Ahad, Januari 01, 2012

11 Kontroversi 2011

Tahun 2011 menyelak satu persatu cerita hidup aku. Tak kiralah yang positif mahupun negatif. Ada kisah yang boleh kita terima pakai dan masuk akai, ada jugak kisah yang tak le pakai dan tak masuk akai. Jadi, menyelak lembaran baharu 2012, aku paparkan sorotan kisah kontroversi aku sepanjang tahun 2011.



1- Yasmin Hani
kisah ni paling menarik dan paling membuatkan aku menggeletar lutut sampai tak nak masuk ofis! kisah ni sampai keluar Melodi! ahhaa...sebenarnya aku ni dikira mangsa keadaan disebabkan salah suntingan artikel yang aku tulis pasal Detik Bahagia Yasmin Hani. Semua cerita dalam tu positif melainkan satu perkataan yang aku sendiri keliru camne boleh ada iaitu "tohmahan". Lepas keluar artikel tu aku dapat tahu Yasmin Hani mengamuk kat twitter dan sangsang aku kencang2 punyer! Sampai katanya nak jumpa aku clearkan that case termasuk juga nak saman. Tapi, kes tu lenyap begitu saja dan dia pun dah bahagia bersama pasangan. Alhamdulillah.

2-PR Pitbull
Kisah ni ibarat mengganggu gugat seluruh ekosistem kewartawanan sejagat akibat seorang PR yang kurang menjaga adab dan tatasusila sewaktu berbicara dengan kelompok wartawan. Tohmahan dan kata2 sedikit melampau dan kurang ajar dilempar pada aku dan 4 lagi wartawan daripada media berasingan. Tambah panas, dia tuduh aku suka2 hati bawak kawan2 nak masuk konsert dan kurang ajar kat dia dan mengadu domba kat editor aku. Well, aku ada alibi 4 orang. Kau?

3- Money Boy
Pertengahan tahun ni menggemparkan seMalaysia selepas keluar artikel yang aku tulis selepas membuat undercover pasal kegiatan Money Boy. apabila sekeping gambar tersiar di akhbar dan di internet yang aku peroleh daripada seorang 'bapak ayam' dari UK, ada sekumpulan 'lelaki' datang ofis dan jumpa terus Pengarang Kosmo serta bertindak untuk menyaman aku. Akhirnya artikel itu digugurkan daripada internet dan sehingga hari ini kes itu masih belum diselesaikan.

4- Kisah Rambut
Diandaikan aku sebagai seorang kurang berdisiplin, di hadapan rakan sekerja aku dihina dan dimalukan akibat penampilan. Sedih dan segan! Kadang kala ada perkara yang kita buat untuk menyenangkan diri sendiri dan orang lain tidak enak dipandangan sesetengah pihak. Fesyen mohawk pertama seolah-olah dicaci dan gaya kedua aku pula dipandang sebagai gaya 'punk' sekaligus diberikan amaran! Selepas kejadian, aku berubah imej secara total dan mendadak dan dikatakan pula memalukan syarikat apabila bersongkok. Jadi?

5- Kesentapan Sahabat!
Pernah dengar lagu Berita Kepada Kawan? kalau belum anda boleh cuba download secara haram dan dengar bait2 katanya. Kadang-kala apa yang kita korbankan dalam kehidupan untuk menghargai seorang kawan tidak dilihat sebagai satu pengorbanan malah mungkin disalahanggap sebagai bermuka-muka. Penilaian yang sukar ditafsirkan apatah berkaitan kawan2 yang ibarat keluarga sendiri. Akhirnya, ada perkara yang kita tidak mampu penuhi dinilai tidak bermaruah. Sebab itu kata pepatah, berkawan biar seribu sebabnya kalau seorang itu hilang ada lagi 999 kawan lain.

6- Tuan Rumah Lahanat
Entry yang paling banyak untuk 1 subjek setakat ini, semua berkaitan tuan rumah aku yang agak melampau dan kurang ajar. Entry awal tahun agak positif, sehingga menjelang hujung tahun si tuan rumah berani memijak hak dan peribadi penyewa (aku). Maka, tidak salah kalau api dibalas dengan api. Mungkin daripada situ kita boleh lihat sumber api mana yang tahan lebih lama.

