Ahad, Mei 15, 2011

MOMOK itu hantu?

OK! Kali ni haku nak buat entry feeling2 pengkritik filem terkemuka sket yer.

Baru-baru ini haku sempat mencuri sedikit masa daripada rutin harianku yang konon sibuk gilew ni untuk menonton wayang bersama sahabat handai.

Yela, dalam pada nak release tensi, dapat jugak la haku berenjoy & bersosial bersama mereka kan.

Kalau nak tunggu masa sesuai entah bila lah tu.

Kali ni GSC Mid Valley dapat kunjungan luar biasa. Maybe sebab malam minggu kot. Katakao!hahaha..

Memandangkan hasrat hati nak tengok filem lain tak dapat lantaran kunjungan luar biasa tadi, terpaksala menurut permintaan rakan yang lain untuk melayan jiwa seram dan eksentrik bersama filem Momok Jangan Panggil Aku.


Hurm...kita layan saja.

Masuk2 panggung, memang di luar jangka sangat lah. Penontonnya boleh dikira dengan jari kot...

So, fefaham la sendiri yer.haha...

Sesudah filem yang berdurasi sejam lebih ni, haku terpaksa mengambil masa sehari dua untuk hilangkan 'trauma' penuh azab impak yang diberi filem ni.

Sedih, pilu, kecewa dan macam2 perasaan bergaul sebati. Maka, keluarlah review ini untuk pedoman diri sendiri sebenarnya kot2 satu hari nanti ada bajet lebih dari mak2 gula atau bapak2 gula untuk buat filem seram ker...heee...

Jalan cerita/plot:

- Ada kreativiti dan nampak apa yang nak dipertontonkan. Tak mengelirukan, tak berbelit-belit. Jelas, dan ada perkembangan. Setiap babak dan cerita dalam cerita ada klimaksnya, ada pemula dan ada penamat.

- Namun, it’s too simple. Memang la simple is better. Tapi itu cuma ‘sometimes’! Haku tak rasa kajian mendalam dibuat dan memang semuanya sambil lewa. Banyak caranya nak bermain dengan cerita dalam cerita. Elakkakan daripada klise...dah banyak dah filem buat teknik yang sama. Tak salah kalau berani mencuba sebabnya risiko itu kadang kala berhasil meningkatkan kualiti berkarya.

Lakonan:

- Daripada 5 bintang haku boleh kasik 0.5 bintang je. Tu pun sebab adanya pelakon2 otai yang berjaya back up balik mutu lakonan artis2 sendu yang lain tu.

- Macam tak de bengkel pra shooting je, main hentam je nak buat apa.

- Body language tak mencerminkan apa yang dituturkan dan apa yang hendak disampaikan.

- Kaku tok sah cakap la...hampir 80% pelakon kurang menghayati genre yang dibawa. Bagiku, filem seram ni dah jadi filem komedi sebabkan watak yang tak ada perwatakan. Tak caya? cubalah masuk panggung dan hayati gelak tawa orang ramai yang menontonnye...

Sinematografi

- Kenapa masih nak stereotaipkan filem seram Malaysia ni tak berkualiti? Sedangkan dah banyak contoh filem2 seram yang kebabom meletop dan hebat2?

- Banyak angle boleh main, tapi tetap nak sempitkan jiwa guna camera angle yang sama dari awal sampai ke sudah! Sampaikan pelakon macam tunggu giliran nak bercakap depan kamera je terutama babak dalam kereta.

- Pastu, kenapa tak guna fisher ke kasik zoom out sket environment kampung yang cuba nak sampaikan tu? Contohnya, walau ramai kritik filem Dua Alam, tapi haku tetap boleh puji sinematografi filem tu. Ada jugak nampak effort!

Skrip:

- Haku paling tak suka skrip yang mengulang balik apa perbuatan watak atau perkara yang berlaku sekeliling watak. Sangat membazir ok! Kalau penonton dah nampak orang jatuh basikal, tak perlu nak ulang balik cakap “tengok, dia jatuh basikal”. Penonton tak bodoh untuk tak tahu perbuatan terjatuh dan kenderaan yang dipanggil basikal.

