Jumaat, Mac 04, 2011

January wraP-uP

Januari?
hmmm...apa yang best bulan ni yer?

HEPI NEW YEAR
Selain daripada sambutan tahun baru yang tak pernah tinggalkan kesan apa2 bagi wa yang dah dekat 23 tahun umurnye ni, Januari jugak dikaitkan dengan azam baru...
Wa ade ke azam?
time sekolah2 dulu selalu la pasang azam tahun baru...tapi bila dikenang2 tak pernah pn azam2 tuh terlaksana..wut a pathetic!!!
lepas azam wa yang dulu2 tuh tak leh terlaksana so wa pn dah bosan ngan azam2 bgai ni..
memang nampak sangat tak bermotivasi kan...
tapi, bagi yang selalu pasang2 azam tahun baru ni wa puji usaha anda..jangan jadi macam wa erk!

ok..tutup buku azam dan tahun baru...

WARTAWAN KADET
1.1.2011: bermula fasa baru aku memangku tugas wartawan kadet di kompeni yang sedang wa bekerja sekarang ni..yela, tarikh tu genaplah 3 bulan wa kerje dan tarikh ni jugak wa bersama 3 rakan lain Shreen, Acip & Lan dah diconfemkan jawatan sepanjang tempoh percubaan selama 3 bulan tadi tu...yeeeehaaa!!!

UMAH BARU
tanggal 1.1.11 wa dah pindah masuk rumah baru..
lepas proses mengecat yang amek masa lebih kurang 2hari, wa pun berjaya menjadi penghuni tegar bersama sorang lg housemate wa namanya Wan...orang kedah katanya...ok...
harga berpatutan, lokasi strategik (wa dengar sekerat lagu dah sampai opis)haha...
apapun, wa suka sangat rumah ni..nak deco cantik2!!!

FEATURE
Sepanjang bulan Januari wa melaksanakan tugas sebagai wartawan di meja rencana...
Orang2 (senior2) kata rencana susah, berat, hazab n macam2 perkara negatif wa selalu dengar...hmm...
takpe2, wa try sahut cabaran tu (try?not enuf effort nic!)
maka, berlalulah tempoh sebulan tu dan sememangnya durasi sebulan tak terasa...
bagi wa, rencana tak lah susah mana (kerek siallll), asal kita mampu ikot rentak dan iramanya (waaa...)
kalau ampa semua nak tau sebelum ni wa TAK PERNAH menulih rencana ok...sepanjang bersama Berita Kampus USM wa paling gigih nak elak tulih rencana..malas katanya!
ha...sekarang?hambekkk kao!!!
Syukur wa berjaya laluinya dan berjaya mengeluarkan beberapa cover story wa sendiri...tak sangka dowhhh!
Syukur alhamdulillah ada pula rezeki untuk wa ber'outstation' bila bersama rencana ni..
buktinya wa berjaya tiba di MULU, Sarawak....yeahh!!! hepi2...

OUTSTATION
Bercakap pasal outstation, memang saat2 yang wa nanti2kan...
memandangkan wa ni suka amat benar berjalan2 (travelling), so luas tapak tangan nyiru wa tadahkan (btolka?)
hehe...sepanjang percutian wa selama 5hari ni sememangnya enjoy sakan gila babeng!
selain dapat naek flight pree p sana p sini, makan minum wa ditanggung sepenuhnyer...keseronokan?toksah cakap la...
apapun, wa nak ucap TERIMA KASIH, MUCHAS GRACIAS, SYUKRAN JAZILA tu my bos yang cun melecun; Kak Najibah kerna sudi bagi kepercayaan pada wa...xoxoxo!

PENANG PERLIS
Wa kira ni adalah outstation wa sambil bertemu rerakan wa yang amat dirindui di Pulau Mutiara tu...
Ekceli, wa perlu ke Perlis untuk cover esaimen Anugerah Seni Makum...
Kebetulan member wa Tino salah sorang calon untuk anugerah tu...walau nasib tak berpihak pada dia yang sertai lebih 64 aktiviti seni dan budaya sepanjang di USM, wa tetap bangga punyai dia sebagai kawan wa...hebarttt!!!

HADIAH MAMA
9.1.1962 besday mama wa...hehe,..
memandangkan selama wa hidup bergelar anakanda kepada YM Pn. Raja Marizan Raja Daud wa tak pernah membeli sebarang hadiah bersaiz dan berharga besar dan mahal maka sekaranglah wa realisasikan impian wa...
untuk mama; sebijik peti ais (ganti peti ais berusia 22 tahun tu) dan sebijik mesin basuh (ganti yang rosak sebab masuk pasir dari telaga depan umah)...hehe...
sayang mama!muah,muah,muah!!!

TUN MAHATHIR
kesempatan sekali lagi diberikan oleh bos wa untuk mengcover pementasan Tun Mahathir d Muzikal 2...kalau tahun lepas wa sempat tingok skali je tapi kali ni hampir setiap hari wa tengok..dah sampai boleh hafal dialog depa...
produksi tu tak sah ckp la...dh macam member2 dah..especially Zack & Amir (PR CTRA Production)
sampai ade member wa cakap: "Ko ni dah jadi duta IB ke? setiap hari kesana...."
love doiing this kind of performance againnnn!!!

METROPOLIS
yeahhhh!sub topik ni amat wa suka..
selama wa kenal dan dengar nama Kuala Lumpur wa tak pernah merasai apa dan bagaimana hakikat dan nikmat ibukota..
memang KL kota yang penuh dengan kehidupan...
thanks to those yang sempat menunjukkan apa erti sebenar KL...


Jadi, rasanya itu saja perkongsian suka duka wa sepanjang bulan sulong 2011...
Banyak lagi yang wa tak sempat nak kongsikan di sini..biarlah ia tersemat di kalbu buat kenangan wa sendiri...
Semoga bulan baru menghadiahkan wa dengan pengalaman baru...

Selasa, Mac 01, 2011

Explorace KL



hari Sabtu lepas wa dan tiga rakan sepejabat wa berjaya menyertai satu aktiviti agak sihat yang mencabar mental dan fizikal; EXPLORACE.
Memandangkan wa ni selalu je tengok orang dok bereksplorasi dan asek dok planning Explorace ni ape kata kali ni wa try masuk plak...
Nak gak rasa susah ke senang ke mendalah ni...
Kebetulan, member wa Mizi mengundang wa untuk berentap bersama pasukannya, wa pun sahutlah cabaran itu bersama rakan pasukan wa; Alip.

Maka, menjelmalah hari Sabtu dan dinihari itu menjadi saksi kami berempat menjejakkan kaki ke Menara KL untuk tujuan acara tersebut...
Penat?!yeahhh...sudah pasti...maka van shuttle Menara KL lah menjadi kenderaan rasmi kami ke puncak sana...hahaha...

Maka, tepat jam 10 acara pun bermula...
Tugasan pertama; selesaikan 4 soklan tambah tolak matematik yang dah berkarat ditinggalkan sejak di bangku matrik beberapa tahun lepas.
Selain tu, ade gak beberapa soklan trivia pasal Menara KL yang sememangnya kami semua tak tahu ok! so, ape lg...teknologi Blekbery depan mata..guna lah!
Betapa hebatnya kami, semua soklan yang dibekalkan tuh dijawab dengan mudah dan tepat ok!
Syarat utk dapat klu seterusnya mesti dapatkan semua jawapan tadi dengan betul...

Maka, mendapat laluan A adalah satu kebetulan yang tak dirancang untuk kami dua kumpulan kekal bergerak bersama seiringan..hahaha...TQ En penjaga yang tersalah bg klu....lalalalala!
lokasi kedua daripada 12 cekpoint: MATIC jalan Ampang.
tugasan: 1) lengkapkan semua jawapan kepada soalan trivia pasal MATIC (5 soklan)
2) menari tarian Ngajat dari suku kaum Iban di Sarawak. (makanan wa!hahaha..thanks to En Valentino yang sudi mencurahkan ilmu pasal tarian tu ketika wa belajar di USM yang tercinta)
markah: 10 (penuh ok!!!)