7- Kereta kena langgar
PakCik Yahya nama orang yang melanggar kereta aku yang sampai ke hari ini tak bayar2 ganti rugi. Janji punya janji macam harammmm. Kadang2 menyesal juga sebab tak buat report polis selepas kena langgar. Now, aku yang kena tanggung semuanya. Semoga pak cik bahagia dan sudah2 la menunggang motor kalau dah tahu pak cik tu berpenyakit darah tinggi yang boleh tiba2 pitam sebab panas akibat tak pakai helmet. takut nanti lepas ni orang lain pulak yang pak cik langgar.kesian orang tu jadi macam saya ni...

8- Kaki Gaduh
KFC, MekD dan segala kedai makan yang aku tak puas hati aku akan gadoh! giler baran kan?haha...makanya, kepada semua promoter atau pekedai yang rasa tak nak kene bambu ngan aku teruk2 tolong jaga budi pekerti dan akhlak ketika bertugas. aku senang, korang pun senang.

9- Show Memalukan
Show pertama ketika Malam Media AMP di DoubleTree Hotel KL. latihan yang tak cukup akhirnya hasil yang sangat amat memalukan di hadapan rakan2 media yang lain. Show kedua ketika Malam Media Felda di Dewan Perdana Felda KL, pun kurang latihan dan kurang komitmen walau aku rasa kalau digilap akan jadi sebuah persembahan yang hebat dan ada 'isi'. Kedua2 show itu paling memalukan dalam sejarah hidup aku!

10- Papa Oh Papa
Papa..oh Papa...kenapalah anda datang balik dalam hidup kitorang dan susahkan Mama dan adik2 aku? Bapak sedara aku pun lagi satu, kenapalah kau tu sibuk nak ganggu urusan keluarga aku...tak payah nak bagi peluang sangat lah kalau peluang2 sebelum ini pun dia tak reti nak hargai. Bahananya kena pada kami sekeluarga. Kau? senang lenang kan? Jadi, Papa tolonglah jangan ganggu kami sekeluarga lagi.

11- Gara-Gara IT
Low Yat dah macam tempat kerje aku dah. Setiap minggu aku rasa mesti akan ke sana. Baiki Laptop, HP, bil internet dan macam2 lagi. Kadang2 aku rasa teknologi canggih sangat pun menyusahkan. lepas baiki, baiki lagi..then rosak, baiki lagi. duit melayang macam tu je...tambah sakit hati, abang2 pakistan kat sana semua macam lembu.bangang nak mampus! buat kerja lembap dan tak reti cakap omputeh? wut du u ekspet? nak i belajar cakap bahasa kamu? oh nooo! haruslah lepas ni aku bertapa di Taj Mahal. eh!?

Maka, setakat ini dulu rangkuman menarik isu kontroversi sepanjang tahun 2011 dalam diari hidup aku. Kalau suka boleh terus ikuti perkembangan aku, kalau tak suka tak paksa pun... 11 kisah itu antara yang menarik dan aku rasa boleh dikongsikan untuk diteladani bersama-sama...walaupon!!! oklah, nantikan sorotan lokasi menarik sepanjang tahun 2011 yang berjaya aku jelajahi serta lokasi sasaran tahun 2012.

cHiao~

Jumaat, Disember 30, 2011

Hermes

macam mana aku buleh terjebak dalam kancah barang-barang mahal macam Hermes ini uols?
aku keliru..keliru dan terus keliru..
tula, bak kata orang=makin besar angka gaji makin bertambah demand kita kan?

cer fikir balik, masa studi dulu tym PTPTN yang masuk RM600 je sesemester 6 bulan tuh buleh je survive. sekarang, gaji lambat masuk sikit dan meroyan kat FB la Twitter la kan.
dunia..dunia!

ok, ni aku nak citer terjebakan aku untuk terbeli perfume Hermes.
semua gara-gara masa aku kat Hong Kong ujung bulan 10 tu aku 'dimandikan' dengan barang2 Hermes sepanjang di sana. dari sabun buku, shower gel, lotion n segala benda lah...semua Hermes. tabik spring ring ring kat Mandarin Oriental Hong Kong!


then, bila dah balik Melesia dok feeling2 g ushar barang Hermes kat Pavi. konon loaded!
pastu, ketagih bau barang-barang itu...oh! tak kusangka.

maka, lepas dapat gaji tengah bulan 12 ritu aku segera gigehkan diri g Sogo uols..sana kan sale perfume manjang kan. kebetulan aku g tu tym coooti Xmas! jingel bey jinggel beyy!
sampai sana opkosla kita kene review dulu banyak2 kan..ushar la perfume BVL dlu (my fevret jugak nih + perfume terkini...laalla), Hugo Boss (duhhh! sangat zaman studi), Diesel (haruman dia glamour tapi tak tahan lama ler, choi!) , pastu Carolina Herrera (CH) and finally Hermes (Terre).

Bila kepala dah pening2 lalat sket, kuar minum stabak kat luar tu...then masuk balik.
ushar2 lagi, akhirnya aku berjaya shortlist kan dua perfume yang aku rasa macam 'in' ngan diri aku yang jelita ni!*matilah kene carut*

1- CH: baru dia sweet...tak macam 212 atau SEXY, yang CH ni lebih soft. tapi bila aku pakai kat lengan lama2 bau dia macam murah!!!choi lah....
tips membeli perfume kalau uols nak tau kene g awal2 pagi sebab tym tu otak kita tak berkecamuk (bahasa mudah), then jangan pakai apa2 perfume dari rumah nati bercampur, lagi berkecamuk! pastu kena try spray kat badan (i mean lengan yang ada urat nadi tu), sebab bau perfume akan berbeza2 ikut permukaan yang di spray, kat kulit lain, kat kertas lain, kat rambut lain...ada faham?
so, bila dah spray n biarkan sejam dua then rasa choi, aku pun reject la! tambahan CH tu dikeluarkan tahun 2009. oh goshhh! lama dah kita kat melesia ni terlepas wei..wake up! wake up bebeh!

2- Terre D'Hermes: bau dia pun sweet. ada campuran musk sket (musk adalah haruman yang paling kuat, macam extract bau binatang la..erk!). ada 4 jenis base perfume kalau uols nk tau.
A- Citrus B- Wood C- Aqua D- Musk
Hermes ni bagi aku complete espeseli dia tahan lama untuk aku yang kerej kuar masuk opis ni ha...berpanas, berhujan, berembun... memang kekal gitu! kalau uols ada baca review dia, depa yang tulis review tu guna diz word ; Superflous maksudnya "dipunyai". wahhhh! so simbolik kan?makanya, aku pilihla EDP Terre D'Hermes by Hermes lepas dah spray kat tangan kanan aku dan CH di tangan kiri.

tips lagi: kalau nak beli perfume pun uols kene tengok apa jenis dia. ade 3 jenis perfume ikut concentration dia iaitu:
EDT (Eau De Toilette)
EDC (Eau De Cologne)
EDP (Eau De Perfum)


Biasa nya jantan akan pakai EDT tapi EDT ni tak tahan lama. sebab tu harga dia murah.
Manakala kalau EDC ni sebenarnya lagi murah dari EDT sebab dia macam minyak yang dilumurkan ke kulit sebenarnya. zaman Nepoleon lagi jenis perfume ni dah diperkenalkan. wah! sejarah uols...
Then EDP adalah the best! biasa EDP dipakai oleh wanita sebab wanita ni badan mereka berbau kuat sket espeseli masa piriyod. itu semua hormon! no offense!
tapi, aku memilih nak pakai EDP yang memang laaagi mahal daripada EDT.hahaha!

maka, boleh la sekali sembur je pagi then sampai ke malam pun buleh melekat lagi.
haaa, nampak tak permainan aku?haha..

tapi kan masa nak beli tu ada la insiden yang tak diingini berlaku. alahhh! bukan insiden manapun, diskusi yang panas je ngan fragrance consultant yang bernama Mus itu. (adik2 uols)

Aku (A): Hermes Terre ni brapa?
Mus (M)
: Mahal bang!

A: Yela, berapa?

M: (tanya kawan2 dia) RM400. Ni perfume ekslusif, datuk2, artis2 je pakai.

A: SO? (nampak kecik besar kecik besar je). U rasa I tak mampu?

M: Kalau EDP untuk promosi ni RM450.

A: Explain 4 me plis
M: bla..bla..bla... (bukan buat suara bla2 tu, tapi explain bende yang aku dah tau pun)

A: Ok. Saya amek yang tu!

M: Hehe...mari ikut saya (bawak g kaunter pembayaran)



Kao nak jadi promoter, keje ko adalah promoting the product! kalau ko tengok aku pakai selekeh, tak pakai blazer bukan bermakna poket aku kering! aku mampu bayar la bro! (eh bro ke?)
ko jangan nak pandai2 underestimate orang yang ko nampak kat permukaan je dan tak perlu nak ulang banyak2 kali bahawasanya perfume jenama Hermes ni mahal dan ekslusif.
Jangan ye, jangan nak main api ngan aku ni. kan dah kene carut kat belog. i tak suka tau carut2 orang. tambah dosa je. tapi dia dah buat dosa kat i, so kira fair lah kan. i dah berjaya luahkan dan semua orang buleh tau dia tu camne. nanti kalau ada kawan2 i nak g beli perfume kat sana korang dah tau promoter kat sana mulut camana. taknak carut! taknak carut! berhati2...wink!

ekceli, kenapa aku pilih perfume Hermes ni? 1 sebab jenama ni feymes dan well establish dan berkualiti. ampa g la memana pun mmg semua orang akn bersetuju utk cakap Hermes ini branded!
2 bukan sebab aku nak berlagak, tapi ni hadiah utk diri sendiri (mcm motivasi la) sebab dah berjaya capai apa yang aku target dalam kerjaya. hehe..nak tau apa?kenala tunggu!
3 perfume aku dah habis, dekat 3 bulan aku nantikan sale krismas sebab tym tu la waktu terbaik utk membeli belah espeseli perfume.
4 ak boleh gerenti perfume ni akan habis dalam masa 2 tahun sebab aku ni berjimat cermat orangnya. uuuwekkk!!! iyer, kalau ampa nak tau aku boleh pakai perfume hugo boss aku yang 750ml tu dekat 2 tahun! tu yang saiz tu..cer imagine yang Hermes ni? its an invesment rite? rite? say rite ramai2!!! 1,2,3 RITE!!!

berbalik ke situasi di tengah2 Sogo tadi, masa nak bayar tu kawan dia datang sekali, wanita pure! katanya: "Wah Hermes! Hebat! Great choice bro."
itu la baru keje promoter, at least jaga la hati orang sket kan.
kalau ko tu pun baru abis SPM, sebut HERMES pun tak RETI jangan berani nak carut MAK!

cHiao~

Rabu, Disember 21, 2011

Carutan demi Carutan







tell u,
semalam aku tengah feeling2 tengok langit tengah2 malam. (ok, itu bohong!)
ekceli aku tengah otw g jumpa scandel kat bdr tasik permaisuri, windu weh lama tak buat jahat gini... (bukan g menjalang tasik permaisuri ok,faham frasa!)

then, tibe2 ada mesej dari Cik Yan (repoter rencana Kosmo!), bunyinya: "begitu katanya"
aku tak mengerti lantas membalasnya: "berani carut i katanya"

sampaila tiba2 ada notification kat tab aku...(bukan tab mandi! nananana!)
notification fb saja. drp bos. dh agak dh. itu mesti hencapan.haha...
then belek2, memang sahla kne carut ngan editor i yang tersayam.

semua gara-gara aku sendiri la yang tulis "begitu katanya" dalam artikel esok (khamis).
tak caya belila kosmo esok, cari bahagian entertainment. story Elfira Loy! kalau jumpa nanti I bg prezen k.

makanya, berbalas2 komen la dlu dalam keta tu sebelum g jumpa scandel kan.
berpeluh2 ni gigih!
then lepas bos, ada senior2 ku pulak mengepos hal yang sama...haha..
gelak terkekek2 aku sorang2! korang ni bikin hari aku penuh bermaknala..i sukaaa..love!love! (uwekk gedix syial!)

korang nak ushar2 tak pe yang dorang semua berkomplot mencarutkan i?

ini editor i...

ini abang mezah..senior repoter kat bahagian rencana

ini pulak kak suzana (atau aku panggil dia ibu) senior repoter entertainment.hihik.
double carutan disitu.hah!

jadi, setakat ini saja perkembangan terkini aku kalau korang nak tau..(eh ada ka?)
semoga ampa semua berbahagia di samping yang tersayang. aku tak de orang nak sayang2!

cHiao~

Isnin, Disember 19, 2011

Suzi?

Jeng Jeng Jeng! gambar intro yer hari ni..
Siapa Suzi?hahaha...
persoalan utama disitu.
Mari kita kupas topik ini perlahan2 yer kawan2.

Kisahnya begini...
Suzi adalah kawan comolot aku masa kecik2 dulu. kalau tak salah, masa dia umur 5 tahun dia pindah ke rumah sebelah rumah tok sedara aku. kira jiran depan rumah aku la dia ni...
ada 7 beradik dia anak ke-4. Memang kawan rapat gila ok ngan dia ni..siap tido sekali, mandi sekali...(masa zaman kecik2 la, ko gila nak buat keje gitu besar2 ni?)

