Baru 2nd day kat Yogya dah penat nak menulis sebab dah macam2 perkara menarik berlaku. Jakun kot sebab bukan selalu dapat g travel nih.
Hari ketiga:
Jelajah aku ke tapak warisan dunia yer. Bila lagi kan nak singgah tengok keunikan candi canda ni kan. Dah alang2 sampai ni kita luangkan la masa sikit tengok seni bina lama n adat2 resam orang lain. Jangan sempitkan minda kita utk fikir buruk je pasal orang lain. (eh! Motif membebel?)
1) Candi Borobudur
- Plan kami sebenarnya nak tengok sunrise kat candi penganut agama Budha ni. Kau mampu tak bangun pukul 3 pagi bersiap untuk keluar pukul 4 pagi? Kerja gila kan. Sebabnya dikhabarkan perjalanan dari Malioboro ke sana ambil masa lebih kurang sejam ke 2 jam. Demi matahari kami gigihkan jua.
- Sampai sana setiap orang kena bayar 480,000 rupiah untuk trip naik gunung apa ntah demi tengok sunrise. Hah! memang tak lah kan... Kalau pok cik kaya dah lama dah belanja kengkawan naik tengok matahari.
- Jadi, tukar plan g breakfast sebelum masuk ke candi borobudur yang dibuka pukul 7 pagi. Hahaha...
- Candi ni tujuh tingkat tingginya dan ada jalan masuk jalan keluar. Depa akan bagi arahan untuk korang masuk ikut pintu mana dan keluar untuk pintu mana. Jangan lawan arus!
- Masa kami sampai tu kebetulan dengan budak2 sekolah doh. Bau depa korang imagine la sendiri. Dah la rombongan cik kiah tu sampai lima enam grup. Tapi dalam pukul 9 camtu depa dah turun balik. Maybe sebab dah semakin panas atau cikgu depa dah warning jangan nak feeling atas tu kot.
- Dipercayai, sesapa dapat sentuh patung budha dalam stupa atas candi tu hasratnya dimakbulkan. #NoKomen!
- Sebelah pintu keluar tu ada deretan gerai yang menjual macam2 untuk korang yang dahagakan barang2 pelik2. Aku sempat rembat lesung batu gunung berapi dan ukiran batu gunung berapi sepapan. Beratnya yang amat! Heh.
2) Gunung Merapi
- Berbekalkan kudrat panjat turun tangga candi tadi kami teruskan perjalanan ke Gunung Merapi. Walau lutut dah menggigil2 kami gagahkan jua konsepnya.
- Perjalanan dari Candi Borobudur ambil masa lebih kurang sejam gak la. Tapi tak terasa sebab eksaited! Katakau...
![]() | ||
| kata dorang batu ni berbentuk muka alien. cuba cari! |
| letop tak? |
- Kami ambil trip Lava Tour naik jeep. Dorang akan bawak korang jenjalan sekitar kawasan yang musnah akibat larva gunung berapi dan sebuah rumah yang dijadikan muzium tau. Korang kena try trip ni sebab sangat menarik dan seronok.
| Dipercayai waktu yang tertera tu adalah waktu sebenar letusan Gunung Merapi tahun 2010 |
- Bergoyang2 tet*k naik jeep tuh. Driver depa sengaja je panjat batu batan nak kasik thrill. Barang2 berharga better tinggal dalam keta siap2. Nanti tercicir lah rosak lah.
- Bayaran kalau tak salah 150,000 rupiah sekali tour. Ekceli depa pun provide tour sunrise gak 300,000 rupiah per visit. Kena cuba lepas ni!
Balik tuh dah penat sangat kami tidoq mampuih la kan. Sedar2 dah malam then Puthut dan Rico pun dah sampai untuk bawak kami ronda2 Malioboro. Kami asalnya plan nak g karaoke. Tapi Alif, Syed dan Adlan tak nak. So, kami bertiga jelah berkaraoke kat Jogjatronik. Best gak karoke situ, meja depa ada control panel wooh.
Hari Keempat
1) Keraton
Lawatan hari ini sekitar bandar Malioboro je. Awal pagi (tak lah awal mana pun) kami ke Keraton. Kenapa pergi awal, sebab nak elak panas nanti melecur kulit ai. Pastu nak tengok show kat sana. Dorang akan sediakan persembahan tarian diiringi pemuzik istana tau untuk tatapan penonton yang berkunjung.
Selain itu, depa buka seluruh tempat tu untuk dilawati. Tapi ada bilik atau ruang yang tidak dibenarkan ambil gambar. Maybe atas dasar respek kan.
Dalam kawasan istana tu dipaparkan salasilah keturunan keluarga diraja Yogyakarta tau. Sapa minat sejarah boleh lah ke sni.
Tamat lawatan sambil belajar di Keraton, kami menjamu selera di Sarinah Kraton. Hidangan depa sedap2. Syed pekena Nasi Liwat. Ahaaa... Laju je kan korang bila sebut benda2 cengginih. Tapi sory ar sebab aku tak sempat snap dia dah mencekik nasik tu. Restoran ni high class tau tapi murah je (bagi aku je kot).
2) Taman Sari
Kemudian, kami ke Taman Sari: lokasi puteri dan dayang2 istana zaman dulukala bersiram sambil disaksikan oleh raja atau putera menerusi menara tinggi ala2 rumah api gitu. Hiburan katanya... Yelah, dulu kan mana ada tv semua. So, selain hiburan2 skema, depa pun nak berlibur nakal2 jugak kan...
| Nak masuk kena bayar RM3 rasanya temasuk bayaran kamera |
Kat sini masih ada kesan runtuhan istana sultan zaman dulukala. Dan kami sempat juga melawat kawasan tersebut. Ada satu tempat tu dinamakan tempat pertapaan. Kat situlah raja bermeditasi dan bertelepati dengan Ratu Roro Kidul yang tinggal kat selatan tau. Kiranya istana ni berada di tengah2 kota Yogya la. Unsur kat atas tu api (Gunung Merapi) dan bawah iaiatu selatan air (Pantai Parangtritis). Tengah2 unsur tanah dan angin. So, balance kan!
Di situ juga masih ada masjid yang dibina raja dulukala. Lawa seni binanya. Masjid tu ibaratnya masjid bawah tanah tau. Bahagian bawahnya untuk jemaah lelaki dan atas pula perempuan.
| Inilah tempat pertapaan raja |
Itu sajalah trip untuk hari ketiga dan keempat kami di Yogyakarta. Kita bertemu lagi ya untuk travelog episod akan datang. Aku penat nak tido! ahaha...
Nota kuku kaki kurap: jeles enuf?






