Seterusnya, menuju ke belakang Sheraton Imperial Hotel, cekpoint ketiga menanti kami.
Hanya perlu mengasingkan 50 bijik kekacang tanah daripada semangkuk besar menggunakan dua batang lidi, kerja ini dengan senangnya diselesaikan oleh Alip. Tabik hormat!
markah: 10 (full mark)

Berjalan lagi kami untuk ke cekpoint ke empat kami: berdekatan pondok POlis Jalan Masjid India...
tugasan menanti: kene pakai pakaian rasmi Melayu dengan lengkap dalam masa 2 minit.
wa sebagai perunding imej yang hebat menyarankan Alip memakai 1set busana baju Melayu merah lengkap bersamping...waaa....hensomnyer dia (bak kata sorang wanita yang tengah sibuk lalu lalang sekeliling kami)
markah: 8 jeh daripada 10...ok! sentap!!!

Next cekpoint: dekat kedai bunga Masjid India...
kene ikat bunga Malai (bak kata depa) dengan seutas tali yang dibekalkan kepada kami...
welll, mudah saja tugas tu,...cantik amat lah ikatan kami....biasala, tangan orang seni.
tapi, markahnya cuma 4 OK..daripada 7....haruslah sentap lg kann!!!

Lepas tu, cekpoint ke 6 adalah di Bangunan DBKL.
tugasannyer, perlu menyelesaikan jawapan kepada 5 soklan trivia pasal DBKL.termasuklah jumlah keris pada logo DBKL itu...ayoooo!
markah kami dapat?: 9...pasal salah tarikh bila bangunan tu dirasmikan...tak ke sentap lg?

Kaki time ni memang dah lenguh2 la..rasa nak duduk je manjang...lari?
memang tak lah kan...dengan matahari sejengkal kat kepala...mau pengsan wa!

Meneruskan cabaran, cekpoint ke 7 adalah di Dataran Merdeka (tempat bendera Union Jack diturunkan katanya).
tugas: jatuhkan 5 biji botol berisi air menggunakan buah kelapa.
tugas ni wa serah kat Alip memandangkan dia memang jaguh boling.
tapi mungkin kerana kecapetan dia hanya mampu menumbangkan hanya 4 biji botol dengan 5 biji buah kelapa.syabas wa ucapkan sebagai pompom boy kat sebelah dia bg suport!hahaha...

Menariknya sebelah kaunter cekpoint ni ade nye cabaran 'fast forward'...maknanya kalau berjaya selesaikan cabaran ni dapat skip 1 cekpoint terus ke cekpoint no 9.
cabarannya ialah chinggay...(ala yang letak2 bendera atas muka then bawak ke depan tu).
mampoooo? wa tak mampo..
jadi kami decide nak buat je cabaran di cekpoint ke 8.

lokasi cekpoit 8 adalah di Bangunan Dayabumi...
tugasan: lengkapkan puzzle dalam masa 2 minit.
markah: 10 (pasal tak sampai 1 minit kami dah siap)
bonzer yang jaga tu siap kata "HEBAT ABANG".hahaha...mestilah!(riak)

klu diberi dan lokasi cekpoint ke 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad.
tugasan kene menari tarian singa dengan pasangannya perlu mengipas2 sampai singa berjaya kopek buah limau cantik2...
tapi................................... part menunggu yang paling seksa.
nak sampai turn kami kene berator sampai setengah jam ok! tengah2 panas..tanpa air..tanpa makanan dalam perut...haruslah mood swing!
serba serbi tak kena!time ni lah si Mohd (protege Ziana Zain) dan Ila Damia (protege Joe Flizzow) 'menciommolot' dengan kami...memandangkan mereka di belakang kami sajor...dan melaksanakan tugasan menari ni bersama2 kami dua team ni...
maka, selesai tugas kami bertiga team ni berjalan bersama ke cekpoint ke 1o di Muzium Telekom.

