Khamis, Ogos 25, 2011

Lailatul Qadar



"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."
(Surah Al-Qadr ayat 1-5)

Alhamdulillah, sudah fasa terakhir kita di bulan mulia penuh barakah, Ramadan Al-Mubarak. Menjelang ke detik akhir sebelum berakhirnya Ramadan, pasti ramai yang tidak mau terlepas bertemu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, malam di mana al-quran diperturunkan dan malam di mana malaikat Jibril turun ke bumi mencatur segala urusan umat.

Ayat surah Al-Qadr sudah jelas menerangkan keunikan dan keajaiban malam Lailatul Qadar.
Waktu sebenar terjadinya malam itu tidak dinyatakan sepenuhnya secara jelas di dalam Al-Quran namun, pencarian malam itu ditekankan pada 10 malam ganjil terakhir di bulan Ramadan.

Sabda Rasulullah (s.a.w):

"Carilah Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang tersisa." (HR. Bukhari)

Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) bersabda:

"Carilah Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir, namun jika ia ditimpa keletihan, maka janganlah ia dikalahkan pada tujuh malam yang tersisa." (HR. Muslim)

Kenapa 10 malam terakhir?
Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah
mempunyai kekuatan kerohanian dan kesedaran yang tinggi. Maka ia adalah saat terbaik mendapatkan momentum untuk melakukan ibadah.

Selain itu, oleh kerana malaikat juga turun pada malam tersebut, sekali gus mendorong orang mukmin
melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga
pagi.


Pun begitu, kehadiran malam Lailatul Qadar dapat dikenal pasti melalui beberapa petanda pada malam atau siang.
Antaranya:
  • Bertambah terang sinar cahaya pada malam Lailatul Qadar berbanding malam2 lain.
  • Malaikat menurunkan ketenangan dan kelapangan hati sehingga kita dapat rasa kenikmatan beribadah.
  • Kadang kala, kita dapat melihat malam itu melalui mimpi dengan izin Allah, seperti yang terjadi kepada sahabat2 Rasulullah.
  • Malam yang penuh kelembutan, udara tidak terlalu panas, tidak terlalu dingin, angin bertiup tenang.
Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya aku diperlihatkan Lailatul Qadar lalu aku dilupakan, ia ada di sepuluh malam terakhir. Malam itu cerah, tidak panas dan tidak dingin bagaikan bulan menyingkap bintang-bintang. Tidaklah keluar setannya hingga terbit fajarnya." (HR. Ibnu Hibban)


Jika siangnya pula:

  • Matahari terbit dengan keadaan jernih, sinar tidak tersebar dan menyilaukan.
hadis daripada Ubay bin Ka’ab yang meriwayatkan bahawa:
"Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) mengkhabarkan kepada kami: "Sesungguhnya matahari terbit pada hari itu dalam keadaan tidak tersebar sinarnya"". (HR. Muslim no.762, 2/828)
  • Sebagaimana suasana lembut dan tenang pada malam Lailatul Qadar, demikian juga dengan udara dan keadaan pada pagi harinya.
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, bahawa Rasulullah (s.a.w) mengajarkan kepada kita agar membaca doa berikut saat menemui Lailatul Qadar:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Maaf, Engkau mencintai pemaafan, kerana itu berikanlah maaf kepadaku."
  • Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali ada memberi petua untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
  1. Ahad atau Rabu – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadhan.
  2. Isnin – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-21 Ramadhan.
  3. Selasa atau Jumaat – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-27 Ramadhan.
  4. Khamis – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
  5. Sabtu – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Tapi, malam Lailatul Qadar ada juga dikaitkan dengan mitos masyarakat kita bahawa petanda2 berlaku malam itu boleh dibaca melalui pergerakan alam antaranya:
Air sungai berhenti mengalir
Pepohon menunduk
Langit berwarna merah




Walaubagaimanapun, sebaik-baiknya kita tidak seharusnya menumpukan ibadah pada malam2 tertentu saja,
ikhlaskan diri beribadat kerana Allah.


Wallahualam~

Selasa, Ogos 09, 2011

Putus Tunang!


Sempena petang yang fana ini, aku nak kongsi sedikit kisah hidup aku yang dah laamaa dah tak update.

Sepanjang sebulan lepas, fokus aku hanya pada kerjaya. Memangla ada aku tulis pasai cintan cintun bagai kan. Tuh semua dusta semata-mata!

haha...ngok je kan?

