Sabtu, Jun 11, 2011

libur dalam hiburan?



hai semua.
pe kaba?

juz nak maklumkan yang haku sekarang berada di meja hiburan daily.
som tugas haku cuma cover perkara2 berkaitan dunia hiburan saja. artis, muzik, filem, n semua yang berkaitanlah.

tugas tetap ku adalah siapkan intisari rancangan setiap hari except Ahad.
phewww! penat doe...bayangkan ek, enam stesen TV nak ku siapkan setiap hari selama enam hari.
naik kematu jary jemary menaip2!
tapi cuba kalian bayangkan assistant editor hiburanku citer dia pernah buat intisari rancangan ni selama ENAM tahun! bukan enam hari ok!
kesimpulannya, haku sembah ratu kat dia.huhu...

haa..ni contoh esaimen haku okei...amacam?

lagi?
tugas ku, pegi event2 berkaitan hiburan ler...
contohnya, konsert, PC (bukan P&C okei), majlis2 keraian, fotoshoot jangan lupe n jumpa personally ngan artis2..haaa...
ampa kat lua sana jgn jeles kalau haku dapat interview artis2 letowp nt! makan hati jelah korg k.:P

cabaran & dugaan?
emmm...banyak kot.nak mingle around ngan wartawan2 diva len memang susah.
nak biasakan diri dengan penulisan bercorak santai, lembut tapi dalam masa yang sama mencuit hati pembaca bukan keje mudah. amek masa berhari2 okei untuk haku biasakan diri.
selagi xda mood susah amat nk menulis!
rasanya tu je kot cabaran buat masa sekarang. len2, insyaAllah akan ku coba atasinya.

kadang2 rasa bez gak buat hiburan ni. tapi kadang2 rasa takot.
huhu..sebabnya silap sikit je habis segalanya musnah.apekah ku merepek ni?ok2...
setakat ni dulu update semasa untuk uols...(bajet ada je yg baca)
haha..kepada pembaca setiaku (yang kat opis maupun diluar sana), stay tuned ok!

cHiao~

Selasa, Mei 31, 2011

May WraP-uP

boring kan?
Asyik2 dok kalut nak update kisah hidup dia setiap bulan!
Bajet howt!hahaha...

Well, macam ni lah hidup orang yang tak de hala tuju. Haku tengok member2 seangkatan len dah sukses. Ade dah jadi dokter, enginiar, belajar tinggi2 sampai ke obersea bagai, siap dah kawen, dah ade anak berderet2 (ok tipu!), n macam2 lagi lah.

Haku? Masih sama...hehe..
tetap xde cita2, tetap xde masa depan. LOSER!

Balik kampung
Benar lah! haku mintak off + ganti off 30 April sampai 4 Mei. Lama tak?
Dalam tempoh ni, haku balik Kelate. Buat makan2, jemput member2 Penang. Bersuka ria. Gelak tawa. Bercanda gurau.. dan sebagainya lah! Haku balik KL semula 3 Mei malam.
Dah dekat2 nak sampai tu haku eksiden ok! Eksiden kecik je...alah, terbabas sebab mata ngantok. Kemek sikit2 je, tercabut sikit2 je...haha... Mama dah takot2 call haku tanya khabar. Takper, dun worry okeh! Anakmu selamat tiba ke destinasi dituju. Gitewww!~

Rencana
YEAYYYY! Bulan ni dan masuk rencana balik dan haku akan kendalikan sisipan Horizon. Mencabar? Oh Yeah! Sudah pasti tapi itu yang haku suka.
Horizon ni berkaitan pelancongan la...Kelas tak? Planning macam2 kononnya nak pegi Melaka la, nak pegi Indon la..tup2 semua FAIL! Malu seyh! Tapi tak pe...banyak ok pengalaman baru yang haku sempat timba. Antaranya dapat pergi cover acara Citrawarna live! dulu2 tengok kat TV je...sekarang? nah! nama terpampang sebagai penulis artikel Citrawarna 2011. Tak caya? Ni haaaa...bukti!

dua keping gambo atas ni ketika raptai...view haku dapat letop la.dari pentas VIP. tapi gambo kat bawah ni hadoooo! dah la ujan, view out!


Fashion show
Bukan haku ok! bukan! jangan salah anggap.
Haku juz temankan kak yan (opis mate haku yang meletop!) pegi esaimen dia kat Petunjukan Fesyen Pereka2 Muda (MODA Fashion Show). Kelas... Baru kini haku tau betapa gementarnya nak buat catwalk depan ribuan pasang mata. Tak tambah mata2 yang tengok dari kaca TV lagi. Bayangkan kalau kita buat silap selangkah je atas pentas. Malu nye tak tertanggung! btw, thanks ya Kak Yan! muuuah!

Artikel gigih
Sepanjang karier haku artikel ni adalah yang paaaaling lama tempoh yang diambil untuk disiapkan okeh. Dekat dua minggu fokus untuk ni saja. 3 kali fotoshoot dan sekali event besar perlu dicover. mampooos!haha.. Tapi akhirnya siap jua pada hari terakhir bulan Mei. sukaaa!
Inilah hasilnya! Tada...




Teleinterview
Kalau sapa2 yang tak tau pe bende teleinterview tu, ini adalah teknik menginterview subjek kita dari jarak jauh. ala2 webcam la..Contoh, hang nak interview cewek hang yang dok studi kat Italy padahal hang dok Melesia. Kaedah ni lah yang terbaik. Haku diberi peluang untuk interview seniman2 belon dari Itali, Taiwan dan Jepun sempena acara Festival Belon kat Genting Highlands nanti...Yeayyy! Seronok wa cakap. Tak caya..try r!
dan hasilnya:...taada lagii!

Presint 2 hingga 18
Baru2 ni kan ade sambutan Hari Belia di Putrajaya. Korang nak tau haku boleh p jalan kaki dari Presint 2 ke Presint 18 semata2 nak g join rakan2 opis kat Rentap Futsal Kosmo. Giler! Mula2 haku ingat jarak tu cuma 'walking distance'. Mau nyer tak berpeluh2? Melecet2 kaky ok...lutut dah la longgar, makin longgar la jawabnyer..Tapi takpe, fikirkan positif ok! Jalan kaki buatkan kita sihat, bila badan sihat otak pun cerdas. Kalau otak cerdas, kerja pun boleh jalan baek punyer!muaaaahaha!

Birthday AJ
Pe yang specialnyer?
Sebab haku langsung tak caya ok 22 Mei adalah hari jadi Adlan Jaafar, opismate ku pasal dia ni selalu kelentong! Last2 sampai dia sendiri cakap hari tersebut adalah hari jadinya. Siap tunjuk bukti guna lesen memandu lagi. Kesiannyer dia...hehe..papepun, Happy Birthday ke 28 Lan! eh silap! 27 ... Semoga hepi selalu dan dimurahkan rezeki.
ini en adlan (kene pronounce ala2 omputeh sket, lau tak dia maraaah)
Bulan 6 menjanjikan satu perubahan besar dalam hidup haku. Apa dia? kita tungguuuu~

ChiaO~

Betina sekarang...

Kalau dulu haku selalu la jugak dengar Wanita Melayu Terakhir.
Tapi tak faham maksudnya. Sampailah umor dah matang sket, barulah konon2 faham istilah tu.

Tapi haku sebenarnya masih lagi blur2, ade lagi ke Wanita Melayu Terakhir laaani?
atau yang tinggal hanyalah BETINA Melayu Terakhir?

Bukan maksud nak mengutuk atau mengeji mana2 pihak tapi memang dah terang lagi bersuluh perempuan sekarang ni dah makin liar!
Pengaruh barat kot? Asek2 nak salahkan depa kan...

Tadi otw balik umah (ekceli dah sampai umah pon, juz nk park kete je), ade dua ekor minah ni nak moto.
Dok folow je belakang keta aku. Tup2 aku bagi signal nak masuk parking n then depa ni nak terlanggar buntut ketaku.

Terus datang tepi hentak2 cermin keta aku!

Pergghhhh! Gila babeng brutal 'aweks2' sekarang kan. Mintak ampunla kat awek2 kat luar sana tu. Kalau nak hencap haku pon tunggu dulu haku habeskan posting ni.

Sekor yang bawak motor tu ala2 rambut bob dengan potongan pendek.
N yang pemboncengnya rambut panjang mengurai. Yes! memang dorang tuh tak pakai helmet!

Sambung balik citer hentak2 cermin keta ku, aku pon berentikan keta n buka tingkap. Dan ini adegannya:


Haku: Pehal?

Betinas: Lu pe hal bro, bawak keta macam ba@#!

Haku: Ba@# kepala hotak lu! Yang ko nak sondol aku tu ape barang? Tak nampak ke aku dah bagi signal?

Betinas: (Mencarut2 dan keluarkan macam2 perkataan termasuk empunya kemaluan)

Haku: Ha! Elok lah tuh. Memang dasar betina jalang! Orang malam2 dok umah diam2 ni dok merayap cari pekebende ntah! (sambil masuk kete balik n tutup pintu kuat2 ala2 marah gitu)

Betinas: Pegi mampos la! Ko ingat ko media ko hebat? (sambil tunjuk2 sticker media nak masuk Hari Belia sabtu lepas kat keta aku)

Haku: So what?

Betinas: Lancau lah! (sambil tunjukkan isyarat fu** & berlalu pergi kibas2 rambut)



Haku terus membetulkan parkir lepas hambek nombor moto dua ekor betina tuh.
haha..

Pengajaran, orang tua2 cakap sebab nila setitik tros rosak susu sebelanga.
Sebabkan perangai dua hekor betina camtu habis Wanita Semalaya kene ngan haku kan..

Moral, jaga adab! Ni nasib baik kene ngan haku. Kalau ngan omputeh ke, omhitam ke mampos la depa tuh...tak pasal2 esok kuar lar front page: Mayat Wanita Bogel ditemui Dalam Longkang!

Haku no komen. Sama2lah kita doakan depa tuh berubah satu hari nanti. Amin.

p/s: *Indahnya budi bahasakan? (ni artikel haku hari ni kalau sapa2 perasan):P

Ahad, Mei 15, 2011

Salam Ulangtahun ADIKARMA


15 Mei 2010,

Titisan keringat dan air mata mengalir deras dalam arteri perjuangan seni untuk meneruskan legasi yang dibina terdahulu. Konflik menjadi lumrah dalam setiap ikatan samada persahabatan mahupun cinta.
Mujur mereka ada di sisi bersama menggalas beban yang ditanggun sendirian di pundak jiwa.
Alhamdulillah, setelah mengharung beberapa krisis akhirnya Adikarma tertubuh dan secara rasminya menjadi sebuah persatuan khas di USM.

Bukan hasrat menghapuskan perjuangan silam, sebaliknya hati masih utuh ingin meneruskan kesinambungan yang telah tersedia direncanakan terdahulu.

Hari ini, 15 Mei 2011,

Sudah setahun perjalanan seni Adikarma, satu jenama baru namun masih ideologi silam.

Banyak cetera dan banyak jayanya dilakar sepanjang tempoh itu. Namun, nostalgik dan autentik Adikarma masih letak pada pemulanya. Moga terus lestari titis-titis keringat ini dalam sanubari warga baru kini selama-lamanya.

Amin Ya Rabbul Alamin.

MOMOK itu hantu?

OK! Kali ni haku nak buat entry feeling2 pengkritik filem terkemuka sket yer.

Baru-baru ini haku sempat mencuri sedikit masa daripada rutin harianku yang konon sibuk gilew ni untuk menonton wayang bersama sahabat handai.

Yela, dalam pada nak release tensi, dapat jugak la haku berenjoy & bersosial bersama mereka kan.

Kalau nak tunggu masa sesuai entah bila lah tu.

Kali ni GSC Mid Valley dapat kunjungan luar biasa. Maybe sebab malam minggu kot. Katakao!hahaha..

Memandangkan hasrat hati nak tengok filem lain tak dapat lantaran kunjungan luar biasa tadi, terpaksala menurut permintaan rakan yang lain untuk melayan jiwa seram dan eksentrik bersama filem Momok Jangan Panggil Aku.


Hurm...kita layan saja.

Masuk2 panggung, memang di luar jangka sangat lah. Penontonnya boleh dikira dengan jari kot...

So, fefaham la sendiri yer.haha...

Sesudah filem yang berdurasi sejam lebih ni, haku terpaksa mengambil masa sehari dua untuk hilangkan 'trauma' penuh azab impak yang diberi filem ni.

Sedih, pilu, kecewa dan macam2 perasaan bergaul sebati. Maka, keluarlah review ini untuk pedoman diri sendiri sebenarnya kot2 satu hari nanti ada bajet lebih dari mak2 gula atau bapak2 gula untuk buat filem seram ker...heee...

Jalan cerita/plot:

- Ada kreativiti dan nampak apa yang nak dipertontonkan. Tak mengelirukan, tak berbelit-belit. Jelas, dan ada perkembangan. Setiap babak dan cerita dalam cerita ada klimaksnya, ada pemula dan ada penamat.

- Namun, it’s too simple. Memang la simple is better. Tapi itu cuma ‘sometimes’! Haku tak rasa kajian mendalam dibuat dan memang semuanya sambil lewa. Banyak caranya nak bermain dengan cerita dalam cerita. Elakkakan daripada klise...dah banyak dah filem buat teknik yang sama. Tak salah kalau berani mencuba sebabnya risiko itu kadang kala berhasil meningkatkan kualiti berkarya.

Lakonan:

- Daripada 5 bintang haku boleh kasik 0.5 bintang je. Tu pun sebab adanya pelakon2 otai yang berjaya back up balik mutu lakonan artis2 sendu yang lain tu.

- Macam tak de bengkel pra shooting je, main hentam je nak buat apa.

- Body language tak mencerminkan apa yang dituturkan dan apa yang hendak disampaikan.

- Kaku tok sah cakap la...hampir 80% pelakon kurang menghayati genre yang dibawa. Bagiku, filem seram ni dah jadi filem komedi sebabkan watak yang tak ada perwatakan. Tak caya? cubalah masuk panggung dan hayati gelak tawa orang ramai yang menontonnye...

Sinematografi

- Kenapa masih nak stereotaipkan filem seram Malaysia ni tak berkualiti? Sedangkan dah banyak contoh filem2 seram yang kebabom meletop dan hebat2?

- Banyak angle boleh main, tapi tetap nak sempitkan jiwa guna camera angle yang sama dari awal sampai ke sudah! Sampaikan pelakon macam tunggu giliran nak bercakap depan kamera je terutama babak dalam kereta.

- Pastu, kenapa tak guna fisher ke kasik zoom out sket environment kampung yang cuba nak sampaikan tu? Contohnya, walau ramai kritik filem Dua Alam, tapi haku tetap boleh puji sinematografi filem tu. Ada jugak nampak effort!

Skrip:

- Haku paling tak suka skrip yang mengulang balik apa perbuatan watak atau perkara yang berlaku sekeliling watak. Sangat membazir ok! Kalau penonton dah nampak orang jatuh basikal, tak perlu nak ulang balik cakap “tengok, dia jatuh basikal”. Penonton tak bodoh untuk tak tahu perbuatan terjatuh dan kenderaan yang dipanggil basikal.

- Pastu kan...Come onlah! Cubalah elak tulis ayat2/lawak2 tak masuk akal atau ku panggil lawak2 bodoh! Tak kelakar ok. Tak kelakar.

- Nama depa guna macam nak kembalikan nostalgia zaman 70-an, 80-an je. Sudinnyer, Ramli, Qaseh dan beberapa nama lain yang agak mudah dan tak perlu fikir2 sangat especially Pak JALANG! Hahaha...orang Terengganu kot~

Lighting:

- Ni pun dikira a part of sinematografi, tapi haku nak jugak asingkan.

- Agak teruk di situ, tahulah nak buat filem seram tapi banyak caranya nak bagi nampak seram. Walau babak tuh berlaku dalam kereta, tak semestinya ko kene on lampu kereta untuk nampakkan hang tuh tengah bercakap. Cahaya dari luar tak leh ke? Atau alternatif sumber cahaya lain yang nampak lebih naturallll.

- Pastu, kenapa kalau ada hantu kan mesti ada cahaya ala2 lampu kat bawah muka? Tu kira menakutkan ke?

Editing

- Termasuklah editing suara dan babak lah yer.

- Haku tak berapa faham nape sepanjang cerita ni kadang2 ada bunyi macam letup2 kecil banyak kali? Macam tengok wayang lama pun adooo.

- Ada jugak kadang2 macam lari konti. Maksudnya mulot tutup tapi ada suara bercakap. Apekah?

Make-up/props/kostum

- Make up? Kalau dari segi hantu, memang ketara hantu tuh pakai kontek lense ok! Kelasss hantu zaman sekarang uolsss!

- Kalau make up orangnyer, ok2 sajo cuma tak leh blah bila kantoi watak ‘abang long’ tu bermisai palsu yang dilukis ok. Lukis!!! Ko fikir nak pentaskan sketsa hari kemerdekaan kat sekolah? Hahaha...

- Kostum? Hantunye tu boleh tahan la... standard hantu lah kan kononnye pakai lusuh2, buruk2, compang camping n hazab. Tapi, bila part pelakonnye haku tak leh terima.

- Nak membuter pon pakai baju macam nak g supermarket, nak g majlis kematian pakai tudung litup tapi baju sleveless. Haaa! Mampoo ngko? Siap glip loss glitter bagai, kalah Liyana Jasmay nak buat show nyanyi lagu aku tak percaya cintaaaaa...

- Props pulak..erm, banyak ok kalau nak komen satu persatu. Tak larat den!

- Contoh paling ketara yang menimbulkan pertanyaan adalah:, wanita mengandung kan bila nak bersalin memang perut dorang boleh bergerak ke kanan ke kiri ke atau ke atas kebawah ke? Haku just nak tau je. Ketatkanlah sikit fake pregnancy kit kat perut tuh. Pastu kan, bila air ketuban dah pecah, biasanya banyak tak keluar? Boleh basah tak kain yang dipakai? Pun haku sekadar nak tahu.

- Lagi satu, kalau nak tunjuk hantu raya makan ayam pun janganlah bagi ayam goreng uols...kami penonton ni boleh bezakan isi ayam yang dah dimasak atau isi ayam mentah dan dipenuhi darah...choiii~



Setakat ini sajalah dulu, tak sanggup nak komen lebih2 ok! Penat jiwa, amat kecewa dan sedih dengan kualiti filem yang dihasilkan. Sayang lah kalau ini je yang mampu dipertontonkan untuk rakyat kita yang akhirnya bakal digelak dan dicaci.

Overall, haku tak mampu nak kasik bintang pon kat filem ni. Sorry to say, bukan nak jatuhkan mana2 pihak tapi ambillah kritikan ni secara membina untuk lebih cemerlang pada masa akan datang ok. Jangan jatuh balik terkebelakang sebab kita sudahpun membuktikan kita mampu berkarya dengan sempurna setanding pengeluar2 filem luar negara yang dah majuuuu jauh ke depan tu.

Selamat berkarya! Sesungguhnya filem kita adalah wajah kita. Kalau tak mahu orang luar pandang rendah, jangan letakkan martabat kita serendah pandangan mereka.

Fikir2kan dan selamat menonton!

Chiao!~