Selasa, September 14, 2010

BEST team ever!

Tajuk entry di atas telah banyak mengundang pelbagai kontroversi dari semua pihak. Tak kisahlah dari dalam mahupun luar kumpulan itu sendiri. Tambah lagi bila ada yang rajin menuang minyak dalam api yang tengah marak.

Apa pun, saya tetap berbangga punyai satu pasukan yang saling menyokong sesama sendiri, sentiasa berjerih perih bersama, dan yang paling penting TAK cakap belakang-belakang. Kalau tak puas hati just cakap je depan-depan...Tak gitu kawan-kawan?hehe...

Kumpulan ini tertubuh hasil daripada sesi temuduga yang kami buat sempena Festival Colours of The World (FESCO) yang bertempat di Universiti Teknologi Petronas (UTP) awal tahun 2010 ini.

Keputusan untuk mengadakan sesi temuduga ini dibuat berikutan rungutan pelbagai pihak mengenai ketulusan pemilihan penari yang akan mewakili USM dalam sebarang acara di dalam dan luar USM sendiri.
Jadi, beberapa fasa telah dijalankan oleh Koreografer USM, Valentino Stanley (VS) untuk mencari penari yang betul-betul mempunyai semangat 'assabiah' yang tinggi dalam sesebuah pasukan.

Hasilnya, muncullah beberapa muka baru yang turut diangkat sebagai pelapis pasukan ini pada masa akan datang. Malang sekali, tiada seorang pun dari kalangan arjuna di universiti APEX ini tampil untuk mengangkat bidang seni tari di institusi ini. begitupun, kami bersyukur dengan apa yang telah dicapai melalui konsep temuduga/ audition ini. barangkali, ada lagi yang takut-takut bilamana dihebahkan adanya 'audition' kerana rata-ratanya beranggapan hanya yang hebat bakal terpilih. Satu andaian skeptikal yang harus dibuang jauh-jauh!

Susulan daripada itu, wujudnya suara-suara dari belakang yang mengatakan kami pilih kasih dan tidak memilih penari lama untuk bersama dalam acara ini. Ada juga rungutan bahawa pemilihan dibuat berdasarkan emosi dan bukannya profesionaliti. Ternyata ia adalah satu tamparan hebat buat kami selaku panel penilai.

Jadi, setelah semua keputusan dibuat yang sememangnya amat berat ibarat ditelan mati emak diluah mati bapa, maka tertubuhlah satu pasukan tari untuk FESCO 2010.

Pemilihan dibuat atas kecenderungan memberikan komitmen yang tinggi terhadap kumpulan dan ke'demand'an yang rendah dalam apa-apa arahan...(titik di situ...kalu ade lagi soklan tanya direct ok)
Sepanjang sesi latihan berlangsung, semuanya NYATA memberikan komitmen 200% tak tak berbelah bagi. Tanggungjawab terhadap akademik tetap diutamakan! Penglibatan dalam bidang ini bukanlah penghalang untuk mencapai keputusan gemilang dalam arena akademik dan tidak perlu dijadikan satu alasan andai tewas di medan ilmu.

Sesi latihan turut disulam dengan tawa dan tangis. Bagi saya, ia adalah lumrah dalam bidang ini. Tiada juraian air mata maka lompanglah seni dan pincanglah budaya. "air mata jadi permata", dan ia terbukti telah mengeratkan sesama ahli pasukan yang terlibat. Tawa menjadi pengubat tatkala hati yang sedang lara. Umpama satu keluarga besar, kemanisan madu sama dikecap bersama.

Apapun, amanat dari yang lama tetap disemat menjadi pendorong untuk memacu kejayaan.

Situasi menarik yang ingin saya kongsikan di sini bersama pembaca semua adalah semangat satu pasukan untuk tidak melihat ahli lainnya bersusah sendirian amat saya sanjung! Buktinya, kami berjaya menghasilkan satu set kostum (pakaian tarian) kami sendiri hasil daripada percambahan dan percantuman idea semua ahli. Masing-masing komited dan sudi luangkan masa untuk datang menjahit dan melengkapkan mana-mana bahagian yang masih belum sempurna sehinggalah ke takat terakhir sebelum bertanding. Sehinggakan ada yang memuji kehebatan kostum kami yang bertanyakan kos untuk mendapatkan set seumpama ini. Tertawa pula pabila menjawa soalan yang diajukan kepada kami. Kadang kala terharu saya melihat kesungguhan yang ditunjukkan mereka. Sampaikan titisan darah dan keringat sebagai galang gantinya.

Bukan setakat itu sahaja, saya turut saksikan kehebatan dan bakat penari-penari USM mendandan rambut dan menghasilkan sentuhan ajaib ke wajah-wajah polos masing-masing. ALHAMDULILLAH...Tuhan mengurniakan bakat ini kepada kami.

