Lama kan tak menulis kat sini. Faham lah yer kehidupan aku ni busy tak macam korang yang biasa bersenang lenang tu sambil goyang apa yang patut. Biasalah, menulis belog ni menuntut kegigihan dan kecekalan yang tinggi tau. Komitmen dan iltizam jua. Kalau hangpa tak dak semua tuh payah sket la nak merajinkan diri tulis belog cmni.
Ok. Straight to the point lah yer. Kalau dulu ampa selalu tengok kan aku rajin tulis entry pasal cintan cintun sampai lah a few months ago aku macam dah kurang kan?Ada yang cakap, bila sedih e baru ingat tulis belog, bila happy kelaut dah belog ni. Heiiii! Sukahati aku lah dah belog aku. Tak paksa pun kau baca kan. Shooh! Selain orang dok ngutuk n perli2 pasal aku selalu update kisah cinta ni kitorang pun sebenarnya ada problem.(jeng jeng jeng)
Problem apa? Dia nak KAHWIN dah kawan2... So, aku tak mampu buat apa lah kan kalau pilihan dia bukannya aku. Sekadar telan aja takdir kalau dah bukan dia. Sedih tu memang sedih tapi macam aku cakap tadi la, tak mampu nak buat apa. Tapi kami masih kawan.
Ada masa, aku rasa macam buat apa masih berkawan dengan orang yang tinggalkan kita untuk pilih orang lain dan hidup bahagia dengan orang itu? Bila fikir balik tu rasa macam tak baik putuskan silaturrahim, lagipun dia pernah jadi sebahagian daripada hidup aku walaupun setahun je tempoh hayat hubungan kami. Payah kan nak lupakan orang yang kita betul2 dah sayang n kita rasa ada chemistry dengan dia.
Macam orang selalu cakap lah: Nak kenal amek masa seminit, nak faham amek masa seminggu dan cinta amek masa sebulan tapi nak lupa? It takes for ages!
Masa mula2 dia bagitau aku dia sedang berkenalan dengan somebody tu, aku speechless. Cuma sedapkan hati dan pujuk perasaan gundah dengan gembira dengan keputusan dia. Ingat lagi, masa tu kami baru berbaik semula lepas dia bagitau dia dah dapat lesen kereta. Tengah2 makan kat Penang Village kat Great Eastern Mall dia pun bagitau aku pasal bende ni. Zuppp! Darah tu berderau sampai nak keluar otak woo.
Lepas tu, hubungan dia dan dia makin erat sampai satu masa dia bagitau aku depa nak kahwin. Sedih sangat aku masa tu. Tak tau nak ngadu kat sapa...
So, tinggal lagi lebih kurang dua bulan sebelum depa kahwin. Katanya 27 April ni. Saki baki masa yang ada ni kalau boleh aku nak luangkan dengan dia setiap hari, setiap jam setiap saat. Tapi apakan daya aku. Selain halangan kerja, dia pun ada komitmen dengan bakal pasangan sehidup sematinya jugak. Kena buat persiapan lagi, kena eratkan hubungan lagi. Pernah satu masa tu dia bagitau aku cmni:"U ingat dia akan kahwin dengan I kalau kami ni tak saling mengenali? U ingat kahwin ni macam main pondok2? U ingat dia tu barang mainan tiba2 je nak kahwin?"
Lepas dia cakap macam tu aku rasa hak untuk aku mencintai dia dah ilang. Tak tau dibawa sampai kemana. Tapi aku harap rasa cinta yang aku pernah rasa dulu Tuhan tak hapuskan sebab aku takut aku menjadi seorang manusia yang tak ada perasaan kasih dan sayang bila sampai satu masa nanti.
Kalau korang dengar lagu Judika (Aku Yang Tersakiti) tuh, aku pun harapkan benda yang sama macam dalam lirik lagu tu.
"Oh Tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku, aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia..."
***
Sementara masa yang masih bersisa ni aku mahu buat semua benda yang pernah aku impikan untuk buat dengan dia suatu masa dulu. Hahahaha... Ridiculous! Mana mungkin boleh travel sampai Milan semata-mata nak tuntut janji hati ni? Perasaan sayang masih ada cuma sekarang tengah kuatkan semangat untuk terima hakikat. Mujur ada kawan2 yang sudi mendengar walau aku tau aduan aku tu menjengkelkan korang. Thanks banyak2!
Waktu dah makin suntuk, rasa gementar dah tambah rancak. Kemana, dengan siapa, bagaimana aku selepas ini? Ya Allah, tabahkan hati hambaMu...:(
(kali ni entry tak bergambar sebab tak tau nak letak gambar apa yang relevan. bertabahlah kawan2 semua)
Nota kuku kaki kurap: I wish I am a singersongwriter. Boleh berkarya ketika hati remuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan