Sabtu, Julai 02, 2011

street tradisional

gitulahkan tajuk entry!
haha...


gini wei, aku nak borak2 ngan korang semua ni ha..
baru-baru ni aku sangat sentap bila aku dikhabarkan oleh rakan seopisku (Alif Acip) pasal ada orang ngutuk budaya kita.
apatah lagi ia bersangkut paut dengan tarian ! tarian tradisional pulak tu!
harusla ku emosi seharian!haha..

ni berkenaan rancangan realiti tarian berkumpulan Showdown 2011.
dalam diaries form the street hari Selasa lepas, kumpulan Rokusteps dah keluarkan satu kenyataan berbaur 'kurang ajar' kepada penggiat seni tradisional Malaysia.

depa konon2 nak condem grup by grup la..tapi bila sampai part condem grup Bounce Stepperz yang femes dengan karya tradisional dalam tarian moden depa tu atau lebih jelas ku panggil street tradisional, depa punya hentaman tuh kemain lagi! sangat melampau okeh!


ini kenyataannya:

"kelemahan BOS ni, dorang terlampau bawa sangat tradisional dorang tu.

"kalau orang nak tengok tradisional orang pergi jumpa pak ngah la. apa susah kat istana budaya banyak."

Fuhhhhh! berasap telinga, mata, hidung, jantung, hempedu haku bila tengok sendiri dalam diaries tu kat tonton.com.my.*sapa2 nak tengok ulangan boleh saksikan di laman web tu k. cuma perlu register kejap je*

Kebetulan lak, esoknya (Rabu) ku ke Showdown kat i-City Shah Alam.
keje uols...bukan g main2, terjerit2 histeria pasal pasukan kesayangan uols tersingkir.

dan sejurus tamatnya rancangan tu yang dikatakan serpraise tak ade penyingkiran, ku terusla memburu pasukan Rokusteps itu.haha..
ni alasan kenapa depa cakap camtu:

"pihak produksi suruh kami cakap macam itu, tapi kami minta maaf sebab terlebih cakap sampai kecilkan hati mereka (Bounce Stepperz).

"Kami dah macam adik-beradik, tambah-tambah lagi kami semua bakal ke final minggu depan. Harap perkara ini tidak berlarutan."

Itu alasan Rokusteps yang katanya dah neutral & berbaik2 macam biasa.
Tapi lain pula kata-kata daripada kumpulan Bounce Stepperz.


"Kami sangat berkecil hati dan terkilan apabila orang Melayu sendiri yang kutuk budaya orang Melayu.

"Kami anggap semua kata-kata itu sebagai pedoman untuk kami melangkah lebih jauh dan buktikan kelebihan tarian tradisional."

Rokusteps nampak macam cuba membekap balik kenyataan yang telah dikeluarkan tu dan menampakkan konon2nya dorang semua dah ok dan xda apa2, tapi Bounce Stepperz nampak masih sentap la uolsss!


Takpe2, semoga semuanya berjalan lancar hari Rabu ni ok..
dan takkan ada lagi dah kejadian2 camni berlaku pada masa akan datang.

Nasihat utk Rokusteps: walau hangpa tu pejuang tarian street memandangkan kebanyakan korang tu B-Boy, jangan la terlepas cakap sampai kecikkan hati pihak lain (apatah lagi raaaamai pihak). tak elok tu ok...pe kata, masing2 buktikan keupayaan dan kelebihan masing2 dan tak perlulah nk jatuhkan mana2 pihak.

Nasihat untuk Bounce Stepperz: amek semua pandangan orang tu secara positif dan jangan simpan dalam hati yea...hidup tarian tradisional!


So, to all...jangan lepaskan peluang saksikan pertarungan antara Bounce Stepperz, Rokusteps, Elecoldxhot dan HMC Phlow hari Rabu ni (6 Julai) pukul 9.30 malam, yang disiarkan secara langsung di 8TV atau boleh datang sendiri ke i-City Shah Alam.

chiao~

1 ulasan:

  1. baru-baru ni aku sangat sentap bila aku dikhabarkan oleh rakan seopisku (Alif Acip) pasal ada orang ngutuk budaya kita.
    simple black shalwar kameez for ladies
    black salwar suit for ladies

    BalasPadam