Selain itu, buat julung-julung kalinya pasukan tari USM bergabung dengan Unit Sukan dan Rekreasi USM untuk mendapatkan teknik dan stamina yang kukuh apabila menjelang ke hari pertandingan kelak. Sekali lagi saya puji usaha setiap ahli yang hadir ke sesi latihan setiap petang di Stadium Olahraga USM untuk sesi latihan stamina. Malah turut diselit dengan sesi senamrobik dan larian rentas setip pagi hujung minggu yang bermula seawal 6.00 pagi lagi. Bayangkanlah tatkala rakan-rakan lain sedang lena dibuai mimpi indah di kamar empuk, mereka berkorban memerah keringat menghirup udara segar dini hari.

Tidak terhenti di situ, semangat ini dibawa hingga ke pagi hari pertandingan di UTP. Melihatkan rakan-rakan universiti lain terlopong bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan untuk membakar semangat riak dan ujub dalam diri namun, ia menjadi satu momentum untuk setiap daripada kami memacu momentum yang terbaik dan terulung. Tahniah! Tahniah dan Tahniah!

Jutaan ucapan TERIMA KASIH kepada jurulatih Unit Sukan USM, Mr Jega yang sudi memberikan tunjuk ajar kepada kami dan tips-tips berguna untuk dimanfaatkan.

BEST TEAM EVER adalah ungkapan daripada ahli-ahli ini sendiri terhadap diri masing-masing. Penyertaan sulung akhirnya membuahkan hasil walaupun ada yang beranggapan kami hanya merangkul anugerah yang 'biasa-biasa sajerrr'. Lawan kami bukan hanya IPTA malah seluruh IPT di Malaysia berhimpun untuk mempertandingkan karya tersendiri termasuklah universiti dari luar negara. Pembaca semua bolehlah rasai pengalaman menarik ini sendiri andai berpeluang pada tahun-tahun akan datang.
Bukan niat meninggi diri apatah lagi menyombong dengan sesiapa tapi percayalah kemanisan ini tidak hanya tergambar hanya dengan kata-kata mahupun frasa "BEST TEAM EVER" itu sendiri.
MOHON MAAF kepada yang tersinggung. Entry ini tak bermaksud nak melukakan hati sesiapa. Sekadar menulis berkongsi ilmu yang ada.
Hakikatnya, kemanisan semangat berkumpulan itu patut dijadikan sumber inspirasi oleh sesiapa sahaja dalam usaha meraih kejayaan dan kecemerlangan dalam apa-apa bidang di dunia ini.

Dilampirkan bersama beberapa keping gambar kenangan saya dalam pasukan USM yang telah mempersembahkan tarian etnik Sarawak bertajuk "Langi Julangan". Ikhlas saya nyatakan di sini, kenangan ini takkan saya lupakan hingga akhir hayat!



*lestarikah apa yang telah disuntik ini?

Isnin, September 13, 2010

Jangan Menyerah beb!

Wa mau kongsi satu lirik lagu nyanyian sebuah band dari negara seberang Indonesia.
lagu ni banyak bagi inspirasi kpd wa untuk teruskan perjuangan dalam idop wa.

Thanks to Ahmad Hafifi Kamarudin yang sarankan aku untuk hayati bait-bait lagu ni tym wa bermuram durja suatu ketika dulu...
Bak kata org 'a friend in need is a friend indeed'...

So, hayatilah...
Jangan Menyerah - D'Masiv
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna

Jangan kau sesali

Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada

Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar

Dan tak kenal Putus asa

Amacam?dapat rasa tak aura lagu ni?

Di kesempatan ini juga, wa nak berkongsi lirik lagu wa untuk sebuah pementasan teater muzikal yang bakal dibuat tak lama lagi.

Lirik lagu ini menceritakan betapa rupawannya seorang wanita itu sehingga disanjung dan dijulang oleh sang arjuna kendatipun kadang-kala hakikat diri si wanita itu amat perih untuk dikilas sendirian.

