Ahad, Mei 08, 2011

mama


seingat ku,
tika sekolah tadika dulu mama selalu hantar ku awal-awal pagi lagi dan tunggu sampai aku dah boleh serasikan diri dengan kawan2 walau perkara itu dilaksanakannya tiap-tiap hari tanpa jemu, walau tiap-tiap hari terpaksa lewat ke tempat kerja, namun masih menguntum senyum di bibir.

tika darjah satu, ku memang terlampau manja!
nak kena berteman sepanjang masa. kena hantar ke sekolah awal-awal pagi, suapkan sarapan dan tunggu luar bilik darjah. kalau tak; NANGIS!

dari ku darjah satu hingga darjah tiga, mama hantarku ke sekolah.
tiap-tiap hari, tapi hanya dengan mengayuh basikal saja. pukul 6.30 pagi dah keluar rumah, takut2 lambat sampai.
pernah satu ketika, kami kena himpit budak2 sekolah menengah yang sama2 berbasikal ke sekolah, kami jatuh. ku tergolek ke tengah jalan. mama datang selamatkanku, sambil air matanya mengalir berjujuran. walau mama pun terluka, kesakitannya dipadam begitu saja.

darjah empat, ku sertai pertandingan melukis.
kami tiba lewat dari masa sepatutnya, tapi mama cuba pujuk penganjur benarkan ku sertai sekali.
malang, tempat dah penuh. mama bawaku ke ceruk bangunan dan tolong ku hasilkan sebuah lukisan yang amat mengagumkan.
kami menang, yep! hadiah utama macam biasa; HAMPER makanan.
seronok bila semua orang tepuk tangan buat pertama kalinya, sedih bilamana terpaksa bertungkus lumus angkut hadiah tu letak atas basikal untuk bawa balik rumah.

selepas UPSR, sekali lagi ku lihat air mata mama jatuh.
kali ini sebab gembira, syukur Alhamdulillah keputusanku sedikit menceriakan hati mama.
tapi, pilihanku...masih ingin bersama mama dan terus menuntut ilmu di kampung halaman.

PMR mengubah hidupku.
tika tarikh umumkan keputusan, ku pinjam motor abah. lama....sangat mama tunggu di rumah.
kemudian, ku pulang lewat petang.
kataku: "maaf, tak mampu buat yang terbaik kali ni", mama kata "tak apa, sekurang-kurangnya dah mencuba".
bila ku beri keputusan itu pada mama, dia menangis dan pelukku sambil ucap syukur berkali-kali.
gimikku menjadi!hehe...Alhamdulillah, berjaya lakar rekod pertama kali di sekolah kampungku.
tapi, kali ni mama paksa ku terima sekolah yang lebih terkedepan. maka, menginjaklah ku di KL.

SPM...
ucapan sama ku lontarkan pada mama dan balasnya pun masih sama.
tapi kali ni bukan gimik lagi dan mama menangis bukan sebab gembira dah...
Ya Allah, apa yang dah ku lakukan?

tika graduasi, ku paksa mama pakai baju warna peach! sedondon dengan ku.hihihi...
tiga tahun bertungkus lumus (walau kursusku ni MUDAH bak kata orang kanaa..),
kini, ku sudah bergelar graduan dan khidmat baktiku pada mama bakal bertitik tolak dari detik ini.

9 Januari 2011,
mama call sambil menahan suara bergetar-getar.
mama kata "Buat apa susah-susah?"
ku kata "Sekali sekala jer"
Alhamdulillah, rezeki pertamaku. ku simpan dan hadiahkan mama sesuatu yang sedikit sebanyak mengurangkan titis peluh di dahinya walau tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanannya sepanjang hayat.

9 Mei 2011,

ku call mama, dalam bait-bait kata ucap Selamat Hari Ibu, mama terdiam.
kemudian ku dengar esakan lembut sayup-sayup di hujung panggilan.
sesungguhnya, Kaulah Ratu Hatiku...
Selamat Hari Ibu buat Mama Tercinta, Raja Marizan Raja Daud...forever love you~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan