Jumaat, November 23, 2012

Will I Laugh Again?

Dear Diary...
lama kan aku tak meluahkan rasa hati pada kau? Aku nak kongsi sesuatu ni...

Kekadang bila sunyi2, dok rumah sorang2kan, selalu tau terfikir... Will I Laugh Again?
Akan kah saya ketawa kembali? When? Where? Why? (naluri seorang wartawan dah menghambat diri fikir macam2!)


Kalau dulu, masa ada dia setiap hari gelak. Hepi gila kot! Kalau tak jumpa pun at least dapat chat dalam whatsapp yang sweet2, klakar2, tak pasal2 sengih sorang2. Sumpah thats the moment yang aku rasa macam i'm the happiest people in the world. Tak tipu! Sampaikan semua benda sekeliling dah tak kisah. Chiko lapar ke, hutang artikel berlambak ke, masalah kawan makan kawan ke, semua aku letak tepi! Sebab aku percaya hanya dia yang boleh memberikan kebahagiaan.

Tapi apabila perkara yang kita harap itu tidak menjadi kenyataan, kadang kala kita sendiri yang stress. Stress tu biasanya membawa ke arah perkara buruk2 semuanya. Pernah suatu ketika ada orang nasihatkan: "Kalau stress mesti tak makan, bila tak makan badan sakit, bila sakit semua benda tak boleh buat."

Tapi kau rasa kalau aku palsukan aku punya kegembiraan, kau rasa aku tak stress? Itu lagi stress ya!

Masa pegi kem...sepanjang masa fikir pasal dia. Tapi cuba untuk kentalkan diri untuk fikir pasal apa yang aku sedang lalui masa tu sebabnya nak cuba elakkan fikir pasal dia. Sampai team aku menang! Haa... terer kan? Tapi, kau rasa???

Gelak sakan bila gembira, well, ekceli aku cuba alihkan tumpuan sebenarnya tapi gelak itu gelak tipu! Aku tipu diri sendiri sampai aku rasa aku bodoh gila. Bila dah habis gelak, aku kembali sedih. Menangis kadang2 tu kalau dok sorang2.

***

Perkembangan kini? Jap nak pikir...
Berat badan yang latest aku timbang tadi dah turun dua kilogram dalam masa dua minggu. Aku rasa kalau teruskan macam ni lagi sebulan aku boleh hilang 10 kilogram. Kalau sekarang dah tinggal 58 kg, maybe tak lama lagi bole dapat body ideal: 50 kg! Boleh lah kalian tengok tengkorang berjalan kan?

Bukan tak nak makan tau tapi tak de selera! Biasa sekarang kalau makan tak pernah habis. Tu pun dah amek nasik paling sikit. Penangan kan! Kalau dulu, nak makan je ade orang sudi temankan, pastu dia akan marah kalau makan tak abis. Xpun marah kalau tapau nasik sikit, walhal dia pulak yang akan tuang part dia separuh bagi kat aku. Mana tak naik badannya. Yang penting yer kawan2, balik kg my auntie cakap i dah berisi, dah ada muscle (n perut sket).

Apa I jawab? "I tengah bahagia...." (sambil senyum melebar)

Itu past a month ago la...Now, bila balik n dapat soklan kenapa makin kurus, jawab I: "sebab tunggu masa nak mati kut" (sambil buat muka serius)

Itu dari segi berat badan, lagi... yang berubahnya...emosi lah.
Biasa bak kata semua orang yang aku kenal bila aku tanya camna nak hadapi break up, mula2 je meroyan lama2 ok lah. Hey! Korang tipu!!! Aku dah lama gila kot meroyan.

Sampaikan satu masa tu, fikiran aku tiba2 gelap then aku rasa macam aku tak ingat apa2. Bila ingat balik itu adalah simptom depression. Ubat kepada depression biasanya kena jumpa psikologi, amek ubat anti depression.

Itu yang aku akan wat lah kut kalau berterusan macam ni... Amek ubat tu mungkin boleh kembalikan fokus aku apa yang aku kejar selama ni.. (apa aku kejar?)


