Selasa, Oktober 05, 2010

Airmata DI Balik Batu Bata part III

ni ha...

sambungan daripada episod lepaih...



ok...si dia dan si anak kucing itu terdiam kaku.
Masing2 kelu untuk berkata-kata. Agaknya malu2...
Seketika kemudian hujan renyai tamat sama sekali.

"HUjan sudah reda," luah si dia memecah kebisuan.
"Oh!yelah...," si anak kucing membalas.

Si dia bertanyakan kemana si anak kucing mahu memergi.
Sahut si anak kucing "tiada kemana".

Kedua-duanya terdiam lagi sekali.



Bammmm!!!

Suatu dentuman berkumandang tiba2...

Ada percikan cahaya putih menerobos dari celah2 batu batan tempat si anak kucing dan si dia berdiri.

Cahaya itu kadang kala menyilau hingga menyenakkan biji mata.
Ada sekumpulan bayang2 gergasi berkejaran ke arah mereka bersembunyi.
Sayup2 terdengar bunyi beberapa kucing lain mengiow...

Bunyinya seakan dalam marabahaya.
Ada yang memekik meminta tolong!
Ada yang melaung mengarahkan yang lain segera beredar!
Ada yang menangis teresak-esak!
Ada yang merayu meratib pilu!



Ada beberapa orang lelaki bertubuh besar dan membawa sebatang kayu yang dihujungnya ada jaring-jaring besar. Dan di tangan sebelahnya lagi ada sebuah kotak besi berwarna hijau gelap yang di dalamnya terisi beberapa rakan-rakan si anak kucing yang lain.


Si dia pantas menyambar tangan si anak kucing dan menarik nya untuk membuka langkah sehabis daya.

Si anak kucing tak mampu berkata apa-apa. Kakinya tidak merasa apa-apa. Umpama dia sedang berlari di awan. Terus digagahkan kuasanya untuk ikut sahaja kemana haluan di hadapnya.
Terkadang hampir tersungkur si anak kucing tatkala menyusur akar-akar yang bergelimpangan di perkarangan taman-taman di kotaraya itu.
Namun, itu bukanlah penghalang baginya untuk selamatkan diri.

Akhirnya! Pohon balau di tebing sebuah longkang besar menjadi tempat bersembunyi.
Si dia dan si anak kucing memanjat pohon tersebut untuk bersembunyi. Mujur! Masing-masing menghela nafas lega.

Tiba-tiba, si dia menendang si anak kucing sehingga jatuh tersungkur ke bawah. Tak sempat memegang apa-apa di sekeliling, si anak kucing tergolek-golek jatuh ke bawah tebing longkang besar itu. Kepalanya beberapa kali terhantuk pada batuan-batuan di tepi kiri dan kanannya. Kulitnya tertoreh dek kepingan botol-botol kaca pecah yang tertimbus jalinan akar dan rumput di tepi tebing. Badannya mendarat di atas sekeping besi buruk yang gamaknya terhenti di tepi tebing setelah dihanyutkan air banjir kilat tadi.

Di jenguknya ke atas tebing kelihatan si dia sedang ditarik oleh seorang lelaki berbadan besar untuk dimasukkan ke dalam kotak besi yang dijadikan tempat pemijak untuk membolehkannya mengambil si anak kucing.

Si anak kucing beberapa kali memekik memanggil nama si dia.
Namun si dia hanya memandang sayu ke arah si anak kucing. Tiada sepatah kata pun keluar dari mulutnya.
Titik-titik air mata mula menyembur dari alis mata si anak kucing yang sudah tidak mampu menampannya.

Semakin lama sorot-sorot cahaya putih kian pudar menghilang. Tiada bunyi suara lagi dari atas tebing. Semua kembali kelam zulmat. Malam turut menyepi. Membisu tanpa erti.

Air di longkang besar mengalir deras. Hanya deria pendengarannya mampu menangkap bunyi di sekeliling. Dibantu cahaya pudar dari lampu jalan di atas tebing, si anak kucing berjalan sendirian mencari tempat berteduh sementara sebelum esok kembali menjelma.


bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan