Jumaat, November 23, 2012

Will I Laugh Again?

Dear Diary...
lama kan aku tak meluahkan rasa hati pada kau? Aku nak kongsi sesuatu ni...

Kekadang bila sunyi2, dok rumah sorang2kan, selalu tau terfikir... Will I Laugh Again?
Akan kah saya ketawa kembali? When? Where? Why? (naluri seorang wartawan dah menghambat diri fikir macam2!)


Kalau dulu, masa ada dia setiap hari gelak. Hepi gila kot! Kalau tak jumpa pun at least dapat chat dalam whatsapp yang sweet2, klakar2, tak pasal2 sengih sorang2. Sumpah thats the moment yang aku rasa macam i'm the happiest people in the world. Tak tipu! Sampaikan semua benda sekeliling dah tak kisah. Chiko lapar ke, hutang artikel berlambak ke, masalah kawan makan kawan ke, semua aku letak tepi! Sebab aku percaya hanya dia yang boleh memberikan kebahagiaan.

Tapi apabila perkara yang kita harap itu tidak menjadi kenyataan, kadang kala kita sendiri yang stress. Stress tu biasanya membawa ke arah perkara buruk2 semuanya. Pernah suatu ketika ada orang nasihatkan: "Kalau stress mesti tak makan, bila tak makan badan sakit, bila sakit semua benda tak boleh buat."

Tapi kau rasa kalau aku palsukan aku punya kegembiraan, kau rasa aku tak stress? Itu lagi stress ya!

Masa pegi kem...sepanjang masa fikir pasal dia. Tapi cuba untuk kentalkan diri untuk fikir pasal apa yang aku sedang lalui masa tu sebabnya nak cuba elakkan fikir pasal dia. Sampai team aku menang! Haa... terer kan? Tapi, kau rasa???

Gelak sakan bila gembira, well, ekceli aku cuba alihkan tumpuan sebenarnya tapi gelak itu gelak tipu! Aku tipu diri sendiri sampai aku rasa aku bodoh gila. Bila dah habis gelak, aku kembali sedih. Menangis kadang2 tu kalau dok sorang2.

***

Perkembangan kini? Jap nak pikir...
Berat badan yang latest aku timbang tadi dah turun dua kilogram dalam masa dua minggu. Aku rasa kalau teruskan macam ni lagi sebulan aku boleh hilang 10 kilogram. Kalau sekarang dah tinggal 58 kg, maybe tak lama lagi bole dapat body ideal: 50 kg! Boleh lah kalian tengok tengkorang berjalan kan?

Bukan tak nak makan tau tapi tak de selera! Biasa sekarang kalau makan tak pernah habis. Tu pun dah amek nasik paling sikit. Penangan kan! Kalau dulu, nak makan je ade orang sudi temankan, pastu dia akan marah kalau makan tak abis. Xpun marah kalau tapau nasik sikit, walhal dia pulak yang akan tuang part dia separuh bagi kat aku. Mana tak naik badannya. Yang penting yer kawan2, balik kg my auntie cakap i dah berisi, dah ada muscle (n perut sket).

Apa I jawab? "I tengah bahagia...." (sambil senyum melebar)

Itu past a month ago la...Now, bila balik n dapat soklan kenapa makin kurus, jawab I: "sebab tunggu masa nak mati kut" (sambil buat muka serius)

Itu dari segi berat badan, lagi... yang berubahnya...emosi lah.
Biasa bak kata semua orang yang aku kenal bila aku tanya camna nak hadapi break up, mula2 je meroyan lama2 ok lah. Hey! Korang tipu!!! Aku dah lama gila kot meroyan.

Sampaikan satu masa tu, fikiran aku tiba2 gelap then aku rasa macam aku tak ingat apa2. Bila ingat balik itu adalah simptom depression. Ubat kepada depression biasanya kena jumpa psikologi, amek ubat anti depression.

Itu yang aku akan wat lah kut kalau berterusan macam ni... Amek ubat tu mungkin boleh kembalikan fokus aku apa yang aku kejar selama ni.. (apa aku kejar?)


Kebelakangan ni aku kerap sakit. Mata rasa macam makin rabun. Kepala selalu sakit dan kadang2 almost every night kena makan panadol. Aku g klinik baru2 ni tapi klinik ramai orang la pulak! Sampai kena berdiri tunggu doktor panggil masuk. So, postpone!