Kebelakangan ni aku kerap sakit. Mata rasa macam makin rabun. Kepala selalu sakit dan kadang2 almost every night kena makan panadol. Aku g klinik baru2 ni tapi klinik ramai orang la pulak! Sampai kena berdiri tunggu doktor panggil masuk. So, postpone!

Ada masa nanti nak g jumpa doktor check apa yang body aku tak cukup. Tapi kan, kalau ditakdirkanlah aku ada penyakit serius... aku nak mintak maaf awal2 lah kat sesiapa yang baca blog aku ni yang mungkin terguris perasaan sebelum ni. Maklumlah bila tengah bahagia kita lupa kita dah lukakan hati orang kan.

Masa entry ni ditaip pun aku masih sakit...Now backpain pulak. Tak tau lah apa yang body aku cuba sampaikan... Berserah saja...:)

***

Perancangan? Em... perancangan yang macam mana tu Mr Diary? ohh...kemungkinan yang pelbagai ya?

1) Aku akan migrate somewhere someday. Plan tu dah ada cuma tinggal few steps je lagi... and well, of courselah kumpul duit. hehe... tak dah duit cmna nak beli tiket nak migrate. Tambah kalau lokasi tu sampai ke Europe. Opsss!~
Tapi bukan sebab aku nak lari daripada masalah tau. Itu cara aku untuk buka buku baru. Kenangan lama tak leh wat pa lah...I'll forever live in that memories... Sebab memori itu sebenarnya makanan jiwa aku. Memori itu pendidik sebenarnya dan boleh membuatkan kita lebih cekal pada masa akan datang.
Memori bila dah jadi sebahagian daripada sejarah memang susah gila nak lupa kut... Kau rasa???

2) Kalau usia tak panjang dan andai kata tak sempat migrate ke tempat tu, aku rasa aku nak g berperang. 

3) Untuk lupakan seseorang, kita mesti cari seseorang kan? Why dont aku terima saja pilihan keluarga walaupun tak sayang mana tau satu hari nanti boleh sayang menyayang. Kalau dia boleh bg alasan desperate, aku pun boleh bagi alasan desperate. Desperate becoz i perlu cari orang lain utk lupakan kau!
Mesti korang tak caya kan? Hey... aku tak tipulah... Tapi nak kawen pun kena ada duit gak... yang banyak...serius banyak! Pinjaman jeh! Kawen cukup syarat, then sambung plan no1 tadi. Ada teman migrate kat tempat orang lain sikit kan...
Btw, raya hari tu i ada jumpa dia sebab rumah kami kan dekat je... Dah cun melecun n ramai orang datang nak amek dia jadi bini tapi famili dia tak nak. Kata mama, mak dia tunggu aku. Hah! peluang tu...

4) Kerja sampai mampos! 

Haha...bila tulis pasal perancangan ni sebenarnya banyak plan aku dengan dia... Antaranya pegi ke 5 tempat idaman kami, kerja rajin2 bukak bisnes then spend our live happily ever after. Masa tu aku imagine kami dah kaya raya dan terkenal! Tak heran dah bende lain...

Mesti korang blur2 kan apa benda 5 tempat tu? Aku selalu nangis kalau fikir pasal 5 tempat tu...Sebelum ni ada entry kan aku tulis tempat idaman aku sebelom gone. Kebetulan masa mula2 kenal dia, dia pun ada niat nak g tempat yang sama aku nak g. Tapi hanya 1 je sempat! 4 lagi? xpelah, letak ketepi dulu sebab aku tau takkan jadi realitinyer...

Perancangan dia? Aku rasa aku tau... Kawen dgn orang yang dia sayang, kerja rajin2, dapat baby, bahagia then bahagia...

Xpe, doa aku termakbul. Selama ni aku doakan dia sentiasa bahagia dan tersenyum dengan orang yang dia sayang cuma...orang yang dia sayang itu bukanlah aku. Siyes air mata cheq dah gugur lagi ini malam! Hujan, bulan dan langit kelam, terima kasih temankan aku berbicara.

Masih terfikir sampai sekarang, Will I Laugh Again?

“Will I ever laugh again?”
“Yes, when something’s really really funny.” - Sex In The City

nota kuku kaki kurap: adakala plan tak jalan macam kita rancang. So?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan