Jumaat, Mac 29, 2013

Travelog Nicky: Yogyakarta III

Hambiik kau! Sampai 3 episod nak buat entry Yogya saja. Kau mampu tak?
Yelahkan.. penat kot nak menaip lagi, upload gambar bebanyak lagi. Korang jugak nanti DM bising2 cakap gambar sedih! hahaha..

Ok. kita sambung ya perjalanan kita hari kelima, keenam dan ketujuh!

Hari kelima

1) Ratu Boko & Candi Prambanan
- Phew... lawatan kali ni paling lama dan paling penat kot. Pagi kami kluar lebih kurang jam 9am untuk menaiki bas. Haha.. Thrill sket la kan kali ni. Dua tiga hari b4 ni kan asek mintak supir je hantarkan. Kali ni nak gak cuba jadi warga Yogya pure! Gitu!
- Pagi tu agak dingin sebab hujan.. Tunggu bas sekitar 30 minit camtu then bayar RM3 untuk ke stesen bas terakhir iaitu Prambanan. Prambanan tu sendiri adalah nama sebuah kampung di Yogya. Perjalanan guna bas ni ambil masa dalam sejam camtu la. Kena bersesak2 sikit dengan orang tempatan. Tapi sonot sebab boleh cuci mataaaa!

- Dialog tak leh blah masa dalam bas.
Alif: letopnya eyeshadow makcik ni, purple! (tweet)
Syed: tengok muka dia, macam Nanu Baharudin
Alif: heh!
Makcik klon Nanu: ngata ako! (jerit kuat2) 

- Sampai stesen bas Prambanan kami ambil beca untuk ke candi prambanan. Ehe... Bayaran sekitar RM5 camtu la... Then, beli tiket kat kaunter depan tu. Harganya cuma 45,000 rupiah je kalau orang tempatan as depa ingat aku ni orang tempatan la pulak kan pada mulanya. Sampaila kawan2 pecah lobang so harganya 250,000 rupiah. Tapi ini pakej tour tau. Pergi Ratu Boko dan Candi Prambanan sekali. Kalau Candi Prambanan saja 70,000 rupiah. So, pilih!

tiket masuk

- Untuk ke Ratu Boko korang akan dibawa naik bas persiaran ke kawasan pergunungan tinggi yang jalannnya curam dan sempit. Nak selisih kenderaan lain pun cuak!
- Pemandangan kat atas tu adalah BREATHTAKING! Korang akan nampak sawah padi, seluruh kawasan Prambanan dan runtuhan Istana Ratu Boko.





bas persiaran depa..macam mini bus.
 - Ratu Boko adalah raja kat kawasan tu suatu ketika dulu yang ada puteri nama nya Loro Jonggrang. Loro Jonggrang ni lawa kalau nak tahu. Jadi adala putera dari sebuah kingdom bernama Bandung Bondowoso yang telah berjaya bunuh Ratu Boko dalam satu perang ni. Ratu Boko ni kejam sebenarnya!
- Kemudian, putera tu taste kat Loro then mintak kawen, tapi puteri xnak. So, putera tu pun main kasar ar kan. Paksa kawen! Tapi puteri tu letak syarat. Kalau nak kawen ngan dia kena gali telaga sebijik dan siapkan 1000 buah candi dalam masa satu malam.
- So, putera tu dgn bantuan jin dapatla siapkan telaga. Tup2 dia kena humban dalam tu then kena timbus idup2. Tapi berjaya keluar atas bantuan jin dia. Then dia pun start bina candi tu.
- Puteri yang dapat tahu putera pakai jin maka dia pun mintak dayang2 dia nyalakan sekam padi dan buat bising konon2 hari dah siang. Bila jin2 nampak depa pun berhenti kerja.
- Putera tahu dia diperdayakan so dia g jumpa puteri marah2 cakap puteri tu kuat propa. Tapi ada 999 buah candi je sempat siap. Puteri tu cakap, mana boleh kawen ngan i sebab u tak sempat siapkan lagi 1. Putera tu jawab: memang satu lagi candi tu untuk kau! So aku sumpah kau jadi candi Loro Jonggrang (candi yang paling besar di kawasan candi prambanan). Begitulah alkisahnya....