Ada masa nanti nak g jumpa doktor check apa yang body aku tak cukup. Tapi kan, kalau ditakdirkanlah aku ada penyakit serius... aku nak mintak maaf awal2 lah kat sesiapa yang baca blog aku ni yang mungkin terguris perasaan sebelum ni. Maklumlah bila tengah bahagia kita lupa kita dah lukakan hati orang kan.

Masa entry ni ditaip pun aku masih sakit...Now backpain pulak. Tak tau lah apa yang body aku cuba sampaikan... Berserah saja...:)

***

Perancangan? Em... perancangan yang macam mana tu Mr Diary? ohh...kemungkinan yang pelbagai ya?

1) Aku akan migrate somewhere someday. Plan tu dah ada cuma tinggal few steps je lagi... and well, of courselah kumpul duit. hehe... tak dah duit cmna nak beli tiket nak migrate. Tambah kalau lokasi tu sampai ke Europe. Opsss!~
Tapi bukan sebab aku nak lari daripada masalah tau. Itu cara aku untuk buka buku baru. Kenangan lama tak leh wat pa lah...I'll forever live in that memories... Sebab memori itu sebenarnya makanan jiwa aku. Memori itu pendidik sebenarnya dan boleh membuatkan kita lebih cekal pada masa akan datang.
Memori bila dah jadi sebahagian daripada sejarah memang susah gila nak lupa kut... Kau rasa???

2) Kalau usia tak panjang dan andai kata tak sempat migrate ke tempat tu, aku rasa aku nak g berperang. 

3) Untuk lupakan seseorang, kita mesti cari seseorang kan? Why dont aku terima saja pilihan keluarga walaupun tak sayang mana tau satu hari nanti boleh sayang menyayang. Kalau dia boleh bg alasan desperate, aku pun boleh bagi alasan desperate. Desperate becoz i perlu cari orang lain utk lupakan kau!
Mesti korang tak caya kan? Hey... aku tak tipulah... Tapi nak kawen pun kena ada duit gak... yang banyak...serius banyak! Pinjaman jeh! Kawen cukup syarat, then sambung plan no1 tadi. Ada teman migrate kat tempat orang lain sikit kan...
Btw, raya hari tu i ada jumpa dia sebab rumah kami kan dekat je... Dah cun melecun n ramai orang datang nak amek dia jadi bini tapi famili dia tak nak. Kata mama, mak dia tunggu aku. Hah! peluang tu...

4) Kerja sampai mampos! 

Haha...bila tulis pasal perancangan ni sebenarnya banyak plan aku dengan dia... Antaranya pegi ke 5 tempat idaman kami, kerja rajin2 bukak bisnes then spend our live happily ever after. Masa tu aku imagine kami dah kaya raya dan terkenal! Tak heran dah bende lain...

Mesti korang blur2 kan apa benda 5 tempat tu? Aku selalu nangis kalau fikir pasal 5 tempat tu...Sebelum ni ada entry kan aku tulis tempat idaman aku sebelom gone. Kebetulan masa mula2 kenal dia, dia pun ada niat nak g tempat yang sama aku nak g. Tapi hanya 1 je sempat! 4 lagi? xpelah, letak ketepi dulu sebab aku tau takkan jadi realitinyer...

Perancangan dia? Aku rasa aku tau... Kawen dgn orang yang dia sayang, kerja rajin2, dapat baby, bahagia then bahagia...

Xpe, doa aku termakbul. Selama ni aku doakan dia sentiasa bahagia dan tersenyum dengan orang yang dia sayang cuma...orang yang dia sayang itu bukanlah aku. Siyes air mata cheq dah gugur lagi ini malam! Hujan, bulan dan langit kelam, terima kasih temankan aku berbicara.

Masih terfikir sampai sekarang, Will I Laugh Again?

“Will I ever laugh again?”
“Yes, when something’s really really funny.” - Sex In The City

nota kuku kaki kurap: adakala plan tak jalan macam kita rancang. So?

Jumaat, November 16, 2012

Sayang

Guys!

Pernah dengar tak lagu Sayang nyanyian Shae, artis dari Indonesia tu?
Well, aku sebelum ni selalu la dengar lagu tu tapi sampai la minggu lepas aku berpeluang berjumpa dengan pemilik suara yang menyanyikan lagu itu. Nama dia Shae atau nama penuhnya Sheryl Gething. Umur dia ni baru 18 tahun tau. Dia sangat peramah dan sporting gila. Kalau tengok wajah dia yang ala2 minah saleh tu korang mesti xexpect yang dia tuh boleh speaking bahasa Indonesia cair!


Tapi muka dia matang gila! Maybe sebab dia tu kacukan kut (bapak Australia, mak Riau). Nak tau lebih lanjut boleh baca tulisan aku di sini.

 

Aku nak menarik perhatian korang mengenai lagu single baru dia Sayang yang sedang banyak dimainkan di radio2 sekarang. Aku suka dengan lirik lagu dia ni yang diciptakan sepenuhnya oleh Posan Tobing. Mesej dia direct je; dia setia dengan cinta dia! Kalau tak caya cuba korang baca lirik dia betul2:

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
[Ulang dari awal]
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu

 

Last tu paling tangkap jiwang: "cintaku selalu milikmu"
Yes! cinta aku memang milik dia...hehe...

Lagu ni sekarang banyak kali berputar2 dalam kepala aku xtau lah kenapa. Nak kata hepi memang totally tak lah. Memang tengah bermuram durja je. Cuma aku akan rasa ceria apabila fikirkan setiap kata-kata dia sebelum ni. Memanglah hati rasa sakit bila kita perlu melepaskan orang yang kita paling sayang untuk pergi tinggalkan kita selama-lamanya. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah!

Aku redha jika dia perlu pergi tapi aku menyerah nasib dan ketentuan aku selepas ni. Tapi aku akan terus tunggu dia sampai hujung nyawa aku. Titik!


Nota kuku kaki kurap: Dengar...Oh! Jeritan batinku... Memekik-mekik...Memanggil-manggil...Namamu selalu

Rabu, November 14, 2012

Will U Marry Me?

WILL YOU MARRY ME?

Haha... bukan nak buat pengumuman pun. Tapi aku pernah dipropose sedemikian past few months. Nak tau apa perasaan ketika itu? Rasa macam "oh em gee, am i dreaming?"
Yes! Ekceli memang dreaming pun sebab walau si dia pernah propose sedemikian kami tetap tak akan boleh laksanakan. Lucu pulak bila fikir balik. Tapi hakikatnya masa si dia cakap macam tu aku rasa hepi giler! Dalam nada bergurau aku reply "Like seriously?!"

Yes! That line adalah fevret kami sepanjang berkenalan. Semua benda nak sebut "Like seriously". Apehal? Hehe...


Itu antara momen indah yang sempat terakam dalam minda aku. Semalam aku gagahkan diri jumpa dia jugak sebab aku dah macam meroyan gila. Proses ini sangat menyakitkan dohh! Mungkin siapa yang sedang mengalami nasib serupa aku akan faham. Tapi kalau yang sedang enak bercinta, korang tak payah nak nasihat kat aku supaya bersabar dan bertahan sebab takkan jadinyer. Aku ni jenis degil! (Dia selalu cakap camni)

Kenapa aku cakap macam tu? Bukan sebab aku ni ketegaq xnak dengar cakap atau nasihat orang tapi aku pun pernah berada di situasi itu. Bila kawan2 tgh ada masalah perhubungan atau cinta, beria2 kita akan nasihatkan dia supaya buat tu buat ni tapi ada ker dorang buat? Bila hati tu dah sakit kau cakap lah apa pun takkan jalan! Sama lah macam aku, tengah2 bahagia dulu orang mintak nasihat, aku cakap buat camni camtu tapi sebenarnya kalau kau provoke lagi confem orang itu akan ikut cakap kau. Its call reverse psikologi.

Contoh:

Pengadu: Aku ada masalah dengan bf aku ni... Dia ada orang lain. Apa patut wat?
Aku: Ermmm... Biasalah dalam perhubungan ni kena spice. Orang cakap kalau tak gaduh tak sah tau. Dah lama ker dia wat camni?
P: Dah dua bulan dia tipu aku!
A: Ok, apa kata ko bagitau apa kau rasa atau kau fikir. Amek masa asingkan diri seketika. Bagi masing2 berfikir dengan waras apa yang dah terjadi. Nescaya dua tiga hari akan ok balik. Gua confem punyaaaa! (nampak tak confiden?)
P: Ok lah... Aku ikut cakap kau. (Padahal, hadoooo kau folo kan?)

Sebaiknya cakap je camni:

A: Apa kata kau cakap kat dia kita break up sajor. Kan senang! Tak pun kau menjalang cari orang lain macam dia wat tu.. (nampak x jahat disitu?)


***

Tapi kita ni sebagai member2 takkan nak bagi nasihat cmtu kan. Ofkos kita akan cuba tenangkan kawan kita kalau dia perlukan bantuan kita. Try soothe them up, motivate them dan brings the cheer! Thats life dude!!!

Berbalik kepada cerita aku tadi, bila aku kena propose camtu aku pernah terfikir sampai YES! I WILL MARRY YOU. STAND BY YOU FOREVER AND EVER. TILL OUR DEATH SEPARATE US!

Tapi itu sekadar janji aku kepada dia dalam hati saja. Nak luahkan tak mampu dan tak logik! Lucu pula fikirkan kata hati sebegini. Tapi itu hakikat tau! Aku sayang gila kat dia. Sebab aku nampak aku dalam diri dia.


Then semalam, bila jumpa dia hati rasa berdegup kencang gila babas! Masa tengah driving while dia di sebelah, dia cakap sesuatu yang aku sendiri tak terduga. Tapi aku tapis sikit lah sebab nak masuk dalam blog, kan nanti kena blackllist!
"KALAU BOLEH SAYA NAK KAHWIN DENGAN AWAK SAJA, SEBAB KITA ADA CHEMISTRY. AWAK SOULMATE SAYA!"

Abis saja dia cakap macam tu, aku tersenyum! Tapi dalam pada senyum aku tak sedar pun aku dah menangis! Laju pulak air mata aku mengalir masa tu. Aku memang dah tak bole tahan. Rasa macam nak keluar kereta masa tu then jerit kuat2 "I LOVE YOU SOOOOOOOOOO MUCH!"

Dalam masa sama aku menangis sebab itu takkan jadi realiti. Never ever! Sumpah masa tu aku speechless. Yang mampu pun menangis je. Sebab terlalu gembira sebab tak pernah orang ungkap perkataan macam ni kat aku. Dan aku menangis sebab aku tau takkan jadi kenyataan. Aku takkan dapat dia!

Sampai sekarang bila fikir balik aku akan pejamkan mata. Buka2 je air mata dah gugur. Besarnya dugaan kali ini.


Tak pernah lagi ada orang yang sayang aku sebegini, layan aku sehabis baik. Hanya dia. Entah aku akan jumpa lagi orang seperti dia, seikhlas dia, sebaik dia. Benar kata orang patah tumbuh hilang berganti. Tapi yang berganti itu takkan sama seperti yang hilang!

Semoga satu hari nanti dalam kehidupan lain, aku akan berjumpa dia kembali dan kalau dia propose aku masa tu i will proudly say: YES, I WILL MARRY YOU!



Nota kuku kaki kurap: will i laugh again?

Selasa, November 13, 2012

Berkompromi

Guys! 

Orang cakap kalau nak pastikan sesuatu hubungan itu sukses kita perlu belajar berkompromi. Kompromi dalam erti kata lain give and take atau terima dengan terbuka situasi semasa hubungan itu, kunyah walau pahit dan telan walau perit.

Ada masanya, hubungan itu kita lihat tidak berhasil ke arah membentuk sikap yang murni. Tidak dinafikan hubungan pasti akan ada perasaan curiga dan cemburu dalam pada kita cuba menerima kompromi yang kita sendiri letak atau tetapkan syaratnya.

Ada masanya, apabila kita menetapkan pendirian untuk berkompromi kita sendiri yang akan terluka. Namun, yang terluka itu jika boleh menjadi penawar paling mujarab, aku rasa tidak salah jika diteruskan. Sebaliknya kalau kompromi itu mendatangkan pelbagai masalah pada masa akan datang mahupun sekarang, aku rasa tidak perlu lah syarat berkompromi itu dipatuhi.

Sukar sekali untuk kita melepaskan insan yang kita sudah sayang. Memang cinta itu menyakitkan! Tapi tiada cinta hidup kosong? Solusinya apa?

