Jumaat, November 09, 2012

Pujuk Hati

Hati siapa tak sakit jika perlu berkongsi kasih?
Hati siapa tak keruan andai hati terbagi dua?
Hati siapa tak derita jika ditinggal tanpa berita?

YES! The hard time finally arrive a few hours ago. Devastated, with broken heart!

Hakikat yang terpaksa ditelan, dimamah bersama memori yang tersisa sememangnya parah dan menyakitkan. Benar, sesaat sudah cukup untuk berkenalan, sehari sudah cukup untuk mengenali, tapi setahun belum tentu cukup untuk melupakan! Sekali lagi, hakikat itu yang harus kita tempuh kini atau dalam erti kata lebih jelas; AKU!

Bukan mahu mendeklarasi status empunya diri tapi sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati. Tidak pernah aku mengucapkan atau mengiakan diri aku kini berseorangan kerana aku masih tinggal bersama memori dia. Pandang kiri nampak dia, kanan rasa dia, depan fikirkan dia belakang bayang2 dia.

Saat entry ini ditulis, hati sedang dirabak rakus! Lukanya dalam menusuk sampai ke tangkai jantung, dicuit sedikit luruh sekujur tubuh.

Perpisahan kedua ceritanya sama seperti pertama. Pergi kerana ada insan lain. Kenapa perlu aku menjadi pemain watak protagonisnya? Jadi orang yang baik, akur, pasrah, menangis, meraung sendiri dan segala macam yang menyeksakan? Kenapa bukan aku yang ucapkan "We're not meant to be together, we should bring our own life separately"? Kenapa bukan aku?

Syukur, hampir setahun aku dianugerahkan rasa cinta yang sangat kuat! Rasa yang tak mampu aku ucap dengan kata2. Sedikit saja waktu yang aku perlukan untuk meraikan detik pertemuan pertama. Kenapa bukan waktu itu berlaku? Jujur, aku belum bersedia. Masih banyak yang dirancang, dalam kepala masih banyak detik yang aku mahu luangkan bersama dia, masih banyak saat2 indah yang aku perlu kongsi, masih banyak detik2 duka aku butuhkan dia.

Mahu memujuk hati tapi tidak terdaya. Masih merintih, meraung sendiri macam orang gila. Bersama alunan lagu, lirik2 yang baru sekarang aku faham erti setiap barisnya, hujan yang dingin mengalir di tepi jendela, haruman dia yang biasa aku kucup dan paling terkesan, ingatan yang sukar dilupa biar sejenak.

Cuba pujuk hati untuk tidak menangis tapi aku tau detik ini akan muncul jua suatu hari nanti. Apabila jodoh dia sudah tiba, apabila pintu hati dia sudah terbuka, apabila dia akhirnya dimiliki oleh yang hak.

Cuba pujuk hati lagi, tapi aku manusia lemah. Cuba pujuk hati lagi dan terus cuba lagi.

Ketika ini, teman dan taulanlah inividu yang kita paling perlukan. Tapi apa harus buat kalau yang kita perlukan itu tiada untuk kita?

Cuba pujuk hati untuk keluar bercuti, meluangkan masa di kawasan baru membuang memori lampau. Tapi apakan daya aku bukan sesiapa. Tidak punya harta untuk sekali petik sampai ke La Gomera. Hanya mampu terduduk terperuk bersama memori dan sejarah dia kembali.

Cuba pujuk hati untuk bersuka ria. Gelak tawa besar tapi semua itu palsu. Buat apa? Apabila kesedihan iitu kembali aku akan kembali menangis.

Cuba pujuk hati untuk menjadi insan baru yang lebih agresif, tapi apakan daya aku bukan jenis hipokrit.

Cuba pujuk hati...dan cuba lagi... tapi gagal. Barangkali, hayat aku sampai sini saja. Cuba pujuk hati untuk mati!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan