Khamis, Februari 02, 2012

Konsert Kak Ani


Entry kali ini bunyi macam pengumuman je kan?
Hakikatnya tidak sama sekali yer tuan2 dan puan2.
Ini sekadar angan2...sebab baru2 ni aku ada terborak2 dengan member sepenarian aku yang mai KL dari Penang, Nato. Masa tu tengah otw nak g layan konsert Awie & Ella kat IB.

Borak nyer borak tetiba tercetus idea, kenapa industri seni kita kurang cakna akan perkembangan artis yang berlatarbelakangkan irama etnik macam Kak Ani, Bob AF (yang suaranya pun not bad bawak lagu2 asli), Haziq, Syura, Dior (walau ramai tak kenal dia) dan lain2 yang seangkatan dengan mereka.

Kita sering terlepas pandang mereka kan?
Apa kata satu masa nanti IB ker, atau mana2 produksi pilih Kak Ani yang banyak kali kut muncul juara persembahan terbaik AJL combinekan semua show dia dullu2 tu sekarang. (faham tak ayat nih?)
Maksud aku combine semua lagu yang dia menang persembahan terbaik AJL dan persembahan2 lainnya yang meletop dalam satu konsert. Y not kan?

Konsepnya fokuskan persembahan irama malaysia dan etnik kreatif saja. IB pun dah lama sepi lagu2 cmtu kan? Jadi tak salah rasanya.

Tapi kenapa Kak Ani? Sebab bagi aku dia masih lagi ikon irama malaysia dari dulu sampai sekarang kat Malaysia ni. Macam dah serasi kan Kak Ani dan genre itu. Lagipun haritu masa jumpa dia kat Restoran Seri Melayu aku ade borak2 pasal industri muzik irama malaysia dan etnik kreatif ni.

Katanya memang dia rindu nak berkecimpung balik dalam genre tu tapi sekarang ni halangannya adalah market yang susah nak masuk. Tak caya baca kat sini! Kesian...TAPI tak per Kak Ani, anda tetap ada peminat sendiri dan peminat anda bukan sikit yer...(wah! lepas ni nak claim royalti lar)hihik!

Tambahan, pencapaian Kak Ani dalam industri muzik tanah air kita bukan calang2 kan? Bermula dengan Album Pop Etnik Terbaik AIM 1997, 1998, 1999 (Album Terbaik AIM jugak tahun itu), seterusnya disambung balik kemenangannya tahun 2004 dan 2009 maka dia adalah calon yang paling layak!

Maka, tertimbullah idea aku selaku maknusia yang fanatik dengan dunia tarian dan taksub dengan seni dan budaya kita untuk menyenaraikan konsep dan format persembahan untuk penyanyi kesayangan saya itu. Ala2 wishlist la ni...

Opening: Ofkos tak sah kalau tak ada elemen tarian dalam show dia. Mula dengan overture tarian semua lagu dia yang pernah masuk final AJL (sebab aku rasa AJL adalah pentas paling berprestij untuk karyawan muzik kita). Macam lagu Dikir Puteri, Ngajat Tampi, Tandang Bermadah dan Ayuh Juragan. lagu2 ini unik dan memperkenalkan siapa Kak Ani. Lepas letup2 semua, barula Kak Ani masuk.

Mungkin boleh intro dengan lagu Mengulek then Kak Ani diarak masuk then terus dengan lagu Dikir Puteri. Biar penonton dah boleh expect tapi bagi aku lagu tu cukup kuat untuk menjadi lagu intro simbolik gak sebagai sebuah lagu yang memperkenalkan Kak Ani suatu masa dulu.

***Kak Ani tukar wardrobe

Masih dalam mood istana yang kaya dengan adat dan persalinan songket barangkali, Kak Ani masuk balik dengan lagu yang mengubat rindu penggemar lagu2 zapin dan irama Hadratul Maut dan petikan gambus. Penuh autentik!hehe

1) Inang Merindu - Slow down sikit mood kita. Bagi seasli mungkin! Nak tradisional habis la...Tukar arrangement kasik klasik pun boleh.hehe.. Panggil Haziq skali boleh?

2) Manira - Nak mood lagu ni sederhana je...tak nak yang terlampau rancak macam lagu sebenar. Pastu lagi syok kalau ada back up dancer yang pakai baju samrah. Macam artistana IB pakai masa Citrawarna 2011 yang kaler purple tu.

3) Zapin Pusaka, Ya Salam, Zapin Beradat, Ya Allah Ya Saidi - Speechless!

4) Hati Kama dan Lenggang Lenggok dimedleykan. - Boleh invite TokTi tak berduet?

5) Joget Mengindam Rindu dan Joget Dondang Sayang - Slow down balik mood kita tapi masih dalam slot yang sama. Kalau nak invite artis jemputan pun boleh, Dior combine ngan Bob AF ker, tak pun jemput je Syura (boleh nyanyi lagi ke dia?). Boleh masuk arrangement muzik 1Malaysia. hehe...
6) Intermeso dengan lagu Layar Battuta, Enjut dan Hatinya Tak Tahan. - Oh! Hebatnya...dah dapat aku imagine ni...Memang jawa habis kalau boleh. Kalau Kak Ani dapat menari macam show AJL 2004 memang the best la!

***Kak Ani tukar wardrobe

Then terus masuk ke latar suku kaum etnik peribumi Orang Asli, termasuk atmosfera dan mood keseluruhan dewan berubah sama, Kak Ani mula balik persembahan.

1) Ayuh Juragan - Well, tak payah aku nak describe! Lagu yang sangat2 unik bersama lirik yang sangat puitis dan penuh makna.

2) Iboq, Atine Ora Tahan, Juklah! Guru Abe (medley) - Sekurang2nya ada sedikit penghargaan buat Orang Kita. Lagi best kalau jemput grup dorang yang ketuk2 kayu tu. Penah aku tengok show dorang kat Dewan Filharmonik Petronas tahun lepas.

Then, transform wardrobe ke etnik Sarawak. Kalau dia dapat pakai baju iban yang kaler ijau masa dia pakai tym AJL tu memang terbaik! Ngajat Tampi boleh mulakan balik show dia.

2) Ngajat Tampi - Ingat lagi tak show Kak Ani yang sembur2 api? Kalau Kak Ani tak keberatan boleh tak buat lagi sekali? Pleaseeeee~

3) Tandang Bermadah & Panji Sumandak - Nak arrangement baru untuk kedua2 lagu ni...Nak ada petikan Sape Sarawak. Kalau dapat panggil Jerry Kamit pun boleh. Aku penah jumpa dia masa dia datang buat show kat USM dulu.hehe...
***tukar wardrobe lagi

Closing dah ni...masuk mood rancak dan lagu-lagu yang disusun semula.

1) Tinting, Dondang Dendang, Awallah Dondang - susunan muzik seakan-akan sama dalam ketiga2 lagu ni. Maka kita medleykan mereka. Kalau Kak Ani nak pakai headgear wayang kulit atas kepala macam show AJL 1999 kalau tak salah pun boleh.

2) Hala Timur - lagu unik yang menggunakan dialek Kelantan. bayangkan kalau lagu ni dorang combine dengan show yang JKKN Kelantan buat masa Inspitari 2011. Giler grand!

3) Lenggang Lenggok - cukup kuat kut lagu ni kalau nak diletakkan finale. tapi boleh dipertimbangkan untuk letak lagu lain. Mungkin penutup dengan lagu2 Zapin? ermmm...


Now, rasanya dah cukup konsert pengubat rindu Noraniza Idris. Walau bukan semua lagu dipersembahkan sekurang2nya sudah cukup untuk mengubat kerinduan peminat. Dah nama pun konsert pengubat rindu. Hehe... Semoga satu hari nanti bila aku dah ada produksi sendiri aku nak jemput Kak Ani buat konsert ni. Durasi aku bajet dalam 2 jam 30 minit tak pun 3 jam.

Memang aku gerenti semua balik tido lena!

cHiao~


nota kuku kaki kurap: Kak Ani steady lagi kan sekarang? Jangan pulak ade yang salah anggap Kak Ani akan buat konsert yer... ini sekadar angan2 kosong aku jer.

7 ulasan:

  1. ganti abg joe IB la lepas ni... hahahahaha

    BalasPadam