Tajuk lagu yang masih tak dak iramanya ni adalah 'Rajuna Lati'... (kalau nak tahu maksud kenela rajin2 semak helaian dalam Kamus Dewan tu)

Seperti mayang berurai berkilau hitam rambutmu
Memancar sihir lohan Nirwana penuh keningmu
Berkerling bintang Kejora diindah matamu
Bak semut hitam jalan beriring kerap alismu

Melengkung selentik harpa panjang bulu matamu
Bak Himalaya menunjang langit bangir hidungmu
Rekah mawar berhias permata kedua telingamu
Lesung pipit penyedut sukma hiasan pipimu

Bagaikan delima merah merekah gemas bibirmu
Seperti kawanan domba merumput berbaris rapi putih gigimu
Kristal madu bergula ganda manis senyummu
Indah bak lebah bergantung amboi dagumu


Seputih pualam sehalus sutra lembut kulitmu
Lehermu jinjang hiasan bahu bak angsa emas Firdaus

Lenganmu gemalai berjari lentik melambai bak nyiur di pantai
Bagaikan mannequin adi busana langsing pinggangmu

Bak lumpang emas istana liang pusarmu
Bagaikan siluet gitar Sepanyol lekuk pinggulmu


Kakimu lincir menjulur kembar
Langkahmu seperti canda kijang kencana
Anggun ditingkah betis si bunting padi
Suaramu bak desah merdu si buluh perindu
Hatimu lembut seperti bayi
Sifatmu penyayang berpikiran lapang

So, jangan lupa saksikan keunggulan kisah cinta antara seorang wanita kelainan upaya terhadap seorang lelaki kaki 'playboy' tak lama lagi. Hasil arahan pemuda berbakat besar...hehe...

wa chow dulu~





*saya sayang dia, adakah dia sayang saya?

Selasa, Ogos 31, 2010

Sampaikan Raya

Ehem3...check-check-check! Gol 1 untuk Gol 2 roger!!!

hidup lagi blog aku ni erk...(buktinya, ade lagi makhluk2 samada yang aku kenali ataupun tidak yang masih sudi singgah menatap ruang garapan jemariku ni)...terima kasih daun keladi.

Sempena Bulan Mulia Syawal nan indah ni, inginku ambil sedikit ruang di dimensi ini menyusun sepuluh jari memohon jutaan maaf andai ada langkah yang menoreh hati, ada tingkah ku yang membekas luka, ada tutur bicaraku menyinggung sukma, ada janji-janjiku yang belum sempat tertunai, ada hati yang berprasangka, mahupun ada ucapan-ucapan berbunga dusta, sekali lagi MOHON ampun dan maaf zahir & batin...

Selamat Hari Raya Eidul Fitr...

asenyer masih lom terlambat kot kalau aku nak wish raya skg kan? Baru raya keempat...Syawal ni tempohnyer sebulan...hehe...

Tak kira dimana anda berada dan apa sahaja yang anda2 semua sedang lakukan. kepada yang mengenali saya dengan panggilan mana pun (Abe, Amat, Nic, Am, Kerol, Yo, Bb, Boi, Yunk,...n watsoever) kalau saya tak dan nak face-to-face mintak maaf, mohon diampunkan segala kesilapan lampau...



*syoknyer cuti raya...

interview kerek

minggu lepaih..erm, brape haribulan ntah..hari Selasa klu tak salah...
aku dijemput untuk menghadhiri satu sesi temuduga di sebuah syarikat akhbar di Keyell (tok sah dok blur2...mksud aku KL).

hmm...cuak nak mampos doe!
tp xpe...wa kn hebat!ade aku kesah?haha... (riak di bulan posa)
ekculy, ak ni dh banyak kali diinterview oleh macam2 olang...
yang tua, yang muda, yang bergetah, yang berkerut..yang mcm2 lah..sampai dah naek jemu beb!

tapi kali ni len macam pulak rasenyer...
entahla!seram semacam..(xde kne ngene ngan momok, jembalang atau antoo keyh)
meyb sebab ak tak ready kot...

tym ak sampai kat perkarangan tu (around 8.00am sharp k!), terserempak ngan sorang mamat neh...sires semart giler!mcm nk g kawen dar ak tengok...xpe2...gud job uols!
then, jln nyer jln...nanti nyer nanti kt lobi yang tersergam gah itu lastly sampailah semua cahlon2 utk sesi interview hri ni...semuanya 14 olang termacuk aku...huhu..

hanya 2 srikandi n len2nye jantina selain srikandi tu lah kn...

tunggu lg sejam...hmm...tup2 kul 9am baru la mula..ak yang kepenatan neh nak membuter bagai dah..huhu..seb bek!

then, masuklah kami2 ni ke dalam bilik persidangan untuk sesi interview...
depa (bos2 besak) pon eksplen la apa n apa, itu n itu tmsukla proses interview hari ni....depa kata ada 3 peringkat...
mak aihh!ak dah makin cuak...depa kata:

peringkat 1: translate story (BM--> BI & BI --> BM) peringkat 2: press conference + buat berita peringkat 3: individual interview

hmm...
ok2...aku dah makin ketaq!giler wei...xready kot!dh lama giler ak tinggal bendalah itu semua (ayat cam bajet jekn?)
ahhh!peduliklah...life must be go on!yeeeba2!!!

then, satu demi satu lepaih...

peringkat 1:okla..depa kasik timing 40 minit..ak punya la dok pulun kt BI-->BM sampai tak dan wooo nk siapkan yang BM-->BI...mampoih dah la...baru nk mula tulih BI depa kata ade lg 3 minit!wakkkaaa!KO di citu ok~

peringkat 2:PC sal sindiket pelacuran...sounds interesting...tp maintain hampeh lor... aku sempat tanya 5soklan ja.. (tipuu2...1 soklan je)huhu... then kene wt story sal PC tuh...giler otak dh berkarat wei!!! bantai jak lah...

peringkat 3: individual interview...hmm...time ni ak kne boost balik semua kekurangan aku... sebelum2 aku (giliran 1, 2 n 3) setiap sorang tuh nak dekat sejam...mao tak membuter ak neh...haha... bangun dalam mamai2 ckp ntah pape.. banyak soklan yang depa tanya ak jawab cam bangang jek!giler aih!ckp lak macam member2 kenal dah 20 thn...dok gelak berderai2 dalam bilik tuh...haha...kelakar ah korg (korang?bos2 besak wei, cepuk kepaka kang!) depa byk tny sal pengalaman aku time uni life...jwapan aku semua poyo2, kerek tahap babun...kao2 nyer ah... TAPI yang penting...CONFIDENT okeyh!siap fire2 depa lg..kah3..(mood:setan durjana pasai depa stuck xleh jwb teka teki aku)

ak rase xsampai 30 minit kot..terus bole kuar...mgkin depa bosan ngan wa dah kot...
kla2..chow dlu..

time tu tgk dak2 len muka cuak...muka seposen pon ade...klakar wei!xpe2 hope korang la dapat...
ak yakin dah xkan pigi sana dah..malloo doe!

then, balik la...berjimban jimbon kt Keyell sinun beberapa hari then membalik ke Penang sal nak uruskan beberapa hal negara...
(time aku dok tulih ni pon kat Penang tao)

=================>next part doe!

tup2..JUMAAT lepaih (27hb lalu)...bongok tol budak neh!buleh ingat lak tarikh..
hmm...shuh2!mood jahat p jaoh2..
dapat call...
time tuh kol 9am...tido lg kot..
angkat la kan..
angkat2 suare awek...mcm cun je bunyinya..
dia perkenalkan diri...namanya Cindy...macam familiar jek..sapakah?

"saya Cindy dari Utusan Karya"katanya... "ha...ok2..then?" tanyaku kekwat. "panel penilai dah membuat keputusan untuk mengambil encik bekerja bersama syarikat kami," ujarnya dengan nada konpiden. "oh yeke...," jawab aku selamba derk! (then, next conversation aku censored...)

so, kesimpulannya...aku dah dapatla kerje kat tempat aku p interview tuh! (ekceli, sbelom ni setiap kali aku p interview mmg aku dapat...cuma mayb aku ni demand sangat kot...dok reject je memanjang)
gembira bukan kepalang la kan...impian aku kot!dulu tym kecik2 sekadar baca je paper tuh (memandangkan mama aku suka beli paper tuh setiap hari)
tapi sekarang aku akn bersama editorial itu, menjadi sebahagian daripada mereka yang menulis di sana..orang ramai akn baca hasil tulisan aku...yeahha!siries gembira bukan kepalang!














ALHAMDULILLAH~


*mari raikan cinta di bulan barakah ini...TQ love~

Jumaat, Ogos 13, 2010

sedikit pesan

Sempena bulan yang penuh barakah ini, marilah kita sama-sama mengurangkan amalan yang boleh menjejaskan ibadat Rukun Islam ketiga ini...

sebelum ai nak merewang-rewang tak tentu pasal, ai mao sampaikan salam ramadan kepada semua yang sudi bertandang (tak kisahla peminat setia ai ka, kaum kerabat nenek moyang ai ka, kawan2 lama ka or even yang ai tak kenai langsung)...semoga kita sama-sama menyempurnakan ibadah ini sampai ke detik terakhir bulan Ramadan ni...

semoga kita semua sempat berjumpa lagi dalam Ramadan tahun hadapan...:)

Di kesempatan ini juga ai nak berkongsi sedikit info atao pesanan yang kawan ai kasik beberapa hari lepas sempena bulan mulia ini (ekculy perkara ni patut diamalkan sehari-harian):

Perkara yang patut dielakkan
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
(gambak: ketumbar kering..klao sapa2 xknai la)


Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imaginasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratusan yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Selain tu,....
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

...dan yang paling penting dibawah ini...

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

renung-renungkan dan selamat beramal...
Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)