Ahad, Disember 18, 2011

Swing Mood & KFC

bismillah...
rasa macam lama jugak tinggal belog ini sendirian kan? kesian dia...
entry kali ni nak mula dengan emosi tak stabil dulu boleh?

ok begini ceritanya...
kisah ni berlaku 3 malam lepas...masa tu baru balik dari kerja rasanya. dah lewat malam...
memandangkan malam itu sudah lewat maka aku amek keputusan nak singgah beli MekD aja...tapi fikir2 balik kebulurnya lain macam sket. Jadi, KFC aja..lagipun MekD n KFC tu sebelah menyebelah je..tinggal nak buka pintu, masuk, oder, bayar n blah! *pandang kuitex kuku jap

kembali ke cerita asal, maka aku masukla KFC itu. oder something personal dish whatsoever! aku lupa dah nama hidangan itu...yang penting ada tart telur sebijik!
then aku tambah lagi segelas yogurt blueberry (well, my fav ya)
bayar, then blah...


tengah enak dok layan lagu sampai depan umah, tengok2 balik aku mula nak mencarut!
What The Fuss!!!! Mana Aku Punya Yogurt????Damn!!!

gila babs weh, lupa nak amek! mustahil nak abaikan begitu aja..dah la mahal! RM4.90 tu...kalau beli yogurt kat tesco dah bole beli Nestle bekas besar tu...rugi!rugi! maka dengan mood tak begitu keruan sebab tensi dengan kerjaya penuh glamer lagi, aku patah balik semata2 nak amek yogurt kesayangan aku.hahaha...vrommmm! (ini bunyi kereta aku...sebab press minyak lebih sket, biasala nak berlagak jadi samseng jalanan)

sampai KFC, g balik kaunter yang dijaga maknusia bernama FAQARUDDIN (kalau tak salah la).
katanya:
F: Ya? Nak apa?
A: Erm,..I rasa ada tertinggal something tadi.
F: (gelak2) Ha... yogurt kan? (gelak sinis! hanjeng ko ek!)

A: Ha'ah... (malas nak gado..minggu lepas dah gado ngan budak MekD)
F: (kuis bahu kawan dia) Amekkan yogurt abang ni.

Kawan dia pun amekkan yogurt yang dorang letak kat atas kotak depan pintu sebelah mesin yogurt tu...hinanya taraf makanan engkorang layan ek?
A: Ok. thanks...
F: Lain kali check dulu ya.

A: Eh! Kerja sapa nak kena check2 dulu? Sepatutnya sebelum U cakap 'Thank You Sila Datang Lagi' tadi U la yang kena make sure all my food was inside there.
Tak leh nak panggil ke tadi?
F: Ha...apa2 jelah! (rasa nak lempang sedas dua)

then, aku melangkah pergi dengan penuh gaya...
bodo satu hal, lembap dua hal, kurang ajar tiga hal!!!
dah tau ada benda tak cukup lagi kenapa tak panggil aku sebelom aku nak chao awal2 tadi?
suka2 hati ko je nak sound aku kan??? brengset lu!
pastu ko ngan geng2 kerja ko nak senyum2, gelak2 sinis apahal?

kalau ko dah rasa cukup puas kerja KFC then silakan.
kalau ko tu baru habis SPM, gedix2 nak kerja part time, maka sila berlagak selayaknya diri awak itu..bak kata member aku a.k.a Chiyo Chan Berangan (dia request nk soh sebut nama dia dalam ni yer), Be As Who You Are tagline nyer...till then, tata!
korang agak aku melahap tak yogurt itu?hahahahaa.....

(ini Chiyo *yang bertudung litup itu*)
cHiao~

Rabu, Disember 07, 2011

Aku Glam?

Yo!Yo!YO!
wassap! wassap!!!

meh aku nak citer sikit kisah yang berlaku beberapa hari terkebelakang nih...
1st: kisah aku bersama staff McD.
2nd: kisah aku bersama budak2 UiTM.hahaha..

kisah pertama terjadi masa hari Jumaat lepas..
time tu aku lapa gila babi! baru balik konsert Far East Movement. memang tak yah nak feeling2 dapat makanan percuma la kan kalau dah nama pun konsert. so, abis konsert=lapar!
singgah mekdi depan umah...masa tu dah pukul 2.30 pagi...wahhh! hebat mekdi ni tak tutup2 lagi..

Staff (S): Selamat datang, nak makan sini atau bungkus?
AKu (A): Take away! (kerek syial! maklumla baru balik konser rock!)
S: Makan apa?
A: A la carte Double Cheese burger.
S: Okei, jumlah semua RM6.10.
A: (bayar, senyum dan tunggu ditepi)
Staff lain mai n cakap: Ini encik punya. (then aku amek terus berlalu pergi)
sampai kete aku rasa ringan semacam! cek2 balik rupenyer bagi aku naget! deym!!!
pe lagi, patah balik masuk then cakap camni:
A: I order DCB kan?
S: emmm..jap...yer. kenapa ek?
A: U bagi nugget.
S: Oh! tunggu kejap ye...
dia pun pass Double Cheese beger aku dalam plastik.
A: Ada sos?
dia amek sos then baling dalam plastik
A: tisu pun I nak kena mintak? (kerek lagi)
dia amek tisu then sumbat dalam plastik aku..hahah...

so, kesimpulannya...siapa kerek n siapa kuangaja?
aku? mungkin gak...tapi, sory r bro. wa lapar n ngantok n penat!
kalau lu rasa lu betul, then wa maafkan! *tadah tangan*

(gambar ni ditangkap oleh fotografer Utusan, Barick Ramadhan. hakcipta terpelihara kot)


ini situasi kedua lak...
aku g tengok tayangan perdana filem Bujang Terlajak semalam..kat UiTM Shah Alam..
then, masuk2 tu dewan dah penuh. aku sampai semua diam termasuk MC. motif korang???
semua pandang aku..aku pun duduk la tempat press 2nd row dari depan...haha..

tup2 ade orang sapa aku...budak dok depan aku.
Budak Rambut Cacak (BRC): Kawan Pijat kan?
Aku (A): Huh? (ala2 blur bodo)
BRC: Lama tak nampak...sihat?
A: Sihat...
BRC: Datang sorang?
A: Tak la..bertiga...hehe..
BRC: ngan magazine Glam kan?
A: Eh! tak la..
BRC: Tipu...jangan la main2...
A: emmm..memang tak la...i dari Kosmo!. (tanda seru tu bukan penegas tapi memang tu cara ejaan Kosmo!)
BRC: Oh yeke? sory2...silap orang..hehe..
A: eheh...tak pe..(kembang bontot la weyh!)
BRC nyer rakan: cisss..sumpah aku nak balik...

aku dah bangga gila! nampak macam wartawan fesyen ker ai ni? walau ai memakai sepasang kemeja dan slack formal dan disarungkan kasut kulit hitam berkilat serta dibalut sehelai sweater hitam Romp, kawan ai yang temankan ai cakap ai nampak bergaya! ohhhhhh! thenks Syida.tengsss!!!
suka ai la tuh...*muntah kejadah*

cHiao~

Sabtu, Disember 03, 2011

Tak Boleh Stailo!

Ha Ha Ha!
sekarang aku rasa macam nak hencap orang weh!
1st) Aku nak sarankan kepada sesapa yang rasa tak boleh terima cara penulisan aku ni sila berambus. Jua yang tak boleh terima konsep blog aku ini pun kalau tak baca pun tak apa...Sebab korang yang berhati busuk ni rajin la pulak nak kepochi buruk2kan nama aku kat belog dorang atau belog rakan, sahabat handai dorang! sungguh zalim!
2nd) Kalau tak boleh nak berkawan dengan aku, aku tak paksa... Aku tak perlukan ramai teman, cukuplah walau ada sorang yang benar2 teman bagi aku! (ape bende ntah merepek!)
3rd) ok...ini yang paling menikam kalbu! kira main fokus entry ni la...aku masukkan cerita sikit la ek...baru nampak dramatik uols...

Gini, aku ni kan suka berpenampilan cantik2 walau kemana2...yela, feeling2 figura awam..nanti kene snap paparazzi ke nanti malu sebab pakai macam sampah!hahaha...

Jadi, begitu jua jika aku ke ofis...
pakaian aku ni katanya (nya tu sapa?) 'sedikit keterlaluan'! oh tidak!!!
baru-baru ni aku potong rambut...maal hijrah kan...kene la imej tu pun berhijrah jugak.ni rambut dah macam bulu haiwan. grrrr!

lepas potong, jadila cantik! fesyen itu perunding imej aku yang saran kan...aku dah tanya, tak melampau kan? katanya "Oh! Tidak sama sekali...biasa je ni.tak ekstrem langsung"..ha...nampak tak permainan QiQi (perunding imej ai)...apa macam? ada bran nama camtu?

lepastu, esoknya aku g ofis macam biasa...
masuk kantin, zaaaass! macam ada angin sepoi2 bertiup gitew...pastu ada spotlight suluh kat aku...semua pandang! aku dengar ada orang cakap "Pergh! rambut dia..." (nada takjub!)

jadi, aku rasa tak ada masalah kan?
esoknya, aku sikat ke belakang...sehabis daya penyetkan mahkotaku itew...urgh!!!lenguh ok lengan n jari jemari aku sejam nak set rambut.

Malang tidak berbau! waaahhahah...
bos besar nampak then terus HENCAP aku dengan kasarnya...huhuhu...sentap jiwa mak jap!
then, dia suruh aku jumpa timbalan dia...
aku g la..

borak2 dalam setengah jam dalam kamar tertutup, maka habisla...

solusi diberikan: (i mean aku yang pilih sendiri) aku tutup kepala aku ni...sepanjang kat ofis saja...haha..
nak potong rambut? oh no!!!! semua menyarankan TIDAK! maka, aku pun amek tindakan untuk TIDAK memotong rambut. kalau potong memang kena botak terus bro! gila ka?

(hijrah itu pengorbanan, *pengorbanan!*: lagu latar Maal Hijrah kennn)

so, sepanjang 2 minggu aku bersama imej yang nampak segar. nampak suci dan bersih! (macam iklan doh!)
nak masuk ofis kena cover kepala hotak, then kat luar apa lagi kan...
hahahahhaha...

maaf bos kalau saya buat bos rasa tersinggung dengan pemakaian/imej baharu saya...
bukan bermaksud nak buat begitu..saya menghormati orang sekeliling jika ada yang tidak menyenangi imej saya...better tutup terus daripada pandangan mata orang yang kononnya tak suka imej saya itu daripada saya rebel!
sekurang2nya saya TIDAK BERAMBUT PANJANG! rambut saya tak mencecah kolar baju langsung! seurat pun tidak! jangan pula lepas ni saya simpan rambut sampai bontot pastu kirai2 kiri kanan (macam ella selalu buat tu, nak gak rasa camna), then pegi kat bos say 'Hi havang'!
nak?

tak nak kan???

then, kalau tak nak cukup2 la aim saya untuk dihencap sepanjang masa...saya penat la macam ni...pakai kasut tapak putih pun tak boleh...rambut pacak2 pun tak boleh, seluar ketat pun tak boleh...jadi apa yang boleh uolsss?
rambut sikat tepi, cukur misai janggut bagai setiap pagi, kemeja side tajam, seluar slack besar n kasut kulit hitam berkilat kah barangkali? saya penat! kerja saya jumpa artis, bukan waiter profesional (wahhh) atau konsulat antarabangsa. harap faham dengan hencapan yang saya terima sewaktu menjalankan tugas bersama media lain.itu saja...

NO OFFENSE!

p/s: Chiyo nak aku mention nama dia kat entry nih! so aku nak cakap :"Thanks sudi mendengar dan faham dan tidak menghencap dan menasihatkan aku" (kembang bontot la tuh!)
cHiao~

Jumaat, Disember 02, 2011

Bedebah!


