Selasa, November 15, 2011

R.I.P poo

kalau tak salah aku, masa tu lepas exam SPM.
1st anak kambing daripada sepasang kambing kaler itam puteh n coklat yang mama bela lahir.
siyes seronok okey... macam menyambut kelahiran insan baharu ke bumi.
biarpun ia hanya seekor kambing kaler itam puteh (baka bapak dia), ia tetap makhluk Allah yang kelahirannya diterima bumi. Syukur Alhamdulillah...

sekarang dah hampir 5 tahun menyumbang bakti untuk kami sekeluarga, dah sampai masa ia kembali ke tempat asal ia datang. Poo sebahagian daripada keluarga saya, sebahagian daripada kasih sayang yang Allah cetuskan dalam sepotong hati.

Lepas dapat khabar sedih itu daripada mama petang tadi, saya cuba pujuk hati supaya jangan menangis. kata mama: "kesian anak-anak dia, masa Poo mati dua-dua anak dia jilat-jilat Poo sambil meraung"

indahnya kasih sayang yang tuhan ciptakan kan?
bayangkan macam mana dua-dua anak Poo yang baru je lahir hari raya Aidiladha hari tu nak terus survive tanpa ibu dia. belum sampai 10 hari lagi. masih kecil.

tadi, mama kalut ke sana kemari cari botol susu dan susu tepung untuk anak-anak Poo.
sebab tu mama tak sempat nak pos novel yang aku minta...
semoga Allah kuatkan, cekalkan hati kedua-dua anak Poo untuk teruskan hidup.

(ini Poo bersama dua anaknya yang dilahirkan pada hari raya pertama Aidiladha)

mai sini saya ceritakan kenapa namanya Poo.
1- nama tu adik saya no 3 yg kasik sebab masa baru lahir hanya ia saja warna putih. adik-beradiknya lain warna hitam dan hanya ia je betina.
2- jadi, Poo adalah singkatan daripada Putih.
3- masa kecik2 kambing tu suka sendeng2 kat kita kalau dia nampak orang pakai kain atau baju putih. kiut kan?

Poo ni kalau awak semua nak tahu sangat cekal. Ia pernah keguguran anak beberapa kali. Lepas keguguran dia jadi lain, kadang2 nampak macam tak betul. Nampak macam manusia meroyan kan? maha besar kuasa Allah.

mama kata dari petang semalam Poo xnak makan, rasanya mungkin sebab Poo termakan pulut basi yang orang buang. sebab kat rumah ada kenduri orang kawen, Poo ni suka sangat makan macam manusia makan. rumput pun dia makan jugak la...
tapi aku syak masih ada uri tertinggal dalam peranakan dia. sebab tu hayat Poo tak panjang. takkan sebab makan pun sampai boleh mati.

Walau apa sebabnya, hanya Allah yang maha mengetahui.
Selamat tinggal Poo...

Jumaat, November 11, 2011

Tuan Rumah cam Gampang (edisi kedua)

baru-baru ni, masa aku kat HK kan, tuan rumah aku yang perangai cam celaka nak haram tu mesej aku...
mintak duit sewa bulan October.

katanya:"Salam, knp duit sewa belum masukkan lagi? Dari bulan lepas lagi sy dah pesan masukkan sblm 30 hb. Jgn buat sy mcm ni. Byk masalah sy kena tanggung dgn tuan rumah. Tuan rumah dah pesan kalau lewat lagi bulan ni, dia nak ambil balik rumah. Tolong bank in segera malam ni."

sopan santun pulak kalini..adakah dia terbaca entry sebelum ini yang memaki hamunnya tanpa segan silu itu?haha...xape...abaikan~

jadi apa pulak aku reply?
"Wslm, I'm recently in HK. Will bank them in once I'm receiving KL. sorry 4 inconvenience."

yelah, wut u expect kan..dok jauh2 aku nak mesej panjang lebar? mahal yer anak2 ikan semua..mahal!!!

balasnya pula: "Omg. Napa tak bank in awal2 sblm pergi. Kalau mcm ni bln dpn mungkin sy terpaksa serahkan balik rumah tu. Lets get ready to move."

yerrr...get ready everybadehh! lets move like a jagger..haha..
apa2 jelah ko wahai pondan tua..aku dah malas nak layan. tak kuaser nak reply gado2 macam pondan bodoh.eh! bunyi beritma la pulak.haha..
keputusan aku, tak reply mesej dia yang berbaur celaka dan puaka itu dan memang harapanlah aku nak bank in duit sewa rumah bulan ni kan...

