Rabu, Februari 01, 2012

Timur ke Utara

Hye semua, apa khabar hari ni?
Kepada yang bercuti sempena Hari Wilayah tu diharapkan memanfaatkan cuti anda dengan berhemat dan penuh bersemangat! (feeling)

Maka, sempena hari cuti ni aku pun nak jugak bercerita pasal kisah cuti aku baru-baru ni.
Nak baca teruskan, xnak sudehhh!hahaha..

Gini, masa balik cuti Raya Cina gongxi2 tu mama ajak g Kedah. ermmm...mana dah tempatnyer...erm...Pokok Sena kut kalau tak salah. Tujuan: hantar cozin aku yang kawen ritu umah shuben dia. (shuben=laki@husband)

So, tak nak dituduh derhaka aku ikut aje.hehe..
Yang tak le blahnyer, jaoh gaban! Rase nak pecah bontot driving dari Kelantan (my hometown yang hebat tu) ke Kedah. Dahla 2 hari sebelum tu driving dari KL ke KeLantan. 9 jam!
Ni ke Kedah lak. Bertolak kul 3 petang sampai around 1 pagi! Oh chicken syit!!!

Sumpah aku serik!haha...
G sana berkonvoi uols, dalam 5 buah keta je..Nasib baek tak sewa bas. Kelas sgt kao Jah! karoke dalam bas la kekdahnyer ken...
Maka, sampai la sana...dorg bagi umah untuk rombongan hantar menantu ni. Rumah luas tapi facilities kurengggg! tandas sebijik! mampos nak share reramai?
makanya, tandas surau la jawabnyer... Nasib bek dekat surau.pheww~

Sepanjang dua malam sana aku tido atas lantai jew! sentapp...sakit belakang mak noq! tak der selimut, xde toto pun..sampai hati tauuu.tau tau...
tapi xpe, orang cakap tido atas lantai pengubat sakit belakang. tapi memang betul pun! bangun2 pagi terus sihat bermaya. No matter la orang2 dahulukala tido atas lantai je..cuma bukan atas lantai simen la...simen kan bahaya! no no no no!

Lepas tu sempat singgah Pekan Rabu yang aku imagine ia sebuah pekan yang hanya beroperasi pada hari rabu. oh! daku silap! fine!



Then. otw balik aku lalu ikut Cameron Highlands. Ikut Simpang Pulai, Perak. Jaraknya dari Pokok Sena 400km ++. Tapi ikut hiwayla...tak sentap mana la...haha..
Sampai Cameron, aku naek sampai ke ladang stroberi yang kita boleh petik sendiri buahnya n proses terus tu. Tapi malangnya, buah stroberi abis uols...sebab CNY. mencikkk! Ladang stroberi tu terletak sebelah je hotel Equatorial Cameron Highlands. Korang kalau gigih naekla lagi atas puncak tu...cari pe yang ada. Nanti citer kat aku keh.


Then turun sket singgah ladang teh Boh. Ala..tempat shooting Ombak Rindu tuy.. akhirnya dapat gak aku tau kat mana tempat indah itu.haha...sukalah!
Ladang teh?welll, cantik la..opkos! sejuk itu sudah tidak lagi. beza sungguh masa aku g Cameron 10 tahun lepas. Tengah2 hari rasa membeku. Ni tak! tengah2 hari kulit rasa kena salai! Pembangunan...pembangunan....


Oh ha..tips camna nak ke Ladang Teh Boh itu?
Kalau dari jalan utama menuju ke Cameron, anda cari signboard ke Tanah Rata atau ke Brinchang. Follow aje sampai anda jumpa pekan kecil Tringkap. Kat situ ada kedai2 tepi jalan yang jual cenderamata wutsoever. Tapi naek lagi then anda akan jumpa Bee Farm and Butterfly Farm sebelah kiri anda. tengok ke kanan anda akan nampak signboard Boh besar tapi terselindung sket. Jalan dia macam naik bukit. So, anda belok kanan then jalan je straight sampai jumpa tempat parking. Lokasi tu kat atas bukit. Kena menapak jelah..nak naek ngan keta pon boleh tapi make sure anda ada skandel ngan tokeh Boh atau anak kerabat raja mana2...(ok fine! tak kelakar)

Kat atas tu ada kilang Boh lama dan alatan yang memproses teh dulu2...bolehla kalau korang nak belajar proses teh. Ada jual teh opkos! Nak beli teh pelik2 ha kat sana la...Barang2 cenderamata pun ada untuk dihadiahkan buat yang tersayang!


Pastu dah puas kat sana, otw balik singgahla kat Tringkap tu membeli belah. Kat situ gak ada Ladang Ros. menarik gak kalau kebetulan g masa semua bunga ros tengah mekar. Stroberi pun ada dijual kat sana. Buah2an segar, sayur mayur. Fridge magnet. Baju2, bantal stroberi, aiskrim stroberi yang harga RM1 sebatang pun ada. (mahal shiyal!)

Lepas tu boleh la teruskan perjalanan balik ke kampung ikut hiway Lojing-Gua Musang yang tak der orang lalu tu...Sonot sebab boleh drift sampai kena bebel!fine mama..fine!
Perjalanan dari Cameron ke KB amek masa lebih kurang 5 jam kalau bawak keta macam aku. Kalau rasa berhemat macam uncle2 aku dalam 7 ke 8 jam gak la...hahha! carut!!!

cHiao!~

nota kuku kaki kurap: Nak g Langkawi tapi feri penuh! kena tempah sehari awal untuk setiap perjalanan. Gila ke hapa?

1 ulasan: