macam tempat kerje aku dah. Setiap minggu aku rasa mesti akan ke sana. Baiki Laptop, HP, bil internet dan macam2 lagi. Kadang2 aku rasa teknologi canggih sangat pun menyusahkan. lepas baiki, baiki lagi..then rosak, baiki lagi. duit melayang macam tu je...tambah sakit hati, abang2 pakistan kat sana semua macam lembu.bangang nak mampus! buat kerja lembap dan tak reti cakap omputeh? wut du u ekspet? nak i belajar cakap bahasa kamu? oh nooo! haruslah lepas ni aku bertapa di Taj Mahal. eh!?

Maka, setakat ini dulu rangkuman menarik isu kontroversi sepanjang tahun 2011 dalam diari hidup aku. Kalau suka boleh terus ikuti perkembangan aku, kalau tak suka tak paksa pun... 11 kisah itu antara yang menarik dan aku rasa boleh dikongsikan untuk diteladani bersama-sama...walaupon!!! oklah, nantikan sorotan lokasi menarik sepanjang tahun 2011 yang berjaya aku jelajahi serta lokasi sasaran tahun 2012.

cHiao~