Rabu, Disember 08, 2010

BORIA upacara kaum SYIAH?

(pasukan Dr Muda, SK Bintong Kangar-gambar sekadar hiasan)


Jika kita terdengar perkataan Boria,semestinya kita akan terbayang kilauan pakaiannya yang terang benderang, menghelip-ghelip, perlakuan dan tarian yang mencuit hati dan juga aksi-aksi lucu sketsanya.Walaupun ia adalah saluran untuk menyampaikan pesanan kepada penontonnya, ia masih lagi dianggap sebagai hiburan ringan bagi sesetengah pihak.


Tapi tahukah anda dari mana asalnya persembahan teater ini?



Asalnya adalah upacara untuk memperingati tragedi kematian Saidina Husssein dan Hassan, putera kepada Saidina Ali (cucu kepada Rasullullah SAW) yang dibunuh tentera-tentera Muawiyah bin Abu Suffian dari kaum Syi’ah di Padang Karbala.


Ia dilakukan setiap tahun pada 10 Muharram diperkuburannya.


Dalam upacara tersebut diadakan pelbagai persembahan termasuk lakonan, syair dan nyanyian beramai-ramai berkumpulan dari seluruh pelosok daerah. Bendera putih yang disimbahkan warna merah pula menjadi simbolik kepada peristiwa yang dikenali sebagai Ta’ziya.



Selain itu ia juga menjadi satu upacara meratap, menjerit-jerit dan memukul diri hingga berdarah bagi memperingati dan menebus dosa kaum Syi’ah ini.



Upacara ini lama-kelamaan berubah sedikit demi sedikit hingga ia dipermudahkan dan syair-syairnya tidak lagi berkisar tentang peristiwa kematian tersebut malah ia diselang-selikan dengan cerita rakyat dari timur dan peristiwa-peristiwa dalam kitab Injil dan Taurat.

Lakonannya pula dilakonkan sejajar dengan tajuk syair yang dinyanyikan.

Lama kelamaan ia menjadi sebuah persembahan yang berubah, dari fahaman Syi’ah kepada kisah rakyat, serta medium untuk menyampaikan fahaman politik sehingga semakin banyak kumpulan-kumpulan yang wujud dan bersaing untuk mencari rezeki.


Oleh sebab itulah teater ini dikatakan berkembang selari dengan kefahaman Syi’ah. Dimana sahaja terdapat kaum Syi’ah pasti saja teater ini wujud. Maka berkembanglah teater ini ke Parsi, India dan kemudiannya dibawa ke Pulau Pinang dan sudah menjadi sinonim dengan Pulau Mutiara ini. Ingat Boria,ingat Pulau Pinang.ARIBBA……RANCAK!!

(pasukan boria USM yang memenangi Festival Boria MAKUM 2008-gambar sekadar hiasan)





(ihsan dari Pusat Pengajian Seni, USM dan KPKK)

Selasa, November 23, 2010

vaavi

wah!entry kali ni bunyi cam meletop2 je kan?

bukan saje2 je tau! wa ni bukan jenis nak cari fofularitis murahan macam sesetengah warga manusia ni buat.
wa tau standard wa kat mana kalau nak compare ngan sapa2 yang rasa cam BAGOS tu.

tapi kalau kita tengok banyak2 kali, perkataan BAGOS tuh bole jadi BANGANG kan?
(wa..ideologi baru ker ni)
ish3! tak lah...

berbalik kepada entry wa yg meletop giler vaavi nih.
wa sebenarnya nak perkenalkan kat ampa semua ni sebuah band yang ditubuhkan pada sekitar tahun 70-an di Finland yang diberi nama 'Vaavi'.
wa suka la penggunaan perkataan tu.


kalau nak translate mungkin banyak pula tafsirannya.
tapi, wa nak translate kan ikot kepala hotak mak bapak datuk nenek tok cik tok ngah wa yang wa nak resemble kan perkataan 'Vaavi' dengan satu manusia ni yang wa kategorikan 'Baabi'.
(gune kaler merah menyala lagi kan...pasalnye wa nak kasik ampa suma bukak mata buals2 sket)

ahha!ada bran ke ampa smua?

oh ye! di kesempatan ini wa nak wish jugak la TQ berry mush to those yang dah tak anggap wa kawan tapi masih lagi bergedix nak singgah mai jenguk n then kuarkan statement yang bersifat 'libelous' kat wa.
wahahaha...freedom of speech sgt kan?

okla, memandangkan wa nyer promosi pasal album kumpulan 'Vaavi' pon dah sudah, wa nak mintak diri dulu lah k..
sapa2 yang rasa terpengaruh ngan penulisan wa yang 'HEBAT GIIILER' ni silalah dengarkan lagu2 yang didendangkan kumpulan 'punk' berkenaan yer.

tata-titi-tutu


*hati kalau dah busuk nak mampos memang tak leh wat pe dahhh~

Isnin, November 22, 2010

men power for AJL 25

Sempena sambutan jubli perak Anugerah Juara Lagu 2010 tahun depan, 10 daripada 14 buah lagu yang layak ke pentas akhir didominasi oleh barisan artis lelaki.

Untuk membuat pertimbangan awal mengenai siapa juara dan siapa kecundang adalah satu tindakan yang pesimis dan berat sebelah! Maka, adalah baik jika kita tidak menyandarkan mana-mana artis untuk merangkul gelaran 'Lagu Terbaik' atau 'Juara Lagu' sepertimana bekas juara AJL tahun lalu; Aizat menerusi lagu 'Pergi' ciptaan Pete Teo. Bimbang pula lain yang diharap lain pula yang dapat!

Namun, khabar angin yang bertiup baru-baru ini menyatakan siapa juara sudah sedia direncanakan sejak bermulanya peringkat pencalonan sesebuah lagu itu malah, setiap pergerakan rancangan ini sekadar untuk menarik penonton dan penyokong fanatik untuk memberikan satu 'drama' bagi menimbulkan elemen sensasi.
Benar atau salah, hanya penganjur sahaja yang tahu.


Jika diimbau kembali perjalanan Muzik-Muzik sejak zaman 80-an, pemenang pertamanya (pada 1986) disandang oleh individual wanita iaitu Francesca Peter menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran.

Antara artis wanita yang pernah mendapat jolokan 'Juara Lagu' adalah:
Zaiton Sameon (Menaruh Harapan, 1987)
Ramlah Ram (Kau Kunci Cintaku dalam Hatimu, 1988)

Aishah (Janji Manismu, 1990 dan Cinta Beralih Arah, 1995)

Fauziah Latif (Teratai Layu Di Tasik Madu, 1993)
Siti Nurhaliza (Jerat Percintaan, 1996, Cindai, 1998, Balqis, 2000)

Misha Omar (Bunga Bunga Cinta, 2003)

Jaclyn Victor (Gemilang, 2005)
Adibah Noor (Terlalu Istimewa, 2006)



Persoalan yang ditimbulkan sekarang, mampukah gelaran lagu terbaik AJL kali ni dirangkul oleh insan bergelar wanita kalau dilihat pada finalis-finalis yang diumumkan tadi? Hanya empat lagu yang dinyanyikan wanita berjaya menempah tiket ke final pada 9 Januari tahun depan dan mereka adalah:

1) Adira (Ku Ada Kamu)
2) Cinta Sempurna (Yuna)

3) Jahat (Stacy)

4) Tolong Ingatkan Aku (Ana Rafali)


Manakala, bakinya dikuasai lelaki dengan lagu-lagu berikut:
1) Hanyut (Faizal Tahir)
2) Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir)

3) Noktah Cinta (Hafiz)

4) Drama King (Meet Uncle Hussain feat Black)

5) Pelita (A.P.I)

6) Berlari (Tomok)
7) Sofea Jane (Black)

8) Mencari Konklusi (Hujan)

9) Selamat Malam (Faizal Tahir)

10) Ekstravaganza (Bunkface)


Daripada jumlah ini, ada pula suara-suara yang berbicara terdapat lagu yang sepatutnya menempah tiket ke final ditolak ketepi kendatipun lagu-lagu itu berkualiti. Maka, timbul pulalah isu kredibiliti juri yang dipilih untuk separuh akhir kali ini berkenaan kenapa 'dia' dilantik dan 'dia' pula tidak dilantik. Menjawab isu ini, mungkin ada rasionalnya pemilihan yang dibuat pihak penganjur. Lumrah pertandingan, ada menang ada kalah dan isu rumah siap pahat berbunyi adalah perkara biasa.

