Ahad, Januari 30, 2011

Anugerah Seni MAKUM 2010

Mungkin tahun ni nasib menyebelahi pihak2 tertentu dalam acara2 MAKUM...
Ada pihak mengatakan semua yg telah terjadi (penjurian, penganjuran & pertandingan) berlandaskan berat sebelah dan amat menampakkan bias!

Ada juga pihak mengandaikan ini semua spekulasi politik dalam bidang kebudayaan.
(gambar; pemenang Bonang Emas 2010; Zulkifli Ibrahim (UKM) & Norhasila Jamil (UUM))

Wa percaya semua telahan yang telah dibuat semua pihak tapi tak semestinya wa terimanya bulat2.
Ada beberapa perkara yang 'agak tidak telus' melanda arena seni dalam kalangan penggiat budaya terutama mahasiswa.
Agak kasihan melihat beberapa institusi yang cemerlang dasar dan permukaannya tapi tumpas di tangan pihak yang sekadar nan hadoo (wa klasifikasikan tak ada apa2)!

Baru-baru ni wa sempat menjengah majlis Anugerah Seni MAKUM yang bertempat di Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis. (memandangkan tuan rumah MAKUM 2 tahun terkebelakang ini adalah UniMAP)

Bias?!sudah pastinya! Kalau dilihatkan ada antara pemenang2nya TIDAK LAYAK langsung untuk berentap merebut anugerah penuh prestij dalam bidang kesenian IPTA.

Tapi, bak kata klise; KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD! Kita pasrah saja. Semoga yang Maha Kuasa akan tunjukkan jalan yang lurus kepada insan2 yang sengaja mempersendakan bidang seni ini. Amin~

Ini senarai penerima anugerah seni MAKUM 2010;
1- Anugerah Bonang Emas
(mahasiswa/i paling aktif sertai aktiviti anjuran MAKUM)
(L) ; Zulkifli Ibrahim drp UKM
(P) ; Norhasila Jamil drp UUM

2- Gambang Mustika MAKUM (kumpulan IPTA terbaik) ; Bidasari UUM

3- Saron Wangsa
(IPTA yang beri komitmen tinggi)
- Seri Perdana ; UniMAP, USM, UTM
- Perdana; UPM, UMS, UiTM, UKM, UUM
- Utama; UPSI, UNIMAS, UIAM, UTEM, UTHM, USIM, UMT, UMP, UniSZA, UMK

4- Gong Kencana
(IPTA paling menonjol)
- Emas; UKM
- Perak; UiTM
- Gangsa; UM

5- Gendang Sari
(Pegawai MAKUM yang gigih dan aktif)
- Utama; Datuk Kamaruddin (UniMAP)
- Gendang Sari; Prof Madya Mohd Zainal Deramin
Ismail Ahmad (USIM)

6- Kenong Budi
(Individu/agensi yang banyak beri sumbangan)
- Perdana; KPTM
- Kenong Budi; JKKN, Jabatan Warisan Negara, TV3, Zulkifli Hassan

Jadi, memadangkan keputusan ini ada kaitannya dengan keputusan Festival MAKUM (Festkum) yang berlangsung baru-baru ini, ingin wa ungkitkan semula apa rasionalnya beberapa universiti yang mengungguli beberapa tempat teratas senarai seluruh IPTA di Malaysia dan adakah isu ini ada kaitannya dengan tugas sebagai 'penjurian' yang diamanahkan kepada beberapa IPTA tersebut?
Sedangkan ada beberapa universiti lain yang SANGAT CEMERLANG prestasinya kecundang dek tangan 'adik2' yang baru setahun jagung dalam bidang seni ini.
Saya akui 'SENI ITU SUBJEKTIF' tapi pasti setiap situasi ada penjelasannya.
Jika ada yang sudi menjawab, saya pula sudi mendengarnya.

Sekian, yang ikhlas menulis...
RADEN WIRATA 2011










(gambar atas; pemenang Bonang Emas 2008; Fairuz Selamat (UM) & Nordinna Kamaruzzaman (UUM))
(gambar bawah; pemenang Bonang Emas 2007; Nordiana Osman (UPM) dan M. Rajan (UKM))











JUMPA di UNIMAS tahun depan~

Sabtu, Januari 22, 2011

Tun M d Musical 2

hai uols...(mood gedix)
lama tak menampakkan diri kan...
maklumlah, agak kesibukan sikit sekarang ni ha...dengan artikel yang berlambak-lambak nak kene siapkan, outstation ke sana ke sini, janji temu itu janji temu ini...tak termasuk deting lagik!
so,inilah alasan iols untuk tidak menyentuh keypad mengupdate berlog iols.

(gambar di atas: pementasan Tun M d Musical 1 di Istana Budaya)

semalam iols sempat memergikan diri ke Istana Budaya, menyaksikan pratonton Teater Muzikal Tun Mahathir 2 uols. Well, tiket pree...Apepun, thanks to Zack & Eman coz sudi jemput iols memeriahkan majelis...hehehe..

Di kesempatan itew, iols sempat jugak la menjemput bos rencana iols untuk memergi bersama iols n rakan senior iols bernama Izyan Liyana Darif.
Dan di kesempatan ini pulak iols nak berkongsi la sdikit sebanyak yang mampoo iols kongsikan dengan uols semua pasal pementasan kedua depa ni ha..

Produksi ni dibawah naungan CTAR Production uols...Penerbit depa bekas wartawan surat kabar Utusan, Siti ROhayah Attan atau nama vognyer Kak ROy!
Pasal apa depa nak buat pementasan kali kedua ni uols?
haaaa..nak tau kenela baca artikel iols pasal di sebalik tabir Tun M minggu depan...tiga page lagi tuh!penat iols nak mengarang okehhh!

Casting kali ni depa dah tukar..
tapi ade gak la pelakon yang masih dikekalkan uols...
antaranya: Esma Daniel (yang masih pegang watak TUn M), adik Shafeiq Shazwan (masih pegang watak Che Det kecik) n termasuklah anak Tun M yang sebenar2nye Mazhar Mahathir.

yang bertukarnye watak Tun M time remaja yang dilakonkan oleh Ezany Nizariff, Tun Hasmah muda (Misha Omar) n TUn Hasmah sekarang (Elly Mazlein). Selain tu ade la penambahan pelakon femes len seperti Kak Yan (Azean Irdawaty) dan Datuk AC Mizal.

Dari segi kualiti lakonan..erm, iols rasa masih ada yang perlu digilap lagi la uols..Tapi ape pun iols paling menggemari lakonan Sarimah Ibrahim yang menjadi penglipur lara dalam tuh...tugas dia nak sambung2kan scene2 yang terpecah2 (bak kate pengarahnya, Kak Ros kepada iols beberapa hari lalu)...
Iols kasik lakonan n style dia bawa karakter 5 STAR okehhhhhh!

Dari segi kualiti lagu; op cosss la iols salute hasil kerja Pak Ngah! memang tak de lagu dia yang tak best! tangkap leleh...ehehe...sehubungan itu, haruslah kita semua dapatkan segera soundtrack teater ini kan...

Tarian depa diolah semua uols...tak guna step2 yang dolu2..penari2 depa pon ada yang dah bertukar...En Anthony done it very well!

Wardrobe? cube uols semua teka berapa banyak pakaian yang depa gunakan utk pementasan serupe ni?
jawabannyer: 300 pasang OK! 300!!! mampu?

Apepon, iols salute kepada produksi ni yang mampu hasilkan semula karya ni dalam masa yang singkat. Yang penting, iols maintain merembes air mata stiap kali scene last! Dua2 kali tingok, dua2 kali tu lah nangis ok...(ni maknanya iols menghayati uols, jgn nk pk bukan2)

oklah uols, iols pon dah letih nk menaip panjang lebar. Pe kata uols sendiri mai saksikan pementasan bersejarah ni ha... rugi kalau tak tengok! harga tiket pon amat berpatutan. Tak salah pon sokong industri teater tempatan dengan bayaran lebih sket. Jangan nak harap bende PREE jeh macam iols ni ha...huhu!sentap!!!

Pementasan ni bermula dari semalam 21Jan hingga 31 Jan jer uols..10 Hari sajeh!
SO, jangan lepaskan peluang menonton Tun Mahathir The Musical 2 ini di Panggung Sari, Istana Budaya!~



nota kuku kakiku: nak tengok lagi! tak puas~

Rabu, Januari 05, 2011

hadiah untuk mama

yerp!
posting ini memang direct to the point nyer. Wa penat nak merewang-rewang tak tentu pasal.
Memandangkan wa sekarang ni diasuh untuk bersikap 'direct to the point'!

Lama dah rasanya tak update belog wa ni...
Agak-agaknya ada lagi tak pengunjung yang sudi bertamu di kalbu ni?(aish!aish! mulah dah) Gini, wa nak kongsi citer wa serperaiskan mama wa sebulan lepas.

Malam 3 Disember wa kol mama wa kat kampung, tanya ape citer.
Konon mintak update lar...Time tuh kalau tak salah wa musim bah kat kampung.
Sambil ditemani rakan seopis wa bernama Adlan Jaafar (kalau sapa selalu beli kosmo mesti perasan) ketika mencuci kereta di kedai uncle Muthu depan umah, wa sempat mengekol mama wa.
Perbualan terhenti tatkala Uncle M kepoh2 soh wa alihkan kete nak vakum!oh! tensen wa!ok2...fine..
tata mama, nite!

Esoknya (4Disember) jam 1.30 pm wa kol lagi mama wa.
Kali ni hardcore nyer kol! sampai 13 kali wa kol then yang ke 14 tuh baru mama angkat.

Wa: dok watpe? upsal lambat angkat?
Mama: Pegi umah Mak Su, dorang sembelih ayam. So, tolong dorang masak.

Wa: oh! Kat umah dah masak ke belom?
Mama: Tak! Kami semua dah makan kat umah Mak su. (Wa sebak time nih)

Wa: okla, saje tanya... tengah drive ni, nanti kol balik.

Mama: Ok~


Then! tadaaaa!!!
Wa dah sampai depan umah uols...
pitt!pitt! (konon nak tunjuk kete baru la)

Bole imagine tak pe riaksi mama wa? Siyes dah nak nanges time tuh okeeey!

Now, terjawabla kenapa wa sebak time kol itu..pasal wa lapar. Balik umah kot2 la ada makan2..haha..
tapi takpe, semua dah terubat!
Rindu tak bertemu sejak wa mula kerija KL tak dilepaskan...YUHUUUU!

Petang tu wa ajak mama kuar..
1) Pasal wa lapar, nak makan luar...(cewah)

2) Pasal wa nak pegi shupping ngan mama..(well, gaji 1st wa ok! harus mintak restu mama)

Setibanya di satu shuping komplek kami ditahan dua orang budak sibok2 soh buka envelope.
Then, wa soh la mama bukakan.
TUP@!!! voucher RM1000.

Dipendekkan citer, hasil voucher itu wa berjaya hadiahkan mama wa 5barang untuk kegunaan mama nanti.
Barang2 itu adalah: Induction Stove (dalam BM nyer disebut dapur elektrik), Air Purifier, Vacuum Cleaner, Penapis Ayaq n Microwave Oven..

hehe..
itu sajor..non-mampoo wa nak beli barang2 besar lg..sabar ye mama~

So, hasilnya berangkutanlah semua barang2 itu memenuhi ruang kete wa yang tak seberapa luas itu..haha..


Selang sebulan berlalu, semalam wa kol mama tanya dah guna ke barang2 itu.
Jawabnya: ade simpan elok2 dalam almari bilik abe.

Aduhhh, motif?


*Vocab baru utk semua: abe tuh panggilan 'abang' dlm dialek Kelantan.

Rabu, Disember 08, 2010

BORIA upacara kaum SYIAH?

(pasukan Dr Muda, SK Bintong Kangar-gambar sekadar hiasan)


Jika kita terdengar perkataan Boria,semestinya kita akan terbayang kilauan pakaiannya yang terang benderang, menghelip-ghelip, perlakuan dan tarian yang mencuit hati dan juga aksi-aksi lucu sketsanya.Walaupun ia adalah saluran untuk menyampaikan pesanan kepada penontonnya, ia masih lagi dianggap sebagai hiburan ringan bagi sesetengah pihak.


Tapi tahukah anda dari mana asalnya persembahan teater ini?