Di sini kami pelu menyelesaikan semua soklan trivia mengenai sistem telekomunikasi dalam negara.ADOIIIIII! tak kuaser mak!huhu...

lepas dah berjaya tu ade lg kene main sumpit2 belon pulak...tengah2 panas lak tu...emosi2!!!

Selepas berakhirnya sesi beerpanasan, kami meneruskan perjalanan ke cekpoint seterusnya di Rimba Eko Park Menara KL.

Kene panjat2 tangga pulak...tapi nasib baeklah task tak susah sangat...

Sekadar salin balik je nama2 pokok dan herba kat sana.hehe...Tapi tu cuma 5markah je,..nak dapatkan lagi 5 kene panjat tangga dan turun tangga ke padang kat belakang Menara KL tu...

Kene cari harta karun berpandukan bearing yang diberikan.CHOI!!!

Cube teka ape yang kami jumpa?harta karun team lain okehhh!pastu senang2 je lah depa amek dari kami...siottt!dah la panas2 ni dok terbongkok2 cari mendalah tu..last2 xdapat ape pun..

Tapi, memandangkan kami ni super duper HOWT, abang2 dan kakak2 yang jaga cekpoint tuh kasik markah percuma je..yeah! complete 10 marks!!!


Perjalanan mau diteruskan ke cekpoint terakhir yang wa nampak macam kene buat abseiling...malangnya masa tak mengizinkan.Kami segera berkejaran ke booth penamat untuk hantar passport kami...Tapi yang jadi hangin nyer bonzer2 yang berlagak nak mampos kat sana tu halang2 kami..katanya masa dah habis...Ba@# la ko! Tadi time kat cekpoint hangpa2 jugak cakap masa ditambah 30 minit..tibe2 dh xleh nak hantar...

Siap sound lagi ni "media ke mak cik ke memang tak boleh nak hantar, tak faham bahasa ke?" amboi3...banyak cantek ngomong gini sama kami?

Maka bermulalah sesi drama king kami.

Time tu wa rasa nak koyak2 je semua kertas & sampah sarap depan mata n baling kat muka bonzer yang konon feeling2 hensem nak mampos tuh..tapi memikirkan kami ni mewakili media, so wa sekadar gumpal2 semua bendalah tu n pass kat Alip. Si Alip pulak amek n baling tepi jalan..

Berjalan dengan penuh amarah dan rasa nak sepak2 je semua orang tepi jalan, tetiber Mohd panggil2 kami. Bincang punya bincang dia ajak temankan dia hantar passport. Kebetulan kami lalu sebelah tong sampah tempat yang kami buang passport kami tadi maka sesi cari2 dan kutip semula pun berlangsung lah...haha..

Kali ni boleh pulak hantarnye...direct to their boss..bonzer2 tadi dh blah...nasib baek...lantak lah ada rezeki dapat, xde rezeki dok diam2...

at least la kan..ameklah ble orang dah hantar ni...jaga la sket hati orang yang dah penat lelah berjalan 15 kilometer tanpa makan minum disediakan ni...nak kira ke tak nak tu blakang kira...


Yang SYIOKnyer time announce keputusan, team kami yang menggunakan nama GLAMOURAMA dapat no 10 okehhh!!!bangga wa...hahaha....

Jadi kao mampooo?


Pulanglah dengan hati berbunga2 dengan sedikit hamper sumbangan penaja Adabi dan beberapa keping nota wang ringgit buat isi perut yang tengah berkeroncong. Kaki pulak berdengkut2 dah jalannyer...

apepun, kami enjoy join EXPLORACE Menara KL ni...tahun depan buat lagi yer...

tapi sediakanlah makanan sedikit sebanyak..penat tau kami ni berjalan kaki tengah2 panas terik..uhuhu~

Isnin, Februari 28, 2011

Bangkok Love Story

(gambak sweet giler!kredit to google search)
Sebelom wa nak teruskan menulis, wa nak mintak maap kalau penulisan wa ini atau yang terdahulu mengguris hati sapa2...maap yer..
terutama yang ni...
memandangkan filem ini berkisar kisah cinta antara pasangan gay (yang mungkin sensitif bagi sesetengah pihak), jadi wa nasihatkan kepada sapa2 yang homophobic sila jauhi daripada membaca entry wa kali ni ye...

filem arahan Poj Arnon ni xculy dah lama dikeluarkan untuk tontonan ramai tau. (tahun 2007 kalau tak salah, time wa baru msk unibersiti nih!).
Tapi entah kenapa mungkin disebabkan oleh faktor sensitiviti, filem ni diharamkan percetakannya di beberapa lokasi termasuk negara kita ni.

Oleh kerana filem ni mengenengahkan isu homoseksual dan keganasan yang berlaku di kota Bangkok, Thailand maka tidak hairanlah filem ini tidak mendapat sokongan lembaga penapisan filem untuk disiarkan di dalam negara kita.
Iyelah, sensitiviti pun kenelah jaga gak kan..kita kan masyarakat timur..
penuh budi bahasa dan adat sopan.ehe~

Tapi, wa melihat dan menganalisis filem ni berlandaskan prinsip2 seni OK.
Isu agama atau moral kita letak ke tepi kejap ye...

Oklah, kalau kita berbicara tentang kisah cinta tak banyak kisah suka duka percintaan sesama jenis ni diketengahkan untuk menjadi tatapan masyarakat.
Padahal kisah ini memang benar2 berlaku. Cuma pengkarya mungkin takut dilabel sebagai cuba mencemarkan maruah filem tempatan.

Apapun wa salute kepada produksi filem ini kerana berjaya membuka mata penonton bahawa CINTA itu luas sangat tafsirannya.
Malah, kalau dikaji kehebatan cinta sebenarnya tidak terjangkau dek akal fikiran dibuatnya.
Semuanya anugerah Ilahi.

Mungkin bagi individu yang berputik cinta mereka pada berlawanan jantina, syukur kerana ujian itu tidak segetir pasangan homoseksual tak kira lah samada lelaki dengan lelaki mahupun perempuan sesama perempuan.
Bagaimana nak bendung?
Itu terserah pada sejauh mana cekalnya keimanan yang terpasak dalam hati.
Tapi bukankan cinta itu datang tanpa diundang? Bagaimana mampu kita menolaknya?
Sekali lagi jawapan itu tidak terletak pada hemat wa.

Baiklah, berbalik pada al-kisah Bangkok Love Story ni...wa sebenarnya mendapatkan salinan daripada seorang rakan wa baru-baru ni. Sudah lama wa mencari filem ini untuk menonton sendiri sejauh mana kehebatan kisah cinta pasangan gay sehingga kata pengkritik sehingga mampu menitiskan air mata.

Hakikatnya, memang benar!
Pengakhirnya tidak mengecewakan dan sangat menyentuh perasaan.
Sebenarnya sepanjang perjalanan filem yang berdurasi 1jam 45 minit ini, storyboardnya agak slow. Mungkin pengarahnya mahu terus menyuntik elemen dramatis dan romantis sepanjang masa sehingga tamat.

Buktinya, selain daripada lantunan muzik yang mendominasi banyak plot cerita, permainan sinematografinya juga boleh dikatakan bertaraf tinggi dan berkualiti.

Selain mempertontonkan kisah cinta, filem ini menonjolkan kehidupan sebenar di kota Bangkok.
Antaranya, penduduk di bandaraya tersebut tidak ditekankan langkah keselamatan ketika di jalan raya. Buktinya penunggang motosikal di sana tidak diwajibkan memakai helmet (di Malaysia pun banyak yang tak ikot arahan sebenarnya kannn)

Selain itu, pengarah mempertontonkan sejauh mana kekuatan struktur pemerintahan dan pentadbiran keselamatan di Thailand. Selain kebanyakan kawasan dipelopori dan ditakluki kumpulan gengster, penduduknya juga bebas memiliki senjata api termasuk kanak-kanak dan wanita.
(scene dlm gambak nih agak taching gak tau...)

Daripada elemen garapan jalan cerita, bagi gemarkan filem bercorak aksi mungkin Bangkok Love Story tidak sesuai bagi anda.
Walau ada beberapa adegan aksi tembak menembak, namun pengarah meneutralkan keadaan tegang dengan unsur kekeluargaan dan kasih sayang. Jadi filem ni tak ganas sangat pun.
Selain kisah cinta yang datang tidak diundang antara dua watak utama filem ini (Maek dan Iht), unsur penyakit berjangkit yang tiada penawar seperti AIDS dan HIV juga diselitkan.

Plotnya, pembaca boleh membuka laman wikipedia yang dah menyediakan secara lengkap keseluruhan fakta yang mungkin diperlukan.
Jadi, tak perlu lah wa nak kepoh2 huraikan di sini...
Hakikatnya, memang jalan ceritanya tidak diduga! tambahan penghujung filem ini.

Nasihat wa sebelum menonton filem ni, lapangkan fikiran. Stabilkan mood dan sediakan tisu di sebelah untuk mengesat mana2 air yang mengalir tanpa diduga nanti...huhuhu~
(sexxxxsi tak depa?huhu)
Oklah, wa nak sambung ulang tayang lagi filem ni untuk kali ketiga...
Malam yang suram ni layan perasaan pun bagus gak...
tata..titi...tutu...

Ahad, Februari 27, 2011

Salvatore Ferragamo

Baru-baru ni (hari Rabu minggu lepas) wa sempat menghadirkan diri ke upacara peragaan fesyen musim luruh dan panas jenama terkenal Itali; Salvatore Ferragamo di Pavilion KL.

Walaupun wa hadir atas tiket mencover esaimen tapi keterujaan wa dalam event tu jelas sekali terpampang di riak wajah wa ok! tak perlulah wa tunjuk kat sini tapi berdasarkan pemerhatian rakan2 seperjuangan wa kt opis depa kata wa dah macam terlebih eksaited pada hari wa nak menghadirkan diri ke acara itu.

Maklumlah, budak kampong baru nak kenal dunia...
Bila dah dapat peluang mulalah melampau sikit jadinye...hahaha...
mintak ampun kalau wa terlebih riak dan takabur~

Kalau sebelum ni wa selalu tingok model2 ketwok kat dalam tv (tak pn dalam skrin laptop wa yang ala2 kejap cerah kejap gelap) tapi kali ni wa berpeluang tengok depan2 mata. haruslah teruja uols...(very kg). So, kalau ampa nak kata wa ni jakun ke ape ke lantak lah...wa tak kesah...:P

yang penting uols ade ke dapat sebotol minyak wangi Salvatore Ferragamo 125 ml?
Bak kata member wa; "wah!kemain lagi sekarang...dapat tu dapat ni...jeles aku".hehe...
jangan la jeles2 k...

untuk meredakan ketegangan ni wa persembahkan ... tadaaaa.... sebotol perfum Salvatore Ferragamo untuk tatapan kalian...muah3!!!
























THANKS to En. Salvatore Ferragamo kerna menjeleskan member2 wa...

Aturcara JKKN 2011

Salam sejahtera, selamat menikmati hari minggu yang permai bagi yang sedang bercuti.
Kepada mereka yang sedang asyik bekerja, lakukan tugasan anda dengan penuh dedikasi dan kurang-kurangkan kontroversi. (boring!!!)

Cenggini, wa nak kongsi sikit acara-acara yang bakal dilaksanakan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) memandangkan wa didedahkan dengan aturcara lengkap oleh mereka.
Baru-baru ni (22 Feb 2011) bertempat di Bora Ombak, Ampang wa diundang oleh En Hasnan (PR JKKN) untuk memeriahkan majlis Serlahan Budaya JKKN yang bertujuan menceritakan dengan lengkap semua acara/majlis yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ni.

Memang meriah! Ada persembahan Dayang Nurfaizah (sila jeles En Randy Daraman)...hahaha...

Tapi bukan itu yang wa nak kongsikan bersama tapi wa dengan rela hatinya mau menginform ampa semua senarai aktiviti yang akan dilaksanakan mereka supaya ampa semua boleh mark kalendar 2011 anda untuk hadir sama memerihkan acara nanti k.

Camni, JKKN pecahkan pengisian aktiviti mengikut perincian 11 konsep iaitu:
1. Program Merakyatkan Seni & Budaya (PMS)
2. Program Bimbingan Seni Budaya

3. Kecemerlangan Seni & Manifestasi

4. Program Keilmuan, Kreatif dan Penerbitan
5. Pencungkilan Bakat
6. Pembudayaan Bahasa, Nilai Murni & Budaya Membaca

7. Aktiviti Khas & Program Kerjasama Seni

8. Pusat Kegiatan Seni Berjadual
9.Produk JKKN
10. Pembangunan Infrastruktur Seni Budaya

11. Perantisan & Penyelidikan

Mungkin agak membosankan kalau wa cuma maklumkan seperti mana di atas, tapi menerusi 11 teras utama ini lah adanya pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan dan penglibatan semua penduduk Melesia ni..

Untuk memudahkan ampa semua memahami wa akan nyatakan senarai aktivitinya mengikut kalendar bulanan 2011 yer.

Januari:
PMS;
i- Inspirasi Kehidupan Nelayan, Pekan, Pahang (9 Jan)
ii- Mari Mengemping, Kedah (15 Jan)
iii- Pesta Ponggol, Labis, Johor (15 Jan)
iv- 1Malaysia Johor, Johor (22 Jan)
v- Kenduri Rakyat, Labis, Johor (22 Jan)

Februari:
PMS;
i- Pengkalan Berangan, Kuala Terengganu (18-19 Feb)
ii- Kenduri Rakyat, Wangsa Maju, KL (19 Feb)
iii- 1Malaysia Melaka, Merlimau Melaka (21 Feb)
Kuliah Budaya I, Bangunan MAS, KL (23 Feb)
Pesta Angin Timur...Di Bendang, Mukim Sanglang, Perlis (26-27 Feb)

Mac:
PMS; i- Kenduri Daun Pisang, Jasin, Melaka (1Mac)
ii- Komuniti Merlimau Pasir, Merlimau Pasir, Melaka (4Mac)
iii- Ampang Jaya, Kg Melayu Ampang, KL (19Mac)
iv- Kuala Pilah, N9 (26Mac)
Citra Budaya Adat Perpatih, Taman Budaya N9(11-13 Mac)
Majlis Pelancaran Program Pembudayaan Bahasa KPKK, Kompleks Kraf, Jalan Conlay, KL (17 Mac)
Semarak Bangsawan 'Siti Zubaidah', Panggung Bandaraya, KL (18-20 Mac)
Arts in the Park, Taman Tasik Perdana, KL (26Mac)
Kuliah Budaya II, Bangunan MAS, KL (30Mac)

April:
Konsert 'In LOve With Peace' Jelajah IPTA/S,
UKM (9Apr), UiTM Shah Alam (16Apr), Univ Lim Kok Wing (23Apr), UM (30Apr)
Pesta Durian Johor, Segamat, Johor (9-10Apr)
Semarak Bangsawan 'Tasik Dayang', Panggung Bandaraya, KL (22-24 Apr)
Festival Boria 1Malaysia, Kg Seronok, Penang (29Apr-1Mei) Festival Seni Gunung Ledang, Tangkak, Johor (29Apr-1Mei)

Mei:
Kem Koir Kebangsaan, Port Dickson (6-8Mei)
Kembara Berakit Antarabangsa Sg Pahang (8-14Mei)
PMS;
i- GOtong-royong 1Malaysia, KL (21Mei)
Semarak Bangsawan 'Mestika Bumi', Panggung Bandaraya, KL (20-22Mei)
Bengkel Tatarias Seni Persembahan, KL (27-28Mei)
Pesta Durian Perak, Dataran Bukit Gantang (28-29Mei)