Namun, tahniah diucapkan kepada lagu-lagu yang tersenarai untuk ke peringkat akhir AJL 2010. Lakukan yang terbaik demi memartabatkan industri muzik tanah air.

Kepada yang tidak terpilih, bukanlah bermakna anda tidak layak. Sememangnya anda semua mengagumkan! Secara peribadi, saya memuji kesungguhan Alyah menerusi lagu 'Realiti Dewi' dan persembahan itu amat membekas di hati peminat anda.
Begitu juga lagu dendangan Adibah Noor; Sejujur Hatimu yang dikira antara lagu berkualiti yang pernah dihasilkan. Selain bait-bait lirik yang bermakna, ritma lagu yang meruntun hati adalah gelombang besar yang telah anda hadiahkan kepada peminat.

Tidak lupa juga kepada penyandang trofi 'JuaraLagu' tahun lalu; Aizat, tidak terpilih mungkin ada hikmah tersendiri.

Beberapa lagu lain yang turut menerima nasib serupa dengan lagu yang disenaraikan di atas seperti Nadiku (Sabhi Saddi), Cinta (Mohd), Inilah Cinta (Akim), Oh Juwita (Nubhan), Cinta Kosmik (Fabulous Cat), Bersamamu (Joe Flizzow) dan dua lagu nyanyian kumpulan nasyid Mirwana, jangan mengalah dan usaha lagi!



*kali ni ulasan saya benar-benar skema! jangan marah semua...mood nak menulis mai lagu ni, nak wat camner. =P

Rabu, November 17, 2010

ulasan separuh akhir II muzik-muzik

kegigihan wa dah mai lagi utk mereview persembahan penyanyi2 tempatan kita ni sempena separuh akhir dua (II) senin lepas.

ok..wa nak komen tanpa tak ikot susunan ok...

1) MIrwana & Noh Hujan (Tika Masanya) ***
-opening yg wa rasa agak rancak dan panasss!dan tika masa ini jugak la ampa punyer 'harmoni' out! pakaian korg erm...

2) Black (Sofea Jane) ****
-cool r blek!wa caya sama lu...memang feel habeh!!!suka...
-ade member aku tanya (time kami nonton), 'sejak bile sofea jane kuar lagu baru weh?'
then aku jawab 'ye2, ko tengok jelah...tajuk lagu dia hitam'
showmanship, well not bad. kalau wa leh feeling abis tu means that ang nyer pembawaan tuh sampai la..
-sora ang sebijik miming!giler hebat...

3) Hujan (Kau Harus Ada) **
-wa xleh nak kasik star mlebih2 la uols. wa tak rasa uols nye performance ni all out!
-mayb sbb irama lagu ni yg agak mendayu2 kot (motip?)
-ok then, wa tak la reti sgt bab2 muzik ni...tapi wa sbg pndengar n penonton 'LIVE' wa tak rasa syok!

4) Mirwana & Fiq (Manifestasi Cinta) **
- dari kumpulan nasyid ke genre pop!
what can i say huh? uols tak ready lagi kot.mayb dalam studio semua cacat cela uols dapat disapu tapi bila dah live suara masing2 macam nak compete sesama sndiri. awat lagu ni?

5) Meet Uncle Hussain & Black (Drama King) ***
- suara black tok sah cakap la kan...giler punyer best wooo!
memang tak sempot, tak pecah, tak lari pitch n semua ok la..
tapi mayb lagu ni yang kurang 'umph!' dah kot..

6) Adam & Stacy (Menggegar DUnia)***
- Adam, ang punye sora berterabur sana sini la wei...
tak nak! tak nak!huhu...
- Stacy, ang terbaik ok..stamina memang kuasa kuda punyer!haha...
-showmanship: tak faham lak certain part. susah wa nak tafsir.

7) ANa Raffali (Tolong Ingatkan AKu)****
-wa suka dengar lagu ni..CATCHY!
-tapi kekurangan ang cuma showmanship je...
dah nampak yang ang feel all out, tapi part make up tuh wa memang nak complain sgt2...
ang touch up sendiri ke ana? kening senget sebelah la...kesian wa tgok ang!
tapi ang dah buat yg terbaik kan..so, all the best!

8) Stacy (Jahat) ****
- Lagu ang memang ada kelainan. so, kekuatan pd lagu tuh dah ada...
-Showmanship: toksah cakap! memang THE BEST la ang...
wa tak leh nak bayang mane ang dapat kuasa kuda nak menari sambil nyanyi (dgn perfect) dua buah lagu lak tuh...giiiiiler ah!
-Vokal: two thumbs up! dengar live lagi best la...

9) Aizat (Susun Silang Kata)***
- Wa dah jemu la dengar lagu ni...radio selalu main sangat (apekah tibe2 kan?)
- Tapi ang nyer sora memang superb la...
cuma ade pecah sket tym ang nak tarik awal2 tu...ok je!

10) Faizal Tahir (Adrenalin)***
- Showmanship ang memang la best. Tapi wa tengok ang macam OVER sangat la...tak suka okeh!
- Sora, ok je...macam biasa. ang ade aura. tapi last2 tu mic ang rosak kan?
pasal ang tuh yg over sangat...so tak pasai2 spoilkan show ang!

11) Adira (Ku Ada Kamu) ***
- wa suka lagu ang! tapi wa dengar crita lagu ang lagu CIPLAK? ops!!!
- showmanship: penari2 balet ang tu kot yg bg more FEEL..suka step part korus lagu ni!
- vokal: hmmm...ok sajo.

12) Fabulous Cat (Cinta KOsmik) **
-wa tak nak kasi ampa banyak bintang! nanti riak...
- tak best sangat la...macam adeyang tak kena je ngan korang.
wa selalu nampak cat farish selalu buat muka time belakang kamera (means tym penonton kt umah tak nampak kt TV la)
- sora pon ade out sket2...huhu..

so, itu jela stakat ni...minggu ni penyanyi berkumpulan mendominasi pentas.
rasa berat je wa tengok nye...
tapi wa paling suka la show rahmat mega! memori sangat! cuma awal2 tuh ang lupa lirik sket..takpa2...dimaapkan!~ (famili ang dok blakang wa sepanjang show mlm tu, tak tau plak kan...)

next week camne lak? erm, kita sama2 nengok k...
rasa nya dah bole predict sapa yang terpilih kowt! aksi spider minggu depan!nantikan...




*stacy sangat cumells ok...adira, ang kuat melatah!siapla...hahaha~

Rabu, November 10, 2010

Winnie the POoh masuk panggung

*sumber Associated Press US

Pooh baru beridentiti lama

Sequel terbaru, Winnie the Pooh yang dalam proses pembikinan oleh Walt Disney Animation Studios akan menemui peminat ciliknya pada bulan Julai tahun depan.

Filem lakaran tangan ini akan mirip kepada filem klasik sekitar tahun 60 dan 70an.

Menurut pengarahnya, Peter Del Vecho, mereka mahu terbitkan filem itu ke layer perak kerana mahu menghidupkan semula imaginasi kanak-kanak yang merealisasikan patung yang tak bernyawa kepada kehidupan nyata.

Filem ini akan menggunakan suara Jim Cummnings sebagai Pooh dan Tigger serta John Cleese sebagai pencerita. (gambak: John Cleese)

Turut menggunakan teknologi 3D, Winnie the Pooh kali ini turut memuatkan 5 runut bunyi baru khas untuk filem animasi ini.









* filem animasi sekarang semakin digilai penonton. Adakah kualiti pelakon sekarang dah semakin merosot?