- Pastu kan...Come onlah! Cubalah elak tulis ayat2/lawak2 tak masuk akal atau ku panggil lawak2 bodoh! Tak kelakar ok. Tak kelakar.

- Nama depa guna macam nak kembalikan nostalgia zaman 70-an, 80-an je. Sudinnyer, Ramli, Qaseh dan beberapa nama lain yang agak mudah dan tak perlu fikir2 sangat especially Pak JALANG! Hahaha...orang Terengganu kot~

Lighting:

- Ni pun dikira a part of sinematografi, tapi haku nak jugak asingkan.

- Agak teruk di situ, tahulah nak buat filem seram tapi banyak caranya nak bagi nampak seram. Walau babak tuh berlaku dalam kereta, tak semestinya ko kene on lampu kereta untuk nampakkan hang tuh tengah bercakap. Cahaya dari luar tak leh ke? Atau alternatif sumber cahaya lain yang nampak lebih naturallll.

- Pastu, kenapa kalau ada hantu kan mesti ada cahaya ala2 lampu kat bawah muka? Tu kira menakutkan ke?

Editing

- Termasuklah editing suara dan babak lah yer.

- Haku tak berapa faham nape sepanjang cerita ni kadang2 ada bunyi macam letup2 kecil banyak kali? Macam tengok wayang lama pun adooo.

- Ada jugak kadang2 macam lari konti. Maksudnya mulot tutup tapi ada suara bercakap. Apekah?

Make-up/props/kostum

- Make up? Kalau dari segi hantu, memang ketara hantu tuh pakai kontek lense ok! Kelasss hantu zaman sekarang uolsss!

- Kalau make up orangnyer, ok2 sajo cuma tak leh blah bila kantoi watak ‘abang long’ tu bermisai palsu yang dilukis ok. Lukis!!! Ko fikir nak pentaskan sketsa hari kemerdekaan kat sekolah? Hahaha...

- Kostum? Hantunye tu boleh tahan la... standard hantu lah kan kononnye pakai lusuh2, buruk2, compang camping n hazab. Tapi, bila part pelakonnye haku tak leh terima.

- Nak membuter pon pakai baju macam nak g supermarket, nak g majlis kematian pakai tudung litup tapi baju sleveless. Haaa! Mampoo ngko? Siap glip loss glitter bagai, kalah Liyana Jasmay nak buat show nyanyi lagu aku tak percaya cintaaaaa...

- Props pulak..erm, banyak ok kalau nak komen satu persatu. Tak larat den!

- Contoh paling ketara yang menimbulkan pertanyaan adalah:, wanita mengandung kan bila nak bersalin memang perut dorang boleh bergerak ke kanan ke kiri ke atau ke atas kebawah ke? Haku just nak tau je. Ketatkanlah sikit fake pregnancy kit kat perut tuh. Pastu kan, bila air ketuban dah pecah, biasanya banyak tak keluar? Boleh basah tak kain yang dipakai? Pun haku sekadar nak tahu.

- Lagi satu, kalau nak tunjuk hantu raya makan ayam pun janganlah bagi ayam goreng uols...kami penonton ni boleh bezakan isi ayam yang dah dimasak atau isi ayam mentah dan dipenuhi darah...choiii~



Setakat ini sajalah dulu, tak sanggup nak komen lebih2 ok! Penat jiwa, amat kecewa dan sedih dengan kualiti filem yang dihasilkan. Sayang lah kalau ini je yang mampu dipertontonkan untuk rakyat kita yang akhirnya bakal digelak dan dicaci.

Overall, haku tak mampu nak kasik bintang pon kat filem ni. Sorry to say, bukan nak jatuhkan mana2 pihak tapi ambillah kritikan ni secara membina untuk lebih cemerlang pada masa akan datang ok. Jangan jatuh balik terkebelakang sebab kita sudahpun membuktikan kita mampu berkarya dengan sempurna setanding pengeluar2 filem luar negara yang dah majuuuu jauh ke depan tu.

Selamat berkarya! Sesungguhnya filem kita adalah wajah kita. Kalau tak mahu orang luar pandang rendah, jangan letakkan martabat kita serendah pandangan mereka.

Fikir2kan dan selamat menonton!

Chiao!~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan