Ahad, Oktober 02, 2011

tilik kaki?

ada beberapa orang kawan aku dok tanya apesal aku tak update story tym g Bali beberapa bulan lepas...
then jawab aku macam biasa lah:"sibuk"

ni aku nak citer skit la kenangan atau boleh aku kategorikan 'insiden pelik' tym kat Bali...
camni, aku nyer flight awal pagi..around pukul 8 am camtu then dijangka sampai pukul 11 atau 12 tengah hari..
bile dah sampai sana (dalam keadaan terkontang kanting + blur2 sket), aku amek teksi ke Puri Maharani...(kelas kan nama?)
sepanjang perjalanan tu diisi ngan borak2 kosong aje..
driver teksi tu siap ofer nak bawak aku berlibur lagi malam nyer...katanya "Cewek sini gratis"
(ayoyo! pitam!!!)

done that part! bila dah sampai lokasi, dah jumpa kawan2 semua then petangnya sesi menjalan2!!!yuhuuu...
memang dinanti2 tuh!

sampaila di satu tempat beli belah femes ni..
namanya Pasar Seni Sukawati...suka sgt dengar namanya!!!

tadaaaa! ini lah tempatnya!

ok, kalau tuan2 & puan2 nak tau tempat ni memang femes sbg pusat membeli belah yang sangat murah di Bali...so memang wajib p ok!
tapi kamu semua kena pandai tawar menawar...sebab harganya boleh turun berlipat lipat lipat kali ganda! sumpah tak tipu!
tapi kalau kamu kaya apa salahnya beli barang dgn harga mahal...sedekah..

lagipun, penjual2 di sini kebanyakannya datang daripada keluarga miskin atau sederhana..
kesian tau...dorang yang mahir seni kat sini jual karya dorang dengan harga sgt rendah semata2 nak dapatkan duit utk sara keluarga..
cthnye aku beli lukisan besar yang ade gambar mcm topeng bermotifkan budaya Bali dengan harga 100,000 rupiah atau lebih kurang RM30 duit kita.
kalau lah kat KL, tak de maknanya lukisan tu boleh dpt dengan harga RM30...dahla besar, lawa, limited edition (hehe)...

tapi, yang paling menarik yang aku nak kongsi ngan kamu semua adalah pengalaman aku mencacah inai di betis..haha..
konon2 mcm tatoo la...coiii sgt perasaan itu!
seni dorang kreatif dan lawa jadi apa salahnya aku try sekali sekala...

kat sekitar perkarangan pasar seni tu ada raaaamai sgt penjaja yang sediakan khidmat mencacah inai tau..
dorang akan kejar kamu kemana saja kamu pegi..dan tawarkan dengan harga yang pelbagai..

ok, aku dapat dengan harga RM5 untuk tatoo yang besar gedabak penuh betis (ok tipu!)
tapi agak besar la...puas hati, dah la tahan lama...
tyme sorang abang dok lukis2 ni dia tanya aku dari mana...aku diam...

Abang Inai (AI): Dari mana mas?
Aku (A): Erm..sekitar sini aja! (ahah...pandai ko berbohong yer?)
AI: Dari Malaysia? (erkkk?)
A: (how come boleh tau?) Iya...
AI: Nama mas Mohd?
A: (terkejut beruk!!!) Aik! Macam mana mas tau?
AI: Ilmu datuk2 dulu.
A: Ohhh...Lagi? Apa yang mas tahu pasal saya?
AI: Mas ini orang filem? artis ya?
A: (Blushing***) Ish, mana ada...
AI: Iya, tapi kerja mas glamor kan?
A: Hehehe...adalah sikit.

So, kamu semua boleh bayangkan tak situasi tu?
takot sial!!! bayangkan dengan hanya sentuh kita dia boleh tau nama, asal usul & sebagainya pasal diri kita...phewww...seriau!
nasib baik tak expose cerita cinta aku! malu la kawan2 lain dengar time tu..haha...
mula2 masa dia sebut nama aku tu aku cm wat dono je...yela..ramai kot orang nama Mohd..tapi bila dia tau lebih drp tu then aku percaya, dia mungkin punyai ilmu tilik2 orang...

(inilah situasi di mana abang inai tu mentilik siapa diriku...huahaha)

Apapun, itu kepercayaan mereka dan masyarakat mereka...budaya, kalau dorang tak pelihara & pulihara siapa lagi kan? bak kata orang biar mati anak jangan mati adat! (apa kene mengene?)
ok2, enuf! tapi memang betul kan agama hindu kuno membolehkan seseorang penganut tu membaca minda dan menilik nasib seseorang kan? kan?kan?
now, aku percaya dah kenapa ada watak 'ketut' dalam filem Eat, Love, Pray tu...sebab perkara tu memang wujud, dan masih diamalkan lagi pada masa sekarang!

cHiao~

1 ulasan:

  1. takot sial!!! bayangkan dengan hanya sentuh kita dia boleh tau nama, asal usul & sebagainya pasal diri kita...phewww...seriau!
    bedspread double bed size
    california king bedspread size

    BalasPadam