Asalnya adalah upacara untuk memperingati tragedi kematian Saidina Husssein dan Hassan, putera kepada Saidina Ali (cucu kepada Rasullullah SAW) yang dibunuh tentera-tentera Muawiyah bin Abu Suffian dari kaum Syi’ah di Padang Karbala.


Ia dilakukan setiap tahun pada 10 Muharram diperkuburannya.


Dalam upacara tersebut diadakan pelbagai persembahan termasuk lakonan, syair dan nyanyian beramai-ramai berkumpulan dari seluruh pelosok daerah. Bendera putih yang disimbahkan warna merah pula menjadi simbolik kepada peristiwa yang dikenali sebagai Ta’ziya.



Selain itu ia juga menjadi satu upacara meratap, menjerit-jerit dan memukul diri hingga berdarah bagi memperingati dan menebus dosa kaum Syi’ah ini.



Upacara ini lama-kelamaan berubah sedikit demi sedikit hingga ia dipermudahkan dan syair-syairnya tidak lagi berkisar tentang peristiwa kematian tersebut malah ia diselang-selikan dengan cerita rakyat dari timur dan peristiwa-peristiwa dalam kitab Injil dan Taurat.

Lakonannya pula dilakonkan sejajar dengan tajuk syair yang dinyanyikan.

Lama kelamaan ia menjadi sebuah persembahan yang berubah, dari fahaman Syi’ah kepada kisah rakyat, serta medium untuk menyampaikan fahaman politik sehingga semakin banyak kumpulan-kumpulan yang wujud dan bersaing untuk mencari rezeki.


Oleh sebab itulah teater ini dikatakan berkembang selari dengan kefahaman Syi’ah. Dimana sahaja terdapat kaum Syi’ah pasti saja teater ini wujud. Maka berkembanglah teater ini ke Parsi, India dan kemudiannya dibawa ke Pulau Pinang dan sudah menjadi sinonim dengan Pulau Mutiara ini. Ingat Boria,ingat Pulau Pinang.ARIBBA……RANCAK!!

(pasukan boria USM yang memenangi Festival Boria MAKUM 2008-gambar sekadar hiasan)





(ihsan dari Pusat Pengajian Seni, USM dan KPKK)

Selasa, November 23, 2010

vaavi

wah!entry kali ni bunyi cam meletop2 je kan?

bukan saje2 je tau! wa ni bukan jenis nak cari fofularitis murahan macam sesetengah warga manusia ni buat.
wa tau standard wa kat mana kalau nak compare ngan sapa2 yang rasa cam BAGOS tu.

tapi kalau kita tengok banyak2 kali, perkataan BAGOS tuh bole jadi BANGANG kan?
(wa..ideologi baru ker ni)
ish3! tak lah...

berbalik kepada entry wa yg meletop giler vaavi nih.
wa sebenarnya nak perkenalkan kat ampa semua ni sebuah band yang ditubuhkan pada sekitar tahun 70-an di Finland yang diberi nama 'Vaavi'.
wa suka la penggunaan perkataan tu.


kalau nak translate mungkin banyak pula tafsirannya.
tapi, wa nak translate kan ikot kepala hotak mak bapak datuk nenek tok cik tok ngah wa yang wa nak resemble kan perkataan 'Vaavi' dengan satu manusia ni yang wa kategorikan 'Baabi'.
(gune kaler merah menyala lagi kan...pasalnye wa nak kasik ampa suma bukak mata buals2 sket)

ahha!ada bran ke ampa smua?

oh ye! di kesempatan ini wa nak wish jugak la TQ berry mush to those yang dah tak anggap wa kawan tapi masih lagi bergedix nak singgah mai jenguk n then kuarkan statement yang bersifat 'libelous' kat wa.
wahahaha...freedom of speech sgt kan?

okla, memandangkan wa nyer promosi pasal album kumpulan 'Vaavi' pon dah sudah, wa nak mintak diri dulu lah k..
sapa2 yang rasa terpengaruh ngan penulisan wa yang 'HEBAT GIIILER' ni silalah dengarkan lagu2 yang didendangkan kumpulan 'punk' berkenaan yer.

tata-titi-tutu


*hati kalau dah busuk nak mampos memang tak leh wat pe dahhh~