Teman mai bersilih ganti, dan sepanjang tempoh tu jugakla ku kenai macam2 orang, macam2 ragam! Ikhlas tu belakang kira dah dalam dunia skg ni kot.

Kadang-kala rasa macam tertipu, kadang-kala rasa macam aku ni sorang2 je kat dunia ni. Kawan? Emmm, susah dah nak cari yang betul2 akan sappot kita tym susah. Banyak yang dengki je. Bukan nak kata aku ni perfect sangat sampai bikin orang nak dengki kan, tapi kalau nak compare dulu n sekarang ni OBVIOUSLY kawan2 ramai yang mai tang senang ja.

Cinta pulak? malas dah nak crita lebih2.

Pagi tadi saje lepas jer bersahur, aku dikecewakan lagi. Putus tunang uols!!!haha...

Sebab? Cinta jarak jauh & akhirnya jadilah ketidaksefahaman! So, penyelesaiannya: PUTUS TERPAKSA!

Nak sedih? Menangis? buat apa? dah tu takdir Dia. Aku pasrah saja. Ada jodoh nanti adalah. (ayat hartis wei!)

apapun, selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh berkat ini. Berlumba-lumbalah kita mengejar bonus pahala yang sememangnya lebih berganda-ganda berbanding bulan-bulan lain. Amin~

Selasa, Julai 05, 2011

KL! i'm in love

tajuk entry pn dah menerangkan segalanya kan?
so, senyum aja! tak perlu kata apa-apa!haha...

memang saya suka dia!
pastinya setiap sms dia pada aku akan disimpan selama-lamanya...
adeihhh! melampau2 la pulak...
sekali sekala berjiwang sakan ape salahnya kan?haha..

well, Cinta! thanks 4 making my day so blazingly wonderful!
muuuah!

chiao~

Sabtu, Julai 02, 2011

street tradisional

gitulahkan tajuk entry!
haha...


gini wei, aku nak borak2 ngan korang semua ni ha..
baru-baru ni aku sangat sentap bila aku dikhabarkan oleh rakan seopisku (Alif Acip) pasal ada orang ngutuk budaya kita.
apatah lagi ia bersangkut paut dengan tarian ! tarian tradisional pulak tu!
harusla ku emosi seharian!haha..

ni berkenaan rancangan realiti tarian berkumpulan Showdown 2011.
dalam diaries form the street hari Selasa lepas, kumpulan Rokusteps dah keluarkan satu kenyataan berbaur 'kurang ajar' kepada penggiat seni tradisional Malaysia.

depa konon2 nak condem grup by grup la..tapi bila sampai part condem grup Bounce Stepperz yang femes dengan karya tradisional dalam tarian moden depa tu atau lebih jelas ku panggil street tradisional, depa punya hentaman tuh kemain lagi! sangat melampau okeh!


ini kenyataannya:

"kelemahan BOS ni, dorang terlampau bawa sangat tradisional dorang tu.

"kalau orang nak tengok tradisional orang pergi jumpa pak ngah la. apa susah kat istana budaya banyak."

Fuhhhhh! berasap telinga, mata, hidung, jantung, hempedu haku bila tengok sendiri dalam diaries tu kat tonton.com.my.*sapa2 nak tengok ulangan boleh saksikan di laman web tu k. cuma perlu register kejap je*

Kebetulan lak, esoknya (Rabu) ku ke Showdown kat i-City Shah Alam.
keje uols...bukan g main2, terjerit2 histeria pasal pasukan kesayangan uols tersingkir.

dan sejurus tamatnya rancangan tu yang dikatakan serpraise tak ade penyingkiran, ku terusla memburu pasukan Rokusteps itu.haha..
ni alasan kenapa depa cakap camtu:

"pihak produksi suruh kami cakap macam itu, tapi kami minta maaf sebab terlebih cakap sampai kecilkan hati mereka (Bounce Stepperz).

"Kami dah macam adik-beradik, tambah-tambah lagi kami semua bakal ke final minggu depan. Harap perkara ini tidak berlarutan."

Itu alasan Rokusteps yang katanya dah neutral & berbaik2 macam biasa.
Tapi lain pula kata-kata daripada kumpulan Bounce Stepperz.


"Kami sangat berkecil hati dan terkilan apabila orang Melayu sendiri yang kutuk budaya orang Melayu.

"Kami anggap semua kata-kata itu sebagai pedoman untuk kami melangkah lebih jauh dan buktikan kelebihan tarian tradisional."

Rokusteps nampak macam cuba membekap balik kenyataan yang telah dikeluarkan tu dan menampakkan konon2nya dorang semua dah ok dan xda apa2, tapi Bounce Stepperz nampak masih sentap la uolsss!


Takpe2, semoga semuanya berjalan lancar hari Rabu ni ok..
dan takkan ada lagi dah kejadian2 camni berlaku pada masa akan datang.

Nasihat utk Rokusteps: walau hangpa tu pejuang tarian street memandangkan kebanyakan korang tu B-Boy, jangan la terlepas cakap sampai kecikkan hati pihak lain (apatah lagi raaaamai pihak). tak elok tu ok...pe kata, masing2 buktikan keupayaan dan kelebihan masing2 dan tak perlulah nk jatuhkan mana2 pihak.

Nasihat untuk Bounce Stepperz: amek semua pandangan orang tu secara positif dan jangan simpan dalam hati yea...hidup tarian tradisional!


So, to all...jangan lepaskan peluang saksikan pertarungan antara Bounce Stepperz, Rokusteps, Elecoldxhot dan HMC Phlow hari Rabu ni (6 Julai) pukul 9.30 malam, yang disiarkan secara langsung di 8TV atau boleh datang sendiri ke i-City Shah Alam.

chiao~

Jumaat, Julai 01, 2011

June WraP-uP

phew!~
berjaya gak ku meninggalkan belog yang chantek ni selama sebulan okeh! ulangan sebulan!
tak menjenguk, tak update, tak buat semua bende lah!hahaha...

sibuk?
ahhhh! bukan alasan bagi ku yang rajin menulis ni!

pe pun, kita kembali ke segmen Wrap Up bulan ini bersama Nic Valderrama. pengsan lah!

mari kita intai pe yang dah Nic Valderrama lakukan selama sebulan ni..jommM!



Libur?

Opkos la.ko ni setiap hari berlibur!
ok2! cukup ngan lawak sarkastik yang memang tak lawak langsung pon.
maksud wa, selama sebulan ni wa merasa jadi wartawan hiburan okeh!haha..
ko mampu?
dunia yang penuh glamour! penuh style! penuh high class! dan penuh segala2nya lah!
dunia WARTAWAN HIBURAN!

mana tak nye...now hartis2 dah kenal ko. comolot apetah lagi.
asek ke tempat2 letop je.pasai cover esaimen je!
makan kat hotel2 mewah...n macam2 la.
pendek kata ku enjoy!!!

maybe ni yang pertama n terakhir la kot ku di meja hiburan. sedeyhhhh!
apa jua keputusan hala tuju ku lepas ni, kuterima dgn rela hati..katakao!


Bali

yeszaaaa! bukan main2 ok! ni siriesss!
memang ku ke Bali 16 Jun lalu.
thanks to Adikarma atas tajaan ini.hehe..
semoga uols sukses dan terus maju n maju n maju lagik!

buat apa di sana?
opkosla bercuti...selain tu dapat tengok masyarakat kat sana..
currr sket2...
buat liputan!haha...rajin kan ku?
pendek kata memang ku ENJOY gila babeng la kat sana!

ok!chop2! cakap pasal liputan...
ha...memang dah kuar pun liputan tu...
kali ni memang wa bangga!
pasalnye, bermula dari A-Z semua hasil titik peluh wa!
amek gambo pon wa! interviu pon wa! tulis artikel pon wa! cuma layout je bukan wa!
kiranya pre production tu semua wa buat la!hebat kan?matilah berangan!hahha..

(ni bukti tiket flite wa ke sana! ade yang tak caya keh!)


Cabutan Bertuah

yessss! memang itula wa nk share sket.
selama ni hidup ku tak pernah bertuah.
asek telan ai lior je tgok orang dapat cabutan bertuah yang best2!
tapi sekarang alhamdulillah, rezeki lucky draw tu dah dekat ngan wa.
Alhamdulillah...bukan la hingin sangat pn, tapi keseronokan dapat cabutan bertuah tu len macam la! siyes!

nak rasa? cuba la!


Cinta?

Tettt! perkataan yang makin jauh lari dari wa...
dah tak de kot istilah cinta tu dalam hati ni.
aku tak percaya cinta!!!thanks LJ nyanyikan lagu yang cam tu.

dh banyak kali kecewa.malas dah la...
now nk fokus pada kerjaya dan kumpul harta banyak2...
cukupla ada ramai kawan kan...nt kalau bercinta tingtong manjang!haha..



bila cakap pasal cintan cintun je trus xda mood! kla, nak chow dlu..tata!

p/s: takmau letak gambar banyak2 dalam entry ni!