(apa macam? ada bran feeling2 rumah tengah sawah?)

kesimpulannya, aku bakal meninggalkan rumah itu dalam kadar segera dan mencari kehidupan baharu..wah!
jadi, kepada sesape yang ada nak sewakan rumah tu boleh contact aku. pastu rumah anda yang tak berapa lawa akan menjadi berseri2. siyes la! tak caya leh tanya kawan2 yang penah buat field trip ke rumah yang aku sewa sekarang...haaa...
kitorang siap buat fotoshoot newspaper lagi yer kalau nak tahu.

nak mengundur diri dulu...banyak entry nak kene siapkan ni...nak hencap Chiyo Chan yang berangan giler tu lagi.Kbai!~

cHiao~

Isnin, Oktober 24, 2011

Tuan Rumah cam Gampang! (direct ok!)

kali ni nak post entry meroyan lagi..
ganggu mood isnin betul lah..baru je bersemangat waja nak tulis story best2 hari ni..

gini, alkisahnya pasal tuan rumah aku yang pondan tua hodoh dan berangan tu la!
semalam aku mesej dia tanya pasal bilik kosong yang sebelah bilik aku tu..
mesej aku berbunyi begini:"salam, nak tanya. kalau ada member nak sewa bilik sebelah ni boleh tak?"

pastu tengah hari tadi dia baru reply:"Tak boleh sekarang. Sebab anak sedara saya akan duk sane beberapa hari lagi. Dan tolong jangan bawak orang luar masuk umah. TQ!"

(rumahku syurgaku..tapi sekarang rumah ku dah macam neraka!!! sebab tuan rumah cam sialll)


apa korang rasa bila dapat mesej macam ni? tak ker rasa macam terbakar jiwa kejap???
kuang ajo kan?
salah ker bagi salam dulu b4 nak hanjengkan aku?
layaklah dengan wajah hazab tuh! sesuwaaiiii sangat ngan perangai uolss!!
pastu yang dia nak emosi nak warning2 aku tu apehal?
aku bayar sewa rumah tu ok!!! aku bayar dan tak pernah tertunggak lagi selama ni...
kalau part mintak duit sewa kemain laju.siap call bagai..
tapi bila aku mesej tanya apesal bil api tertunggak sampai RM900 xreti2 nak reply. babi la orang camni! Melayu kan...(bukan nak menghasut sesapa tapi inilah lumrah sewa rumah orang kita, kalau ngan bangsa lain tenang je...pandai je depa berbudi bahasa)

ok, pasal nak fire2 aku bawak orang masuk rumah tu kan...
korang rasa layak tak dia nak lazer aku? apa hak dia?
ada aku buat party liar atau party buih atau party bogel ke dalam umah ko yang nak runtuh tuhhh? adaaaa?
kalau tak tahu menahu siapa yang aku bawak balik umah tu jangan pandai2 je nak sound orang sesuka hati.
aku bawak orang balik umah pon terus masuk bilik aku. langsung tak guna harta benda ko lah bodohhhh! (ada ker harta benda masalahnya???)
dan sekali lagi aku ingatkan, aku bayar duit sewa dan hak aku nak bawa sesapa pun masuk tempat yang aku bayar sewa.
lagi satu aku confuse, camana dia tau aku bawa sesapa masuk umah?
stalker wehh! scaryyyyy~

orang lain tak de hal pon bawa orang masuk umah..siap boleh feeling2 bersekedudukan lagi.
ni baru je bawak member2 balik umah (bersebab ok!), dah kalut2 mesej bagi warning! lancau punya tuan rumah!!!

bukannya aku buat maksiat dalam rumah tu! memang celaka la mulot pondan nih!
kalau aku bawak famili masuk umah pon dah kene bagi warning bagai, beter ko jangan bagi sewa kat aku. aku boleh dapat rumah lain la bodoh! haiii...orang Melayu..orang Melayu...

kalau dari sisi positifnya (bak kata Shiren), dia tuh jeles ngn aku...
katanya sebab aku lagi hot dan ramai yang nak datang umah tu berbanding dia yang muka desa tu!
dan mungkin jugak dia jeles sebab dia pernah ada hati kat aku!hahahaha...bodo la...
geli aku nak lesbo2 nih!

memang dulu dia ada puji aku...wah tetibe nak citer..
gini, ada satu masa tu dia masuk umah tau..aku topless..haha
tup2 sukahati mak bapak dia je bukak pintu bilik aku...
pastu cakap aku makin hensem! gila ka hapa???kuangjaq kan???
then, bagi tv la bagai...pastu siap soh aku add dia kat fb.
kao gila??? cantekkk nak aku add ko??? cantekkk??? tak ok! tak!!!

hmm... itu saja lah buat masa sekarang..now emosi tengah tak stabil dan boleh sengat sesapa je..
sesapa ada bilik kosong untuk disewakan sila la bagi tau ek..aku nak sewa weh!
confirm korang akan puas hati tinggal ngan aku...dah la cantek, baik hati, berbudi bahasa..adeiihhh..anak sapa lah ni ek?hehe..xoxo!

cHiao~

Ahad, Oktober 23, 2011

Famous?

(ada gaya macam hartes tak?ha...jangan main2 korang...gambar ini diambil ketika Malam Pesona Bintang Adikarma tahun ini)



sebelum mengulas lanjut, ku nak tanya kalian smua...
adakah saya ini femes?haha...

sebabnya baru-baru ni kan masa ku berassignment, ade orang tegur ku...
katanya begini:

Orang Itu (OI): Awak dari mana?
Aku (A): Kosmo.
OI: Oh..buat bahagian mana?
A: Hiburan..tapi dulu kat rencana.
OI: sebelum ni?
A: study...fresh grad la kiranya..hehe..
OI: Erm..kawan Syida ek? (Syida tuh repoter hiburan Sinar Harian)
A: Haah..aik macam mana leh kenal dia?
OI: satu company ngan dia..erm..dulu dok rencana kan?
A: Yep..nape ek?
OI: Nama sapa?
A: Khairul
OI: Khairul Amri??? (dia teruja!!!)
A: haah..nape? nape?
OI: saya suka baca tulisan awak! (wah gituuuuuuuuuuuuu!)
A: Haha...yelah tu...teruk la.
OI: Tak..siyesly! best!
A: wahaha..terima kasih..banyak lagi nak kene belajar (merendah diri aii ni okey)
OI: Itu sebablah saya suka beli Kosmo..Tapi siyesly, tulisan awak memang power habis! seronok bila baca...hehe..kiranya saya ni peminat awak la..

tetibe ada orang menyampuk!
Marina, si repoter Sinar gak..haha..

Marina (M): Wah!!!kerlast kao..dah ada peminat.
A: hehehehe...(sengih2!)
M: lepas ni boleh la buat fan club.


erkkk? senyum kambing lah ku sepanjang esaimen tu..
mampoo ngkau nak buat fan club bagai?
rasa macam nak belanja semua org, tapi apekan daya David Teoh bagi makan percuma kat semua..haha..
apapun, thanks to wanita itu...sory saya tak tau nama awak..
teruskan menyokong perjuangan seni saya...(eh!eh!), i mean teruskan menyokong Kosmo..nescaya hidup anda akan bahagia selamanya.

thanks so much atas puji2an itu skali lagi..
ia menambahkan motivasi saya untuk terus berjuang memartabatkan seni tanah air(ehhhh!)
maksud saya untuk bekerja dgn lebih gigih...hehe...

peluk ciom, Nikki. (aihhh!!!!pulak dahh)

nota kuku kaki kurap: saya dah femes, anda bila lagi... (p/s: Chiyo Chan!!!hahahahaha)
cHiao~

Khamis, Oktober 20, 2011

hong kong!

yer...saya sedang menghitung hari untuk jejakkan kaki ke bumi Hong Kong..
itu saja...:)

kenapa saya ke sana? dengan siapa?
haha..nantikan entry khas dari saya tak lama lagi..(pasti2 la lepas balik dari sana kan...)

xoxo!
ape yang ada kat sana ek? share mai~