Selasa, Ogos 31, 2010

Sampaikan Raya

Ehem3...check-check-check! Gol 1 untuk Gol 2 roger!!!

hidup lagi blog aku ni erk...(buktinya, ade lagi makhluk2 samada yang aku kenali ataupun tidak yang masih sudi singgah menatap ruang garapan jemariku ni)...terima kasih daun keladi.

Sempena Bulan Mulia Syawal nan indah ni, inginku ambil sedikit ruang di dimensi ini menyusun sepuluh jari memohon jutaan maaf andai ada langkah yang menoreh hati, ada tingkah ku yang membekas luka, ada tutur bicaraku menyinggung sukma, ada janji-janjiku yang belum sempat tertunai, ada hati yang berprasangka, mahupun ada ucapan-ucapan berbunga dusta, sekali lagi MOHON ampun dan maaf zahir & batin...

Selamat Hari Raya Eidul Fitr...

asenyer masih lom terlambat kot kalau aku nak wish raya skg kan? Baru raya keempat...Syawal ni tempohnyer sebulan...hehe...

Tak kira dimana anda berada dan apa sahaja yang anda2 semua sedang lakukan. kepada yang mengenali saya dengan panggilan mana pun (Abe, Amat, Nic, Am, Kerol, Yo, Bb, Boi, Yunk,...n watsoever) kalau saya tak dan nak face-to-face mintak maaf, mohon diampunkan segala kesilapan lampau...



*syoknyer cuti raya...

interview kerek

minggu lepaih..erm, brape haribulan ntah..hari Selasa klu tak salah...
aku dijemput untuk menghadhiri satu sesi temuduga di sebuah syarikat akhbar di Keyell (tok sah dok blur2...mksud aku KL).

hmm...cuak nak mampos doe!
tp xpe...wa kn hebat!ade aku kesah?haha... (riak di bulan posa)
ekculy, ak ni dh banyak kali diinterview oleh macam2 olang...
yang tua, yang muda, yang bergetah, yang berkerut..yang mcm2 lah..sampai dah naek jemu beb!

tapi kali ni len macam pulak rasenyer...
entahla!seram semacam..(xde kne ngene ngan momok, jembalang atau antoo keyh)
meyb sebab ak tak ready kot...

tym ak sampai kat perkarangan tu (around 8.00am sharp k!), terserempak ngan sorang mamat neh...sires semart giler!mcm nk g kawen dar ak tengok...xpe2...gud job uols!
then, jln nyer jln...nanti nyer nanti kt lobi yang tersergam gah itu lastly sampailah semua cahlon2 utk sesi interview hri ni...semuanya 14 olang termacuk aku...huhu..

hanya 2 srikandi n len2nye jantina selain srikandi tu lah kn...

tunggu lg sejam...hmm...tup2 kul 9am baru la mula..ak yang kepenatan neh nak membuter bagai dah..huhu..seb bek!

then, masuklah kami2 ni ke dalam bilik persidangan untuk sesi interview...
depa (bos2 besak) pon eksplen la apa n apa, itu n itu tmsukla proses interview hari ni....depa kata ada 3 peringkat...
mak aihh!ak dah makin cuak...depa kata:

peringkat 1: translate story (BM--> BI & BI --> BM) peringkat 2: press conference + buat berita peringkat 3: individual interview

hmm...
ok2...aku dah makin ketaq!giler wei...xready kot!dh lama giler ak tinggal bendalah itu semua (ayat cam bajet jekn?)
ahhh!peduliklah...life must be go on!yeeeba2!!!

then, satu demi satu lepaih...

peringkat 1:okla..depa kasik timing 40 minit..ak punya la dok pulun kt BI-->BM sampai tak dan wooo nk siapkan yang BM-->BI...mampoih dah la...baru nk mula tulih BI depa kata ade lg 3 minit!wakkkaaa!KO di citu ok~

peringkat 2:PC sal sindiket pelacuran...sounds interesting...tp maintain hampeh lor... aku sempat tanya 5soklan ja.. (tipuu2...1 soklan je)huhu... then kene wt story sal PC tuh...giler otak dh berkarat wei!!! bantai jak lah...

peringkat 3: individual interview...hmm...time ni ak kne boost balik semua kekurangan aku... sebelum2 aku (giliran 1, 2 n 3) setiap sorang tuh nak dekat sejam...mao tak membuter ak neh...haha... bangun dalam mamai2 ckp ntah pape.. banyak soklan yang depa tanya ak jawab cam bangang jek!giler aih!ckp lak macam member2 kenal dah 20 thn...dok gelak berderai2 dalam bilik tuh...haha...kelakar ah korg (korang?bos2 besak wei, cepuk kepaka kang!) depa byk tny sal pengalaman aku time uni life...jwapan aku semua poyo2, kerek tahap babun...kao2 nyer ah... TAPI yang penting...CONFIDENT okeyh!siap fire2 depa lg..kah3..(mood:setan durjana pasai depa stuck xleh jwb teka teki aku)

ak rase xsampai 30 minit kot..terus bole kuar...mgkin depa bosan ngan wa dah kot...
kla2..chow dlu..

time tu tgk dak2 len muka cuak...muka seposen pon ade...klakar wei!xpe2 hope korang la dapat...
ak yakin dah xkan pigi sana dah..malloo doe!

then, balik la...berjimban jimbon kt Keyell sinun beberapa hari then membalik ke Penang sal nak uruskan beberapa hal negara...
(time aku dok tulih ni pon kat Penang tao)

=================>next part doe!

tup2..JUMAAT lepaih (27hb lalu)...bongok tol budak neh!buleh ingat lak tarikh..
hmm...shuh2!mood jahat p jaoh2..
dapat call...
time tuh kol 9am...tido lg kot..
angkat la kan..
angkat2 suare awek...mcm cun je bunyinya..
dia perkenalkan diri...namanya Cindy...macam familiar jek..sapakah?

"saya Cindy dari Utusan Karya"katanya... "ha...ok2..then?" tanyaku kekwat. "panel penilai dah membuat keputusan untuk mengambil encik bekerja bersama syarikat kami," ujarnya dengan nada konpiden. "oh yeke...," jawab aku selamba derk! (then, next conversation aku censored...)

so, kesimpulannya...aku dah dapatla kerje kat tempat aku p interview tuh! (ekceli, sbelom ni setiap kali aku p interview mmg aku dapat...cuma mayb aku ni demand sangat kot...dok reject je memanjang)
gembira bukan kepalang la kan...impian aku kot!dulu tym kecik2 sekadar baca je paper tuh (memandangkan mama aku suka beli paper tuh setiap hari)
tapi sekarang aku akn bersama editorial itu, menjadi sebahagian daripada mereka yang menulis di sana..orang ramai akn baca hasil tulisan aku...yeahha!siries gembira bukan kepalang!














ALHAMDULILLAH~


*mari raikan cinta di bulan barakah ini...TQ love~

Jumaat, Ogos 13, 2010

sedikit pesan

Sempena bulan yang penuh barakah ini, marilah kita sama-sama mengurangkan amalan yang boleh menjejaskan ibadat Rukun Islam ketiga ini...

sebelum ai nak merewang-rewang tak tentu pasal, ai mao sampaikan salam ramadan kepada semua yang sudi bertandang (tak kisahla peminat setia ai ka, kaum kerabat nenek moyang ai ka, kawan2 lama ka or even yang ai tak kenai langsung)...semoga kita sama-sama menyempurnakan ibadah ini sampai ke detik terakhir bulan Ramadan ni...

semoga kita semua sempat berjumpa lagi dalam Ramadan tahun hadapan...:)

Di kesempatan ini juga ai nak berkongsi sedikit info atao pesanan yang kawan ai kasik beberapa hari lepas sempena bulan mulia ini (ekculy perkara ni patut diamalkan sehari-harian):

Perkara yang patut dielakkan
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
(gambak: ketumbar kering..klao sapa2 xknai la)


Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imaginasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratusan yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Selain tu,....
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

...dan yang paling penting dibawah ini...

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

renung-renungkan dan selamat beramal...
Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Jumaat, Julai 30, 2010

Layar Sutrasari


Menterjemahkan satu perutusan untuk mengkhabarkan cetera dengan prinsip keteguhan layar menebarkan kapal-kapal mega di lautan luas, kami bangkit bersama satu isu yang agak sensitif dan mencabar untuk dibahaskan apatah lagi untuk dipentaskan di panggung teater. HIV atau AIDS...ingin saya berkongsi pengalaman saya bersama Layar Sutrasari mementaskan sebuah teater moden bertajuk GENDERANG BERTABUH yang menggunakan kaedah pantomin pada tarikh keramat 29 Julai 2010 bersama pembaca sekalian...(gambaq:opening by Layar Sutrasari)

Usaha untuk mencambahkan akal untuk lari daripada stereotaip pementasan klise atau yang sering dilihat di layar perak bukanlah sesuatu yang mudah...

Bersengkang mata, memerah akal, belum dikira peluh yang memercik dari liang-liang roma kami demi menghasilkan persembahan yang memukau penonton yang sudi berlabuh malam tadi... (oh shut u nic!enuf wif ayat mcm prosa klasik plz!)

Bermula pada rembang petang 22 Julai lalu, muncul satu gagasan idea untuk berkarya disamping hasrat hati untuk menambah dana dalam persatuan yang baru dalam peringkat pengukuhan organisasi...harapan moga-moga dipermudahkan segala urusan...

23 Julai adalah waktu terakhir untuk menyerahkan borang penyertaan kumpulan yang bertanding kepada urusetia pertandingan...Dapat tahu hanya 4 (EMPAT) kumpulan yang telah melengkapkan borang...berdebar-debar....

Skrip I sudah pun siap berdasarkan konsep penceritaan berlandaskan 3 (TIGA) tema utama tahun ini iaitu :
KEMISKINAN
PEMBUANGAN BAYI
HIV/AIDS

"Jadi, saya kumpulkan ketiga-tiga tema ini untuk dipentaskan dalam satu penceritaan."
recording berjalan lancar tapi bila tiba bab editing mula pening kepala...lepas ubah..ubah lagi n ubah...seharian mengadap LAPPY tino...TQ atas pengorbanan mu...huhu~

26 Julai: skrip diubah 100% atas alasan HANYA SATU TEMA SAHAJA boleh dipilih daripada 3 tema tersebut!OK FINE!!! wutever...kami ubah untuk fokuskan kepada HIV dan pecahkan idea untuk keluar daripada klise.

Hasilnya, kami berjaya cari satu sudut yang mana fokusnya adalah pesakit HIV tanpa sedar...
Contohnye kalau ampa semua ni lem-lem (lembap mcm unikorn):
1) ade mangsa rogol mendapat HIV daripada perogol dan tambah memilukan tekanan psikologikal yang tragis.
2) ade si isteri yang setia pada suaminya beroleh HIV akibat tabiat suaminya yang mungkin penagih dadah atau yang sering melanggan pelacur.
3)pesakit yang memang iri n nak gak semua rasa apa yang dia rasa dgn cara...letak jarum kat tempat2 yang tak disangka (hati2 korang...), masukkan darah dalam makanan (so, ampa masak je sndiri) n macam2 lg la...

cabutan undi bersama 5 Kumpulan lain..yang tak datang tu camne lak?hmm...
Nasib dapat giliran yang sama mcm tahun lepas...NOMBOR 2 (DUA)!yeay!!!
Tapi!part memilukan adalah bila depa habaq masa dihadkan sampai 15 minit sajor..mati keje nak cut lg!!!

Mula latihan 27 Julai...tym ni dh rasa mcm tak da semangat nak teruskan...
tak tau nape...mayb psai komitmen kot...hello!masing2 pun bidang terjun...huhu..
yang peliknye, baru full training bersama full skrip...tarian pun dah 70% siap...giler hebat korang wei!!!

28 Julai
: FULL rehearsal!tapi pada telahan aku lah...ade gak team yang FOOL n tak reti nak bezakan FULL rehearsal...means that pihak penganjur nak catat masa utk keseluruhan perjalanan event depa..yang ampa dok suka2 dok uat separuh2 tu pasai pa? nak kata tak pandai, masing2 dah memang hebat...nak kata terlebih pandai, layak ker?hmmm...

Hari paling mencabar:29 Julai...
siries penat!macam2 belom setel lg ni ha...
nasib ada rakan2 yang sudi berjuang seiring dengan aku...THANKS uols...hehe...
macam aku cakap sebelom ni la...
aku mmg anti mana2 grup yang uat lite2 (nak tak nak) tym FULL rehearsal...sbb apa yang ampa uat tym FULL rehearsal adalah apa yang ampa bwak tym bertanding!
so, no need simpan2 ok...(tu yang aku terapkan dalam jiwa Adikarma)
but, tym FULL rehearsal kita dah all out jgn lupa tym bertanding btoi2 kte tambah lagi...(faham x ayat neh?..pura2 fhm la klu xfahm tu)

Ulasan aku (berdasarkan mata n mulot audiens):
1. Meow-meow Production: erm...korang rangkumkan semua tema ka?ada kemiskinan, buang bayi, HIV...kata pilih SATU?pastu betoi ka ada ura-ura kata ampa dibenarkan guna stage untuk rehearsal tym hari pertandingan?jawab sket...
pastu, awat guna lagu yang sama macam grup fajar guna tahun lepas utk stiap kali slide show korang?
korang uat teater berkenaan ape eak?pembuangan bayi ka?bole ke rangkumkan semua tema dalam 1persembahan?kata kalau uat 3 tema srentak terus 'disqualified'?

2. Layar Sutrasari: korang uat pantomin?rugi...better korang guna suara live...lagi feel...lakonan not bad bagi insan yang bukan khas dalam bidang lakonan...karya dah BEST!cuma sayang la xguna suara betul...pakaian pelakon ampa cam xbrapa sesuaila...korangnyer resepi dah kene curi team lain la...better fikir idea baru...jangan uat teater + tarian lg dah...statement tarik2 kain tu pun dah ade org curi.gtao Kamdar dah xyah sponser korang dah next tym k...THINK!

3. Junjung Bara: team SUKSIS nih...smua hebat2...tapi awat la ampa nyer penyokong cam over eksaited je...mulot...hmmm...rase nak sumbat je terompah nenek sampai esofagus...teros bisu...korang uat psal kemiskinan eak?erm...kureng jelas la...tang lagu kluarga miskin tu mcm lagu hepi je...tp pelakon tgh bersedih...korang nyer tarian very da java!gapo?

4. Gerak Sempurna: ehe...nak buat muka camner eak?blur2 ke kecewa?
ampa mmg budak seni n mmg tak dinafikan ampa layak jadi pemenang di hati juri...tapi sure ke di hati penonton ada yang mengukir senyum tatkala ampa diumum pemenang?
bagi orang yang belajar Seni Persembahan Pentas mungkin korang adalah terbaik...tapi bagi kami2 ni ha?
toink!toink!toink!

5. Simbiosis: wow!AMAZING!FANTASTIC!itulah baru dikatakan karya unggul!tapi sayang seribu kali sayang...mungkin bukan rezeki korang kot...tak per...cuba lagi masa depan...
pelakon semua bole bagi 5BINTANG!pasai korang bukan yang dikhususkan belajar bidang ni..tapi lakonan cukup mantap!!!ada antara mereka bakal ahli politik, bakal saintis, bakal wartawan, bakal guru, n bermacam-macam bakal lg...hmmm...pengarah yer hebat!
siries target JUARA!!!penyampaian jelas!tarian pun OK...
cuma, ada orang kata ada anak-anak buah korang KEKWAT...kurang nak hormat senior...adeh...harap2nye tak la yer...
(gambaq: antara babak yang menyentuh jiwa)

6. Bakti Permai: mmg chak aa!chak aa! unsur kekaguman tym korang bawak kluar baby betui tu siriesly menjadi okeh!tp knp korangnyer konsep santai sgt?xpernah lg tgok teater cmtu...mayb ada kot...yelah...pengarahnya kan orang seni...hehe...
main2 kain lg...hurm...
(gambaq: memegang watak Maria, usaha Simbiosis melatih pelajar tahun pertama memang berbaloi...)

















*take note yer smua: ini adalah komen dari penonton...ai cume khabarkan untuk difikir-fikirkan bersama...jangan sentap laks~

Jumaat, Julai 02, 2010

pLan samPingan

ehe...
pe kabao smua?thanks ler sudi gak jejakkan mata ampa kt berlog ai yg tak seberapa nih..

1Julai2010...
kejap giler kot masa berlalu...mcm2 mai dalam idop ai sepanjang berkampung kt USM beberapa ketika nih...
diam tak diam dah abes dah bulan Jun dan sekarang dah pun menghampiri tarikh itu...
TAKOT?
erm...ada jugak...
tapi syukur alhamdulillah ada raka-rakan sebagai peneman...hehe...

1Julai2010...
sempat jugak luangkan sdikit masa yg memang tak pernah rasa ckp ni utk mengedate kjap...kih3~
kuar nengok The BACK-UP Plan...
citer garapan idea Kate Angelo & arahan Alan Poul.

bagi akuh yg tak berapa pandai nak menilai hasil titik peluh orang ni menganggap setory ini something new...
depa mengupas isu ibu tunggal, permanian beradas & cintakan haiwan (haha!gelak la klu ampa nk gelak...bunyi cam sirius kn?tp bezzzzz)

citer ni mengesahkan kehidupan Zoe (J.Lo...dah tak perlu nak eksplen lg...smua kenai) yang SANGAT!SANGAT!SANGAT! maukan baby...
tp kaedahnye smart giler! permanian beradas wooo...haha...
siries syok giler lakonan minah nih...
wa tabik sama lu...
dalam pada dia ni mengharungi idop nak jadi 'single mother & proud', muncul seorang laki yang mengubah semua plan yang dah disusun elok2 td...

nak tau ape yg berubah?cmne berubah?better ampa tgok sndiri eak...
segan aih nak citer kt sni...
oh ye!ini gambaq 13PL okeyh!
*teettt*

citer sal plan lgik, for me lah kan...dalam pada kita merancang sesuatu adalah baiknya jika kita ada plan sampingan (kot kot la plan A tak menjadik ka, plan B pon hancus kaa...)
sebab yang menggelupurnya nanti ampa sndirik...toink!toink!


daddy:what's in your hands?
anaknya: poo poo...(erk!)