Pastu kan, masa aku masuk tingkatan 4 kitorang lost contact terus walhal umah depan2 je. Mak2 kitorang still on je lg. dah jumpa tiap2 hari uol...
cuma aku n Suzi je la yang memang tak jumpa langsung. Raya pun tak g umah dia. Dia lagi la haram nak mai umah aku kan walaupon dulu tiap2 hari kot makan minum bersilih ganti. Kalau tak umah aku, umah dia..hahaha...

Sampaila hari raya aidilfitri baru2 ini (tahun ni la), aku dengar cita mak dia nak cari jodoh untuk dia.hahah..(tok sedara aku la citer). then, aku tompang la gembira kan..
pastu, masa aku dok bercucuk tanam depan umah (i mean berkebun la), mak dia datang umah aku. Tegur aje la macam biasa.

Malam raya tu (sambil aku dok isi biskut dalam balang, feeling tak aku?), mama kesayangan aku mai. Katanya mak Suzi berkenan kat aku. Wahhhh! (berbunga2 nih..tak penah2)
mesti korang dah bole teka kan jalan citer ni camne...ok2, takpe.. aku nak gak citer lagi..haha

Then, petang raya aku g la umah dia...perghhhhhhhh! CANTIK gila!
memang aku ketinggalan zaman jauh sgt dah...dia dah bukan Suzi yang aku kenal dulu. Suzi depan mata aku ni Suzi yang dah matang! i suka!!!hehe...
dia malu2, aku malu2..tak cakap banyak pun memasing. siyes weh berdebor...



Yang tak le blah tu, baju raya sama kaler! gila2!!! sekadar senyum aje lah...
Nak balik tu, salam2 la kan..dah raya...
sampai depan pintu mak dia lak over!

Mak Suzi (MS): Yo ada jumpa sapa2 dah ka? (Yo adalah ganti diri aku...itu nama timang2an kat umah...korang shadap!)
Aku (A): Hah? Mana ada sapa2...
MS: Tak nak masuk ke?

A: Masuk apa?

MS: Suzi single lagi. Auntie reserve untuk Yo dah.

A: Eh! (jantung wa rasa nak luruh doe!)

MS: Fikir2 la dulu eh.

A: Saya tak kisah kalau dia pun ok. (ok, ini kenyataan bunuh diri)


Masa tu, mama aku ada sekali. Dia hanya pandang je...senyum2! Suzi pun ada sama. Dok sembunyi belakang mak dia. Aku masa tu kontrol gentleman la...korang ni...gelak je kan!
Sambung lagi...
Aku ni bukan apa...banyak lagi hajat tak kesampaian. kerjaya, hidup n macam2 lah. famili aku pun tanggungjawab aku ni tak lepas2 lagi. ni kan pulak nak bertanggungjawab atas anak orang. mana bole. berdosa seksa anak orang kan? xnak la buat orang itu menderita. aku pun belum bersedia lagi...even utk mengikat sesebuah perhubungan.

aku tengok member2 yang bertunang lama2 macam susah je...banyak masalah! aku tak mau la...
biar dia cari orang lain dulu. mana tau orang tu boleh bahagiakan dia...
mungkin nanti dia boleh jumpa orang sedarjat. Well, famili dia 'Tengku', famili aku ni dah kurang dah darah rajanya...royal blood sebelah mama aku je...Nanti kalau kitorang bersatu (wah!), takut keturunan kitorang makin turun pangkatnye...yela, aku ni 'Nik' je...(matilah feeling2 lebih!)



hmmmmm...(ngeluh panjang sket).
sama2 kita doakan dia akan bertemu jodoh sepadan ek. sama2 kita doakan dia bahagia.:)
sama2 kita doakan kita akan bertemu pasangan yang selayaknya buat kita. kalau dia adalah pelengkap kita, maka terimalah seadanya...itu jodoh kita.

cHiao~

Pancaroba Rombongan Cik Kiah

Wallaweh tajuk tak le blah U!
I rasa loya2 tekak, pening2 kepala...apakah permainan ini?
ok2...back to reality.