Hai semua...tak kira di mana saja anda berada...
sebelum nak memulakan tugas menyudahkan intisari rancangan TV minggu depan yang sekarang ni nampak berpinar-pinar depan mata, aku nak lepas geram kejap.

ok, begini...
semalam kan ada konsert artis antarabangsa kat sunway lagoon...ala, penyanyi yang botak2 tu yang dok rap-rap tu la...
pastu, untuk ke sana aku bertolak dari Istana Budaya (jalan tun razak) pukul 6 petang...so, jangkaannya dalam kul 7 sampai ofis, amek member2 len trus chao!
tapi, apa boleh buat kan.. semalam hujan lagi tambah2 la jem..tu pn dah mencilok sana sini, shortcut toksah cakap la...bercut2 kami tibai!

sampaila dalam pukul 7.45 malam kat ofis...tukar baju jap (takkan nak pakai seluar slack baju kemeja kasut hitam kilat kut) then trusla melunjur laju ke sunway..jem pulak federal hiway.
ditakdirkan, sampai pukul 9.15 malam. trus g gate utama untuk amek pass media (utk ai sorang saja yer...kawan2 lain dah ada).
tapi dorg cakap kene g M.O.S which is tak tau kat mana...so, dalam hujan renyai2 tu berlari2 la ke sana...siap jatuh2 tergolek bagai! (ps: Nan, mintak ampun!)

then, tiba di kaunter...len diminta len yang dapat!
Penjaga kaunter (P): (muka toya!) ..... (maknanya senyap laaa!)
Kami (K): nak tanya, kat mana nak dapatkan pass untuk media?
P: Pass dah tak da. Semua dah kena amek! (muka berlagak nak mampos)
K: Oh yeke... abis camna nak masuk?
P: Ni tiket regular. ameklah! nak masuk, masuk. tak nak sudah!
K: Aih...kenapa tak leh bagi masuk ikut entrance media?
P: kan dan cakap, last call time pukul 8.30 malam! tengokla sekarang pukul brapa? Ni pun i terpaksa dok jaga sini sebab nak bagi tiket untuk media yang lambat macam korang ni. So, ni tiket yang kena masuk sebagai orang biasa, 'as who you are'! (yezzaaa! menyentap emosi!)

kitorang sumpah rasa macam dihanjeng kan! Ya Allah, Tuhan yang maha berkuasa...kenapa dipertemukan dengan insan yang sebegini perilakunya? Kenapa?
itu secubit daripada babak asal yang agak panjang...berlaku jua soal jawab yang kami sendiri perlukan penjelasan dengan cara berhemah dan berbudi bahasa.
tak salah kan nak cakap elok2...contohnya "Sorry, tag media dah habis. so kena masuk ikut tiket orang biasa" (dengan nada lembut! ko kan PR: Public Relation)

ni tak, dengan buat mukanya. dengan intonasinya. dengan gayanya. rasa nak pelempang je!
memang tak boleh bersabar. lepas tu ak call bos tanya apa patut buat. nak cover ke tak.
aku g balik kat PR tu..(tebalkan muka)

Aku (A): Saya nak minta set list.
PR (P): I akan emel lepas habis show. boleh bagi name card?
A: Boleh, ada pen sebab emel ni tak valid?
P: Tak ada! (tetap kekalkan cara yang gampang celaka itu)
A: Oh ok! (then pass card). Then macam mana i nak review the concert?
P: Review je lah! masuk sebagai orang biasa pun tak salah kan? apa masalahnya? (gosh!)
A: Oh yeke? Then i dont need this ticket! (bagi balik kat dia)

apa salah aku? aku juz nak masuk as media? aku buat kerja. aku bagi coverage, promosi percuma untuk ko. salah? aku tak minta banyak, cuma berbudi bahasa la sikit. tak salah kan?
itu sangat biadap! sangat kurang ajar! sangat tidak menghormati kerja orang dan tidak berprikemanusiaan! sorry atas kata2 ini yang mampu diluahkan.

tapi ini melibatkan kredibiliti saya sebagai seorang petugas media yang telah memberikan liputan 3 page penuh yang nilainya hampir mencecah RM50k! ini rupanya balasan ko bagi?
lpas tu siap sms bos aku cakap kami kurang ajar. tadi pulak emel bos aku cakap nak buat official complaint sebab kami rude! oh damn! siapa yang rude sebenarnya?

for your info: kami semua sudah punya tiket dan semua kami berlima adalah PETUGAS MEDIA! tak layak untuk anda labelkan kami 'bunch of friends'! kami semua reporter as known as journalist! from three separated publications! begini permainan ko? tak habis nak kurang ajar kat lokasi sekarang nak burukkan nama kami?

Allah Maha Adil, semoga segala perbuatannya dinilai sendiri oleh yang Maha Kuasa. Amin...
tak mampu nak bergaduh sakan! bukan lemah tapi malas nak layan orang tua yang mungkin pada ketika itu 'men-no-pause'! daaaa...


nota kuku kaki kurap: Chiyo, kau jgn jadi macam botak itu.eh! ai tak mention any name kan? stuju tak Shiren, Cip2 & Nan? kita bukan pengemis kan?
cHiao~

Khamis, Disember 01, 2011

Tuan Rumah cam Gampang (edisi ketiga)


Bismillahirrahmanirrahim...

Pesanan pendulu: ini bukan entry hencapan, maki-makian mahupun hanjeng-menghanjeng...

Ini berkait perihal rumah aku yang terkini..
ok, sebelum ini aku selalu dok post pasal tuan rumah yang bersifat sedikit celaks kan?
so, sepanjang aku meroyan tu sempat la jugak menchari rumah2 sekitar key-ell & selangor. penat ok mencari sana sini... encik mudah.my banyak membantu!

akhirnya aku temukan dua spesies rumah yang aku rasa cam best jerk!
1- Ukay Perdana (Spring Ville), tempat tu high class aku rasa..tempat baru, bangunan baru, atas bukit, tingkat 15 daripada 16. nanti kalau dok situ aku berjiran ngan Ct Norhalijah la...jangan makan hati!
2- Cheras Batu 9 (Venice Hill), nama tak le blah! tempat ni sejukkkkk! atas bukit, rumah tingkat 7 daripada 20 tingkat. tapi bangunan buruk sket la...scary!hahaha...(matilah kalau pemilik KUSU baca!) tapi mendamaikan...(ayat amek hati!)

Jadinya, ada 2 kebarangkalian...harga sewa sama..cuma rumah 2 adalah dua kali ganda saiznye berbanding rumah 1.
dalam pada dok kalut nak pilih rumah, nak pindah rumah..tetibbehh, gaji masuk seciputttt! makan pasir la aku!haha..
pastu, macam2 msalah pulak mai...ketenye tak bayar, brokbend kne sekat...semua perlukan duit. sama maca safek (pemilik KUSU) yang dijadualkan pindah bersama aku..katanya masalah semua datang serentak!huhuhu...ape boleh buat uols...

lastly, kebetulan tuan rumah yang sekarang call aku semalam..
katanya:
T( Tuan Rumah): Awak kat mana?
A (Aku): Rumah
T: Nak tanya kenapa duit sewa rumah tak masuk lagi?
A: Ingat tak saya ada bayar extra masa nak masuk rumah tu dulu? boleh tolak dari situ kan? lagipun saya dah nak keluar bulan ni..
T: OH yeke? jadi ke keluar? saya ingat awak akan stay lagi...(gichieeewww!)
A: Eh! kan awak yang halau.. (nampak tak permainan aku?)
T: La...main2 aje la...sebab awak lambat bayar sewa masa tu.. (pulak!)
A: Kalau camtu boleh nak mintak tangguh sikit sebab sekarnag ni susah nak cari rumah..
T: Boleh! BOleh! (nada eksaited yer!)

Maka, aku pun terpaksala bank in dlu duit sewa untuk bulan ni..(disember). Kesimpulannya, aku harus stay lagi la kat umah sekarang atas kekangan yang berlaku...huhu..
Now aku yakin: 'Setiap masalah pasti akan ada penyelesaian'

nota kuku kaki kurap: suci tak ai?
cHiao~