Candi Pembakaran


candid dan masih elok!





tempat puteri bersiram






Tarik napas kejap... lepas ni gambar lagi meletop letop keluar!









Berbalik kepada kisah Ratu Boko, istana ni kata kawan aku dah dialihkan ke suatu tempat menggunakan khidmat jin yang tidak diketahui kemana. So, tinggallah beberapa keping runtuhan yang masih tersisa di sana... Lets ushar gambar lagi!

Kemudian kami melawat ke Candi Prambanan. Dalam kawasan Candi Prambanan ada 6 buah candi penganut agama Hindu. Loro Jonggrang tu dalam nama lain adalah Durga.
- Kebanyakan candi kat sini mengalami kesan akibat gempa bumi dan ada antaranya kalau nak masuk kena pakai topi keselamatan. Atas faktor2 keselamatanlah kan.

 

 

 



- Ada jugak candi di kawasan tu yang dah runtuh sebab gempa bumi. Sayang... Tapi korang masih boleh melawat la kawasan sekitar lain yang dah musnah tu. Kena cuba!
- Kat luar candi prambanan tu macam kat borobudur ggak, ada deretan kedai yang korang nak cari apa semua ada.

Balik ke stesen bas kami naik andung (kereta kuda ala prinsess sinderelah) harganya 25,000 rupiah. Then bersesak2 dalam bas yang kena berdiri sepanjang perjalanan sambil langgar2 buntut dgn warga Yogya. Auuuuu!


Loro Jonggrang


menghargai batik jogja katanya..


andung...
* Mitos mengatakan pasangan bercinta tak leh g Candi Prambanan sebab pasangan yang ke sana mesti akan bergaduh dan berpisah. Candi ini melambangkan cinta yang tertewas. Kata penduduk tempatan sana...


Malamnya, jalan2 sekitar Malioboro. Makan kat lesehan dan berjimba2!

Hari keenam
Hari keenam cuma bershoping! Yes! Seriusly. Bershopping. Puthut dan Rico bawa kami ke Pasar Beringharjo yang ada jual macam2 espesli barang2 kawen, batik dan cenderramata. Korang kena pergi sini tapi kena pandai tawar menawar. Kalau tak kena ketuk!!! lagi best kalau korang ada scandal ngan orang sana then bawak dia jenjalan sekali. Kalau boleh cakap jawa lagi best!

- Puthut bawa kami ronda2 Malioboro sambil singgah memana kedai yang berkenan.

mampu drag?

- Malamnya dia belanja kami diner di The House Of Raminten iaitu sebuah restoran femes yang susah nak dapat meja kat sana melainkan kena book awal2. Pemillik ini adalah pemilik sama Batik Mirota yang kami tengok show kabaret jumaat malam sebelum ni. Raminten nama laki dia Mirota nama perempuan dia. Hehe...
- Ohya! Pelayan dorang sangat seksi. Wanita berkemban je dan laki tak pakai baju.... Badan pulak ketak2! Pensannnn...

busker paling meletop aku pernah jumpa sepanjang hayat!


busker yang akan datang masa kita duduk mencekik kat lesehan.


Kopi Joss letak arang! kena cuba demi mendapatkan kanser lebih cepat.



Hari ketujuh
- Sambung shopping lagi. Habiskan harta benda yang dibawa sambil penuhkan beg dengan barang2 yang amatlah berat sampai lebih muatan. Haha...
- Kami dihantar oleh Kak Liena, Eling, Kenya dan Zurich ke airport atau bandara (bandar udara) sekitar pukul 3 pm. Flight kami dijadualkan pukul 5.10 pm, then tiba di KL pukul 9 malam. Yippieee... Home Sweet Home dan lebih sweet apabila disambut oleh orang tersayang. Love u baby!

Love yu harimau Malaya...

Nota kuku kaki kurap: Setiap minggu bermasker dan berlulur...

1 ulasan:

  1. more info here w1i83p1a65 replica louis vuitton replica bags prada best replica ysl bags this page a2d68b8t21 replica bags in london her latest blog g1k98l1e72 replica louis vuitton bags replica bags and watches

    BalasPadam