Aku tiba di sini sebab nak berkongsi cerita perjalanan penuh suka duka aku bersama rakan2 study USM dulu ke kenduri kahwin Marina Muhammad...wah! dah kawen uols...
selain Marina sebenarnya ada lagi rakan2 kami yang dah melepasi fasa baharu dalam kehidupan.
Kak Anis, Yuliza, n lain2 la..ku lupa sebab banyak makan semut gatal yang dok merayap tepi peti sejuk.

Well, TAHNIAH saya ucapkan! Saya jeles anda semua sudah bahagia bersama pasangan masing2. AKu ni entah bila la kan nak mendirikan masjid macam kengkorang. Uhuk3! *tersedak milo.

Nih sedikit momen yang sempat aku rakam la semasa majlis menyambut menantu di rumah shuben Marina yakni Luqman. (shuben bermaksud laki dia)


Meriah majlis itu biarpun hujan turun dengan lebatnya tetiba...(hujan rahmat uols). Dingin bumi seketika kan..hehe...

Kembali ke topik asal entry ini, sebenarnya macam2 pancaroba kami tempuh untuk ke kenduri Marina itu kalau nak tau lah...tak nak tau xpa..tak paksa....:'(

1- Kitorang misscommunication dgn gerombolan kereta Maivi Kay untuk bertemu di lokasi yang dijanji. Sampai kereta yang aku naik bersama Syida & PokJat tersalah masuk lorong hiway.lalalaa...tapi nak ditakdirkan tetiba terselisih ngan keta Kay. Oh! Indahnya nikmat Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui...so, kami teruskan perjalanan saja. hanya berkomunikasi melalui sebelah menyebelah tengah2 hiway. samseng tak?

2- Sampai area Tapah, tayar depan sebelah kiri keta Kay pecah! sebab kitorang berlumba2. eh! bukan itu sebabnya ok..terlebih muatan? oh! lazer disitu...ntahla uols...sebab apa kitorang pun tak tau.tapi lepas je pecah, Kay berenti tepi call PLUS, tak sampai 10 minit mekanik sampai tolong tukarkan tayar spare. hebat kan mekanik Melesia? kitorang yang dah mendahului ni xle patah balik so tunggu kat R&R aje...

(kesian si puteh Kay)

3- Cari kedai tayar tak jumpa. semua tutup sebab itu hari cuti am! maal hijrah kalau tak salah aku...dah la keta Kay dah sedikit nazak, kedai lak banyak tutup. cari punya cari, jumpa la 1 kedai Indian ni...mahal gak kene ketuk. tapi apa boleh buat kan? benda dah nak jadi...pasrah itu menyerah (tetibe mood Ombak Rindu membadai jiwa)

(kay *kiri* bersama kak wani)

4- Sesat! Nak cari jalan ke rumah Luqman tu sesat pulak memasing. tu la kekwat nak ikot jalan kampung. xnak ikut hiway. kan dah menggelupur! (kami yang satu keta pokjat nila) Tapi, memang takdirla kan kitorang berjaya jumpa rumah Luqman la weh! Kat Lahat (area Ipoh, Perak). Tu pun ikut kata hati je...main redah! giler hebat ok kitorang! alallalalallala

5- Sesat kuasa dua! Balik tu konon2 nak makan durian...tup2 berpusing2 entah kemana la aku pun tak tau dekat 3 jam! kene pukau ke hapa nih? oh! permainan..permainan...haha...sampai masuk perkampungan orang asli la..masuk hutan la..masuk segala benda lah. lastly, lepas berenti rehat kat masjid tu baru terjumpa kedai durian. terus berenti mendadak then melantak!hahaha...i loike!

(yer, mereka sedang ernak melantak durian)

6- Sesat kuasa tiga! Dah masuk hiway menghala KL tu ada eksiden. dalam 3-4 lokasi. cuak dow! pastu nak cari kedai makan la pulak..nak makan nasik..dah malam kan..lapar balik uol..nak g area Sentul, sesat pulakkkkk....tu pun bole sesat ke? ok2...kitorang kalau jalan Penang boleh r makan, ni bukan kawasan kitorang. So, dimaafkan kan?kan?kan? akhirnya, melantak kat Kampung Baru saja...wiwiwiwiwi!

Jadi, itulah sedikit sebanyak pengalaman yang sempat aku kongsikan untuk korang semua. thanks sudi singgah walau kejap. aku tau kalau tulis panjang2 korang tak nak baca kan? haha...nampak tak permainan ini? ok, nak tulis entry lain pulak ni..

cHiao~