Sesekali terfikir juga adakah patut aku terima perancangan yang telah ditetapkan keluarga untuk masa depan aku dan gadis itu? Tapi kalau tiada perasaan sayang kepada dia, macam mana nak teruskan hubungan? Nanti aku merana, dia merana!

Itu namanya kompromi dalam kehidupan kan? Kalau kompromi untuk menipu diri berasa gembira sedangkan hati pula menderita, adalah baik kita berkompromi menipu diri sendiri untuk berasa derita kemudiannya memujuk hati supaya gembira...


Nota kuku kaki kurap: My place if u ask, your place if i ask!

Jumaat, November 09, 2012

Pujuk Hati

Hati siapa tak sakit jika perlu berkongsi kasih?
Hati siapa tak keruan andai hati terbagi dua?
Hati siapa tak derita jika ditinggal tanpa berita?

YES! The hard time finally arrive a few hours ago. Devastated, with broken heart!

Hakikat yang terpaksa ditelan, dimamah bersama memori yang tersisa sememangnya parah dan menyakitkan. Benar, sesaat sudah cukup untuk berkenalan, sehari sudah cukup untuk mengenali, tapi setahun belum tentu cukup untuk melupakan! Sekali lagi, hakikat itu yang harus kita tempuh kini atau dalam erti kata lebih jelas; AKU!

Bukan mahu mendeklarasi status empunya diri tapi sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati. Tidak pernah aku mengucapkan atau mengiakan diri aku kini berseorangan kerana aku masih tinggal bersama memori dia. Pandang kiri nampak dia, kanan rasa dia, depan fikirkan dia belakang bayang2 dia.

Saat entry ini ditulis, hati sedang dirabak rakus! Lukanya dalam menusuk sampai ke tangkai jantung, dicuit sedikit luruh sekujur tubuh.

Perpisahan kedua ceritanya sama seperti pertama. Pergi kerana ada insan lain. Kenapa perlu aku menjadi pemain watak protagonisnya? Jadi orang yang baik, akur, pasrah, menangis, meraung sendiri dan segala macam yang menyeksakan? Kenapa bukan aku yang ucapkan "We're not meant to be together, we should bring our own life separately"? Kenapa bukan aku?

Syukur, hampir setahun aku dianugerahkan rasa cinta yang sangat kuat! Rasa yang tak mampu aku ucap dengan kata2. Sedikit saja waktu yang aku perlukan untuk meraikan detik pertemuan pertama. Kenapa bukan waktu itu berlaku? Jujur, aku belum bersedia. Masih banyak yang dirancang, dalam kepala masih banyak detik yang aku mahu luangkan bersama dia, masih banyak saat2 indah yang aku perlu kongsi, masih banyak detik2 duka aku butuhkan dia.

Mahu memujuk hati tapi tidak terdaya. Masih merintih, meraung sendiri macam orang gila. Bersama alunan lagu, lirik2 yang baru sekarang aku faham erti setiap barisnya, hujan yang dingin mengalir di tepi jendela, haruman dia yang biasa aku kucup dan paling terkesan, ingatan yang sukar dilupa biar sejenak.

Cuba pujuk hati untuk tidak menangis tapi aku tau detik ini akan muncul jua suatu hari nanti. Apabila jodoh dia sudah tiba, apabila pintu hati dia sudah terbuka, apabila dia akhirnya dimiliki oleh yang hak.

Cuba pujuk hati lagi, tapi aku manusia lemah. Cuba pujuk hati lagi dan terus cuba lagi.

Ketika ini, teman dan taulanlah inividu yang kita paling perlukan. Tapi apa harus buat kalau yang kita perlukan itu tiada untuk kita?

Cuba pujuk hati untuk keluar bercuti, meluangkan masa di kawasan baru membuang memori lampau. Tapi apakan daya aku bukan sesiapa. Tidak punya harta untuk sekali petik sampai ke La Gomera. Hanya mampu terduduk terperuk bersama memori dan sejarah dia kembali.

Cuba pujuk hati untuk bersuka ria. Gelak tawa besar tapi semua itu palsu. Buat apa? Apabila kesedihan iitu kembali aku akan kembali menangis.

Cuba pujuk hati untuk menjadi insan baru yang lebih agresif, tapi apakan daya aku bukan jenis hipokrit.

Cuba pujuk hati...dan cuba lagi... tapi gagal. Barangkali, hayat aku sampai sini saja. Cuba pujuk hati untuk mati!