Jun:
Pertandingan Menulis Esei 1Malaysia
Bengkel Tatarias Seni Persembahan, Kuching, Sarawak (3-4Jun)
Semarak Bangsawan 'Alang Buana', Panggung Bandaraya, KL (10-12Jun)
Temasya Pantai Timur, Terengganu (10-12Jun)
Kem Penataan Cahaya, Taman Budaya JKKN Pahang (17-20Jun)
Festival Permainan Tradisi: Gasing, MATIC, KL (18-19Jun)
Showcase KL Festival, KL & Shah Alam (18,19,25Jun)

Julai: KL FESTIVAL
Paper Launch KL Fest 2011, Plaza Tol KL (1Jul)
Festival KL 2011, KL (1-31Jul)
Festival Muzik KL, Istana Budaya, KL (1-3Jul)
Siri Teater Tradisional Malaysia, Panggung Bandaraya, KL (3,9,10,30,31Jul)
ASEAN Traditional Music Camp, KL (14-17Jul)
Festival Samrah, KL (16-17Jul) Temasya Tari 1Malaysia, Auditorium DBKL (20-24Jul)
Festival Padi Langkawi, Kedah (23-24Jul)
Pusat Seni Setempat, KL (30 jul)

Ogos:
Sambutan Kemerdekaan ke-54, KL (31Ogos)

September:
Festival Kesenian Rakyat Malaysia, KL (17-18Sep) Festival Hang Tuah, Melaka (23-25Sep)
Semarak Bangsawan 'Malim Deman', Panggung Bandaraya KL (23-25Sep)
Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka, Auditorium DBKL (24Sep)
Bicara Ekslusif Budaya, KL (27Sep)

Oktober:
Pertandingan Balas Pantun agensi Swasta-Kerajaan, Panggung Bandaraya KL (1Okt)
Kem Pengurusan Produksi, Pahang (1-4Okt)
Festival Dikir Barat Perdana, Kelantan (7Okt)
International Fora: ASEAN's Best Practices of NGOs in Culture & Arts, Ayer Keroh, Melaka (7-9Okt)
Karnival Kesenian Johor: Sounds of Johor, Teluk Danga, Johor (7-9Okt)
Semarak Bangsawan 'ASWA', Panggung Bandaraya, KL (14-16Okt)
Inspitari, Auditorium DBKL (18-23Okt) Pesta Joget 1Malaysia, Melaka (20-22Okt)
Rhythms of Kinabalu, Kundasang, Sabah (21-22Okt)
Temasya Seni Bela Diri, KL (22-23Okt)
Pesta Kolam Antarabangsa, KL (23-25Okt)
Semarak Bangsawan 'Kemala Sakti Kesuma Ningrat', Panggung Bandaraya KL (28-30Okt)

November:
Eksporasi Mak Yong, Panggung Bandaraya, KL (11-13Nov)
Festival Kesenian Orang Asli & Peribumi Antarabangsa, KL (12-14Nov)
Festival Kesenian Kanak-kanak, MATIC KL (16-20Nov)
Festival Gong Antarabangsa, Bau, Sarawak (18-20Nov)
Konsert Koir Kebangsaan, ASWARA (25-26Nov)

Disember:
Pertandingan Nyanyian Lagu2 Melayu Antarabangsa, Angkasapuri, KL (4Dis) Majlis Anugerah Seni Negara, Istana Budaya, KL (7Dis)
*event yang diboldkan tu highlight utk wa wajib hadir...hehe~

Oklah, setakat ni sajor buat masa sekarang. Nanti kalau ada updater terkini wa akan maklumkan segera.
Sebarang maklumat boleh rujuk ke laman sesawang rasmi JKKN: www.jkkn.gov.my

daaaa~
sebelom undur diri sedikit buah tangan untuk buah hati sekalian: